Saman Pemberi Sedekah RM150 : Dahulu,
siapa sangka cadangan saman pemberi sedekah boleh dikenakan saman.
Tetapi hari ini sudah menjadi realiti. Kadang kala menteri perlu
“ditekan” sekuat mungkin kiri dan kanan supaya kata-kata yang
dikeluarkan difikirkan terlebih dahulu sesuai dengan statusnya sebagai
seoarang menteri.
Dalam banyak-banyak menteri Berita Semasa sangat menghormati
figura politik yang bernama Khairy Jamaluddin, beliau bukanlah manusia
dan pemimpin terbaik kerana adakalanya “tergelincir” ketika bersilat
dalam “pentas” politik” tetapi yang paling penting beliau dilihat cuba
memberikan yang terbaik dan dekat kepada rakyat baik dipihak penyokong
mahupun pembangkang.
Malangnya, ada juga menteri yang dilihat
begitu jauh jurangnya antara kapasitinya beliau sebagai menteri dan
rakyat sepertimana jauhnya jurang di antara orang kaya di Malaysia
dengan orang miskin (SEPERTI DI SINI)
Buktinya betapa egonya, Menteri Wilayah
Persekutuan menjaga bandaraya Kuala Lumpur dengan hanya mengeluarkan
cadangan yang tidak sepadan dengan kapasitinya sebagai menteri :
- Saman, saman dan saman. Jangan, jangan dan jangan, sambil membiarkan rakyat Malaysia terbiar begitu sahaja tanpa pembelaan
- Yang dipentingankan pandangan pelancong luar
Berita Semasa sama sekali tidak bersetuju dengan “pukul rata” semua yang gelandangan ini mahu hidup bebas, sudah tidak mahu bekerja, lebih suka membuat kotor di ibukota.
Cadangan Menteri Terhadap Masalah : Saman Pemberi Sedekah?
Sepatutnya, menteri perlu faham pelbagai
faktor yang menyebabkan mereka mengakhiri hidup mereka dengan
bergelndangan di ibukota. Ada sebabnya yang bukan mereka mahukan
sebenarnya, Itu sebabnya menteri mesti sedikit sebanyak perlu merasai
keperitan hidup rakyat marhaen di Malaysia dengan harapan idea dan
cadangan yang dikeluarkan selepas ini lebih bernas dan begitu dekat
dengan rakyat.
Yang mengejutkan apabila ada pihak mahu
tampil membantu ditegah setelah melihatkan kumpulan terus tersisih
dengan arus pembangunan dan pemodenan bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur malah bertambah teruk lagi mahu disaman. wajarkah?
- kutip duit zakat – Pusat Pungutan Zakat
- salurkan duit zakat – Baitulmal
- Baitulmal di bawah siapa? Bawah Majlis Agama Islam
- Majlis Agama Islam di bawah siapa? JAKIM
- JAKIM di bawah siapa? Ehem…
Hakikatnya hari ini, jumlah pengemis di
Malaysia semakin meningkat dan meningkat yang tidak mempunyai tempat
tinggal dan tempat berteduh.
Pengemis, Gelandangan VS Pusat Zakat & Baitulmal
- Di mana Pusat Zakat, Majlis Agama Islam? Di mana duit RM1.87 bilion hasil kutipan zakat dari seluruh negeri di Malaysia tahun lepas? Di mana kamu belanjakan duit zakat kami? Rakyat Malaysia amanahkan Baitulmal agihkan duit zakat mereka untuk diagihkan kepada kumpulan yang terpinggir dan yang memerlukan? Mengapa dan di mana kamu perdagangan duit zakat kami?
- Setiap tahun lebih RM1 bilion berjaya dikutip, di mana duit ini semua?
- Mengapa masih terlihat ramai umat Islam di Malaysia jadi pengemis? Mengapa? Mengapa masih ramai umat Islam yang tidak mempunyai tempat berteduh dek kerana tidak mampu bayar sewa?
- Mengapa pusat zakat beria-ria dan dilihat bersungguh-sungguh untuk memperlbagai cara mengutip zakat termausklah kaedah dan konsep “drive through pembayaran zakat“. Canggih!!
- Tetapi di mana usaha keras Baitulmal dalam mencari dan menggaihkan duit terkumpul zakat selama ini?
- Adakah sekadar tunggu di kaunter dan kerusi empuk untuk menunggu dan terus menunggu permohonan bantuan zakat yang terpaksa melalui proses birokrasi yang melampau
- Mengapa jadi begini?
- Apabila ada umat islam menerima bantuan daripada gereja, seperti cacing kepanasan Majlis Agama Islam & JAKIM, sedangkan di mana mereka selama ini?
Sekali lagi harapan Berita Semasa kepada
pejabat zakat ni nak turun padang cari asnaf yang layak. Usah sibukkan
diri untuk meningkatkan kutipan zakat, mencanang satu Malaysia bahawa
kutipan zakat terus meningkat. Tetapi masih dilihat canggung untuk
berusah asampaikan zakat kepada asnaf
Tengku Adnan merasa jijik dengan peminta
sedekah dan gelandangan kerana acapkali dikatakan membuat kotor di
bandaraya Kuala Lumpur kononnya berpunca daripada pemberian makanan
percuma sedangkan NGO seperti PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan ketika
memberi makanan kepada golongan itu. Sepatutnya dibantu usaha murni
oleh NGO-NGO seperti ini, bukan meletakkan pelbagai beban tambahan di
bahu mereka.
- Mengapa mahu menyorokkan pengemis di khalayak pelancong asing? Malu?
- Sedangkan di negara maju, masih ramai lagi pengemis. Mengapa perlu malu?
- Hakikatnya, pelancong asing memuji sikap orang Malaysia yang murah
Pada Berita Semasa samada gelandangan
atau tidak, mereka tetap manusia. Kita tidak tahu asal usul perjalanan
hidup mereka. Usahlah dihalang….Apa pula pendapat anda?
PP/S : Lebih baik “bersihkan” Kuala Lumpur daripada “pusat maksiat dan pusat perjudian” terlebih dahulu sebelum bertindak “membersihkan” bandaraya Kuala Lumpur daripada gelandangan
No comments:
Post a Comment