MALAYSIAKINI
Bukan sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga patut
meletakkan jawatan atas dakwaan kegagalan besar menguruskan parti, kata
bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang.
Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin (bawah) dilaporkan berkata
Anwar dan pimpinan PKR lain perlu mengambil langkah itu kerana apa yang
berlaku dalam parti jauh lebih memalukan berbanding pentadbiran negeri.
Bekas
wakil rakyat PKR itu merujuk kepada pemilihan langsung parti itu yang
masih berlangsung dan mencetuskan pelbagai kontroversi.
“Malah perlu diingat Anwar bukan saya ketua umum PKR tetapi juga
penasihat ekonomi Selangor. Kalau Khalid didesak letak jawatan kerana
gagal bagaimana pula dengan Anwar?
“Perlu juga diingat bahawa keadaan lintang pukang, huru hara dalam
pemilihan parti ini bukan sahaja baharu berlaku kali ini tapi sejak
pemilihan lalu lagi.
“Malangnya kali ini lebih teruk dan memalukan hingga tahap ahli
mengheret parti ke mahkamah. Siapa yang patut ambil tanggungjawab ini,”
soalnya lagi seperti dilaporkan UMNO-Online.
Fairus juga melihat desakan Khalid meletakkan jawatan sebagai melucukan kerana Anwar tidak pula dihukum.
Fairus seterusnya menambah soal pertukaran menteri besar Selangor akan
terus menjadi duri dalam daging berterusan untuk pembangkang kerana
menurutnya masing-masing mempunyai kepentingan tersendiri.
No comments:
Post a Comment