MALAYSIAKINI
MH17 Kedutaan Rusia di Malaysia
enggan mendedahkan sama ada Moscow membantu mencapai perjanjian antara
Putrajaya dan puak pemisah di Ukraine.
Duta Rusia, Lyudmila G Vorobyeva ditanya mengenai perjanjian Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Republik
Rakyat Donetsk, Alexander Borodai.
"Ia memang hak (Malaysia) untuk menghubungi sesiapa sahaja yang
boleh membantu untuk menyelesaikan situasi dan hubungan ini terbukti membina dan berhasil.
"Hasilnya ialah keputusan pemberontak untuk menyerahkan kotak hitam
kepada pakar Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di kedutaan Rusia di
Kuala Lumpur pagi ini.
Ditanya apa peranan Rusia dalam perjanjian itu, Vorobyeva, selepas berhenti sejenak, menjawab: "Tiada komen".
Najib mengumumkan selepas tengah malam tadi bahawa beliau berhubungan
dengan bBarodai dan mencapai perjanjian dengan puak pemisah untuk
menyerahkan kotak hitam MH17 yang ditembak jatuh serta mayat
penumpangnya.
No comments:
Post a Comment