Tuesday, July 22, 2014

Kotak hitam MH17 diserah pada pakar M'sia

MALAYSIAKINI


Pemimpin kanan puak pemisah, Aleksander Borodai, menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada pakar Malaysia awal pagi ini dalam satu sidang akhbar di ibu pejabatnya di Donetsk, lapor Reuters.

 

"Ini dia kotak hitam," kata Borodai dalam bilik yang penuh dengan wartawan.

Kolonel Mohamed Sakri dari Majlis Keselamatan Negara Malaysia memberitahu bahawa kedua-dua kotak hitam itu adalah "dalam keadaan baik".

Ini adalah sebahagian daripada perjanjian yang dicapai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang diumumkan awal pagi ini, di mana mayat mangsa nahas MH17 akan dihantar ke Belanda.

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte memberitahu sidang akhbar ada hari Isnin bahawa keretapi yang membawa kira-kira 200 beg mayat dalam perjalanan ke Donetsk dan kemudian ke Kharkiv yang dikuasai kerajaan Ukraine, di mana ia akan dibawa ke Belanda untuk dikenal pasti.

Penyerahan mayat dan kotak hitam itu, dan laporan penyiasat antarabangsa yang mendapat akses yang lebih baik ke tapak nahas selepas empat hari pesawat MH17 ditembak jatuh, dibuat di tengah-tengah desakan supaya sekatan lebih luas dikenakan terhadap Rusia atas sokongannya kepada pemberontak itu.

No comments: