ANTARAPOS.COM
DONETSK: Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan pada Khamis malam.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat selepas kerajaan gabungannya runtuh
sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan
politik.
Keputusan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak selepas dikuasai pemberontak.
Pada ketika ini pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung
nahas pesawat Penerbagan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh 17
Julai lalu.
Mengumumkan pengundurannya, Yatsenyuk berkata, beliau mengambil
tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di Parlimen dan sekatan
terhadap inisiatif kerajaan'.
Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.
Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.
Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi
pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus
berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak
hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.
Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh
24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur
negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Rusia.
No comments:
Post a Comment