BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk
seorang bayi terbunuh apabila sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) diserang Israel di utara Gaza semalam.
Jurucakap perkhimatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, jumlah
kematian boleh mencecah sehingga 15 orang dan lebih ramai yang cedera
dalam kejadian tersebut.
Difahamkan, jumlah mereka yang cedera kira-kira 200 orang.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai mangsa
serangan, tetapi seorang wartawan AFP yang berada dekat rumah mayat
berkata, mayat-mayat yang tiba dari tempat kejadian termasuk seorang ibu
dan bayinya yang berusia setahun.
Ia merupakan insiden terbaharu membabitkan serangan Israel yang
menyasarkan sekolah dan hospital di wilayah Palestin, dengan jumlah
kematian dalam serangan militan Gaza sejak 17 hari lalu mencecah lebih
770 orang.
Sementara itu, seorang pegawai PBB mengesahkan beberapa orang maut dan
cedera di sekolah di Beit Hanun, yang digunakan sebagai pusat
perlindungan beratus-ratus rakyat Palestin. - AFP
No comments:
Post a Comment