MALAYSIAKINI
Wanita 21 tahun yang menuduh diplomat Malaysia Muhammad Rizalman Ismail
menyerangnya di rumahnya di Wellington, New Zealand bersedia namanya
didedahkan kepada umum.
Identiti pengadu dalam kes-kes seksual di negara itu secara automatik dilindungi di negara itu, lapor stuff.com.nz.
“Tetapi di Mahkamah Daerah Wellington hari ini, Judge Bruce Davidson
membenarkan permohonan daripada wanita itu – diwakili melalui sebuah
stesen TV – untuk penahanan namanya ditarik balik petang ini,” lapor
portal itu.
Radio
New Zealand juga melaporkan di laman webnya bahawa hakim Davidson
berkata, penahanan namanya berakhir pada jam 8.30 petang (waktu
tempatan) pada Rabu, apabila beliau mengambil bahagian dalam sebuah
rancangan televisyen.
Dalam kes yang mendapat perhatian antarabangsa itu, Rizalman ditahan
pada 9 Mei dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas dakwaan cuba
memecah rumah dan cuba melakukan serangan seksual terhadap seorang
wanita 21 tahun.
Beliau bagaimanapun belum dibicarakan dan dibawa pulang ke Malaysia pada
22 Mei selepas pertikaian isu diplomatik, dan mencetuskan kemarahan
ramai di New Zealand selama lebih sebulan selepas dilaporkan pada 28
Jun.
Penahanan nama Rizalman ditarik balik selepas Fairfaz Media menang
mencabar perkara itu di mahkamah New Zealand, lapor stuff.com.nz.
No comments:
Post a Comment