MALAYSIAKINI
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa
peristiwa rusuhan kaum mungkin akan timbul semula sekiranya perpecahan
antara kaum terus berlarutan dan tidak dibendung.
Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, peristiwa 13 Mei itu juga
mungkin timbul sekali lagi jika berlaku sekali lagi jika Perlembagaan
terus dipersoal.
Muhyiddin memberi amaran tersebut memandangkan “perbalahan kaum ketika
ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain”.
"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke
tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan
peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).
"Sebab itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang
kemerdekaan. Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk
masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
“(Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah faham tetapi tidak
sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan," katanya seperti dipetik
dalam laporan tersebut.
Masalah hubungan antara kaum itu diburukkan lagi dengan spekulasi dan
tokok tambah dalam laman sosialTambahnya, katanya yang menggesa rakyat
tidak mudah mempercayai khabar angin.
Kenyataan itu disambut dengan nada sinis oleh penasihat DAP Lim Kit
Siang yang mempersoalkan sekiranya Muhyiddin mengakui kegagalan BN dalam
merangka dasar perpaduan negara.
“Beliau mengakui kegagalan BN apabila membayangkan bahawa satu lagi peristiwa 13 Mei tidak mustahil akan berlaku,” kata Lim.
MP Gelang Patah itu berkata ia juga membuktikan bajhawa dasar 1 Malaysia
yang dianjurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menemui
kegagalan.
“Berdasarkan kenyataan Muhyiddin itu, Kabinet dan Majlis Tertinggi BN
sepatutnya mengadakan sidang tergempar kerana negara menghadapi situasi
paling kritikal dalam tempoh 45 tahun,” katanya.
No comments:
Post a Comment