MALAYSIAKINI
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata hukum memakan ikan yang
diberi makan bangkai babi tanpa kuarantin selama tiga hari adalah haram.
Tambahnya, ikan itu hanya boleh dimakan selepas dikuarantinkan sahaja, lapor Berita Harian.
Bagaimanapun, katanya sekiranya umat Islam tidak mengetahuinya maka perkara itu tidak menjadi kesalahan.
“Bagi ikan makan (bangkai) babi, ikan itu bukan babi tetapi menjadi makanan najis.
“Jika orang Islam tidak tahu maka tiada masalah, tetapi jika tahu tidak
boleh dimakan serta-merta, kena kurung tiga hari dan diberi makan
makanan lain dan selepas itu baru boleh dimakan.
“Adalah haram hukumnya jika proses kuarantin tidak dilakukan kerana itu
menjadi makanan najis,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.
Beliau berkata demikian mengulas penemuan serpihan tulang dan rangka
yang menyerupai babi hasil siasatan Jabatan Perikanan Perak di sebuah
kolam ikan patin kering di Ipoh.
No comments:
Post a Comment