MALAYSIAKINI
Dalam satu kekalahan yang memalukan, Jerman menjaringkan tujuh gol untuk
membenamkan impian negara tuan rumah Brazil untuk memenangi Piala Dunia
untuk kali keenam.
Keputusan 7-1 itu adalah yang paling mengejutkan dan
merupakan kekalahan pertama Brazil di tempat sendiri dalam 64 perlawanan ksejak tahun 1975.
Jerman akan bertemu Argentina atau Belanda pada perlawanan akhir di Rio
de Janeiro selepas prestasi luar biasanya di mana penyerang Miroslav
Klose menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan itu dengan
menjaringkan 16 gol dalam Piala Dunia.
"Kami bermula dengan cemerlang," kata Klose dalam temuramah televisyen.
"Kami seiya sekata., anda dapat melihatnya ketika kami berlatih. Kami
bergerak sebagai satu unit dan itulah yang kami pamerkan di padang hari
ini."
Satu-satunya gola sagu hati untuk Brazil ialah melalui jaringan Oscar pada minit-minit terakhir.
"Saya mahu membuat rakyat kami gembira," kata pemain pertahanan Brazil
David Luiz. "Malangnya, kami tak mampu. Saya minta maaf, saya minta maaf
kepada semua rakyat Brazil".
No comments:
Post a Comment