KELAB GREENBOC
Tidak! Tidak Mungkin Untuk Kali Kedua...Ya Allah Ya Tuhanku...!"
BELUM pernah dalam sejarah penerbangan awam dunia, dua pesawat dari model yang sama dan dari sebuah syarikat penerbangan yang sama musnah dalam tempoh empat bulan. Dan jika dicantum jumlah mangsa yang terkorban akibat malapetaka ini, ia adalah satu rekod dunia malah yang terburuk dalam sejarah penerbangan awam dunia. Malah Dunia pun tiada jawapan kepada bencana yang menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia ini.
Akan tercatat dalam sejarah, dalam tempoh empat bulan sahaja, MAS kehilangan 534 pelanggan dan kakitangan dengan 239 orang dari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi sehingga kini tidak dapat dikesan dan dijejaki.
Sesungguhnya cabaran dan dugaan yang sedang dihadapi oleh MAS adalah sangat-sangat luar biasa dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dipikul.
Jika kita di luar MAS berasa gundah, resah dan gelisah, apatalah lagi mereka yang berada di dalam syarikat itu.
Pesawat Boeing 777-200 milik MAS
Seorang bekas kakitangan MAS yang dikenali penulis menangis teresak-esak sebaik sahaja berita mengenai tragedi ini muncul di kaca televisyen.
"Tidak!Tidak mungkin untuk kali kedua...Ya Allah Ya Tuhanku..," katanya sambil menutup muka dengan kedua-dua belah tangan.
Itu airmata dari bekas kakitangan MAS, apatah lagi mereka yang masih berkhidmat.
Dalam kes ini, bukan sahaja MAS tetapi Malaysia sebagai sebuah negara sedang sengsara dan kebigungan menghadapi krisis kedua yang melanda syarikat penerbangan kebangsaan dalam tempoh tidak sampai lima bulan.
Pada 8 Mac lalu, MAS turut kehilangan pesawat dari model yang sama dan kehilangannya itu masih tidak ditemui sehingga ke saat ini sekaligus menjadikannya misteri antarabangsa paling dahsyat.
Bukan sahaja ia tidak ditemui malah secebis serpihan daripada bangkai pesawat tersebut pun tidak dapat dikesan.
Petanda di mana ia terhempas atau menghilang pun masih menjadi teka-teki yang tidak terjawab.
Kemudian insiden terbaru yang berlaku di Ukraine pada Khamis lagi menyayat hati. Kesemua 295 penumpang dan anak kapal terkorban dalam sekelip mata apabila pesawat dari model yang sama dan milik syarikat penerbangan yang sama hancur musnah jatuh terhempas di kawasan konflik antara etnik Rusia Ukraine dengan kerajaan pusat pimpinan etnik Ukraine.
Teori yang diperkatakan oleh semua orang ialah ia musnah ditembak menggunakan roket tapi tiada siapa pun yang tampil mengakui bertanggungjawab melakukannya atau pun dilihat melakukannya.
Sejak malam semalam sehinggalah ke saat ini, semua stesen televisyen tempatan dan antarabangsa iaitu dari CNN, BBC sehinggalah ke Al Jazeera tidak henti-henti menyiarkan program temubual khas untuk membicarakan tragedi yang menimpa pesawat MAS ini.
MAS untuk kali yang keduanya menjadi topik bualan paling panas semua agensi berita, media dan televisyen dunia.
Belum pernah dalam sejarah syarikat penerbangan ini, ia menerima liputan yang begitu meluas dan menjadi bahan berita utama dunia sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa bulan.
Tetapi apa yang pasti ialah, syarikat penerbangan yang kini sedang nazak dan berhadapan dengan kemungkinan diisytihar bankrap sebagai jalan terbaik untuk memulihkannya semula perlu berhadapan dengan satu lagi kisah sedih, pahit dan malang serta perhatian dunia ekoran insiden kedua yang menimpanya.
Persoalan paling besar yang kini menjadi tanda tanya ialah bagaimanakah malapetaka seperti ini melanda sebuah syarikat penerbangan yang rekod perkhidmatannya adalah antara yang terbaik dan cemerlang di dunia dalam tempoh masa yang begitu singkat.
Percayalah, jawapannya akan terus diperdebatkan sehingga ke akhir masa... -mstar
Mungkin sudah terlewat untuk selamatkan MAS selepas MH370, kata Najib
Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370.
Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.
"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ.
MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia.
Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.
Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS.
Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober- Disember 2011.
MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu.
"Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak," kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis.
"Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS," katanya.
WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan.
"Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial," katanya.
Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia.
Ketua kesatuan itu, Alias Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya.
"Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami.
"Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan," katanya.
Penganalisis bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan “jalan keluar yang pahit”, walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu.
"Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan.
"Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal," kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor . -TMI (16 Mei 2014)
ULASAN GB
Selepas 2 bulan Najib berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh, maka pada 18 Julai 2014, MH17 pun terhempas ditembak jatuh di Ukraine mengorbankan 295 nyawa.
Hukum Alam yang berlaku persis mengiyakan kata-kata Najib itu, dan MAS kini benar-benar nazak. Tiada pilihan kecuali membangkrapkannya apabila nahas dua buah pesawat MH370 dan MH17 berlaku di dalam tempoh selang 4 bulan yang mengorbankan 500 orang kesmeuanya.
GB dah kata sebelum ini... "setiap perkataan adalah doa" (kullu kalam ad-du'a".
Najib, you asked for it!
No comments:
Post a Comment