MALAYSIAKINI
Ukraine mendakwa pasukan antirisikan asingnya mempunyai bukti bergambar
yang menunjukkan pasukan pemisah yang disoko9ng Rusia sebagai pihak
bertanggungjawab dalam insiden MH17.
Ketua
perkhidmatan keselamatan jabatan kaunterintelijennya Vitaliy Nayda
mendakwa gambar menunjukkan dua sistem peluru berpandu BUK-M1 daripada
Ukraine menyeberangi ke Rusia pada 2 pagi (waktu Ukraine) pada 18 Jun –
sehari selepas MH17 ditembak.
“Satu daripadanya mempunyai set penuh empat peluru berpandu, selainnya – tiga peluru berpandu,” katanya.
Menurut laporan Pusat Media Krisis Ukraine malam tadi, ia merupakan usaha puak pemisah untuk mengelakkan daripada dikesan.
Nayda berkata, tiga BUK-M1 buatan Rusia ditempatkan di wilayah Ukraine
yang dikawal kumpulan pemisah ketika pesawat MH17 terhempas.
No comments:
Post a Comment