Berikan Khalid jelas maksudnya. |
Semalam ketenangan dan kesyahduan Ramadhan terusik dengan ulah Sultan Selangor yang telah menegur dan menyatakan kekesalan terhadap ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad yang dianggap biadap apabila cuba hendak menghapuskan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang dibawah naungan baginda.
Sultan Selangor itu mengaggap Khalid sebagai biadap dan tidak memahami perlembagaan tubuh kerajaan Selangor dimana kewujudan Mais adalah sebagai badan penasihat kepadanya dalam bidang agama.
Khalid dan banyak orang terkejut dengan sikap Sultan Selangor itu. Apakah wajar seorang Sultan selepas tertubunnya Persekutuan Malaysia perlu bersikap begitu? Mungkin juga dengan telatah Sultan itu menyebabkan Khalid kesal kerana apa yang difahami oleh Sultan itu daripada cadangannya telah disalah tafsir ataupun diambil fahaman dari luar konteks kenyataannya.
Baru-baru ini Khalid telah mencadangkan agar kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais dan Mais hanya perlu diberikan kuasa pelaksanaan sahaja. Ertinya kuasa eksekutif berada ditempat tertinggi sesuai dengan konsep Raja Berperlembagaan. Cadangan itu dibuat adalah untuk menjaga nama baik Sultan bukan seperti difahamkam. Ramai yang menyetujuinya.
"Saya membuat cadangan itu bukan untuk merampas kuasa Sultan, tetapi untuk menjaga nama baik Sultan sebagai pelindung agama," demikian kata Khalid dipetik. Sebagai seorang ahli politik yang sangat mengerti mengenai realiti dan rythm politik negara ini tolollah Khalid kalau hendak bergasak dengan Sultan.
Idea Khalid itu tumbuh ekoran beberapa insiden yang berlaku di Selangor dan menjadi isu kontroversi membabitkan Mais seperti rampasan kitab Bible dan serbuan ke majlis perkahwinan pasangan Muslim - Hindu yang dibuat tanpa mengikut peraturan sewajarnya dan siasatan mendalam.
Jadi untuk mengelakkan nama Sultan dicemari dengan isu-isu seumpama itu beliau mencadangkan agar kuasa eksekutif Mais dihapuskan. Dalam kata lain, asingkan Sultan daripada terbabit dengan eksekutif yang selalunya menjadi perhatian politik.
Bagi mereka yang faham dengan cadangan Khalid itu tidak ada masalah. Cadangan itu untuk mengharmonikan keadaan dan jauh sekali daripada merampas kuasa Sultan seperti mana difahamkan kepada Sultan itu. Sultan tetap juga berkuasa ke atas agama menurut peruntukan perlemnbagaan yang digaris lurus, tetapi bukannya bertindak menjadi eksekutif. Sekiranya Sulatan atau mana-mana institusi dinaunginya mempunyai kuasa eksekutif maka akan berlakulah pertindihan kuasa dalam sesuatu negeri itu. Pertindihan ini jelas dalam isu Bible dimana meletakkan MB terhoyong hanyang untuk menyelesaikannya.
Bagi orang yang waras dan tidak ada niat menjadi jarum halus beracun, akan melihat cadangan Khalid itu satu cadangan murni yang menunjukkan kasih sayang dan penghormatannya seorang rakyat kepada sultan. Sebagai rakyat bertanggungjawab tentulah Khalid tidak mahu nama sultan dibabitkan dengan tindakan-tindakan bersifat politik seperti rampasan kitab Bible tempoh hari.
Naiwatu Khalid untuk menghadap Sultan itu bagi menjelaskan maksud sebenarnya, baik. Iya patut segera dilakukan dan Sultan hendaklah membuka pintu istananya. Tindakan itu terpuji dan bertanggungjawab. Sultan harus menerima permintaan Khalid untuk berhadapan dan bersemuka secara telus dan tasamuh. Sultan tidak boleh menggunakan pakai apa yang diberikan atau dinasihat oleh sebelah pihak sahaja tanpa mendapat penjelasan langsung daripada Khalid. Keadilan adalah sebahagian daripada mahkota bagi seorang sultan.
Apa lagi seperti mana disebut sultan hanya mendengar cadangan Khalid itu daripada laporan akhbar arus perdana 18 Julai lalu. Untuk pengetahuan, laporan akhbar arus perdana bukan tepat seratus peratus atau menterjemahkan konotasi sebenarnya, ia selalu ada agendanya tersembunyi dan "renyuk" dalam laporan. Sebagai seorang Sultan baginda harus mendapat maklumat dan penjelasan dari berbagai pihak. Tidak ada janji dalam al Quran menunjukkan akhbar arus perdana itu benar?
Bagi saya cara Sultan Selangor menzahirkan kemarahan kepada Khalid dalam ucapan di khalayak di Masjid Pekan Sepang itu juga kurang sesuai dan bijaksana. Kalau baginda marah dan terkilan pun dengan Khalid baginda boleh panggil Khalid menghadapnya di istana atau dimana-mana secara eksklusif dan disitulah boleh dihemburkan api kemarahan. Sebagai Sultan, baginda boleh memanggil bila-bila masa saja, pagi petang, malam atau Subuh. Khalid sebagai orang Melayu akan akur kepada perintah Sultan.
Memarahi orang di khalayak ramai, apa lagi orang berkenana tidak ada sama adalah perbuatan yang tidak bajaksana dan merendahkan kedudukan Sultan itu sendiri. Hatta walaupun seseorang itu raja namun ia tetap terikat dengan syariat dan adat istiadat.
Pengungkitan sultan kepada Khalid yang bukan anak Selangor juga tidak wajar dan ia seolah-olah tidak memahami semangat federalisme. Semua rakyat dalam negeri ini secara hakikatnya adalah rakyat semua raja dan sultan. Manakala sultan atau raja pula adalah payung kepada semua orang yang bernaung di negerinya.
Begitu juga cara sultan menyuruh Khalid melengkapkan diri memahami sejarah Selangor dan mendalami undang-undang terpakai di negeri itu terutamanya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, adalah kurang sempurna. Saranan itu merendahkan status Khalid sebagai seorang wakil rakyat. Saranan sama juga perlu dianjurkan kepada pegawai Mais.
Bukan semua pegawai Mais memahami apa yang disebut itu dan fakeh undang-undang. Justeru kerana kurang memahami peruntukan undang-undang, roh undang-undang maka menyebabkan sultan menerima pemahaman yang silap yang akhirnya niat baik sultan menjadi sebaliknya
No comments:
Post a Comment