MALAYSIAKINI
Jumlah kematian kerana kes denggi di seluruh negara sehingga Ahad lepas
ialah sebanyak 94 orang, meningkat 224 peratus berbanding 29 kematian
dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Kementerian Kesihatan berkata Selangor merekod kes kematian paling
tinggi iaitu 38 orang berbanding tujuh orang tahun lepas sementara Johor
mencatat 14 kematian berbanding tujuh orang tahun lepas.
Kuala Lumpur dan Putrajaya pula mencatat lapan kematian berbanding tujuh
orang tahun lepas sementara Labuan dan Perlis tidak mencatat sebarang
kematian, katanya dalan satu kenyataan.
Ia berkata jumlah keseluruhan kes demam denggi yang dilapor setakat ini
tahun ini ialah 51,987 kes berbanding 14,755 kes bagi tempoh yang sama
tahun lalu.
Daerah Petaling mencatat jumlah kes demam denggi paling tinggi iaitu
12,518 kes atau 30 peratus dari 51,987 kes yang dilapor setakat ini.
Kementerian Kesihatan berkata 32 pasukan terdiri daripada 95 anggota
telah digerakkan bagi menjalankan aktiviti kawalan di Daerah Petaling
sejak Isnin lepas. Bernama
No comments:
Post a Comment