MALAYSIAKINI
Satu jawatankuasa khas kerajaan Selangor memulakan siasatan ke atas
dakwaan bahawa dua projek lebuh raya kontroversi dimasukkan ke dalam
pelan tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan tidak mengikut
proses sewajarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan Nik
Nazmi Nik Ahmad berkata siasatan itu melibatkan Lebuh raya
Serdang-Kinrara-Putrajaya (Skip) dan Lebuh raya Kinrara-Damansara
(Kidex).
Selain
itu, siasatan juga melibatkan dakwaan bahawa pengezonan kawasan di
USJ10 dan USJ7 dipinda tanpa mengikut prosedur sewajarnya.
Beliau menjangka laporan siasatan tersebut akan dapat dikemukakan ketika DUN Selangor bersidang pada November.
"Kami akan bermula dengan melihat kepada pelan tempatan MPSJ, dan
kemudiannya menangani adauan yang diterima daripada wakil rakyat dan
orang awam,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Antara yang sudah dipanggil untuk memberi keterangan dalam pendengaran
tersebut hari ini adalah Exco kerajaan tempatan Teng Chang Khim dan juga
Exco perumahan, Iskandar Abdul Samad.
Turut memberi keterangan ialah wakil dari MPSJ dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor.
Enam orang anggota jawatankuasa yang hadir dalam pendengaran itu ialah
enam orang ADUN – Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya), Dr Idris Ahmad
(Ijok), Hasnul Baharuddin (Morib), Halimaton Saadiah Bohan (Kota
Damansara), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Eddie Ng (Balakong).
Nik Nazmi berkata, jawatankuasa itu akan mengadakan sekurang duanya satu
atau dua sesi pendengaran lagi sebelum membuat keputusan.
Jawatankuasa itu bagaimanapun masih belum memutuskan nama individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan lanjut.
Beliau juga enggan membincangkan hasil siasatan setakat ini dan
menegaskan ia hanya akan didedahkan apabila laporan itu dikemukakan ke
DUN.
No comments:
Post a Comment