MALAYSIAKINI
Golongan gelandangan yang mempunyai pekerjaan tetapi memperoleh gaji
sedikit boleh membuat aduan kepada Kementerian Pembangunan Wanita
Keluarga dan Masyarakat melalui talian Nur 15999.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata meskipun penindasan
seumpama itu boleh berlaku, namun kementerian tidak dapat mengambil
tindakan sewajarnya kerana tiada sebarang aduan dibuat.
"Kalau ada perkara sebegitu maklumkan kepada kami, jangan simpan
sendiri, kerana kerajaan telah menguatkuasakan pelaksanaan gaji
minimun," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan
dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan di Putrajaya
hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang rungutan golongan
gelandangan yang mendapat gaji sedikit sedangkan kerajaan telah
menguatkuasakan gaji minimum di seluruh negara mulai Januari lepas.
Pelaksanaan dasar gaji minimum diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak pada 30 April 2012. Gaji minimum di Semenanjung ialah RM900
sebulan dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan.
Sementara itu, Rohani berkata sebanyak 735 dari 1,560 gelandangan yang
pernah datang ke Anjung Singgah, pusat perlindungan sementara untuk
golongan gelandangan berteduh, telah memperoleh pekerjaan sejak 2011.-Bernama
No comments:
Post a Comment