MALAYSIAKINI
Diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual di New Zealand
mungkin tidak dapat menghadapi pertuduhannya di mahkamah negara kiwi itu
esok.
Doktor-doktor Malaysia berkata Muhammad Rizalman Ismail tidak sihat
sepenuhnya untuk terbang ke luar negara dan masih memerlukan “penilaian
psikiatri”, lapor The New Zealand Herald.
Memetik sumber hospital tentera Tuanku Mizan malam tadi, harian itu
melaporkan “Rizalman nampak tidak baik” dan memerlukan ujian lanjut.
Selepas dibawa pulang menggunakan kekebalan diplomatik, diplomat itu ditahan di hospital tentera untuk penilaian psikiatri.
Malaysia bersetuju menghantar Rizalman kembali ke New Zealand untuk
prosiding mahkamah dan empat kerusi penerbangan ke Auckland telah
ditempah, lapor harian itu.
Rizalman ditahan di Wellington pada 9 Mei selepas mengikuti perempuan 21 tahun dan didakwa menyerangnya.
No comments:
Post a Comment