SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin beliau meninggalkan parti semalam.
"Pejabat Mohamed Azmin Ali menafikan perletakan jawatan YB Mohamed Azmin dalam PKR," kata kenyataan tersebut.
Dalam sebaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) semalam selepas Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon menteri besar Selangor
baharu, Azmin dikatakan meletak jawatan dalam parti dan menjadi ahli
Parlimen Bebas.
Pejabat Azmin juga mendakwa khabar angin tersebut diwujudkan bertujuan
untuk memecah-belahkan perpaduan parti, pada ketika pergelutan memang
berlaku melibatkan kepimpinan di negeri Selangor.
"Justeru, sebaran tersebut diyakini bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR," katanya.
Kenyataan tersebut juga memberitahu Azmin ketika ini berada di Mekah
menunaikan ibadah Umrah dan menolak kebenaran khabar angin tersebut.
Khabar angin peletakan jawatan ini bukan kali pertama berlaku. Ia
timbul juga tahun lepas semasa pertikaian untuk melantik menteri besar
Selangor selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13.
Malah, Azmin juga secara terbuka menyatakan rasa tidak setuju terhadap
pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar penggal
kedua.
Pertikaian tersebut berlarutan sehingga hari ini, malah secara terbuka
kepimpinan PKR menyatakan penolakan kepimpinan Khalid di Selangor.
No comments:
Post a Comment