AL-QURAN
'halimuman' menjadi antara objek paling menarik dipamerkan di Pameran
al-Quran Antarabangsa ke-22 diadakan di Teheran, Iran ketika ini.
Naskhah
itu ditulis dengan tinta emas tetapi kalimahnya tidak akan dapat
dilihat dengan mata biasa, sebaliknya perlu dibaca di bawah sinaran
cahaya khas.
Sebuah
laman web melaporkan, naskhah istimewa itu ditulis Mohsen Khanjari
Anbouhi dan menjadi al-Quran pertama ditulis dengan dakwat khas yang
tidak boleh dibaca secara biasa.
Laman web itu berkata, tulisan berkenaan dihasilkan menggunakan teknologi nano digabungkan dengan dakwat emas asli.
Jurucakap penganjur berkata, dakwat unik itu hanya dapat dilihat di bawah sinar inframerah.
Naskah itu ditulis mengikut rasm Uthman dan setiap halaman berukuran 29 sentimeter kali 20 sentimeter.
Kata
jurucakap itu, selepas pameran berakhir Mohsen mungkin menyumbang
naskhah berkenaan ke sebuah pertubuhan kebajikan, Astan Quds Razavi di
Mashhad, Iran.
Pameran al-Quran Antarabangsa Teheran itu diadakan setiap Ramadan untuk mengembangkan dan mempromosikan al-Quran.
Tahun ini, pameran tersebut banyak menarik perhatian, termasuk di kalangan artis Iran.
Sebanyak
16 perwakilan menyertai pameran itu termasuk dari Sepanyol, Russia,
Kuwait, Palestin, Algeria, Tunisia, Malaysia, India, Pakistan, dan
Turki.
No comments:
Post a Comment