KUALA LUMPUR: Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya ditutup
sementara waktu ekoran sebahagian bumbung stesen tersebut tercabut
akibat angin kencang dan hujan lebat tengah hari tadi.
Prasarana Malaysia Berhad memaklumkan, tiada kemalangan atau kecederaan
dilaporkan dalam kejadian itu dan pihak Rapid KL terpaksa menutup
stesen berkenaan buat sementara atas faktor keselamatan.
Menurut kenyataan itu, buat masa ini tren bagi laluan Gombak ke Putra
Heights tidak akan berhenti mengambil penumpang di stesen LRT berkenaan.
“Para pelanggan dari Gombak atau Putra Heights yang ingin ke Stesen
Kelana Jaya perlu turun di Stesen Taman Bahagia untuk menaiki bas
perantara ke Stesen Kelana Jaya,” menurut kenyataan itu di sini hari
ini.
Sehubungan itu, pengguna diminta mengikuti maklumat terkini menerusi
saluran media sosial di Facebook dan Twitter Rapid KL untuk mendapatkan
status terkini perkhidmatan LRT.
“Rapid KL ingin memohon maaf di atas kesulitan ini. Keselamatan penumpang adalah tanggungjawab kami,” jelas kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan