Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, ejen pilihan raya atau calon akan bertanggungjawab untuk melantik ejen-ejen mereka seperti ejen tempat mengundi (ETM), ejen mengira undi (EMU) dan ejen barung semakan.
Menjawab dakwaan pembangkang beberapa peraturan dalam pilihan raya bakal diubah, beliau berkata, terdapat salah faham dalam kalangan mereka terbabit.
“Kita hanya meminta mereka menghantar dan menamakan ejen-ejen mereka sebelum hari mengundi untuk memastikan dapat memerhati setiap proses dijalankan dengan telus dan adil.
“Bukankah mereka (pembangkang) juga yang menuduh SPR dan sistem pilihan raya tidak telus dan adil?
“Tetapi apabila kita meminta menghantar senarai ejen mereka lebih awal untuk memastikan kelancaran pilihan raya mereka sebaliknya melenting mengatakan SPR wujudkan peraturan baru,” dipetik daripada akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau dalam wawancara itu juga menafikan dakwaan SPR menyebelahi kepada kemenangan BN kerana keputusan PRU-12 dan PRU-13 menyaksikan Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang.
“Kalaulah SPR bantu BN, sudah pasti mereka (BN) dapat menguasai 100 peratus kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (Dun).
“Namun itu semua tidak berlaku tidak berlaku kerana SPR adalah sebuah badan bebas dan berkecuali yang menjalankan pilihan raya dengan telus dan adil,” jelasnya.
Hashim turut memberitahu terdapat hampir 8,971 pusat pengundian dan lebih 29,000 saluran mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini.
Menurutnya lagi, dianggarkan lebih 250,000 petugas pilihan raya dengan perbelanjaan kira-kira RM400 juta bagi menampung kos sewaan, perolehan peralatan, pembayaran elaun, honorarium dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan