Ahad, 30 April 2017

Madinah digesa dedahkan laporan audit 1MDB


Fahmi

Oleh Fahmi Fadzil

Saya ingin ucapkan tahniah kepada Tan Sri (TS) Dr Madinah Mohamad yang hari ini (semalam), pada hari ke-62 sejak beliau dilantik sebagai Ketua Audit Negara Februari lalu, telah buat pertama kalinya berdepan dengan media.

Namun saya dan orang ramai kecewa apabila beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan oleh pihak media mengenai status Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB. Keengganan beliau untuk memberikan respon ini bukanlah suatu yang positif.


Malah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa kesemua hutang jangkamasa pendek 1MDB telah dibayar balik, serta isu hutang 1MDB kepada IPIC yang dikatakan hampir selesai, orang ramai berhak mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai pengurusan 1MDB seperti yang terkandung di dalam laporan tersebut untuk mengesahkan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat itu.

Oleh itu, walaupun TS Dr Madinah masih seorang anggota Umno Kepong dan suami beliau masih memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Kepong, TS Dr Madinah wajib mencari keberanian untuk menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar mendeklasifikasi dan mendedahkan laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB ini. Dan saya harap orang ramai akan dapat membaca laporan tersebut sebelum hari ke-100 TS Dr Madinah memegang jawatan Ketua Audit Negara.

* Fahmi merupakan Pengarah Komunikasi KEADILAN merangkap Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN.

Kenyataan penuh Anwar Ibrahim isu kerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Forex

KEADILAN DAILY

 Anwar

Saya memilih untuk bekerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Forex selaku mantan Menteri Kewangan 1991-1998. Saya berpuas hati dengan ruang yang diberikan oleh Pengerusi Tan Sri Sidek dan jawatankuasa.

Dalam kesempatan singkat pada 20hb April lalu, saya telah jelaskan antara lain bahawa:

1. Sebaik menyandang jawatan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin) ada menyentuh urusan dagangan matawang oleh Bank Negara Malaysia. Menurutnya, sejak 1989, Perbendaharaan Amerika (Fed); Bank Pusat England dan IMF telah memaklumkan bahawa penglibatan BNM dalam urusan tersebut dianggap membimbangkan.

Berikutnya, dalam taklimat Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Jaafar Hussein, beliau menafikan keterlibatan BNM sambil menekankan bahawa penglibatan BNM adalah sah sekadar mempertahankan kedudukan ringgit dalam pasaran.

2. Masalah mula dikesan laporan yang membimbangkan dari media antarabangsa dan pasaran Zurich, sekitar akhir 1991 dan awal 1992, dan perkara tersebut dikemukakan semula kepada Gabenor BNM. Tan Sri Jaafar memberikan keterangan yang sama dan memaklumi bahawa Pengarah Urusan tersebut di BNM adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Namun, manakala deraf awal audit BNM 1991 dibentangkan, Perbendaharaan melahirkan kebimbangan. Gabenor BNM akui jumlah terlibat adalah lebih besar dari yang dijangka. Memandangkan saya dan Kementerian Kewangan tidak dimaklumkan mengenai hal tersebut, Gabenor sendiri yang menjelaskan kepada media dengan menyebut “kerugian atas kertas”.

Berikutnya saya terpaksa menangani permasalahan tersebut di Parlimen, terutama persoalan-persoalan yang dibangkit Ketua Pembangkang ketika itu, YB Lim Kit Siang. Kerajaan memberikan penjelasan BNM sambil menjelaskan keutuhan ekonomi. Namun, saya menegaskan arahan agar BNM menghentikan dagangan Forex tersebut.

3. Dari perkembangan tahun berikutnya, 1993, ternyata urusan tersebut diteruskan; dan jumlah kerugian ketika itu, dianggar sekitar RM9 bilion hingga RM10 bilion. Gabenor BNM membuat pengakuan kepada saya bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak memberi laporan tepat kepadanya dan beliau telah menerima perletakan jawatan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai petugas yang bertanggungjawab. Tan Sri Jaafar sendiri mengambil tanggungjawab sepenuhnya, walaupun saya akui kewibawaannya dan percaya bahawa beliau tidak diberikan keterangan lengkap oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

4. Tan Sri Ahmad Don yang mengambil alih tugas Gabenor BNM pada tahun 1994 telah bertindak menghentikan dagangan tersebut, dan mula membayar kerugian sekitar RM500 juta setiap tahun. Pengurusan BNM bertambah mantap, diperkemas dengan laporan dasar yang lebih teratur kepada Menteri Kewangan.
Jumlah kerugian akhirnya dianggar sekitar 15 hingga 30 bilion ringgit tertakluk kepada cara BNM mengaudit dan mencatat potongan ‘contingency fund’, ‘reserve fund’, ‘insurance fund’; kos membendung inflasi dan mempertahan ringgit.

5. Setelah saya dipenjarakan pada September 1998, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri. Dan lebih serius lagi apabila beliau dilantik Menteri Kewangan Kedua pada 2008; walaupun ketika diberhentikan pada tahun 1998, Kementerian Kewangan telah mengemukakan syarat bahawa beliau tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana institusi kewangan negara.

6. Dalam pertemuan dengan Pasukan Petugas Khas Forex ini, berulangkali saya tegaskan keperluan dibekalkan dengan laporan dan dokumen untuk memastikan perjalanan lebih telus dan teratur. Perkara ini belum dilaksanakan. Saya juga perhatikan masalah wujud manakala keputusan Pengerusi membenarkan peguam saya, R Sivarasa, hadir untuk saya rujuk, tetapi keputusan ini diketepikan oleh seorang pegawai di Kementerian Kewangan.

* Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN

Kaji semula pelaksanaan GST


SELANGOR KINI

KUALA LUMPUR, 2 April 2016. Himpunan Bantah GST anjuran Parti Amanah di sekitar Kuala Lumpur. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan digesa mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap rakyat, sejak 1 April 2015.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, kerajaan yang baik perlu peka terhadap nasib rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kerajaan yang baik juga perlu sentiasa mendengar keluhan rakyat dan berusaha mengatasi kesusahan mereka.

“Pelaksanaan GST perlu diselaraskan dengan tuntutan keadilan supaya tercapai aspirasi negara kebajikan yang mendapat keampunan Tuhan,” katanya.

GST yang dikuatkuasakan sejak dua tahun lalu mengenakan kadar enam peratus kepada pengguna.

MB bawa ‘hadiah’ untuk pelajar di Timur Tengah

OLEH AFIX REDZUAN

azmin-parlimen

IPOH: Delegasi Kerajaan Negeri yang diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akan berlepas ke Maghribi, Jordan dan Mesir malam ini bagi menyampaikan sumbangan pendidikan Peduli Siswa berjumlah RM2.5 juta kepada pelajar Selangor.

Lawatan kerja selama tiga hari itu antara lain melihat keperluan pelajar di sana yang akan diputuskan dalam Belanjawan Negeri 2018.

“Kita merasakan keperluan untuk memastikan pengajian mereka tidak terganggu ketika berada di sana.
“Kita meluluskan RM2 juta pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) lalu dan ditambah RM500,000 daripada anak syarikat Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata, bantuan itu berjaya diusahkan untuk tahun ini sementara satu peruntukkan tetap akan dirangka dan diumumkan hujung tahun ini.

Antara pimpinan negeri yang turut serta dalam lawatan itu adalah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim.

Lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko muflis


KUALA LUMPUR 15 DECEMBER 2016. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS), Datuk Azih Muda. NSTP/AZHAR RAMLI

SELANGOR KINI

SHAH ALAM: Lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko muflis ekoran kegagalan menguruskan hutang pinjaman, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Beliau berkata, penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan melebihi kemampuan gaji mereka.

Katanya, ketiadaan sistem yang mengawal pinjaman dilakukan penjawat awam juga adalah antara punca mereka melakukan pinjaman bertindih.

“Hal ini saya lihat semakin serius dan ia terjadi kerana ada penjawat awam bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman.

“Sekarang ini kerajaan memberi peluang kepada lebih 20 agensi pinjaman membuat potongan gaji kepada penjawat awam yang melaksanakan pinjaman tanpa perlu merujuk antara satu sama lain.

“Mereka (penjawat awam) boleh meminjam di mana-mana institusi pinjaman dengan hanya membawa slip gaji dan potongan dibuat setiap bulan. Terdapat penjawat awam yang pinjam dengan institusi A, kemudian pinjam pula dengan institusi B dan C,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Cuepacs mencadangkan kerajaan melaksanakan sistem seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia iaitu Sistem Pelaporan Kredit (Spekar) yang mempunyai rekod penjawat awam.

“Sistem ini akan dapat mengawal pinjaman yang dilakukan penjawat awam kerana sistem itu dapat mengesan data potongan gaji dan maklumat pinjaman penjawat awam.

“Sekarang ini yang dudah diisytihar muflis lebih 3,000 orang, kalau tidak dibendung, jumlah itu akan bertambah,” katanya.

Apa hak PKR nak suruh PAS tinggalkan Kerajaan Selangor?

 Berita Daily Staff

Muhammad Khalil berkata, PAS Selangor juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya PAS Pusat mengarahkan mereka keluar dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata PKR tidak berhak untuk menggesa anggota parti Islam itu melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor kerana mandat PAS berada dalam kerajaan adalah hasil pilihan raya umum ke-13 lalu.

Dalam sidang media sulungnya sebagai ketua pemuda PAS, Muhammad Khalil berkata, PAS Selangor juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya PAS Pusat mengarahkan mereka keluar dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Mandat PAS dalam kerajaan Selangor yang ada pada hari ini adalah hasil PRU 13..ini mandat rakyat..apa hak PKR nak suruh keluar dari kerajaan.

“Namun andai keputusan PAS Pusat minta supaya PAS Selangor perlu keluar dari kerajaan, secara jelas tidak ada masalah langsung untuk kita keluar dari Kerajaan bahkan kita bukan gila kuasa sehingga sanggup melanggari arahan pimpinan PAS Pusat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di selepas Muktamar Pemuda PAS di Alor Setar, Kedah hari ini.

Kenyataan itu turut dimuat naik di laman Facebook rasmi Pemuda PAS Malaysia.

Antara pemimpin PAS yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Iskandar memegang portfolio perumahan, pengurusan bangunan dan kehidupan bandar, Zaidy pula memegang portfolio infrastruktur dan kemudahan awam, permodenan pertanian dan industri asas tani, manakala Ahmad Yunus memegang portfolio hal ehwal agama Islam, jawatankuasa adat Melayu, pembangunan desa dan kampung tradisi.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini menggesa agar PAS segera memuktamadkan hubungan tahaluf siyasi mereka dengan PKR dan sekiranya parti itu bertindak memutuskan hubungan mereka, anggota PAS perlu melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dipimpin PKR.

19 cedera khemah ekspo Muktamar PAS dipukul ribut

 Bernama

Sembilan belas orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri dalam kejadian ribut yang meranapkan khemah utama di  Kompleks PAS Kedah, venue Muktamar PAS  ke-63, di sini, malam ini.

ALOR SETAR: Sembilan belas orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri dalam kejadian ribut yang meranapkan khemah utama di  Kompleks PAS Kedah, venue Muktamar PAS  ke-63, di sini, malam ini.

Berdasarkan maklumat awal kejadian berlaku pada pukul 7.25 malam membabitkan khemah yang menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki).

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Naim Mat Jaaffar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 7.43 malam.

Katanya berdasarkan laporan awal yang diterima, 19 mangsa cedera dengan 13 daripadanya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini. Seorang daripada mangsa dirawat di zon merah, sembilan di zon kuning dan tiga lagi di zon hijau, manakala bagi enam yang lain hanya dirawat di lokasi kejadian.

“Pihak hospital belum dapat memberikan maklumat mengenai tahap kecederaan dan identiti mangsa yang terlibat.

“Kami dimaklumkan bahawa ketika kejadian dianggarkan terdapat 3,000 orang berada di lokasi tersebut dan mangsa yang cedera akibat runtuhan telah dibawa ke hospital oleh orang awam, sebelum pasukan bomba tiba, ” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut sumber Urusetia Muktamar PAS, akibat kejadian itu, Majlis Makan Malam Dana Kompleks Kedah yang dijadual berlangsung pada pukul 8.30 malam tadi terpaksa dibatalkan.

Kawasan khemah berkenaan pula ditutup sepenuhnya oleh pihak berkuasa manakala media tidak dibenarkan berada di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang saksi Azlina Azmi, 41, berkata ketika kejadian beliau dan suaminya berada dalam khemah surau di kompleks itu untuk menunaikan solat Maghrib namun terkejut mendengar bunyi angin yang kuat sehingga menyebabkan beberapa khemah bergoyang.

“Selepas itu saya segera menyelamatkan diri dengan pergi ke dewan dan melihat ramai yang cedera termasuk patah kaki lalu diusung oleh petugas ke dewan utama.

“Masa itu keadaan panik dan saya mendengar ramai orang di situ melaungkan takbir berikutan bimbang keadaan menjadi lebih buruk, ” katanya.

Hambali Ahmad, 35, yang merupakan peniaga gerai berkata ketika kejadian dia sedang menjual minuman sebelum dikejutkan dengan angin kencang.

“Ribut datang secara tiba-tiba terus saya berlari masuk ke dalam dewan kompleks sebelum terdengar jeritan mangsa-mangsa yang cedera terkena serpihan khemah yang runtuh.

“Orang awam yang berada di kawasan kejadian terus membantu mengangkat mangsa yang cedera ke dalam dewan dan memberi rawatan awal,” katanya.

Hujan lebat dan angin kencang pada kira-kira pukul 7.30 malam itu berlaku dalam tempoh 30 minit sahaja

Malaysia ketat kawalan perairan susulan kematian Alhabsy

Bernama
KLUANG -- Menteri Pertahanan yang juga Anggota Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan ADUN Kahang R. Vidyananthan bergambar bersama jururawat pelatih selepas penutup Program Ziarah Kasih Sayang 2017 dan Kem I Want Sihat Parlimen Sembrong di Rumah Komuniti Parlimen Sembrong hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA


KLUANG – Malaysia akan memperketat kawalan perairan negara terutama di Sabah berikutan kematian komander militan Abu Sayyaf, Alhabsy Misaya dalam pertempuran dengan unit marin tentera Filipina di Kepulauan Jolo baru-baru ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan menerima berita kematian tersebut berkata langkah itu diambil bagi menghalang saki-baki tentera Abu Sayyaf yang melarikan diri dari tekanan tentera Filipina yang semakin agresif menjalankan operasi bagi melumpuhkan aktiviti pengganas di negara itu.

”Pembunuhan Alhabsy Misaya saya boleh mengesahkannya dan ia banyak berkisar kepada kerjasama rapat antara Malaysia, Indonesia dan Filipina melalui kerjasama trilateral yang telah kita wujudkan,” kata beliau kepada pemberita pada majlis penutup Program Ziarah Kasih Kementerian Kesihatan Malaysia Parlimen Sembrong di Rumah Komuniti Parlimen Sembrong dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Hishammuddin diminta mengulas laporan sebuah agensi berita asing semalam mengenai kematian pemimpin kanan militan itu yang dipercayai antara dalang kepada penculikan puluhan tebusan Malaysia dan Indonesia di sekitar perairan kedua negara itu.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mengesahkan pihaknya telah menerima arahan supaya mengetatkan kawalan di perairan negara.

“Ini bagi mengelakkan dari tekanan operasi (tentera Filipina) berpindah ke daerah kita. Kita akan terus memberikan yang terbaik buat rakyat Sabah terutamanya di kawasan perairan timur Sabah,” kata beliau.

Mengulas mengenai lawatan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa AlKhalifa ke Malaysia, Hishamuddin berkata pertemuan kali ini akan turut membincangkan soal ancaman penyebaran dakyah dan ideologi keganasan terutama daripada kumpulan militan Daesh yang semakin menular ke seluruh dunia.

“Baginda juga bakal menerima penganugerahan Maroon Beret dan Sayap Penerjunan Kehormat daripada ATM melalui 10 Briged Para. Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan serta usaha baginda dalam menegakkan keamanan di peringkat serantau dan antarabangsa selama ini,” kata beliau.

Hishamuddin akan bertindak sebagai Menteri Pengiring sepanjang lawatan empat hari Raja Bahrain yang dijangka tiba pada pukul 11 malam ini. – MalaysiaGazette


Usul putus tahaluf siyasi Pas-PKR diterima tanpa bahas

Mohd Haizal Yatiran
Perwakilan dari Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Zulkifli Ismail bercakap pada sesi perbahasan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. foto FAREEZ FADZIL,


ALOR SETAR- Seperti dijangka, Muktamar Pas hari ini menerima usul untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan sekutunya, PKR.

Disambut dengan laungan takbir, usul yang dibentangkan oleh perwakilan dewan ulama Pas itu disokong sebulat suara tanpa bahas.

Wakil Dewan Ulama, Zulkifli Ismail berkata, usul tersebut dibuat memandangkan PKR dikatakan telah menghinati perjanjian kerjasama antara kedua-dua parti itu sebelum ini.

“Penilaian tahaluf mestilah dibuat oleh Majlis Syura Ulama. Kini terdapat banyak pelanggaran syarat berlaku sepanjang tempoh berlangsungnya tahaluf siyasi.

“Penglibatan PKR menyokong calon Amanah dan menentang PAS dalam dua pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kegagalan PKR untuk memberi sokongan yang baik kepada usaha Pas memperkasakan Mahkamah Syariah melalui Pindaan Akta 355.

“Kenyataan-kenyataan pimpinan PKR secara terbuka yang jelas memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap Pas sekaligus tindakan mereka yang tidak menunjukkan setiakawan, maka kami mengusulkan supaya tahaluf siyasi antara Pas dan PKR diputuskan,” katanya lagi.

Usul tersebut akan diangkat ke Jawatankuasa Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.-MalaysiaGazette

Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang


Jangan terhegeh-hegeh di depan pintu gol, atau PAS akan bertindak 'menendang' sesiapa yang mengganggu mereka membuat jaringan - itu analogi diberi seorang perwakilan hari ini.

Perwakilan Kelantan, Abdullah Yaakob, berkata matlamat parti itu ketika ini tetap melawan Umno namun ia akan terganggu jika ada mana-mana pihak berada di antara kedua-dua parti tersebut.

"Kita (PAS) nak tendang bola ke gol. Tapi kalau kamu terhegeh-hegeh ada depan gol semasa kami nak tendang bola, macam mana?

"Kami kena tendang kamu dulu baru kami tendang bola tu ke gol.

"Kita lawan Umno tapi kamu jangan terhegeh-hegeh di depan gol," katanya secara berkias semasa membahas ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada satu lagi parti pembangkang, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menyatakan secara jelas mahu merampas Kelantan daripada PAS.

Kempen itu diketuai beberapa bekas pemimpin kanan PAS, termasuk Datuk Husam Musa yang pernah
menjadi naib presiden parti itu, serta Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang pernah menjadi speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Sementara itu Abdullah berkata PAS ketika ini bermusuh dengan DAP saja dan bukannya dengan seluruh orang Cina, India atau lain-lain.

"Kita bermusuh dengan DAP. Dengan kaum Cina, India, orang asli kita tidak bermusuh," katanya.

Abdullah berkata amalan itu terbukti di Kelantan apabila kerajaan tetap menjaga kepentingan orang bukan Melayu dan bukan Islam walaupun peratusan mereka kecil di negeri berkenaan.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan negeri memberi bantuan kewangan kepada golongan usia emas atau sumbangan lain kepada sesiapa saja yang dirasakan berhak tanpa mengira agama atau kaum.

Menurut Abdullah yang juga speker DUN Kelantan ketika ini, penyokong PAS di kalangan orang bukan Islam perlu menyebarkan kefahaman berkenaan dengan lebih meluas.

"Tiada sebab untuk orang bukan Islam takut kepada PAS," katanya.


GST: Perjuangan PAS kini diakui Mufti

ASLANI M

 
 
PENENTANGAN secara konsisten PAS terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kini turut mendapat persetujuan mufti apabila juga kini telah bersuara mengenainya.
 
Perwakilan Wilayah Persekutuan, Farhan Mohd Zain berkata kerajaan perlu kepada penyelesaian secara Islam bagi memperkenalkan cukai kepada rakyat.
 
“Malah PAS telah mengeluarkan Dokumen Hijau sebagai  pilihan alternatif  bagi menyelesaikan isu percukaian di negara ini.
 
“Sejak awal lagi PAS menjelaskan GST  adalah tidak berlandaskan syarak. Sepatutnya kita mempunyai kaedah alternatif daripada GST sekarang,,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada muktamar petang ini.
 
Misalnya kata beliau cukai  korporat yang dipunggut kerajaan sekarang lebih RM38  Bilion lebih besar berbanding kutipan GST.
 
Mufti Pulai Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini dilapor berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram dan bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam.
 
Menurutnya pelaksanaan GST oleh kerajaan telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah. - HARAKAHDAILY
 
 

Tak Perlu Tunggu, PKR Telah Lakukan 1001 Pengkhianatan Terhadap PAS





PKR tidak perlu menunggu keputusan akhir Muktamar PAS kerana parti itu telah melakukan 1001 pengkhianatan terhadap PAS kata Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman.


“Tak payah tunggu la wahai DS Wan Azizah Wan Ismail, walaupun PAS tak putuskan apa pun sebelum ini, PKR dah ambik 1001 tindakan untuk mengkhianati kerjasama politik yang sudah terjalin dengan PAS,”katanya dalam Facebook.

Aktivis PAS itu merujuk kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang berkata partinya masih menunggu keputusan muktamad PAS untuk tahaluf siyasi dengan parti itu sebelum memutuskan sebarang tindakan.

Dalam kenyataan itu Wan Azizah berkata, pihaknya sedia maklum Dewan Ulama telah bersepakat membuat keputusan itu, namun ia masih belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

“Kita lihat dahulu apa keputusan Majlis Syura. Adakah keputusan ini akan memberi kesan terhadap PKR, PAS di Selangor.

“Dari segi kerja, tiada masalah. Cuma dari segi polisi perlu tunggu keputusan muktamar,” katanya.

Pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar semalam, Muktamar Dewan Ulama PAS bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara Pas dan PKR diputuskan.

Usul itu kemudian mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan namun ia tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS.

Wan Azizah & Azmin Tolak Jemputan, Hantar Wakil Tidak Dikenali Hadiri Muktamar PAS

 
 


 Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan menolak jemputan untuk menghadiri perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini dan hanya menghantar seorang wakil yang tidak dikenali ramai ke majlis bersejarah parti Islam itu.


“Difahamkan walaupun surat jemputan dihantar ke rumah, dan Muryidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin sendiri telefon Datuk Seri Azmin Ali, tapi beliau yang baru balik dari lawatan rasmi ke Taiwan khabarnya berada di Pulau Pinang untuk program Konvensyen PKR negeri itu.

“Ramai pemimpin PAS mengharapkan Azmin hadir untuk menyejukkan hati perwakilan parti itu, tapi baik Azmin mahupun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mungkin sudah set untuk ‘ajar’ PAS kali ini.

“Yang hadir mewakili rakan ‘tahalul siyasi’ PAS itu adalah Naib Presiden lantikan, Shaharuddin Badaruddin,” lapor Agendadaily.

Selain Shaharuddin, antara kepimpinan parti lain yang turut kelihatan ialah Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.

Selain itu juga, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Sirajuddin Salleh dan Pengerusi Kongres Rakyat, Cikgu Azmi Abdul Hamid.

Turut hadir tetamu antarabangsa termasuklah wakil HAMAS Palestin, wakil Ikhwanul Muslimin Syria, wakil Al-Quds International Institute Yemen, wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia, wakil Kedutaan Singapura dan dif-dif kehormat yang lain.




Sementara itu, Berita Harian melaporkan ketika perasmian Muktamar PAS berlangsung, Wan Azizah dan Azmin telah menghadiri Konvesyen PKR Pulau Pinang 2017 di Butterworth.

Wan Azizah ketika ditemui pemberita berkata kepemimpinan tertinggi PKR sebulat suara bersetuju untuk menunggu keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung usul memutuskan tahaluf siyasi antara kedua-dua parti itu.

“Kita tunggu dahulu apa kata Majlis Syura, baru kita akan buat keputusan mengenai perkara ini,” katanya ringkas

Azmin yang turut ditemui pemberita senada dengan pendirian Wan Azizah.

“Kita jangan buat apa-apa spekulasi sehingga keputusan Majlis Syura. PAS ini tidak sama seperti parti politik lain.

“Banyak keputusan besar mereka dibuat oleh Majlis Syura, yang akan bersidang selepas Muktamar selesai. Jadi, kita tunggu dulu,” katanya.

Benarkah Guan Eng Terlibat Dengan “MoneyGame” JJPTR ?





newsonlinepkk – Sebuah laman sesawang telah menyiarkan rencana berkenaan JJPTR yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, kesahihan rencana ini belum dapat dipastikan namun rencana didalam bahasa Chinese ini mula tersebar luas melalui aplikasi whatsaap dan media sosial.


Namun kenyataan dari pihak berwajib masih belum dapat dirasmikan. Munkin ada keperluan pihak berwajib tampil memberi kenyataan rasmi bagi membersihkan nama mereka termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri.

Atikel berbahasa Chinese itu dapat dibaca melalui pautan berikut : http://www.cocomy.net/post/426108?r=xianxian118

Manakala bagi dwi bahasa boleh dibaca melalui Google Translation dipautan berikut : https://translate.googleusercontent.com/translate_c?depth=1&nv=1&rurl=translate.google.com&sl=auto&sp=nmt4&tl=en&u=http://www.cocomy.net/post/426108%3Fr%3Dxianxian118&usg=ALkJrhh-yEHxY3TqaGM5SgX6aJYrrldAAw


PAS kini 'tenang' dengan hanya satu kumpulan selepas pemilihan 2015 - Nasrudin

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Kejayaan golongan ulama dalam pemilihan PAS 2015 memperlihatkan parti itu kini 'tenang' dalam menggerakkan kepimpinan baru dengan wajah baru tanpa istilah profesional mahupun ulama, kata bekas Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan.
 
Pemilihan parti kali ini juga berjalan lancar lebih-lebih lagi kesemua jawatan panas dalam PAS sudah diketahui selepas menang tanpa bertanding.
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masing-masing mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden.
 
Sementara Muhammad Khalil Abdul Hadi menang jawatan Ketua Pemuda juga tanpa bertanding selepas penyandangnya Nik Abduh Nik Aziz enggan mempertahankan kerusi tersebut. 
 
"Tak ada, setakat ini tenang setelah peristiwa muktamar pada 2015 sejak kami tenang," katan Nasruddin yang ditemui selepas proses pengundian barisan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) baru PAS Pusat sempena Muktamar Tahunan Ke-63 di Kompleks PAS Kedah.
 
"Dari segi gerak kerja memang akan membentuk pasukan mewakili semua dan pasukan kerja pula perkara kedua yang kita seimbangkan.
 
"Sekarang ini adalah untuk membina pasukan kepimpinan," katanya.
 
Untuk rekod pemilihan barisan kepimpinan dalam Muktamar Tahunan PAS 2015 menyaksikan perwakilan membawa suara yang jelas mahu golongan ulama memimpin parti itu.
 
Ia memperlihatkan golongan profesional yang diketuai bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kalah teruk. 
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal menang jawatan presiden parti bagi penggal 2015-2017, sekali gus melakar rekod peneraju paling lama berbanding tiga lagi bekas presiden sebelum ini.
 
Manakala Mohamad yang menyandang jawatan timbalan presiden selama tiga penggal turut ditolak perwakilan dengan pencabar jawatan itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi pilihan perwakilan.
 
Tiga jawatan Naib Presiden turut dimenangi golongan pro ulama.‎ Mereka ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.
 
Tiada lagi dua kumpulan dalam PAS
 
Mengulas lanjut Nasrudin berkata kemenangan pada 2015 meletakkan parti Islam berada di prestasi terbaik.
 
"Pada kali ini boleh dikatakan isu ini dah tak berbangkit, ia tak timbul dah soal profesional atau ustaz," katanya.
 
Justeru beliau menganggap pemilihan kali ini tidak kurang sengitnya kerana kriteria yang dilihat perwakilan bukan kepada siapa calon tetapi prestasi calon yang bertanding.
 
"Sekarang ini soal prestasi, siapa lebih menonjol prestasinya maknanya siapa yang lebih bekerja keras," katanya.
"Jadi isu ulama dan profesional tak berbangkit.
 
"Boleh sahaja dan ia pernah berlaku dalam PAS sebelum ini seperti naib presiden itu semua profesional dan kadang-kadang semua ulama," katanya.
 
 

Kenapa Nik Aziz pilih Ahmad Yaakob, bukan Husam?

Oleh Shuhaniza Said & Ainor Rahim
Post Pic
 
ALOR SETAR: Perwakilan Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob menyindir ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang sering mempertikaikan hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
 
Ujarnya, ada sebab mantan Menteri Besar, Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak memilih Husam, walaupun pemimpin itu mendakwa dirinya orang 'paling rapat' dengan Almarhum.
 
"Datuk Ahmad Yakob, menteri besar kami yang sekarang ini dipilih oleh tok guru yang pada masa itu tok guru masih sihat, masih menjadi Pesuruhjaya PAS pada masa itu. 
 
"Inilah yang terbaik pada firasat tok guru. Walaupun pada masa itu sudah ada depan tok guru orang yang mendakwa dia rapat tok guru, anak murid tok guru, mimpi 14 kali jumpa tok guru," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pasa hari kedua Muktamar PAS Pusat kali ke-63, di sini hari ini.
 
Husam, bekas naib presiden PAS, kini menyertai Amanah selepas dipecat tahun lalu ekoran kelantangannya mengkritik Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga parti.
 
Beliau kini dilantik sebagai Naib Presiden Amanah, yang mana pelantikan itu dilihat sebagai strategi untuk mengetuai parti dalam misi merampas Kelantan yang ditadbir PAS sejak 1990.
 
Abdullah dalam pada itu memberi amaran kepada Amanah agar tidak menjadi  penghalang kepada matlamat parti itu untuk menentang Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 
 
Ujarnya, Amanah wajar memberi laluan kepada PAS sekiranya tidak mahu 'ditendang' masuk ke dalam 'gawang'.
 
"Bola di kaki, kita nak tendang bola ke gol tapi kalau kamu terhegeh-hegeh depan gol. 
 
"Kami tendang bola dan tendang sekali dengan kamu. Kami kena tendang kamu dulu baru boleh kami tendang bola ke gol. Kami nak melawan Umno tapi jangan kamu terhegeh depan kami," kata beliau. 
 
Sementara itu Abdullah berkata PAS ketika ini hanga bermusuh dengan DAP  dan bukannya dengan orang Cina, India atau lain-lain.
 
"Kelantan ingin menekankan di sini bahawa kita bertelagah dengan DAP. Tetapi kita tidak bertelagah dengan Cina India dan kaum-kaum yang lain yang bukan Islam. 
 
"Sekali lagi saya ulang kita bertelagah dan kita tidak bersetuju dengan DAP tetapi dengan kaum Cina, kaum India, orang asli dan mana-mana kaum minoriti kita dalam negara kita tidak bertelagah. Sebab itu kita wujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS," kata Speaker DUN Kelantan itu lagi.
 
 

Jangan lapor berita jahil, provokasi, tahyul, informasi tidak berkualiti: Raja Perlis


ISMA WEB
 

 

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyaran pengamal media agar tidak melayani sebarang publisiti dengan menyediakan laporan yang mencerminkan kejahilan, provokasi, tahyul dan informasi tidak berkualiti.

Baginda bertitah sebaliknya media berperanan menyediakan berita yang memberi fokus kepada informasi yang mampu mendidik masyarakat menjadi berilmu, bersahsiah dan memberi inspirasi ke arah generasi yang berminda kelas pertama.

“Berita dan publisiti yang tidak berkualiti banyak merugikan masa rakyat, memalukan negara, dan mencetekkan akal fikiran manusia sehingga dunia sekarang banyak berlaku salah faham tentang banyak hal.

“Salah faham itu juga termasuk yang melibatkan kesucian dan kebenaran agama Islam. Ia bukan sahaja ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam, malah diburukkan lagi oleh informasi yang tiada nilai lalu menjadikan rakyat jahil, pemimpin serta manusia yang rosak dan mengikut hawa nafsu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan program Perkampungan Sunnah Siri Keempat di Masjid Alwi, di sini malam tadi.

Turut berangkat pada majlis tersebut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Exco Agama dan Sumber Manusia Negeri, Khairi Hassan.

Program itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk sama-sama menimba ilmu dalam suasana harmoni dan sejahtera selain memupuk nilai masyarakat dengan ketinggian ilmu dari aspek kehidupan, sama ada dari sudut ibadah khusus mahupun sains.

Baginda bertitah program perkampungan sunnah kali ini juga mengangkat martabat keilmuan dan sarjana para imam mujtahid terdahulu yang telah mencapai tahap yang tinggi dalam menyelesaikan pelbagai masalah umat.

“Semua kaedah, tafsiran, pandangan, dan hujah imam mujtahid ini kita raikan dan kita nilai secara kritis dengan melihat perkembangan ilmu dan teknologi semasa untuk diterima pakai sesuai dengan situasi dan masalah umat pada hari ini.

“Dalam meraikan kepelbagaian mazhab, kita hendaklah bebas daripada sikap melampau dalam beragama kerana walaupun agama Islam tegas dalam prinsip dan akidah, tetapi ia sangat fleksibel dan memberi kemudahan kepada keperluan umatnya,” titah baginda.  Bernama


PAS Dungun, Temerloh catat jualan Harakah tertinggi

MOHAMED ARIF ISMAIL

 
MUKTAMAR hari ini menganugerah kepada PAS yang berjaya mendaftar keahlian teramai bagi bulan Februari hingga April tahun.
 
Bagi bulan Februari tempat pertama dimenangi PAS Marang dan kedua PAS Jerai. Bagi Mac dimenangi PAS Kota Bharu dan kedua, PAS Bachok.
 
April pula dimenangi PAS Tanah Merah dan PAS Kemaman.
Manakala bagi jualan Harakah tertinggi sehingga Mac lepas dimenangi PAS Temerloh dan PAS Dungun.
 
Muktamar juga melancar Dirham Muktamar 63 dengan nilaian RM40 sekeping. Sebanyak 2,000 keping Dirham dicetak.
 
Projek Dinar Muktamar itu mampu menjana dana PAS Pusat yang disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
 
Setiap pembeli disertakan sijil untuk disimpan dan lengkap dengan nombor siri bagi memastikan ketulenan serta kaulitinya tidak terjejas.
 
Pada pelancaran tersebut sebanyak lima unit bermula nombor siri 0001 hingga 0005 diagih kepada kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am Tuan Guru Hashim Jasin, timbalannya Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Presiden serta Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – HARAKAHDAILY
 
 masKB

Konsep DAP bercanggah perjuangan PAS

 
HARAKAHDAILY  

DAP telah menunjukkan konsep dan prinsip dia, antaranya ialah dia menolak kepimpinan Islam dalam negara, ini sudah bercanggah dengan konsep perjuangan PAS," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, konsep perjuangan PAS ialah kepimpinan negara mestilah Islam kerana Perlembagaan mengatakan Islam agama Persekutuan.

"Dalam masa yang sama majoriti kaum di Malaysia adalah majoriti orang Islam, yang lain merupakan pecahan-pecahan," ujarnya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahun PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, tengah hari tadi.

Dengan sebab itu, jelas beliau sebuah negara yang stabil mesti menghormati kaum yang berpengaruh dalam negara itu,

"Ini adalah teori politk mana-mana negara termasuk demokrasi barat.

"Bila dia (DAP) bawak suatu fahaman cauvinisne yang tujuannya adalah untuk kaum tanpa menghoramti kaum lain, ini sudah bercanggah dengan konsep perjuangan kita," ujarnya. - HARAKAHDAILY

30 ahli PPBM umum keluar parti, satu masuk UMNO

ISMA WEB



DUNGUN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali lagi dilihat goyah apabila seramai 30 anggotanya termasuk Anggota Jawatankuasa Biro Penerangan PPBM Dungun Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu.

Azmi juga malah mengumumkan kembali menyertai UMNO di Bandar Al Muktafi Billah Shah Dekat Bukit Besi di sini, hari ini.

Beliau berkata, 20 hingga 30 lagi anggota PPBM Dungun dijangka turut berbuat demikian dalam masa terdekat.

Keputusan keluar parti itu diumumkan dalam program Selamat Tinggal PPBM – Sirih Pulang ke Gagang, UMNO Dulu, Kini dan Selamanya di sini, malam tadi.

Mereka difahamkan mengambil keputusan itu kerana mendapati PPBM tidak mampu membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan UMNO selama ini.


DAP sebenar-benar musuh Islam

ISMA WEB


 
ALOR SETAR – Perwakilan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah menyifatkan parti rasis dan cauvinis DAP sebagai musuh yang lebih besar berbanding Barisan Nasional (BN) dan UMNO kerana secara terang menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini. 

Pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar PAS Ke-63, di sini, sebentar tadi, beliau berkata, pendekatan politik yang diamalkan DAP sangat berbeza dengan pendirian PAS yang mengutamakan perjuangan Islam dan kesejahteraan. 

“DAP jelas menolak perlaksanaan syariat dan terbaharu menolak pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355. 

“DAP mengamalkan politik rimba, politik binatang dan politik dendam. Ia dapat dilihat dengan isu pemecatan ahli majlis dari PAS di Pulau Pinang. Bukan sahaja ahli majlis, malah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari PAS. 

“Lebih mengejutkan pada 19 April lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan politik dendam apabila memecat seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menjadi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Shazwani Muhamad Amin. Beliau dikatakan tidak menepati hasrat kerajaan DAP,” katanya,

Malah, tidak cukup dengan itu, Mohd Yusni berkata, DAP juga mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang sehingga ada yang tergantung dan masih belum diwartakan. 

“Tindakan anti-Islam mereka juga dapat dilihat apabila pemimpin DAP di Kuching mempertikaikan kehadiran guru agama dari Semenanjung yang dihantar ke Sarawak,” katanya.

1MDB: Penyelesaian Atas Kertas



ADALAH kebiasaan dalam dunia politik dan korporat bagi pesertanya mengalu-alukan berita baik kerana berita baik memberi keuntungan.
Satu perkembangan yang diura-urakan mempunyai ciri baik atau positif itu adalah berita Malaysia capai persetujuan dengan Abu Dhabi untuk selesaikan kes saman timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London.

Kalau kita masih ingat, pihak berkuasa Abu Dhabi saman kerana 1MDB tidak bayar balik hutang.

Di bawah penyelesaian itu, 1MDB melalui kerajaan Malaysia akan bayar kerajaan Abu Dhabi AS$2.5 bilion (kira-kira RM11.25 bilion pada kadar tukaran hari ini) bagi melupuskan sebahagian hutang 1MDB.

Menurut laporan media antarabangsa, kedua-dua buah negara juga bersetuju untuk tidak menggunakan saluran undang-undang sebelum Disember 2020 dalam merundingkan pertikaian mengenai AS$3.5 bilion (kira-kira RM15.75 bilion) lagi hutang yang bersangkut-paut dengan dua bon lain yang dikeluarkan oleh 1MDB.

Penyelesaian itu digambarkan sebagai baik. Tapi apalah baiknya kena bayar balik hutang bilion ringgit dan pada masa yang sama berbilion hilang dalam kecurian.

Yang sudah disahkan adalah lebih AS$600 juta masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak di Arab Malaysia Bank, Kuala Lumpur pada tahun 2013.

Dalam kadar tukaran masa itu jumlahnya RM2.6 bilion. Najib dan konco-konconya cuba kelentong kata duit itu derma Arab dan sebahagian besarnya dipulangkan.


Selesai atau tidak, beban hutang 1MDB tetap terpikul di atas bahu rakyat jelata dan pembayar cukai. Ini adalah kerana semua hutang dan tanggungan 1MDB telah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan.


Bagi orang politik, terbabit dalam berita baik memberikan mereka keuntungan politik dan bagi ahli perniagaan, berita baik mungkin menyebabkan harga saham mereka naik.

Jadi adalah kebiasaan bagi mereka tumpang sekaki. Kalau boleh mereka akan mengaku terlibat membawa perkhabaran baik itu. Paling-paling busuk pun mereka akan  mengalu-alukannya.

Menteri Sendiri Tak Percaya

Tapi apabila Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani, sendiri menafikan penglibatan dengan “penyelesaian” itu, jelaslah ia bukan penyelesaian sebenar atau meyakinkan apatah lagi menguntungkan negara.

Johari: Saya tidak terlibat

Kalau ia penyelesaian sebenar dan diyakini, orang politik macam Johari tentulah akan cuba tumpang sekaki.

Sebaliknya, dia berkata dia tidak terlibat dengan penyelesaian itu sambil menambah bahawa ia adalah kerja 1MDB dan Jabatan Perdana Menteri.

Dia sekadar berkata angka-angka yang dia tengok mengenai penyelesaian itu meyakinkan. Satu hujah yang selamat sekadar melepas batuk di tangga.

Mudah cakap, saya kata macam ini. Jentera propaganda kerajaan dan panglima siber A9 Umno boleh berbohong kepada sesetengah orang kampung, orang Felda dan orang PPRT tetapi mereka tidak boleh kelentong orang dalam kelas Johari.

Busuk-busuk pun Johari ada pengalaman korporat. Saya kenal dia sejak dia bekerja dengan anak syarikat Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad sehinggalah dia jadi Pengarah Urusan CI Holdings Berhad. Jadi dia tahu hal korporat dan hutang-piutang. 

Maaflah kalau saya terlepas pandang. Saya tidak terbaca berita orang politik dan korporat mengalu-alukan berita penyelesaian itu, kecuali sekarat dua.

Hatta panglima A9 Umno yang baru saja diarah “attack attack attack attack” oleh Najib pun nampaknya tidak berapa ghairah menguar-uarkan penyelesaian ini.

Adakah mereka tidak faham, tidak yakin, tidak menghargai sumbangan JPM atau mereka tidak mahu terus terpalit dengan najis 1MDB? Boleh jadi.

Masalah 1MDB Belum Selesai 

Hutang 1MDB sebanyak RM11.25 bilion yang setuju dibayar kepada Abu Dhabi dengan bantuan kerajaan itu hanyalah sebahagian daripada hutangnya yang menggunung.

Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC), hutang 1MDB pada bulan Januari 2016 berjumlah RM50 bilion dan bukan lagi RM42 bilion seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan kata, hutang 1MDB kepada bank sudah selesai. Mungkin benar. Tapi bukan kerana 1MDB ada banyak duit, sebaliknya kerana hutang dan tanggungannya diambil alih oleh kerajaan.

Bila jadi hutang negara, rakyat jelata dan pembayar cukai lah yang kena tanggung. Kita dan anak cucu kitalah yang kena bayar.

Itu baru hutang 1MDB. Tak kira lagi hutang kerajaan yang lain yang naik melambung di bawah kelolaan Najib sebagai Menteri Kewangan.

Yang terbaru laporan Bank Negara mengatakan hutang luar negara kita telah naik kepada RM908.7 bilion pada suku keempat tahun lalu, iaitu paras paling tinggi dalam masa hampir 20 tahun.

Majoriti pengamal media massa arus perdana prokerajaan dan panglima A9 mungkin tidak faham ekonomi untuk mengetahui bahawa apa yang berlalu sekarang adalah kesan lingkaran ganas (vicious cycle) yang berpunca daripada hutang negara yang tinggi, ekonomi yang lembap, skandal 1MDB, rasuah dan kurang kepercayaan kepada kerajaan dan banyak lagi faktor-faktor negatif. Semua petunjuk utama ekonomi merudum. Nilai ringgit jatuh, pengangguran meningkat kepada lebih setengah juta orang, kira-kira 200,000 graduan tidak ada kerja, inflasi naik ke paras paling tinggi dalam masa lapan tahun (sama dengan tempoh Najib jadi PM), hutang kerajaan melambung ke tahap paling tinggi dalam sejarah dan kewangan kerajaan lemah.

Senarai bencana ekonomi dan sosial ini terterusan. Lagi rendah peringkatnya, lagi parah masalahnya. Sampai ada menteri kelas ayam yang cadangkan pesakit pulangkan ubat yang tidak habis dimakan.

Kerana Najib Sayang Jho Low

Yang sangat tidak adil dan mendukacitakan adalah tujuan tersirat pemindahan hutang dan tanggungan 1MDB kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan kerana mahu menyelamatkan Jho Low dan menutup mulut bekas-bekas pegawai 1MDB.

Jho Low (kiri sekali) kunci keselamat isi rumah Najib
Kalau Jho Low ditangkap dan disiasat, habislah Najib dan isi rumahnya.

Natijahnya, selagi Najib dan Barisan Nasional berkuasa, bolehlah mereka timbus bangkai gajah Tok Mia 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Mereka boleh guna berbagai-bagai tindak-tanduk korporat, pentadbiran, kehakiman dan kepolisan untuk menutup bangkai 1MDB.

Tetapi seandainya kerajaan baru mengambil alih, bangkai itu boleh digali semula. Kalau sudah reput pun boleh dibangkitkan semula kerana DNA 1MDB sudah bertaburan di merata dunia.

Wallahuaklam

Isu Mohamad Thaqif: Madrasah tampil buka mulut

Isu Mohamad Thaqif: Madrasah tampil buka mulut

KOTA TINGGI - Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi hari ini pertama kalinya tampil dalam satu kenyataan sekali gus merungkai segala pertanyaan orang ramai ekoran kejadian yang berlaku.

Menerusi kenyataan dikeluarkan jemaah pengurusan di Facebook rasmi madrasah berkenaan dipetik berkata, seperti mana yang dipersoalkan orang ramai, pihak madrasah mengakui maklum tentang rekod jenayah lampau dimiliki pembantu warden berkenaan.

Menurutnya, pembantu warden tersebut telah mengaku sendiri tentang sejarah lamanya setelah diterima berkerja di madrasah sekali gus membuatkan pihak madrasah memahaminya yang cuba bersikap jujur untuk membaiki kehidupan.

"Kerana kami maklum, dia telah diberi parol dan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik.

"Rentetan daripada itu, kami berpendapat, andainya pengarah penjara mengakui beliau sedang berubah dan layak diberi kebebasan awal, apakah kami sebagai ahli masyarakat tidak boleh memberi peluang kedua untuknya.

"Apakah pendirian anda semua tentang memberi peluang kepada seseorang untuk menjadi lebih baik?
"Semoga kita semua terus diberi peluang untuk menjadi lebih baik dan berubah kearah yang lebih baik. Beliau telah menjalankan tugas dengan baik dan beliau bukan seorang ustaz.

"Kami berani menyatakan komitmen beliau melebihi para ustaz di madrasah kearah berubah menjadi insan yang lebih baik.  Kekurangan seorang manusia tidak sepatutnya memberhentikan dia terus menjadi manusia," kenyataan itu dipetik.

Katanya, kenyataan itu bagaimanapun tidak sama sekali membela pembantu warden tersebut ketika dia memilih untuk mengambil tindakan  terhadap pelajar dengan menggunakan getah paip.

Jelasnya, kejadian yang berlaku (sebat) ia bukan seperti yang orang ramai gambarkan dan pihaknya mempunyai bukti kejadian dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang telah diserah pada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam tulisan tersebut turut memaklumkan, kenyataan dikeluarkan itu sama sekali tidak bertujuan untuk mengganggu siasatan atau mengulas perkara-perkara yang mungkin memberi kesan kepada siasatan pihak berkuasa.

Sebaliknya, tulisan itu dibuat kerana setelah hampir dua minggu madrasah menerima kecaman, tohmahan dan ugutan, serta begitu banyak tekanan diberi tanpa sebarang jawapan.

Ekoran itu, atas rasa kebimbangan sekiranya tiada sebarang jawapan dari madrasah, ia akan terus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dan memungkinkan fitnah berleluasa.

Kenyataan itu turut memaklumkan tulisan berkenaan tidak dapat memberi fokus yang banyak tentang sikap Allahyarham Thaqif,  dakwaan penderaan, dan hal-hal yang mungkin mengganggu emosi keluarga Allahyarham.

Ia berikutan kerana sedari awal pihak madrasah telah menjaga adab untuk sama sekali tidak mahu mengguris perasaan keluarga Allahyarham.

Selain itu, tulisan berkenaan turut mengakui madrasah tersebut tidak didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan berikutan ia tidak disyaratkan namun madrasah sangat gembira untuk mendaftar dibawah kementerian apapun selagi ia boleh menambah baik sistem di madrasah tersebut.

"Seperti yang ditularkan dan ada didalam dada akhbar tentang luahan arwah menggambarkan beliau sedang merasa perit semasa proses pembelajaran di MTAJ,  ia agak sukar dijelaskan buat masa ini.

"Bagaimanapun,  terdapat enam keping lagi surat dari arwah yang mungkin boleh menjelaskan watak sebenar arwah yang telahpun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Istilah yang digunakan mungkin tidak boleh menggambarkan hakikat sebenar kejadian.  Sebagai contoh,  bila sesorang pelajar menggambarkan dia dibuli,  kita harus mendalami hakikatnya. Apakah buli yang kita faham?

"Untuk hal ini,  kita beri ruang untuk polis jalankan siasatan," katanya yang turut mengalu-alukan lawatan masyarakat ke madrasah tersebut.

Jelasnya, MTAJ tidak mahu mendabik dada mengatakan tiada pelajar yang mungkin mengambil kesempatan terhadap pelajar lain,  kerana ia berpotensi untuk berlaku dimana-mana sahaja pusat pengajian, namun,  dalam konteks MTAJ,  ia adalah terkawal.

Tegasnya, MTAJ juga adalah sebuah madrasah tahfiz yang didirikan dengan bantuan ramai umat islam dan sama sekali tidak berteraskan keuntungan.

Oleh yang demikian,  apa jua bentuk sumbangan kewangan digunakan untuk melengkapkan fasiliti agar anak-anak MTAJ dapat belajar dengan serba serbi dan cukup.

Sebelum ini kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada 19 April menjadi tular di media sosial selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden madrasahnya.

Selepas kedua-dua belah kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku  dan  dijadualkan  dipotong dari jari hingga bawah siku, namun pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Bagaimanapun, selepas lapan hari bertarung nyawa, akhirnya Allahyarham Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang pada 26 April lalu ketika sedang dalam rawatan di HSI.

Pas Kedah zahir simpati kepada mangsa ribut

Pas Kedah zahir simpati kepada mangsa ribut
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemantauan dan pemeriksaan di kawasan khemah yang ranap akibat kejadian ribut di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut malam tadi. - Foto Bernama
 
 
ALOR SETAR - Pihak Panitia Muktamar Tahunan Pas ke-63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, kejadian berkenaan melibatkan beberapa buah khemah Kelab Usahawan Haraki Pas yang menempatkan agensi kerajaan dan persendirian.

"Seramai 11 daripada 17 orang mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

"Pihak Panitia Muktamar serta Pas Kedah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat,  pegawai kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Medic Papisma dan St. John Ambulance yang telah membantu mangsa di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Muktamar Pas yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah gempar apabila dilanda kejadian ribut kira-kira jam 7 malam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ribut landa Muktamar Pas]

Kejadian itu turut mengakibatkan beberapa khemah jualan rosak selepas diterbangkan angin beberapa meter.

Sementara itu tambah Ahmad Fakruddin, semua aturcara program Muktamar Tahunan Pas ke-63 yang tidak melibatkan tapak ekspo adalah berjalan seperti biasa.

"Marilah kita mendoakan semoga dua hari tempoh muktamar yang berbaki berlangsung dengan aman dan sejahtera," katanya.

Pengarah kanan YaPEIM direman kes pecah amanah

 
Pengarah berumur 47 tahun itu dipercayai terbabit pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM223,000


macc-arrest-1

PUTRAJAYA: Seorang pengarah kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) direman 5 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pecah amanah.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan suspek direman selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut jurucakap SPRM, pengarah itu ditahan jam 5.00 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu.

Lelaki berkenaan yang berpakaian lokap jingga dibawa ke Mahkamah Putrajaya jam 9.00 pagi ini untuk permohonan reman SPRM itu.

Pengarah berumur 47 tahun itu ditahan kerana dipercayai terbabit pecah amanah melibatkan wang sejumlah RM223,000.

Dia disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Dr M ‘okay’ PAS tidak mahu bekerjasama

 
Presiden PAS semalam berkata partinya tidak mahu bekerjasama dengan PPBM yang tiada "imam" dan tiada ketentuan arah.


tun-m-bendera-pas-berkibar

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terima keputusan PAS yang tidak mahu mengadakan kerjasama pilihan raya.

“Kalau mereka tutup pintu, kita tak boleh masuk. Mereka dialu-alukan. Mereka tidak mahu bercakap dengan kita, ‘okay’ lah,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas acara Pakatan Harapan bersama penduduk Bandar Tun Razak malam tadi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar semalam berkata partinya tidak mahu bekerjasama dengan parti seperti PPBM yang tiada “imam” dan tiada ketentuan arah.

Tahun lepas, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin partinya boleh menjadi jambatan antara PAS dan PH.

Dr Mahathir juga sebelum ini memberikan tempoh kepada PAS untuk memberikan jawapan. Hadi kemudian menjawab partinya tidak mahu bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

Mesyuarat agung tahunan PAS yang sedang berlangsung ketika ini menyaksikan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR.

PAS dan DAP memutuskan hubungan antara lain mengenai pelaksanaan undang-undang Islam. Kekalahan beberapa pemimpin PAS dalam pemilihan 2015 membawa kepada penubuhan Amanah, yang membentuk Pakatan Harapan bersama PKR, DAP dan PPBM.

PAS enggan mengadakan kerjasama pilihan raya dengan Pakatan Harapan, dan berkata ia akan menyertai pilihan raya akan datang sebagai “blok ketiga”. PAS juga dilaporkan mahu meletakkan calon di kerusi yang diduduki parti pembangkang lain, memaksakan pertandingan 3 penjuru yang dipercayai akan memihak kepada Barisan Nasional.

Ambil duit tapi undi Pakatan

Dr Mahathir dalam ceramahnya di acara malam tadi menggesa penduduk Bandar Tun Razak supaya mengundi Pakatan Harapan. Beliau mendakwa BN mungkin akan memberikan “wang untuk memenangi hati pengundi”.

“Ambil duit tapi undi Pakatan Harapan,” katanya, kepada penyokong pembangkang dan pengunjung pasar malam yang mengikuti ceramah itu.

Penceramah malam tadi menyentuh pelbagai isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kenaikan harga makanan, dan kesan pemotongan subsidi ke atas gula dan beras.

Isu yang paling menyentuh warga Bandar Tun Razak semalam adalah mengenai padang bola sepak di Jalan Jujur. Hadirin turut bersuara membantah sebarang pembinaan di atas padang itu.

Keluarga trauma hantar anak ke sekolah tahfiz

 
Suraya trauma apabila mengetahui nasib anaknya, Muhammad Resan yang mengikuti pengajian di sebuah tahfiz di Bandar Bukit Tinggi, Klang.


keluarga-trauma-rotan

KLANG: Susulan kes Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia minggu lalu didakwa akibat didera pembantu warden, 1 keluarga menceritakan kisah trauma pihaknya apabila mengetahui nasib anak mereka ketika berada di sebuah sekolah tahfiz di Bandar Bukit Tinggi di sini.

Ibu pelajar terbabit, Suraya Fatimah Abdullah, 45, berkata, disebabkan dia dan suaminya, Muhammad Ekramul Allen, 35, ingin melihat anaknya belajar di sekolah tahfiz dan mahir mengaji al-Quran, mereka menghantar dia ke sekolah tahfiz swasta April tahun lalu.

Malangnya menurut Suraya, anaknya Muhammad Resan Abdullah, 11, melalui situasi ‘sukar’ apabila berhadapan dengan layanan kasar ustaz sekolah tahfiz berkenaan.

Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah berkata, ustaz terbabit pernah meminta dia dan suaminya agar tidak selalu melawat anak mereka kerana dikhuatiri akan mengganggu tumpuan ke atas pembelajaran di pusat tersebut.

Pun begitu kata Suraya, dia menghubungi ustaz terbabit dari semasa ke semasa untuk mengetahui keadaan anaknya.

“Saya pernah telefon ustaz, tanya anak saya macam mana. Dia kata OK, tak ada masalah.

“Tapi bila pergi tengok, dia sakit, tak boleh bangun dan jalan pun tak OK,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Kata Suraya, disebabkan anaknya mengalami kecederaan, dia ada memberitahu ustaz berkenaan mahu membawa anaknya ke hospital, tetapi dihalang atas alasan sekolah tahfiz itu ada ubat.

“Saya cakap kepada dia, awak dah pukul beberapa minggu, tak bawa ke hospital, klinik, tak apa saya hantar anak saya saya,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu terjadi selepas anaknya mula tinggal di asrama sekolah terbabit sebulan selepas mendaftar diri di pusat tahfiz berkenaan.

Suraya berkata, pihaknya juga mengetahui nasib yang menimpa anaknya semasa melawat kanak-kanak itu.
Akibat layanan buruk, Muhammad Resan telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selama 2 minggu. Kini dia belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi.

Suraya juga telah membuat laporan polis ke atas ustaz berkenaan pada 26 Mei tahun lalu. Mahkamah dijadual mendengar kes itu Julai ini.

Isu mengenai pusat tahfiz menjadi polemik apabila Mohamad Thaqif minggu lalu selepas dia dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru ekoran kecederaan di kaki yang didakwa akibat dirotan pembantu warden asrama di sekolah tahfiznya.

Dia meninggal dunia Rabu lalu selepas menjalani pembedahan memotong 2 kakinya bagi menghentikan jangkitan kuman daripada merebak dan sepatutnya menjalani pembedahan susulan untuk memotong tangan kanannya.

Seorang pembantu warden asrama didakwa memukul pelajar berusia 11 tahun itu dengan paip getah sehingga menyebabkan kakinya cedera.

Kata Suraya, pihaknya berkongsi pengalaman mereka mengambil kira kesukaran dialami keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif dan berharap masalah yang sama tidak dilalui keluarga-keluarga lain.

Dalam pada itu, peguam Suraya Gerard Lazarus berkata, pihaknya mahu agar kanak-kanak lain tidak diseksa melalui tempat-tempat seperti itu.

Malah, beliau berharap pihak kerajaan akan melakukan sesuatu untuk memastikan kanak-kanak di sekolah tahfiz juga mendapat layanan yang baik demi masa depan mereka.

Sabtu, 29 April 2017

Sakit hati kepada Pas hingga anggap ribut sebagai bala

 ARIF ATAN

Khemah runtuh akibat ribut di muktamar Pas sehari selepas pembukaan muktamar Dewan Ulama dimulakan dengan 'Jahanan Pan'.Khemah runtuh akibat ribut di muktamar Pas sehari selepas pembukaan muktamar Dewan Ulama dimulakan dengan 'Jahanan Pan'.

Ustaz Nik Nasri Nik Malek yang sebelum ini mendakwa pekikan "Jahanam PAN" hanya laungan sampingan bukannya ikrar kali ini tampil bersuara ekoran kejadian ribut di lokasi berlangsungnya Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Alor Setar.

"Tanpa perlu masa yang panjang, ia segera tular di media sosial. Mereka yang memang sakit hati dengan Pas, tanpa pertimbangan akal yang waras, terus menganggap ia bala kepada PAS.

"Allah menguji hamba-Nya dengan pelbagai ujian, sama ada hamba-Nya yang soleh atau tidak. Ribut adalah salah satu darinya.

"Mekah, khususnya Masjidilharam acapkali juga dilanda ribut. Adakah ia menandakan sesuatu yang buruk?" soalnya pula.

Ribut yang berlaku lewat petang tadi itu difahamkan turut menyebabkan kerosakan dan kecederaan.
Menurut pemimpin Pas tempatan dari Terengganu itu, orang mukmin memperoleh ganjaran pahala jika menghadapi ujian tersebut dengan sabar.

"Bagi orang yang tidak mukmin, ribut dan derita orang lain menjadi modal untuknya melepaskan nafsu geram kepada Pas," bidas bekas pensyarah Pengajian Islam, Terengganu Advanced Technical Institute (TATI) di Kemaman, Terengganu itu lagi.

Sementara itu, Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia atas nama Inggeris, Malaysian Meteorological Department pada pada pukul 8.52 malam tadi mengeluarkan amaran cuaca buruk di beberapa negeri termasuk di negeri Kedah.

Kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang berlaku di Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu dan dijangka berterusan sehingga lewat malam.

Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline setakat pukul 10.30 malam ini di laman web jabatan itu mendapati tiada amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan.

Hanya Kedah dicatatkan dilanda ribut petir di satu dua tempat manakala kelajuan angin di perairan Selat Melaka utara dicatatkan 10 hingga 20 km/j.

PAS Sengaja Hantar Adam Rosly Untuk Buat Onar Dalam PKR!!

 Suara Kebenaran




AMK Pusat PKR malam tadi yang diketuai Ketuanya YB Nik Nazmi Nik Ahmad, membuat keputusan yang betul dengan menggantung Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly serta merta lanjutan dari pendakwaan ke atasnya di Mahkamah atas dakwaan memberi maklumat palsu dan penggubahan wang haram.

Difahamkan, satu lagi mesyuarat yang akan diadakan malam ini bakal membuat keputusan lebih drastik iaitu menyingkirkan Adam Rosly terus dari PKR.

Penyingkiran ini akan membolehkan PKR dan Pakatan Harapan dilihat bersih dari sebarang gejala salah laku jenayah yang kemudiannya boleh dikaitkan dengan rasuah.  Walaupun baru didakwa dan belum didapati bersalah tapi AMK Pusat mendapat beberapa tips bahawa apa yang terdedah sekarang ini hanyalah sebahagian kecil sahaja, ada yang lebih besar lagi.

Antaranya, AMK Pusat difahamkan bahawa PAS sengaja menghantar Adam Rosly ke dalam PKR untuk membuat onar yang mana kemudiannya boleh dijadikan alasan untuk mencemarkan imej PKR.  Begitu juga maklumat yang mengatakan bahawa seorang ahli perniagaan

Sebelum keadaan menjadi lebih parah dan tidak terkawal , adalah lebih baik kalau Adam Rosly disingkirkan dari PKR dengan segera.

Gaji Exco PAS Selangor Adalah Haram – Haji Mohamad Sabu

 Suara Kebenaran




Susulan desakan begitu ramai perwakilan PAS dalam muktamar parti itu yang sedang berlangsung di Kedah, wujud desakan agar PAS melepaskan semua jawatan dalam barisan Exco Selangor.  Ironinya, ada diantara perwakilan PAS yang membuat desakan itu, turut memegang jawatan sebagai ahli majlis PBT dibawah kerajaan Selangor, tidak malukah?

Perlu diakui bahawa, isu ini sudah lama menjadi duri dalam daging sejak Pakatan Harapan ditubuhkan lagi hampir 2 tahun lepas.  Entah kenapa benda yang begitu mudah macam ini pun masih gagal diselesaikan?

 Dalam tempoh itu, Najib sudah pecat Timbalannya dan beberapa Menteri kanan kerana tidak sebulu denganya, kita nak pecat Exco pun susah.

Begitupun, Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu melalui sumber terdekatnya, memutuskan bahawa semua bentuk wang dan faedah yang diperolehi Exco Selangor dari PAS sekarang ini, adalah haram mengikut hukum Islam.  Ini kerana mereka tidak layak, bahkan mengikut hukumnya, semua Exco PAS dalam kerajaan Selangor hari ini sebenarnya ‘mencuri’ dari Amanah.

Jawatan itu sepatutnya diserahkan kepada ADUN Amanah yang lebih berhak.  ADUN Hulu Klang ADUN Morib sepatutnya menggantikan tempat ADUN-ADUN PAS dalam kerajaan Selangor sejak lama lagi, tapi sebab ketamakan PAS