Rabu, 31 Mei 2017

MSM rugi akibat kenaikan kos, ringgit lemah





Wartawan MalaysiaGazette

 
KUALA LUMPUR – MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), pengeluar gula bertapis terbesar negara dan merekodkan kerugian daripada operasi sebanyak RM39.56 juta diikuti oleh kerugian bersih sebanyak RM34.62 juta bagi suku pertama 2017 berakhir pada 31 Mac lalu.

Kerugian kali pertama sejak penyenaraiannya pada tahun 2011 disebabkan oleh peningkatan mendadak kos gula mentah dan lain-lain faktor luaran yang tidak boleh dikawal.

Bagaimanapun, perolehan MSM meningkat sebanyak 17.3% daripada RM553.16 juta yang
dicatatkan pada suku pertama 2016 kepada RM648.97 juta pada suku pertama 2017.

Perolehan yang mantap ini dibantu oleh peningkatan volum jualan sebanyak 22.8% dan juga peningkatan harga jualan purata bagi segmen pasaran keseluruhan.

Kos pengeluaran gula bertapis untuk MSM terus meningkat pada suku pertama 2017 akibat daripada kelemahan Ringgit berbanding suku pertama 2016.

Lantaran itu, faktor ini menyebabkan MSM membayar jumlah yang lebih tinggi dari segi
ringgit per tan metrik untuk pembelian gula mentah.

Berikutan prospek industri yang suram, perbandingan tempoh suku pertama 2016 dan suku pertama 2017, kos MSM dalam urusan pembelian gula mentah meningkat sebanyak 45.51% dari segi ringgit per tan metrik.

Manakala dari segi pertukaran mata wang, kadar purata urus niaga MSM dalam nilai USD
telah juga meningkat sebanyak kira-kira 4.1% untuk tempoh yang sama.

Disebabkan itu, margin keuntungan kasar MSM menyusut sebanyak 97.1% berbanding
suku yang sama tahun lepas.

“Kami memantau pergerakan ringgit-dollar dan melindung nilai pendedahan USD pada setiap suku. Matlamat kami mendapat kadar purata dalam ketidaktentuan pertukaran mata wang serta mencapai kawalan yang lebih baik ke atas kos bahan yang diimport,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Mohamad Amri Sahari.

Amri menambah, sejak penubuhan,MSM sentiasa mengekalkan pertumbuhan yang progresif.
Bagaimanapun, percaya bahawa keputusan yang kurang baik pada suku ini dialami oleh
kebanyakan pasaran yang terlibat dalam komoditi gula di peringkat global.

“Walaupun terdapat penurunan beransur-ansur harga gula mentah antarabangsa, komoditi gula global beroperasi secara sukar dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu.

“Kami terus berbincang dengan kerajaan dan sentiasa memaklumkan kepadanya mengenai
perkembangan terkini pasaran gula global dan berharap mencapai hasil yang positif,” katanya. – MalaysiaGazette


Wartawan ‘ditipu’ pimpinan PH, mesyuarat bincang logo

Mohd Haizal Yatiran
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad bercakap kepada media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL
 

PUTRAJAYA – Sekumpulan wakil media yang berkumpul di perkarangan Yayasan Perdana di sini petang tadi kecewa dengan ‘layanan’ daripada wakil Pakatan Harapan (PH).

Selepas mendapat jemputan lewat petang, wakil media kemudiannya dimaklumkan tidak ada sidang media selepas selesai mesyuarat Majlis Presiden PH.
 
Dalam keadaan bergegas ke Yayasan Perdana dan pada masa menjelang waktu berbuka puasa, sesetengah mereka hampa kerana tidak ada majlis sidang media secara teratur seperti biasa.

Terdahulu, pihak media melalui aplikasi Whatsapp dijemput untuk membuat liputan sidang media yang sepatutnya diadakan pukul 6.30 petang berkenaan mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, lebih kurang pada pukul 7.15 malam beberapa minit sebelum masuk waktu berbuka puasa, pihak majlis yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah memaklumkan tiada sebarang sidang media.

Muhyiddin, ketika ditemui pemberita hanya ‘mengunci mulut’ sebelum meninggalkan wakil media yang menunggunya.

Wakil media kemudiannya meluru ke arah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mendapatkan maklum balas Penasihat PH namun beliau hanya bercakap ringkas mengenai penggunaan satu logo mewakili PH menjelang PRU-14.

“Mesyuarat tadi membincang pasal logo Pakatan Harapan. Pakatan Harapan akan bertanding guna satu logo PRU akan datang,” katanya.

Logo rasmi PH akan diumumkan pada 9 Jun dan ia hanya mengekalkan perkataan ‘Harapan’ dengan sedikit pengubahsuaian.

“Kita telah bersetuju dengan logo tersebut,” kata Mahathir.

Mengenai calon Perdana Menteri, bekas perdana menteri itu berkata, mereka tidak membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat hari ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata pakatan itu menjangka memberi kata putus berkenaan pembahagian kerusi PRU-14 pada Julai depan.

Katanya mesyuarat hari ini turut membincangkan mengenai manifesto, pembahagian kerusi, logo dan semua perkara berkaitan PRU-14.

Mengenai logo PH, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini pernah memuat naik logo cadangan PH namun dikritik hebat netizen sehingga memaksa mereka mengajak orang ramai mencipta logo lebih baik menerusi satu pertandingan.

Namun sehingga sekarang PH bukan sahaja gagal memilih siapa calon PM antara mereka malah logo pun belum dimuktamadkan. -MalaysiaGazette


Harga petrol, diesel turun

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
SHAH ALAM: Harga bagi minyak petrol dan diesel turun bermula tengah malam ini (Khamis).
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga baru petrol itu di laman Twitter sebentar tadi.
 
Dengan pengumuman itu, bagi tempoh 1 hingga 7 Jun, harga runcit baru RON95 ditetapkan pada RM2.10 seliter manakala RON97 berharga RM2.38 seliter, masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak dua sen.
 
Sementara itu harga runcit diesel pula turun satu sen kepada RM2.02 seliter.
 
Harga bagi semua bahan api akan mula berkuat kuasa esok. 


PH umum logo rasmi minggu hadapan

Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar
Post Pic
 

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) akan memperkenalkan logo rasmi yang akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Jumaat minggu hadapan.

Hal itu dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad selepas gabungan pembangkang itu selesai mengadakan mesyuarat petang tadi.
"Kita setuju dengan logo Harapan, yang mana kita akan pakai perkataan Harapan dengan sedikit pengubahsuaian," katanya kepada pemberita selepas Mesyurat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang tadi.
Dr Mahathir bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lain berkenaan mesyuarat tersebut.
Malah apabila diajukan pemberita apakah PH turut membincangkan calon perdana menteri untuk gagasan itu, Dr Mahathir memberitahu perkara itu belum dibincangkan.
"Kita belum cakap lagi," katanya ringkas.
Turut hadir di mesyuarat berkenaan adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan pemimpin-pemimpin parti komponen PH yang lain.


Negara Kafir Lebih Peduli Penipuan 1MDB


 
Oleh A Kadir Jasin


WABAK sumpahan 1MDB terus merebak di Singapura. Yang terbaru, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) telah mengenakan hukuman ke atas dua buah bank kerana terlibat dalam urus niaga haram berkaitan 1MDB.

Dua bank itu ialah Credit Suisse dari Switzerland dan United Overseas Bank (UOB) yang berpangkalan di Singapura sendiri. Credit Suisse didenda S$700,000  (kira-kira RM2.2 juta) manakala UOB didenda S$900,000 (RM2.9 juta).

Mereka didenda di bawah peraturan berkaitan dengan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Mencegah Pembiayaan Keganasan.

“Pemeriksaan terhadap Credit Suisse dan UOB mendedahkan beberapa perlanggaran terhadap keperluan anti-pengubahan wang haram (AML) dan kecuaian kawalan.

“Ini termasuk kelemahan meneliti pelanggan dan ketidakcukupan keselamatan terhadap kegiatan dan transaksi pelanggan-pelanggan,” kata kenyataan MAS.

MAS dedah banyak penyelewengan dan penipuan 1MDB
Tindakan terbaru Singapura itu mengukuhkan lagi bukti jenayah kewangan yang melibatkan 1MDB dan pembabitan langsung Perdana Menteri, Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, selaku Pengerusi Lembaga Penasihat dan Pegawai Nombor Satu (MO1) 1MDB.

Najib Tak Saman Lagi

Najib masih belum membersihkan namanya daripada tuduhan menerima AS$680 juta (kira-kira RM2.6 bilion pada kadar tukaran 2013) wang yang dicuri daripada 1MDB.

Beliau masih belum mengemukakan saman ke atas akhbar Wall Street Journal seperti yang beliau ancam pada 5 Julai 2015 kerana mengaitkan beliau dengan kecurian duit 1MDB itu.

Utusan kata saman, tapi tak saman lagi
Sejak itu, kes kecurian dan pengalihan haram duit 1MDB telah disiasat dan diambil tindakan oleh beberapa buah bidang kuasa (jurisdiction). Selain Singapura, tindakan juga telah dan sedang dilakukan di Amerika Syarikat dan Switzerland.

Singapura telah pun membicarakan beberapa orang yang terbabit dan menjatuhkan hukuman penjara serta denda ke atas sekurang-kurangnya tiga daripada mereka dan menutup dua buah bank yang bersubahat mengubah duit haram 1MDB.

Di Amerika Syarikat pula, Jabatan Kehakiman (DoJ) dalam samannya tahun lalu mengenal pasti Jho Low dan anak kiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, sebagai penerima duit haram 1MDB di Amerika.

DoJ menggunakan udang-undang yang dikenali sebagai KARI. Ia membolehkan pihak berkuasa Amerika merampas harta orang asing yang dibeli dengan duit yang dicuri daripada rakyat jelata sesebuah negara.

KARI adalah singkatan kepada "Kleptocracy Asset Recovery Initiative" iaitu usaha mendapatkan balik harta yang dicuri oleh sesebuah kerajaan. Kleptokrasi bermaksud kerajaan yang mencuri.

Di Swizerland, tiga buah bank masih disiasat kerana disyaki melakukan rasuah dan mengubah wang haram bersangkutan 1MDB manakala kumpulan perbankan terbesar di Switzerland, UBS Group AG, telah diberi amaran atas penglibatannya.

Nampaknya negara asing yang selalu kita sebut sebagai negara kafir lebih mengambil berat terhadap penipuan 1MBD dan beban yang akan ditanggung oleh rakyat jelata Malaysia beberapa generasi akan datang.

Wallahuaklam.

Tun M yang luntur semangat nasionalisme - Noh

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) Tan Sri Noh Omar membidas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mendakwa kaum Melayu kini sudah hilang semangat nasionalisme kerana lebih mementingkan kebendaan.
 
Menurut Noh, mantan Perdana Menteri itu yang sebenarnya sudah luntur semangat nasionalisme dalam perjuangan kerana 'menjilat kembali' segala tohmahan yang pernah dilemparkan terhadap DAP demi kepentingan peribadi.
 
"Kalau Tun M ini betul-betul semangat nasionalisme dia kuat, dia takkan jilat apa yang dia cakap. Dia sendiri yang cakap DAP ini cauvinis, perkauman. Jadi macam mana dia boleh korbankan prinsip perjuangan dia kerana peribadi. Itu sahaja," katanya dalam sidang media selepas Program Agihan Bubur Lambuk di sini hari ini.
 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga turut mengaitkan kritikan Dr Mahathir mengenai pemilikan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) di dalam syarikat pengeluar kereta nasional, Proton.
 
"Saya ingat benda ini telah pun dibincang. Menteri Kewangan II, Datuk Johari pun dah buat kenyataan kalau kita tidak selamatkan mungkin jadi macam Perwaja. Semua ini beban yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir,"katanya lagi.
 
Terdahulu, pemimpin veteran itu menyatakan rasa kurang senang di catatan blognya yang mengatakan kaum Melayu hari ini telah 'hilang' semangat nasionalisme, memilih kebendaan berbanding cinta terhadap bangsa dan negara.
 
Katanya lagi, Melayu kini 'malu' dilihat sebagai nasionalis kerana khuatir digelar sebagai rasis.
 
Dr Mahathir, kini menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), parti serpihan Umno yang dibentuk bersama beberapa bekas pemimpin parti Melayu terbesar itu termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Dalam perkembangan berasingan, ketika ditanya mengenai calon yang bakal diletakkan di kerusi DUN Sekinchan, Noh berkata mana-mana pihak bebas mengemukakan pandangan namun keputusan mutlak terletak di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai desas-desus kesediaan Ketua Umno Sungai Besar,  Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk bertanding di DUN tersebut setelah MCA beri laluan untuk Umno bertanding.
 
"Calon ini biarlah Perdana Menteri yang tentukan. Semua orang boleh cakap dia menjadi calon. Semua orang boleh bercakap tetapi apa pun kita perlu akur keputusan yang akan diputuskan oleh Perdana Menteri.
 
"Jadi agihan kerusi pun kita tidak boleh nak komen, tambah lagi mengenai calon. Tetapi siapa nak bercakap boleh bercakap, sesiapa pun," katanya. 


Isu Sivarasa: Azmin sudah mengadap Sultan Selangor

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau sudah mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam berhubung tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, yang didakwa berceramah berkaitan politik di sebuah masjid, Rabu lalu.
 
Memetik laporan Bernama, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR memberitahu, Sivarasa juga telah menemui beliau bagi menjelaskan keadaan.
 
Azmin bagaimanapun enggan memberitahu butiran lanjut daripada pertemuan berkenaan.
 
"Saya telah mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bagi menjelaskan keadaan yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.
 
Rabu lalu, Sivarasa dilaporkan memasuki Masjid An Nur Kampung Melayu Subang, Klang sebagai mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam dewan solat.
 
Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat PKR itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.
 
Bagaimanapun jelas Azmin, Sivarasa bukan mewakili beliau di majlis berkenaan tetapi ia adalah majlis anjuran pejabat ahli parlimen itu sendiri.
 
Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim dilaporkan sebagai berkata Sultan Sharafuddin murka dan dukacita terhadap tindakan Sivarasa yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di masjid berkenaan.
 
Menurut Haris, perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri yang turut menitahkan supaya JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.
 
Sivarasa dalam reaksinya menafikan menyampaikan ceramah berunsur politik, sebaliknya berkata beliau hanya menyampaikan ucapan ringkas mengenai komitmen kerajaan Selangor untuk terus membimbing institusi surau dan masjid di negeri berkenaan.
 
Ujarnya juga, kehadirannya di masjid itu disalahertikan sesetengah pihak.
 
Menurutnya, beliau hadir untuk menyampaikan sumbangan RM71,000 bagi diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen berkenaan.
 
 

Tiga pelajar Malaysia disiasat polis Manchester dalam keadaan selamat

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia yang disiasat polis Britain berhubung kes serangan bom di Manchester pada 22 Mei lalu, berada dalam keadaan selamat.
 
Ketiga-tiga pelajar itu terdahulu ditahan polis hampir empat jam semalam.
 
“Saya telah pun berkomunikasi secara langsung dengan ketiga-tiga pelajar berkenaan, dan suka dimaklumkan bahawa mereka berada di dalam keadaan yang selamat,” kata Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara (BPLN) Umno Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican.
 
Beliau berkata secara peribadi mengenali dan pernah bertemu dengan dua daripada tiga pelajar berkenaan, ketika program ramah mesra bersama pelajar awal tahun ini.
 
Terdahulu polis menahan tiga pelajar Malaysia sebagai sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa England berhubung serangan bom di bandar raya itu.
 
The Times melaporkan, tiga pelajar Malaysia itu disoal siasat kerana alamat mereka digunakan oleh suspek, Salman Abedi, yang meletupkan dirinya ketika konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande di Manchester Arena. 
 
Serangan itu menyebabkan kematian 22 orang dan kecederaan 116 pengunjung, termasuk kanak-kanak.
 
Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata Salman dipercayai mungkin cuba menggunakan kediaman tiga orang pelajar itu sebelum melakukan serangan. Bagaimanapun, kaitan itu terlalu kabur, menyebabkan ketiga-tiga mereka dibebaskan.
 
Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia yang menetap di sekitar kawasan berkenaan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan.
 
Dalam kenyataan hari ini, Reezal berkata pembebasan tiga rakyat Malaysia itu dibuat tanpa syarat.
 
BPLN juga merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama penuh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang menuntut di United Kingdom.
 
Manchester digegarkan dengan serangan bom sejurus selepas penyanyi Ariana Grande membuat persembahan, menyebabkan lebih 20 orang maut, termasuk pengebom berani mati yang dipercayai anggota kumpulan pengganas.
 
 

BR1M dibayar bermula 5 Jun

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 peringkat kedua akan dibuat mulai 5 Jun ini.
 
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini berkata, pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.
 
"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini.
 
Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
 
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my.
 
 

Habis Tanah Tergadai Bila DAP dan PKR Menjadi Kerajaan







TANAH adalah sasaran utama pembangkang bila mereka naik menjadi kerajaan negeri.

Pada tahun 2008, bila Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham memperkudakan Nizar Jamaluddin selaku MB Perak, mereka telah bertindak ‘menggadaikan’ 1,000 ekar tanah milik kerajaan negeri kepada 9 buah sekolah Cina pada tahun 2008.


Nizar sendiri tanpa sedar telah mengakui perkara itu semasa berkempen di PRK Kuala Kangsar tahun lalu. Selepas 8 tahun baru hendak mengaku. Namun satu perkara yang tidak dilupakan semua orang adalah bila DAP mempergunakan Nizar memberikan status milikan kekal tanah selama 999 tahun kepada penduduk kampung-kampung baru Cina di Perak.

Di Rancangan Kampung Tersusun, RKT yang lebih ramai jumlahnya dari kampung baru hanya diberi 99 tahun sahaja. Terdapat 73,703 penduduk pada ketika itu dengan pecahan 44.02% Melayu, 37.93% Cina dan 18.05% India. Inilah sikap “double standard” dan chauvinis DAP.

Pada Disember 2012, Nga dan Ngeh turut memperdayakan kerajaan PAS Kelantan untuk mendapat 10,500 ekar tanah balak. Dua orang pemimpin DAP ini menerusi syarikat Upayapadu Plantation Bhd mendapat tanah balak di Hutan Simpan Relai, nilainya dianggar RM40 juta.

Itu di Perak, yang mana DAP menjadikan Nizar sebagai MB boneka untuk meluluskan apa yang DAP mahukan. Nga Kor Ming dapatlah sebuah “White House” bernilai RM10 juta di Ipoh sebagai hasilnya.

Tanah juga menjadi kegilaan PKR di Selangor.

Kerajaan PKR telah dipercayai menyeleweng 619 hektar tanah Paya Indah Wetland. 17 Februari 2015, dalam mesyuarat majlis kerajaan negeri yang dipengerusikan Azmin Ali, pertukaran tanah Wetland dari status pertanian kepada komersial telah diluluskan.

Zon Hijau Paya Indah Wetland, kawasan ekosistem yang paling besar ditukar statusnya. Nilainya RM784 juta. Inilah yang terjadi bila PKR mendapat kuasa dan menjadi kerajaan, habis tanah dikerjakan untuk tujuan komersial.

31 Mac 2017, Azmin Ali dikatakan sembunyikan fakta sebenar bagaimana 9.3 hektar tanah di Kampung Bukit Cerakah boleh dijadikan tanah perkuburan Cina. Pada asalnya, tanah itu mahu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk dijadikan tanah perkuburan Islam, akhirnya Azmin campur tangan dan jadikan tanah itu jirat Cina. Bagaimana ini boleh berlaku?

Di Perak, ada campur tangan DAP. Di Selangor, PKR bersubahat dengan DAP. Di Penang, DAP perintah secara sepenuhnya. Sebanyak 12 peratus hak milikan tanah menyusut di Penang sejak di bawah rejim DAP.

Sejumlah hampir RM16 billion hasil tanah di Penang sudah dikerjakan oleh kerajaan DAP.

Pada tahun 2011 tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri, dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Ini diikuti tanah seluas 110 ekar dijual lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Penang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P. E Land.

Pada 2014, DAP Pulau Pinang jual tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM57 juta kepada Paramount Group.

 Seterusnya, sebidang tanah lagi berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan tanah seluas 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM1.09 bilion kepada Temasek Singapura. RM3.5 billion lagi adalah kepada Hunza Land.

Terbaru isu skandal jual tanah Peel Evenue pada harga RM156 juta iaitu di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive itu bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi.

Apatah lagi, proses jual beli berkenaan dilakukan oleh Lim Guan Eng mengikut kaedah rundingan terus tanpa sebarang tender terbuka. Adakah ini dilakukan untuk ‘mengenyangkan perut’ kroni Guan Eng iaitu Tan Sri Tan Kok Ping yang merupakan Penasihat Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC)?

Jangan kita lupa, isteri Guan Eng iaitu Betty Chew juga pernah dilantik menjadi AJK PCCC bersama-sama penjual banglo murah kepada Guan Eng iaitu Phang Li Koon.

Guan Eng juga kini terpalit isu rasuah kerana isu tanah. Guan Eng didakwa dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan zon semula tanah milik syarikat Phang Li Koon, Magnificent Emblem dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli banglo di bawah harga pasaran.

Hunza Group mendapat projek pembangunan bernilai RM3.5 billion di Penang. Tanah milik Yayasan Bumiputra Pulau Pinang telah dijual kepada Hunza Land, proksi Guan Eng.

Bila Guan Eng buat kutipan derma, Hunza Land menyumbang dana RM200,000 untuk bebaskan Guan Eng. DAP mengkayakan proksi kemudian bila pemimpin DAP susah, proksi ini membantu kembali.

Inilah jadinya bila DAP dan PKR mendapat kuasa. Habis tanah dikerjakan dan dijual mereka. Itu belum lagi Pakatan Harapan yang diterajui DAP perintah Malaysia.

Tanah di mana lagi yang mereka mahu jual dan gadai nanti? Minta simpanglah jauh jauh agar jangan Pakatan Harapan menang pada PRU14. Tergadai habis tanah dikerjakan mereka jika diberi peluang sekali sahaja.

Jadikanlah cerita di Perak, Selangor dan Penang sebagai tauladan. Betapa rakusnya DAP & PKR bila dapat kuasa – klxpress.com.my


AUKU jadikan universiti seperti kilang, reban ayam



Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dicipta dan diluluskan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk mengekang dan menimbulkan perasaan takut dalam kalangan mahasiswa.

Ekoran itu, Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, institusi pengajian tinggi di negara ini gagal menghasilkan mahasiswa yang berketerampilan.

“Maknanya universiti seperti (sudah) jadi macam satu kilang atau reban ayam yang tak (mengalakkan) berfikir.

“Mengapa kita tidak membenarkan, memeriahkan masyarakat (untuk berbeza pandangan). Ia akan menimbulkan idea-idea yang segar daripada perbezaan itu. Ini yang saya fikir kita perlu perjuangkan,” katanya dalam wawancara Helo Roket baru-baru ini.

Mengikut perangkaan kerajaan, lebih kurang satu perempat daripada graduan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini gagal mencari pekerjaan.

Manakala bagi mereka yang berkerja pula, 45 peratus meneri gaji bukan RM1,500 atau kurang.

Justeru, Dr Aziz yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor berkata, undang-undang seperti AUKU tidak diperlukan dalam sebuah negara yang membangun seperti Malaysia.

“AUKU itu sendiri wujud pada tahun 1971 sedangkan kita merdeka pada tahun 1957 maknanya undang-undang ini dibuat selepas merdeka apabila kerajaan menyedari bahawa mahasiswa menjadi suatu ancaman kepada mereka (kerajaan) dan juga kepada tenaga akademik.

“Dan ini saya fikir perkara yang tidak harus berlaku dalam negara yang membangun,” katanya.

Malah, katanya lagi, universiti telah menyimpang jauh daripada konsep asalnya iaitu mengembangkan ilmu dan menjunjung tinggi kebijaksanaan.

“Ini yang saya fikir menyedihkan dan tragis, kita membelanjakan berbilion-bilion wang rakyat untuk menubuhkan universiti (tetapi) sudahnya kita berhadapan dengan profesor yang dipersoal kredibiliti mereka.

“Malah, berhadapan dengan generasi mahasiswa yang kononnya tidak ada kualiti, payah cari kerja dan sebagainya,” ujarnya. – Roketkini.com

Adun BN mengaku pakat dengan NGO bidas Sivarasa masuk masjid

 
Beliau enggan mengulas lanjut kes melibatkan pemimpin PKR itu yang dikritik Jais kerana 'berucap' di sebuah masjid di Subang.


Halimaton_sivarasa_600


PETALING JAYA: Adun Kota Damansara dari Barisan Nasional (BN) Halimaton Saadiah Bohan hari ini membuat pengakuan membuat perancangan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa ke depan isu Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyampaikan ucapan di sebuah masjid.

Ketika diminta mengulas isu itu, Halimaton enggan memberikan komen, tetapi berkata:
“Saya nak biarkan NGO masuk (komen), akhir sekali baru saya cakap, sebab saya tengah rancang benda itu, lepas itu baru saya bagi komen saya,” katanya kepada FMT.

“Saya sebenarnya dah ‘plan’ dengan NGO-NGO ini supaya bawa isu ini berhari-hari, lepas itu baru saya nak komen di hujung itu nanti.”

Halimaton menang DUN Kota Damansara selepas PAS memaksa pertandingan 3 penjuru melawan penyandang kerusi itu, Dr Nasir Hashim yang menggunakan lambang PKR.

Kehadiran Sivarasa yang menemani penyelaras PKR bagi DUN Kota Damansara, Radzlan Jalaludin ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang mengundang kritikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan.

Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).

Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.

‘Ucapan ringkas, tiada politik’

Bagaimanapun, Sivarasa berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah di samping menemani Radzlan menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000 kepada masjid berkenaan.

“Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Sementara itu, Radzlan sekali lagi menegaskan Sivarasa tidak mengeluarkan ucapan berunsur politik.
“Beliau hanya beri ucapan sepatah dua kata, beliau juga sebut beliau bersama kerajaan negeri memberi komitmen sepenuhnya untuk membangunkan institusi keagamaan terutamanya masjid dan surau,” katanya.

Radzlan menasihati pengkritik berhenti mengeruhkan keadaan, dan berkata beliau bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Kami sedia memberi memberi kerjasama sekiranya kami dipanggil oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa atau autoriti untuk kami memberi penjelasan dan kami tidak mahu perkara ini disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya, sambil menegaskan jemaah sekitar tidak membantah kehadiran Sivarasa.

Tinjauan FMT ke masjid berkenaan mendapati pihak pengurusan masjid enggan memberi komen disebabkan siasatan yang sedang berjalan.

“Saya tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kerana hanya Jais sahaja boleh membuat kenyataan. Sivarasa hanya membuat ucapan ringkas,” kata nazir masjid, Mesni Mohd Dahlan.

Kenapa masih persoal kedudukan PAS di Selangor - Idris

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
SHAH ALAM: PAS memulangkan 'paku buah keras' kepada DAP yang masih mempersoalkan kedudukan tiga exco dan wakil pimpinan parti itu di Selangor.
Naib Presidennya, Dr Idris Ahmad kemudiannya merujuk tindakan DAP pada 2015, apabila parti itu yang mengambil langkah pertama memutuskan hubungan dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran percanggahan berterusan mengenai matlamat politik.
"Mengapa waktu berpisah dengan PR mereka tak letak jawatan di Selangor? Sedangkan mereka keluar dahulu (PR)," katanya ringkas ketika diajukan hal tersebut.
Untuk rekod, DAP mengumumkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang diwujudkan pada 2008 putus serta-merta kerana perbalahannya dengan PAS.
DAP didakwa gagal menerima perjuangan PAS berkenaan hudud dan dasar Islam yang akhirnya membawa kepada 'perang mulut' sesama pemimpin parti-parti berkenaan.
Dua hari lalu, ahli DAP, Prof Abdul Aziz Baru mendakwa keengganan PAS untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor menjelmakan peribadi sebenar parti itu.
Beliau berkata PAS hanya mementingkan kedudukan dan jawatan, selain menuduh 'hipokrasi' PAS pada hari ini lebih jelas berbanding kepimpinan terdahulu.
Aziz kemudiannya memberi contoh bagaimana bekas presiden PAS, Tan Sri Asri Muda meletak jawatan di dalam jemaah menteri persekutuan kerana membantah pengisytiharan darurat di Kelantan.
Mengulas lanjut, Idris hairan bagaimana DAP masih tidak berpuas hati dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharuffin Idris Shah yang berkenan mengekalkan kedudukan tiga exco dan pimpinan PAS yang lain.
"Hormatlah (keputusan). Malah apa yang PAS ambil ini pun supaya wujud kestabilan, PRU14 semakin dekat dan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.
"Sultan Selangor pun bersetuju dengan sikap PAS yang mana meletakkan soal kestabilan negeri dan rakyat," tegasnya.
Awal bulan ini PAS secara rasmi memutuskan kerjasama dengan PKR, apabila Majlis Syura Ulama memutuskan langkah itu perlu demi mempertahankan agenda Islam PAS.
PAS menuduh PKR melanggar syarat kerjasama, gagal menyokong PAS dalam agenda Islam, dan menentangnya pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar tahun lalu.
Walaupun PKR mengarahkan semua lantikan politik parti berundur dari kerajaan Kelatan, PAS memutuskan tiga exco mereka kekal di Selangor sehingga pilihan raya umum akan datang.
Tiga exco berkenaan ialah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad; Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi; Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Zakir Naik: Jangan mudah beri status warganegara, kata penganalisis

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemberian status kerakyatan secara mudah kepada mana-mana pihak yang memohon boleh menimbulkan persepsi tertentu, ujar penganalisis politik, Datuk Dr Firdaus Abdullah.
 
Beliau berkata demikian mengulas laporan permohonan taraf kewarganegaraan sebagaimana dikemukakan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.
 
Sehubungan itu Firdaus menggesa kerajaan melakukan pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan Zakir, atau mana-mana individu yang lain.
 
"Saya mempunyai sedikit 'reservation' supaya kita jangan terlalu mudah memberikan. Apabila kita mudah memberikan ia akan menimbulkan sesuatu yang tak terfikirkan oleh orang ramai.
 
"Jika kita luluskan permohonan Zakir, jadi apa alasan kita untuk menolak (permohonan) orang lain?," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Terdahulu Zakir didakwa sedang memohon kerakyatan Malaysia selepas memiliki status penduduk tetap (PR) sejak lima tahun lalu.
 
Bagaimanapun menurut laporan akhbar antarabangsa, permohonan berkenaan belum lagi diluluskan pihak berkuasa Malaysia.
 
Mengulas lanjut, Firdaus mahu beberapa perkara penting diteliti terlebih dahulu sebelum permohonan itu diluluskan terhadap Zakir.
 
"Kalau hendak diberi kerakyatan itu, atas alasan apa?
 
"Sebelum kerajaan memutuskan pemberian kerakyatan kepada seseorang, antara yang patut dikaji adalah bilangan pemohon kerakyatan, status kerakyatan yang diberi sejak lima tahun lalu dan rasional disebalik memberikannya," ujarnya lagi.
 
Untuk rekod seseorang yang memohon kewarganegaraan Malaysia perlu tinggal di Malaysia selama tidak kurang 10 tahun dalam jangka masa 12 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.
 
Pemohon juga perlu mempunyai kebolehan Bahasa Melayu yang memadai, dan disokong permohonannya oleh dua rakyat Malaysia.
 
Zakir, yang sering mengadakan ceramah agama di negara ini pernah dikritik sesetengah pihak, memandangkan dirinya dikaitkan dengan aktiviti keganasan dan penggubahan wang haram.
 
Beliau yang dikehendaki pihak berkuasa di India bagaimanapun enggan pulang ke negaranya dan memberi syarat soal siasat ke atasnya hanya boleh dijalankan melalui aplikasi Skype.
 
 

Kes cabul: Polis nasihat orang awam jangan ambil tindakan sendiri

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff meminta orang ramai agar tidak mengambil tindakan mengikut undang-undang sendiri terhadap pelaku atau individu yang disyaki melakukan jenayah.
 
Asri berkata demikian mengulas kes seorang lelaki yang meninggal dunia selepas dipukul orang awam ekoran dipercayai mencabul seorang wanita di Plaza Sentosa, di sini, Ahad lalu.  
 
Mengulas lanjut, Asri berkata, berdasarkan bedah siasat, suspek cabul terbabit dipercayai meninggal dunia akibat patah tengkuk selepas ditendang dan dipukul. 
 
"Nampak tak teruk tapi apabila ditendang dan sebagainya hingga terkena titik tengah (bahagian sentitif), ia boleh menyebabkan kematian. 
 
"Contohnya seperti samseng jalanan yang menagih dadah, anggota badan penagih dadah ini sangat sensitif dan boleh menyebabkan kematian jika pukul di perut sekalipun. 
 
"Ini adalah pengajaran kepada orang ramai di luar sana, jangan ambil tindakan sendiri, cukup sekadar tangkap dan ikat suspek, kemudian serahkan kepada polis," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Pemakaian Pangkat PDRM Kontinjen Kedah hari ini. 
 
Dalam kejadian 4 petang, Ahad lalu, suspek yang berusia 31 tahun telah dibelasah kerana dia dipercayai mencabul kehormatan wanita yang merupakan jurujual di Plaza Sentosa.
 
Susulan kejadian itu, suspek mengalami kecederaan di muka, telinga dan badan sehingga terpaksa dirawat di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum disahkan meninggal dunia semalam.
 
 

Penolong pengurus syarikat media direman enam hari

ANTARAPOS.COM

Post Pic
PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari terhadap seorang kakitangan agensi media bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM70,000 kononnya untuk menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah berkenaan selepas SPRM membuat permohonan untuk menahan suspek mulai hari ini sehingga 5 Jun.
Perintah tahanan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Terdahulu, lelaki berusia 54 tahun yang merupakan penolong pengurus sebuah syarikat media ditahan SPRM di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama wang tunai RM20,000 pada kira-kira 9.30 malam tadi.
Difahamkan, suspek meminta RM70,000 daripada seorang kenamaan sebagai habuan untuk menyelesaikan kes VIP itu yang ketika ini disiasat SPRM.

Tabung Haji mahu singkatkan tempoh tunai haji kepada 50 tahun

ANTARAPOS.COM

Post Pic
BALIK PULAU: Tempoh menunggu menunaikan haji dari 89 tahun akan dipendekkan kepada 50 tahun, demikian menurut Pengerusi Lmebaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Ujarnya perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan ia akan ditetapkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
“Tempoh menunaikan haji boleh dipendekkan sekiranya negara kita memilik kuota jemaah yang tinggi kerana jumlah jemaah seramai 27,900 kepada 30,200 jemaah sebelum ini menyaksikan tempoh disingkatkan daripada 120 tahun kepada 89 tahun.
“Kemungkinan kita akan menerima penambahan kuota sehingga 35,000 dan KPI Tabung Haji menyasarkan sehinga 50 tahun,” katanya selepas program Ziarah Kasih Ramadan kepada 1,500 penerima di sini hari ini.

Wanita ditahan jual telekung ciplak Siti Khadijah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Gara-gara menjual telekung ciplak jenama terkenal Siti Khadijah, seorang wanita berketurunan Kemboja ditahan pihak polis selepas didakwa hampir sebulan melakukan kegiatan berkenaan.
 
Pengarah KPDNKK negeri, Azlan Abdul Samat berkata, wanita berusia 25 tahun itu dipercayai memperolehi keuntungan yang besar dengan cara yang mudah dengan menjual telekung ciplak itu di pasar-pasar malam di sekitar Kuala Terengganu.
 
Wanita berkenaan yang ditahan pada jam 2.15 petang di dalam sebuah serbuan di Kampung Bukit Besar, Jalan Pasir Panjang bagaimanapun dilepaskan selepas keterangannya diambil.
 
Serbuan dilakukan oleh sekumpulan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri.
 
Azlan memaklumkan wanita tersebut menghantar telekung Siti Khadijah yang tulen ke Vietnam untuk diciplak rekaannya sebelum dijual di sini.
 
“Dalam serbuan oleh sembilan pegawai penguat kuasa petang semalam turut disertai pemilik cap dagang Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. 

 
“Biasanya setiap sehelai telekung tiruan ini dijual antara RM100 hingga RM120, sedangkan yang tulen dijual RM150 hingga RM250,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat KPDNKK Terengganu di sini hari ini.
 
Kes disiasat bawah Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang palsu atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
 
 

Pendapatan FGV lebih kukuh pada Q1

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mencatat untung bersih RM2.47 juta pada suku pertama (Q1) berakhir 31 Mac 2017 berbanding kerugian bersih RM81.08 juta pada tempoh sama tahun lalu. 
 
Pendapatan meningkat 15 peratus kepada RM4.32 bilion daripada RM3.75 bilion, tahun lalu. 
 
Prestasi lebih kukuh disandarkan kepada pendapatan yang lebih tinggi daripada sektor ladang, logistik dan lain-lain serta sektor gula sebanyak 11 peratus, 57 peratus dan 17 peratus berbanding tahun yang lalu. 
 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, berkata kumpulan merekodkan perolehan lebih tinggi pada suku pertama disebabkan prestasi baik dalam sektor operasi huluan dengan peningkatan sebanyak 16 peratus pengeluaran minyak sawit mentah (MSM). 
 
"Ia sekali gus mengurangkan kos pengeluaran (tidak termasuk kilang) sebanyak 5.0 peratus kepada RM1,739 metrik tan (MT) tahun ke tahun. 
 
"FGV juga berjaya mengurangkan perbelanjaan pentadbiran sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama pada 2016," katanya dalam kenyataan, hari ini.
 
 

Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Prof Abdul Aziz Bari yang menyifatkan PAS 'mementingkan kedudukan' ekoran enggan melepaskan jawatan di Selangor, hanyalah pandangan peribadi dan bukannya mewakili DAP. 
 
Setiausaha Publisiti DAP Selangor Ng Suee Lim bagaimanapun berkata, apa yang penting adalah ikrar PAS yang mahu terus mendokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali.  
 
"Saya tidak kisah dari DAP, dari Umno yang keluarkan kenyataan dari peguam lain pun. Daripada Bar Council, daripada hakim. Masing-masing ada pendapat. 
 
"Itu pandangan mereka. Kita tidak dapat menghalang mereka dari mengeluarkan pandangan. Kita perlu menghormati kebebasan bersuara.
 
"Kita nampak PAS pun terus mendukung agenda pembangunan yang dirangka oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar. Itu yang paling penting," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Terdahulu, Aziz dilaporkan sebagai berkata keengganan PAS melepaskan jawatan dalam kerajaan Selangor walaupun selepas memutuskan hubungan dengan rakan gabungan menjelmakan peribadi sebenar mereka.
 
Keputusan itu menurut Aziz, hanya menunjukkan PAS pentingkan kedudukan, katanya dalam temubual yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi DAP malam tadi.
 
Aziz turut mengkritik parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu dengan berkata “hipokrasi” PAS hari ini ketara jika dibandingkan kepada pimpinan parti terdahulu, yang sedia melepaskan jawatan demi prinsip.
 
Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulama PAS memuktamadkan keputusan 'menceraikan' PKR kerana tidak menghormati PAS sebagai rakan kerjasama, dengan berada sepentas bersama seteru politik PAS, iaitu DAP dan Amanah, dan menyerang kepimpinan parti itu.
 
Ia sekaligus meletakkan kedudukan tiga exco PAS dan beratus wakil parti itu dalam kerajaan Selangor menjadi tanda tanya, tambahan selepas PKR turut mengarahkan kesemua lantikan politiknya dalam kerajaan negeri Kelantan untuk meletak jawatan. 
 
Bagaimanapun spekulasi mengenai kedudukan wakil PAS di Selangor terjawab selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali untuk mengekalkan kedudukan tiga wakil rakyat PAS sebagai exco kerajaan negeri.
 
Tiga exco di Selangor adalah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
 
 
Imej iklan alat permainan Falcon Commandos siri SY 627-7 di sebuah laman web di Thailand. Model seumpama ini turut dijual di Perak.Imej iklan alat permainan Falcon Commandos siri SY 627-7 di sebuah laman web di Thailand. Model seumpama ini turut dijual di Perak. PARIT BUNTAR, 31 Mei — Satu aduan polis dibuat terhadap alat permainan pasang siap yang mengandungi kalimah Allah, seumpama logo pengganas IS (Daesh).
Permainan binaan itu, seumpama Lego, yang dibeli oleh guru Mahnun Mat Isa untuk anaknya mengandungi perkataan Allah dan Muhammad, lapor Berita Harian.
Kalimah itu pula dilaporkan dilekatkan pada watak pengganas dalam model Falcon Commandos siri SY 627-7 yang diimport oleh sebuah syarikat di Ipoh dari China.
Selepas membeli di Taiping dekat sini pada 24 Mei lalu, Mahnun yang tidak selesa membuat aduan polis dan pihak berkuasa agama di sini keesokan harinya.
Beliau menggesa kerajaan dan Jabatan Agama Islam Perak menyiasat dan menarik balik permainan itu, yang disasarkan untuk usia kanak-kanak antara 6-12 tahun.
“Saya minta pihak berwajib tidak sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan sebarang alat permainan kanak-kanak yang menyentuh sensitiviti agama di negara ini,” katanya.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/alat-mainan-ada-kalimah-allah-guru-gesa-tarik-balik#sthash.3f7jBovp.dpuf
Imej iklan alat permainan Falcon Commandos siri SY 627-7 di sebuah laman web di Thailand. Model seumpama ini turut dijual di Perak.Imej iklan alat permainan Falcon Commandos siri SY 627-7 di sebuah laman web di Thailand. Model seumpama ini turut dijual di Perak. PARIT BUNTAR, 31 Mei — Satu aduan polis dibuat terhadap alat permainan pasang siap yang mengandungi kalimah Allah, seumpama logo pengganas IS (Daesh).
Permainan binaan itu, seumpama Lego, yang dibeli oleh guru Mahnun Mat Isa untuk anaknya mengandungi perkataan Allah dan Muhammad, lapor Berita Harian.
Kalimah itu pula dilaporkan dilekatkan pada watak pengganas dalam model Falcon Commandos siri SY 627-7 yang diimport oleh sebuah syarikat di Ipoh dari China.
Selepas membeli di Taiping dekat sini pada 24 Mei lalu, Mahnun yang tidak selesa membuat aduan polis dan pihak berkuasa agama di sini keesokan harinya.
Beliau menggesa kerajaan dan Jabatan Agama Islam Perak menyiasat dan menarik balik permainan itu, yang disasarkan untuk usia kanak-kanak antara 6-12 tahun.
“Saya minta pihak berwajib tidak sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan sebarang alat permainan kanak-kanak yang menyentuh sensitiviti agama di negara ini,” katanya.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/alat-mainan-ada-kalimah-allah-guru-gesa-tarik-balik#sthash.3f7jBovp.dpuf

Bonus 4 Bulan Kalau Selangor Kekal Di Tangan Pakatan Harapan

Suara Kebenaran




Kakitangan awam Selangor berjumlah hampir 21,500 orang, bakal menikmati bonus 4 bulan gaji sekiranya Pakatan Harapan terus kekal memerintah negeri itu selepas PRU14 – kata sumber yang rapat dengan Shah Alam.

Ini bukan rasuah pilihanraya tapi tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap kakitangan awamnya.

Apatah lagi sejak tahun 2015, kerajaan negeri berterusan menaikkan jumlah bonus dari 1.5 bulan kepada 2.5 bulan gaji sekarang.

Apa nak dihairankan dengan yang ini?

Bonus ini bakal meningkatkan motivasi kakitangan awam Selangor untuk terus berkhidmat dengan penuh setia terhadap kerajaan negeri dan kesetiaan ini bakal dibalas dengan pemberian bonus yang meningkat setiap tahun.

Seperti mana biasa, pemberian bonus oleh kerajaan negeri kepada kakitangan awamnya, diharap akan turut diikuti oleh semua syarikat swasta yang lain sehingga diakhirnya bukan saja 21,500 kakitangan awam akan menikmati bonus, lebih sejuta pekerja swasta di seluruh Selangor juga akan turut menikmati bonus yang sama.

Selasa, 30 Mei 2017

Grab kekal taja Sukan SEA, kata KJ

Mohd Haizal Yatiran
Menteri Belia dan Sukan, Yb Khairy Jamaluddin menunjukkan pingat emas sambil diiringi Pengarah Eksekutif Pemasaran Royal Selangor, Chen Tien Yue (kanan) pada Majlis Royal Selangor Memperkenal Rekabentuk Pingat Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di Perkarangan Royal Selangor, Setapak, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM
 

KUALA LUMPUR- Syarikat perkhidmatan panggilan kereta Grab, akan kekal sebagai salah satu syarikat penaja rasmi Sukan SEA Ke-29.

Meskipun dikatakan masih belum mendapat kelulusan di peringkat Parlimen dan belum ada lesen yang dikeluarkan daripada SPAD, penajaan Grab dalam penganjuran Sukan SEA tetap diteruskan.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu sidang media hari ini.

Menurut Khairy, operasi yang dijalankan oleh pihak Grab di negara ini masih belum dimuktamad, bagaimanapun, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Dari segi undang-undang juga, ia tidak menjadi masalah. Pihak kerajaan juga masih dalam proses bagi memuktamad peruntukan undang-undnang berkenaan Grab.

“Setahu saya, tidak ada isu Grab sebagai rakan kongsi kita dalam penganjuran Sukan SEA, tapi saya yakin Grab akan memastikan tiada insiden tidak baik berlaku sepanjang penganjuran SEA,” katanya.

Berikutan insiden rompakan seorang wanita mengandung minggu lepas yang melibatkan pemandu panggilan kereta, Khairy percaya Grab boleh memastikan perkara tersebut tidak berlaku dalam kalangan pemandu mereka.

“Berikutan insiden yang melibatkan syarikat lain(Uber), saya yakin rakan kongsi kami, Grab akan berusaha mengelak kejadian tersebut sepanjang Sukan SEA.”

Khairy hari ini mengumumkan Royal Selangor sebagai penaja Perak bagi penganjuran Sukan SEA – 29.

Antara bentuk penajaan daripada Royal Selangor, Obor yang digunakan sepanjang jelajah Sukan SEA.

Selain itu, turut menjadi tajaan utama daripada Royal Selangor adalah medal bagi keseluruhan penganjuran Sukan SEA, termasuk Sukan Para Asia ke -9. – MalaysiaGazette

‘Saya sudah ulang banyak kali, Cameron Highlands milik MIC’

Kumara Sabapatty
Presiden MIC, Datuk Seri S.Subramaniam (kanan) bersama peninju seni mempertahankan diri campuran antarabangsa (MMA), Agilan Thani (kiri) pada Majlis Penghargaan khas di Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR,
 

KUALA LUMPUR – MIC mengulangi pendirian parti itu sekali lagi hari ini bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah milik mereka.

Malah kerusi itu tidak akan dibiarkan dirampas oleh mana-mana pihak lain dalam komponen Barisan Nasional (BN) mahu pun myPPP.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam MIC berkata, perkara itu telah dijelaskan beliau berulang kali dalam bahasa yang boleh difahami semua pihak.

“Saya sudah mengulangi beberapa kali mengenainya (Cameron Highlands untuk MIC) dalam bahasa yang boleh difahami, tak mahu ulang lagi.

“Kita (MIC) tetap dengan pendirian kami di (Cameron Highlands),” katanya dalam sidang media sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini petang tadi.

Terdahulu MIC telah memberi pengiktirafan Khas kepada atlet Sukan Seni Pertahan Diri Campuran (MMA), Agilan Thani, 21, yang memenangi One Championship di Singapura Sabtu lepas.

Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan telah mengalungkan loket emas dan wang tunai RM10,000 sebagai menyatakan sokongan bahawa sayap pemuda MIC diketuai Datuk C.Sivarraajh bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan Agilan untuk terus melangkah jauh dalam sukan MMA.

Mengulas mengenai pendafaran pengundi, Subramaniam berkata, MIC telah memulakan proses meningkatkan pendaftaran pengundi sebelum 30 Jun ini seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Setakat ini, kita berjaya mendaftarkan lebih kurang 10,000 pengundi India dalam dua hingga tiga minggu lalu dan harapan sebelum penghujung bulan Jun kita akan yakin boleh mendaftarkan bilangan pengundi baharu masyarakat India iaitu sebanyak 20,000 orang lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menegaskan, program MyDaftar secara besar-besaran akan diadakan bermula 5 Jun hingga 22 Jun ini di 23 lokasi cawangan Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) terpilih seluruh negara.

“Program pertama akan dimulakan di Tangkak, Johor pada Isnin dan berakhir di JPN Putrajaya pada 22 Jun mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita meggembleng tenaga dengan parti komponen BN dan mesra BN serta parti lain untuk menjayakan usaha ini dan berharap ramai masyarakat India bermanfaat,” katanya. – MalaysiaGazette


Pengusaha teksi berang Grab sedia khidmat semasa Sukan SEA

Muhamad Izwan Mohd Zubit
Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail bercakap pada sidang akhbar mengenai industri perkhidmatan teksi, uber dan grabcar di Wisma Central, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL


KUALA LUMPUR – Pengusaha teksi berang dengan keputusan membenarkan Grab untuk menyediakan perkhidmatan panggilan kereta semasa Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsung pada Ogos nanti.

Pengasas syarikat teksi premium Big Blue Taxi Service, Datuk Shamsubahrin Ismail mempersoalkan langkah memberi kebenaran itu yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini selepas Grab menaja penganjuran itu dengan jumlah tajaan bernilai RM6 juta lebih.

“Bagi saya, langkah ini seolah-olah memberikan satu syarikat dilantik untuk memberikan khidmat secara haram pada Sukan SEA.

“Masa bila pula Grab ini sudah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa?” kata Shamsubahrin dalam satu sidang media di pejabatnya Wisma Central, Kuala Lumpur hari ini.

Tegas beliau, tindakan memberi kebenaran kepada Grab itu melanggari undang-undang memandangkan khidmat panggilan kereta itu sebenarnya masih belum mendapat kelulusan dari Parlimen dan belum digazetkan sah penggunaannya.

“Grab ini masih belum mendapat kelulusan di Parlimen, malahan tidak ada lesen yang diberikan kepada mereka untuk menjalankan aktiviti membawa penumpang ini,” katanya lagi.

Shamsubahrin juga berkata tindakan Khairy merestui kelulusan diberikan kepada Grab juga tidak boleh diterima memandangkan ia akan menyebabkan industri teksi dalam negara akan lebih terjejas lebih teruk.

“Tindakan beliau menyebabkan industri teksi akan berkubur lagi teruk dengan menyokong aktiviti haram yang dibuat oleh Grab selama ini,” katanya.

Menurut Shamsubahrin lagi, khidmat yang diberikan oleh Grab sebaliknya meletak risiko yang tinggi kepada pengguna dan pelancong kerana tidak ada pihak yang memantau pemandu ini, sebagai contoh kes yang berlaku minggu lalu apabila seorang wanita mengandung dirompak oleh pemandu Grab.

“Mereka letak pelancong dan pengguna semasa Sukan SEA dalam keadaan berisiko tinggi,” katanya.

Bagi melahirkan rasa tidak puas hati, beliau berkata semua pengusaha teksi akan memboikot aplikasi Grab sewaktu Sukan SEA nanti sebagai tanda bantahan mereka.

“Oleh sedemikian, kami seluruh industri teksi akan boikot dengan tidak memasuki aplikasi Grab sewaktu Sukan SEA nanti,” katanya.

Sekiranya Khairy dan kerajaan masih tidak mendengar tuntutan pengusaha teksi, beliau memberi amaran akan menukar sokongan kepada pembangkang semasa pilihan raya nanti disamping memastikan pengusaha teksi di Rembau menentang Khairy disana.

“Kami pengusaha teksi tidak teragak-agak untuk menukar sokongan kepada pembangkang pada pilihan raya depan sekiranya masalah ini berterusan dan tidak diselesaikan,” katanya lagi.

Grab menjadi penaja emas untuk Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos ini, dengan anggaran penajaan melebihi RM6 juta yang turut merangkumi wang tunai, barangan dan perkhidmatan di samping sokongan promosi melalui platform digital. – MalaysiaGazette


JAKIM jawab isu arah kiblat guna aplikasi dalam telefon

Manzaidi Mohd Amin
Othman Mustapha


KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan supaya merujuk kepada pihak lebih berautoriti bagi menentukan arah kiblat yang lebih tepat bukan berpandukan seratus peratus melalui aplikasi dalam telefon bimbit.

Pihak yang boleh dirujuk seperti pejabat mufti negeri, jawatankuasa surau dan masjid, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas beberapa aplikasi yang dibangunkan pihak berkenaan,  katanya, pihaknya mendapati ia mempunyai ralat antara tiga hingga 45 darjah.

Kata beliau, keralatan itu bergantung kepada jenis aplikasi yang dimuat turun dan jenis telefon bimbit yang digunakan.

“Selain itu, hasil ujian juga mendapati hasil pesongan arah kiblat ini disebabkan oleh tarikan daya elektromagnet seperti besi, elektrik dan sebagainya.

“Bahkan, keperluan kepada kalibrasi telefon dan panduan penggunaan aplikasi juga penting sebelum aplikasi berkenaan boleh digunakan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Othman menjelaskan, penggunaan aplikasi menerusi telefon bimbit ini hanya boleh dikira sebagai arah anggaran dalam menentukan arah kiblat.

Kata beliau, dalam ajaran Islam, mengadap ke arah kiblat Masjidil Haram dan Kaabah adalah satu tuntutan syariah dalam melaksanakan ibadah tertentu dan wajib dilakukan ketika hendak mengerjakan solat serta menguburkan jenazah orang Islam.

Malah ujar beliau, arah kiblat juga sunnah ketika azan, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, menyembelih binatang dan sebagainya.

“Di Malaysia, terdapat beberapa kaedah utama yang digunakan dalam menentukan arah kiblat antaranya menggunakan teodolit, kompas, kaedah istiwa’ matahari di atas Kaabah (istiwa’ Adzam), kaedah buruj bintang dan kaedah terbenam matahari,” katanya. – MalaysiaGazette


Kes Annuar Musa dirujuk kepada PM bulan depan

Muhammad Azizul Osman
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bercakap kepada media pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Putrajaya. foto IQBAL BASRI


PUTRAJAYA – Hasil siasatan kes dakwaan penyalahgunaan kuasa Tan Sri Annuar Musa akan dibentangkan kepada Perdana Menteri bulan depan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, Majlis Amanah Rakyat telah mengadakan mesyuarat pada 18 Mei lalu semasa mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalaman telah membentangkan hasil siasatan kes tersebut.

“Hasil dapatan daripada jawatankuasa audit, pihak Majlis MARA akan buat laporan kepada saya selaku menteri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Selepas itu saya akan tengok apa tindakan yang akan diambil seterusnya selepas ini,” katanya selepas menghadiri majlis iftar anjuran kementeriannya malam tadi.

Annuar yang digantung tugas sebagai Pengerusi MARA selepas dakwaan itu dalam siasatan baru-baru ini dan sebelum itu Ketua Penerangan UMNO Pusat itu telah dipanggil kementerian bagi melengkapkan siasatan kes kerana sudah berada di peringkat akhir.

Perkara itu disahkan Pengerusi Sementara MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob​ pada April lalu.

Annuar disiasat ekoran penajaan melibatkan pasukan bola sepak Kelantan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Pelaburan MARA Berhad (PMB).

“Beliau masih digantung dan masih memegang jawatan itu. Apabila Tan Sri Annuar diminta bercuti maka beliau masih lagi Pengerusi MARA, cuma tidak menjalankan tugas,” jelas Ismail lagi.

Annuar digantung pada Januari lalu selepas Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuduhnya menggunakan kedudukan sebagai pengerusi Mara untuk memaksa PMB dan UniKL menaja pasukan bola sepak Kelantan sebanyak RM700,000. -MalaysiaGazette

HAMIDAH OSMAN MASUK PARTI EZAM?

shahbudindotcom


Naib Presiden Bersatu, Hamidah Osman dipercayai akan meninggalkan parti itu dalam waktu terdekat ini untuk menyertai Parti Bebas Rasuah pimpinan Ezam Mohd Nor.

Hamidah yang kini bermasalah dengan Bersatu dan semalam didesak oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meletakkan jawatan kerana didakwa menjadi dalang dalam isu perpecahan parti itu di peringkat negeri Perak, dikatakan tiada pilihan lain selain menyertai Parti Bebas Rasuah untuk meneruskan perjuangan politiknya.

Walaupun Hamidah didakwa sudah sekian lama memendam rasa dengan Bersatu atas beberapa perkara, cabaran Syed Saddiq semalam dikatakan menjadi antara punca beliau mempercepatkan tindakannya itu.

Sebelum ini, sudah terdapat rakan-rakannya yang mencadangkan beliau berbuat demikian, tetapi mereka mahu Hamidah meninggalkan Bersatu setelah Parti Bebas Rasuah diterima sebagai anggota baru Pakatan Harapan.
Namun, kini hasrat itu terpaksa dipercepatkan kerana terus kekal dalam Bersatu pun tidak bermakna apa-apa lagi baginya.

Hamidah dikatakan tidak akan akan memilih untuk kembali kepada UMNO kerana masih ingin bersama-sama dengan Tun Mahathir Mohamad dalam perjuangan menyingkirkan Najib Razak, UMNO dan BN.

Hamidah dipercayai hanya bermasalah dengan Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu dan dengan menyertai Parti Bebas Rasuah, wadah saja yang berbeza baginya tetapi matlamatnya tetap sama sebagaimana sebelum ini.

Selepas menyertai Parti Bebas Rasuah, Hamidah dipercayai akan diberikan satu jawatan penting dalam parti itu.

Parti Bebas Rasuah, sebelumnya adalah Parti Generasi Baru dan kini sedang dalam proses pertukaran nama dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Ia ditukar nama sebaik Ezam mengambil alih parti tersebut.

Sekiranya penyertaan Hamidah itu menjadi kenyataan, bermakna ketiga-tiga pemimpin utama Parti Bebas Rasuah selepas ini adalah merupakan bekas ahli Bersatu.

Sebelum ini, Presidennya, Ezam Mohd Nor dan timbalannya, Khairuddin Abu Hasan, turut pernah menyertai Bersatu tetapi kemudian keluar secara tiba-tiba dengan alasan masing-masing sebelum mereka kemudian bergabung untuk menerajui Parti Bebas Rasuah.

Apakah masa depan Parti Bebas Rasuah makin menyerlah dengan penyertaan Hamidah? 


 

Makin ramai pindah ke Selangor dan P. Pinang, bukti pentadbiran Pakatan cemerlang


Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Selangor dan Pulau Pinang merupakan dua negeri yang mencatatkan migrasi bersih tertinggi sejak lima tahun lepas.

Merujuk data daripada Laporan Migrasi bagi tahun 2011 hingga 2016, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, Selangor mencatatkan migrasi bersih sebanyak 19,400 diikuti Pulau Pinang, 12,000.

“Angka daripada Laporan Migrasi itu jelas menunjukkan rakyat Malaysia mengundi dengan berpindah beramai-ramai ke Selangor dan Pulau Pinang.

“Ini adalah petanda yang jelas bahawa rakyat Malaysia yakin dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Migrasi bersih bermaksud perbezaan antara bilangan mereka yang berpindah masuk dan keluar dari sesuatu kawasan tertentu bagi tempoh setahun.

Kian Ming yang juga Penolong Setiausaha DAP Selangor berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak pula merupakan dua negeri yang mencatatkan migrasi keluar terbesar dengan masing-masing berjumlah 163,400 dan 40,000 dari 2009 hingga 2016.

“Sebab bagi corak migrasi (dua negeri terbabit) tidak pula diberikan dalam Laporan Migrasi. Tetapi berkemungkinan Perak kehilangan penduduknya ekoran prospek pekerjaan yang lebih baik di Selangor dan Pulau Pinang.

“Untuk Kuala Lumpur pula, mereka kehilangan penduduk mungkin disebabkan harga rumah yang tinggi dan mungkin juga disebabkan dasar menarik yang ditawarkan kerajaan negeri Selangor,” jelasnya.

Mengikut laporan tersebut juga, kata Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP itu, 61 peratus penduduk Kuala Lumpur bermigrasi ke Selangor pada 2015 hingga 2016, manakala dari 2014 hingga 2015, 62 peratus penduduk ibu kota itu pindah ke negeri yang sama.

“Jika trend ini terus berlaku, Kuala Lumpur akan menjadi bandar yang diduduki kebanyakannya orang kaya dan ekspatriat dan juga pekerja asing miskin,” ujarnya. – Roketkini.com


Jabatan Imigresen belanja ratusan juta, militan Daesh tetap lolos?


Roketkini.com

GEORGE TOWN: Ratusan juta ringgit telah dilabur untuk menaik taraf sistem Jabatan Imigresen, namun masalah kemasukan warga asing secara haram ke negara ini masih tidak mampu ditangani secara berkesan oleh kerajaan pimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN).

Lebih membimbangkan, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, mereka yang masuk ke negara ini secara haram adalah terdiri daripada kumpulan militan Daesh.

Beliau merujuk laporan eksklusif akhbar NST yang menceritakan bagaimana Malaysia menjadi tempat longgokan bakal militan Daesh yang kemudiannya ditahan di beberapa negara lain ekoran percubaan untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria.

“Laporan berkenaan membayangkan dasar bebas visa bagi negara-negara yang di mana pengganas bergiat aktif sebagai punca.

“Oleh kerana militan Daesh ini, yang mana dicop sebagai ‘berisiko tinggi’, dibenarkan masuk ke Malaysia, pihak polis terpaksa diarahkan untuk menjejaki mereka.

“Persoalan saya ialah: mengapa pihak imigresen membenarkan mereka masuk sejak awal lagi?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud campur tangan sindiket atau masalah sistem imigresen atau kedua-duanya yang mengakibatkan perkara yang tidak diingini seperti ini berlaku.

“Dengan sistem yang begitu teruk terus menjadi-jadi, hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Reformasi Imigresen mampu menangani krisis membabitkan imigresen,” ujarnya.

Steven sebelum ini telah membangkitkan banyak isu membabitkan masalah sistem imigresen yang operasinya dipertanggungjawabkan kepada kontraktor yang tidak bertauliah dan bermasalah tanpa melalui proses tender terbuka.

Sebagai contoh, Laporan Ketua Audit pada April 2016 mendedahkan sistem atas talian MyEg telah melanggar undang-undang imgresen dengan membenarkan hampir 9,000 pekerja asing memperbaharui permit mereka secara haram dari 2013 hingga 2014. – Roketkini.com