Selasa, 31 Mei 2011

SPR didesak buat keputusan segera

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat keputusan segera mengenai bantahan yang dikemukakan oleh PAS berhubung pertambahan pengundi luar biasa di Selangor.

Desakan tersebut dibuat memandangkan tempoh bantahan yang diberikan oleh SPR terlalu singkat, manakala jumlah pertambahan pengundi di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR pada suku pertama tahun ini terlalu ramai sehingga 71,000 orang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS), Hasbullah Mohd Ridzwan memberitahu, jumlah pertambahan pengundi sebanyak itu pada suku pertama tahun ini sememangnya amat meragukan, memandangkan ia amat jauh melampaui jumlah pendaftaran biasa pengundi baru di Selangor yang paling ramai hanya berjumlah 15,000 orang.

Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, PAS Selangor telah mengemukakan bantahan yang munasabah berhubung perkara itu di pejabat SPR Selangor di Shah Alam akhir April lalu, tetapi sehingga kini masih belum diberikan tindakan sewajarnya.

Katanya, bantahan PAS berhubung perkara itu berdasarkan beberapa alasan yang antara lain terdapat nama-nama warganegara asing yang diangkat menjadi warga negara Malaysia, bagi membolehkan mereka turut menjadi pengundi pada pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

"Warganegara asing itu sememangnya akan mengundi bagi membantu BN. Sejauh yang dikesan oleh PAS, jumlahnya memang agak besar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Selain itu, menurut beliau, terdapat juga nama-nama yang didaftarkan itu tidak wujud pada alamat yang dicatatkan, manakala sesetengahnya pula tercatat nama pengundi yang tidak selaras dengan alamat yang dicatatkan.

"Dalam sesetengah kes yang kami kesan, terdapat juga nama-nama pengundi yang didaftarkan tanpa pengetahuan individu itu sendiri.

"Inilah yang menimbulkan kemusykilan kepada kami. Siapakah yang daftarkan mereka itu?

"Adakah Umno Selangor sendiri yang melakukannya secara rambang akibat tekanan Umno pusat untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat?" tegasnya.

Tindakan yang dilakukan oleh Umno itu, katanya, merupakan satu strategi yang diperbaharui semula oleh Umno di Terengganu dalam usaha Umno BN merampas Terengganu dari PAS pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu.

Realiti itu dapat dikesan apabila didapati pemimpin Umno yang terbabit dalam penyusunan strategi di Terengganu itu adalah Datuk Seri Idris Jusoh sendiri yang kini telah diangkat memainkan peranan penting oleh Umno di peringkat pusat.

"Namun dari apa yang dilakukan itu, kami amat sedih apabila warganegara asing turut dibabitkan dalam perkara itu sehingga menyebabkan mereka begitu mudah diberikan taraf sebagai warganegara.

"Ini jelas merupakan satu pengkhianatan yang dilakukan oleh Umno BN terhadap negara kerana perbuatan itu memang boleh mengancam keselamatan negara dan merbahayakan tanah air kita sendiri dari pelbagai sudut," katanya.

Tindakan itu pula, ujarnya, dilakukan oleh Umno setelah mendapat lampu hijau dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar Umno melakukan apa sahaja untuk membolehkan Umno BN merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

"Semua itu jelas membuktikan Umno BN kini berada dalam keadaan sangat terdesak untuk merampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, pemuda PAS tidak akan membiarkan Umno BN bertindak sedemikian. Sebaliknya, Pemuda PAS Selangor seperti juga pemuda-pemuda PAS di negeri-negeri lain di seluruh negara mempunyai makanisme tersendiri untuk mengekang gelombang itu dengan menggerakkan kebangkitan rakyat.

"Antara makanisme kami itu, kami akan mengekang gelombang itu dengan menggerakkan rakyat agar mengikuti Himpunan Bersih Kedua yang akan diadakan Julai nanti," ujar beliau.

Gerakan dakwah PAS berjaya di Sarawak

M Faqih


BACHOK: Biar pun belum mampu menang pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu, namun peranan PAS sebagai sebuah parti dakwah dianggap sudah berjaya di negeri tersebut.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, hasil gerak kerja kempen, program kebajikan dan keperibadian pemimpin ternyata berjaya menarik perhatian masyarakat bukan Islam di sana.

“Seorang penduduk Iban tertarik mendekati Islam hasil usaha yang dilakukan jentera PAS sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

“Akhirnya penduduk terbabit mengucap syahadah dan menerima Islam sebagai anutan. Ini berpunca hasil kesedarannya selepas berdamping dengan pemimpin PAS,” katanya pada ceramah di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu juga seramai 20 anak muda diketuai Rofadli Ghazali menyerah borang menyertai PAS kepada Nasharuddin.

Beliau yang juga anggota parlimen Bachok berkata, biar pun PAS belum berjaya menang pada pilihan raya negeri Sarawak, namun undi diperolehi calon PAS meningkat banyak.

Katanya, PAS hampir berjaya bertapak di Dun Beting Maro dan hanya tewas di bawah 400 undi.

Beliau juga menyifatkan kedudukan Umno dan BN begitu terdesak sekarang apabila terpaksa mencipta fitnah paling besar dalam sejarah negara bagi melemahkan Pakatan Rakyat.

Hata sedia timbang sertai politik

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Mohd Hata Wahari sedia menimbang untuk menyertai parti politik bagi meneruskan perjuangannya selepas tidak lagi terlibat dengan NUJ.

Bercakap ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu berkata, beliau bagaimanapun masih belum membuat keputusan parti mana mahu disertainya.

"Setakat ini saya berjuang secara individu dahululah. Lagi pun parti politik mana nak terima saya.

"Lain la kalau PAS tawar, saya boleh la pertimbangkan," katanya dalam nada berseloroh.

Hata melepaskan jawatannya sebagai presiden NUJ berkuat kuasa serta merta selepas dipecat daripada Utusan Melayu, bulan lalu.

Menurut Hata, keputusan itu diambilnya demi kepentingan kesatuan berkenaan.

"Saya tidak mahu NUJ timbul masalah dengan Jabatan Hal Ehwal Pendaftaran Kesatuan Sekerja sebab saya bukan lagi ahli mana-mana anggota kesatuan," katanya lagi.

Jawatan yang dikosongkan itu kini diisi Naib Presiden NUJ, Chin Sung Chew daripada Sin Chew selepas dipilih sebulat suara dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi kesatuan hari ini.

"Saya harap NUJ dapat meneruskan perjuangannya untuk kebebasan media," ujarnya.

Hata sebelum ini dipecat oleh Utusan Melayu Berhad kerana didakwa melanggar syarat perkhidmatan dengan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan polisi syarikat.

Beliau juga sebelum ini mendedahkan bahawa agenda akhbar Utusan ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

No 2 PAS: Era Hadi paling banyak saingan, kata Subky Latif


KUALA LUMPUR— Pemimpin veteran PAS Subky Abdul Latif berkata semenjak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerajui parti Islam itu awal dekad lalu, jawatan timbalan presiden telah menyaksikan persaingan sengit setiap kali pemilihan diadakan.

Jelas beliau, jika hendak dibandingkan dengan presiden PAS sebelum ini, jawatan timbalan presiden tidak pernah dipertandingkan, malah tidak dicabar pada kebanyakan pemilihan.

Calon yang akan bertanding jawatan nombor dua parti adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu.

Tambah Subky, kali terakhir jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan adalah pada 1981, yang mana ketika itu Datuk Yusof Rawa mencabar Datuk Abu Bakar Omar di bawah pimpinan Datuk Mohd Asri Muda.

“Selepas Dauk Fadzil Mohd Noor sejak Ustaz Hadi menjadi presiden PAS, jawatan timbalan presiden mesti (akan) ada pertandingan setiap kali ada pemilihan, sebelum daripada ini jawatan timbalan presiden tidak ada pertandingan atau senang kata jarang sekali.

“Sebelum ini yang terakhir adalah ketika Datuk Yusof Rawa mencabar Datuk Abu Bakar Omar ketika itu dan selepas itu timbalan presiden tiada pertandingan, sejak Hadi menjadi presiden, timbalan presiden ada pertandingan.

“Agaknya PAS mengamalkan demokrasi dan masing-masing peka dengan perkembangan semasa, bagi saya presiden dan timbalan presiden ini sangat penting kerana ia bukan sahaja penting kepada ahli tapi masyarakat umum juga,” kata kolumnis ini kepada The Malaysian Insider.

Pada pemilihan kali ini, Hadi mengekalkan jawatan presiden yang disandangnya sejak 2002.

Sejak pemilihan 2005 sehingga 2009 jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan. Pada 2005, Nasharudin menewaskan Allahyarham Datuk Hassan Shukri diikuti pada 2007 mengalahkan Datuk Harun Taib.

Pada 2009, Nasharudin menempuh pertarungan sengit apabila berhadapan dengan dua pemimpin yang dikatakan ‘cukup ampuh’ dalam PAS iaitu Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Nasharudin berjaya mempertahankan kedudukannya.

Tegas Subky, salah satu sebab mengapa jawatan timbalan presiden tidak sepatutnya dipertandingkan kerana pemimpin yang memegang jawatan itu akan menerajui parti sekiranya kerusi presiden kosong.

Tambah bekas pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan ini, jawatan nombor dua parti harus diberi kepada pemimpin berlatarbelakangkan kelulusan agama atau ulama berbanding golongan profesional.

“Siapa yang menang untuk jawatan timbalan presiden dia mesti orang yang boleh menggantikan jawatan presiden sekiranya berlaku kekosongan, kalau ditakdirkan kosong orang ini menggantikan peranan presiden.

“Dan, penggantinya mesti hebat atau lebih hebat daripada presiden sebelum ini dan dalam PAS ada calon-calon yang yang layak tapi mereka ini tidak ke depan.

“Pada saya timbalan presiden mesti ulama sebab kalau profesional nanti yang akan jadi timbalan itu akan menjadi pemangku presiden,” katanya.

Jelas beliau, bukan golongan profesional tidak layak untuk memegang jawatan timbalan presiden tetapi sekiranya ia daripada golongan ulama ia akan memudahkan banyak perkara termasuk dalam hal ehwal agama Islam.

“Bukan profesional ini tidak layak, semua layak (untuk jawatan timbalan presiden), Datuk Husam Musa layak, Datuk Mahfuz Omar layak dan Mat Sabu (Mohamad Sabu) juga layak tapi presiden parti mesti orang yang mahir al-Quran dan Hadis.

“Kalau timbalan tiada kelebihan ini dan ditakdirkan presiden tiada macam mana? Pemangku (presiden) mesti mahir al-Quran dan Hadis sebab bila ada soal yang membabitkan hukum Islam dia boleh jawab,” katanya sambil mengakui kepimpinan ulama memang tidak diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan parti.

Namun jelas beliau, secara konvensional dasar kepimpinan ulama yang menjadi tradisi parti itu harus diteruskan.

Menjelang hari pengundian 5 Jun ini, sebagaimana disaksikan tahun-tahun lalu, soal kepimpinan ulama dan profesional kembali muncul dalam menentukan penyandang jawatan nombor dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Minggu lalu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya soal kepimpinan ulama atau profesional dalam parti itu.

Semalam Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib menegaskan kepimpinan ulama harus diteruskan dalam parti itu walaupun ia tidak termaktub dalam perlembagaan parti Islam itu.

Bagaimanapun Subky berkata, untuk jawatan naib presiden mana-mana golongan baik ulama atau profesional dibolehkan.

Ditanya pemimpin mana yang layak untuk memegang jawatan utama dalam PAS, Subky berkata pemimpin itu mesti seorang yang berkeyakinan dan boleh diterima semua lapisan masyarakat “Kalau kita lihat dalam keadaan sekarang, rakyat melihat pemimpin PAS sama macam rakyat lihat Umno yang mana rakyat mahukan seorang pemimpin yang berkeyakinan.

“Sebab itu dalam PAS ini presiden, timbalan presiden dan naib presiden sangat penting sebab rakyat melihat apa yang berlaku dalam parti, kalau seorang itu ustaz dia mesti ustaz yang berwibawa dan kalau dia seorang pemimpin dia mesti boleh diterima semua lapisan masyarakat,” katanya.

Presiden Perkasa juga mahu Anwar digantung jawatan Ketua Pembangkang




KUALA LUMPUR— Datuk Ibrahim Ali juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung jawatan Ketua Pembangkang Parlimen sehingga hasil siasatan rakaman video seks selesai.

Kata Ahli Parlimen Pasir Mas (gambar) itu, tindakan menggantung Anwar selaras dengan prinsip dan amalan yang dilakukan di perkhidmatan awam di sisi undang-undang.

“Sebagai ahli Parlimen saya menyokong 101 peratus cadangan (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) Datuk Seri Rais Yatim agar jawatan ketua pembangkang yang disandang Anwar digantung sehingga kes dakwaan dalam rakaman video seks dan perbincaan bela diri kes liwatnya selesai.

“Ini kerana ia selaras dengan prinsip dan amalan yang dilakukan pada perkhidmatan awam di sisi undang-undang yang mana semua orang sama sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR, didakwa terlibat dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu, namun telah dinafikan.

Selain itu, Anwar juga kini berhadapan dengan perbicaraan kes liwat yang melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan telah diarahkan untuk membela diri.

Laporan media memetik Rais berkata jalan terbaik untuk meredakan keraguan dalam isu itu ialah menggantung Anwar sehingga kes dakwaan dalam rakaman video seks selesai.

Beliau berkata, prinsip dan amalan itu dilakukan pada perkhidmatan awam di sisi undang-undang.

“Kenapa ia tidak dilakukan kepada ahli Parlimen yang berjawatan.

“Lagipun Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa setiap orang adalah sama di sisi undang-undang. Jika Anwar tak rela ‘cuti’ dari jawatannya itu, bermakna beliau tidak menghormati amalan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara,” katanya.

Selain itu, kata Rais, sekiranya mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah maka Pakatan Rakyat boleh mengesyorkan pengembalian jawatan itu.

Dalam kenyataan itu, Ibrahim yang juga Presiden Perkasa juga mempersoalkan “keistimewaan” yang ada pada Anwar sehingga tidak boleh sebarang tindakan diambil terhadapnya.

“Tapi Anwar hebat kerana setakat ini beliau tidak mengamalkan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara, malah tiada sesiapa yang boleh menghalang Anwar membawa kes perbicaraannya ke ceramah-ceramah terbuka.

“Amat luar biasa kebebasan yang ada pada Anwar, beliau boleh bergerak ke seluruh dunia... orang lain tidak perlu empat saksi tapi dalam kes Anwar mesti ada empat saksi, jika tidak ada empat saksi semua tuduhan adalah fitnah dan ini hujah penyokong Anwar,” katanya.

Tambah Ibrahim, pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Anwar menyebabkan kedudukan pemimpin itu tidak boleh disentuh.

“Pendirian Datuk Nik Aziz lagi luar biasa, beliau kata ia fitnah tapi tidak lihat video itu.

“Kalau orang lain belum tentu benar atau tidak, kalau musuh beliau serang habis-habisan, kalau kena batang tubuh sendiri macam-macam alasan diberikan,” katanya.

Tegas beliau, Anwar sepatutnya tidak diberikan sebarang kedudukan istimewa dan tindakan perlu diambil kepada beliau.

“Anwar bukan malaikat... Anwar bukan maksum... maka cadangan Datuk Seri Rais Yatim ada asasnya.

“Sama ada dari segi akademik, undang-undang, moral, akauntabiliti, rasa malu, nama baik institusi Parlimen dan sebagainya jawatan ketua pembangkang Parlimen wajar dibersihkan selagi mana ia disandang oleh Anwar,” katanya.

Sambutan Hari Belia: Happy birthday KBS!

Hari Belia jatuh pada tarikh 15 Mei setiap tahun sempena penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bukan kerana sebarang signifikasi dengan belia.



Oleh Syaruzaimi Yusuf

Laporan akhbar yang menyatakan bahawa kumpulan superstar dari Korea Selatan, Super Junior M akan dibawa masuk untuk menghiburkan anak-anak muda di Malaysia sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 telah menarik minat saya untuk untuk menulis artikel ini.

Sebagai seorang yang boleh dikategorikan sebagai belia di negara tercinta ini, tidak malu untuk saya katakan bahawa saya tidak tahu sejarah dan latar belakang Hari Belia di negara kita.

Malah, mengapa tarikh 15 Mei dipilih sebagai tarikh rasmi Hari Belia Negara masih menjadi misteri bagi saya. Apa yang saya tahu, setiap kali menjelangnya tarikh “keramat” tersebut, sambutan besar-besaran untuk meraikannya akan diadakan.

Sekiranya disingkap sejarah penubuhan hari belia di beberapa negara lain, secara langsung dapat kita lihat signifikasinya kenapa tarikh tersebut dipilih atau apakah peranan belia dalam memenuhi semangat hari belia.

Sebagai contoh, di China tarikh 4 Mei telah dipilih sebagai hari anak muda sempena memperingati ‘May Fourth Movement’ iaitu suatu peristiwa besar revolusi budaya dan politik anti imperialis di negara tersebut pada tahun 1919.

Pada tarikh tersebut, anak-anak muda mereka keluar memprotes respon lemah kerajaan China terhadap “Treaty of Versailles” dan secara tidak langsung, peristiwa itu menjadi simbolik kepada penubuhan hari belia negara China.

Di Venuezela pula, 12 Februari telah dipilih sebagai Hari Anak Muda bagi mengenang anak muda yang gugur dalam “Battle of La Victoria” semasa Peperangan Kemerdekaan Venuezela pada tarikh yang sama tahun 1814.

Secara dasarnya, tarikh tersebut dipilih sebagai memperingati jasa perajurit-perajurit muda yang sanggup berkorban demi kemerdekaan tanahair mereka.

Manakala di Iran, Hari Anak Muda menjadi sambutan berunsurkan keagamaan kerana ia dirayakan setiap 11 Sha’ban sempena hari kelahiran Hazrat e Alie Akbar, anak sulung Saiyidina Hussein iaitu cucunda Rasulullah S.A.W. dari nasab Saiyiditina Fatimah dan Saiyidina Ali sebagai memperingati keberanian beliau semasa peristiwa Karbala.

Di Afrika Selatan pula, Hari Anak Muda jatuh tanggal 16 Jun, diambil sempena hari bermulanya “Soweto riots” 1976 yang merupakan peristiwa penting dalam perjuangan anti apartheid.

Tanggal 12 Januari pula menjadi pilihan untuk sambutan “Youth Day” di India yang diadakan sempena memperingati ulangtahun kelahiran Swami Vivekananda, seorang tokoh falsafah yang banyak menghasilkan karya-karya di mana koleksi tulisan dan syarahan beliau menjadi inspirasi kepada belia di India sekaligus menggalakkan lagi organisasi-organisasi belia untuk terus berjuang demi kebajikan masyarakat.

Bagaimana pula di Malaysia?

Kerajaan telah mengistiharkan Hari Belia Negara jatuh pada tarikh 15 Mei setiap tahun sempena penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dirasmikan pada tahun 1964.

Persoalan yang timbul ialah di manakah jiwa Hari Belia itu sendiri? Oleh kerana rasional sambutan dan objektif pengistiharannya sendiri kabur, kewujudannya adalah jelas sekadar platform untuk memberi hiburan percuma kepada anak-anak muda negara sebagai satu insentif memancing undi Generasi Y, tidak kurang, tidak lebih.

Tanpa sebarang latar belakang perjuangan belia yang jelas, boleh saya katakan penganjuran Hari Belia Negara adalah semata-mata sempena sambutan hari ulangtahun KBS.

Sambutan besar-besaran ini pula telah diserikan lagi dengan persembahan artis antarabangsa kumpulan K-Pop Super Junior M. Saya pasti kos untuk membawa masuk kumpulan dari Korea Selatan ini menelan belanja yang besar.

Namun, fikiran saya buntu memikirkan bagaimana kehadiran kumpulan pop ini dapat membantu belia Malaysia memajukan diri ke hadapan?

Adakah negara sudah ketandusan artis-artis belia tanahair yang mampu menghiburkan para beliawan seperti saya sehingga terpaksa membawa masuk artis antarabangsa yang memakan belanja sejumlah ratusan ribu ringgit atau mungkin jutaan ringgit ini?

Harus kita sedar, sekiranya dihalusi, negara-negara yang meraikan Hari Belia memilih tarikh-tarikh tertentu untuk memperingati jasa anak-anak muda mereka yang berjuang demi negara atau pun memperingati kebangkitan semangat anak-anak muda dalam menentang atau menghalang tindakan kerajaan daripada melaksanakan dasar-dasar yang akan menyebabkan kesempitan hidup bagi rakyat keseluruhan.

Gimik artis antarabangsa

Justeru, hari seperti ini harus disambut sebagai hari yang bersejarah dengan penuh kesedaran serta semangat juang yang tinggi, bukannya seperti “fun fair” atau sekadar konsert percuma untuk hiburan yang tiada makna perjuangan.

Tidak keterlaluan jika saya katakan gimik kehadiran artis antarabangsa yang dibuat pada kali ini hanyalah sekadar satu usaha kerajaan dalam merealisasikan impian mereka untuk mencapai sasaran satu juta belia.

Tidak keterlaluan juga jika saya katakan anak-anak muda Malaysia hari ini tidak mahu lagi dilayan seperti kanak-kanak kecil yang diupah gula-gula. Mereka menuntut lebih dari itu dalam proses membina negara. Mereka menuntut agar suara mereka didengar dan hasrat atau idea mereke tidak dipinggirkan.

Semangat juang untuk kebenaran dan keadilan sejagat sebenarnya harus dicanai dan dipupuk dalam jiwa setiap belia negara kerana hakikatnya belia mempunyai peranan yang besar dalam menjamin keutuhan demokrasi, kemakmuran yang bersifat inklusif dan pembangunan ekonomi yang mampan.

Sekali lagi, “Happy Birthday KBS”. Jangan bimbang, pada tahun hadapan, sambutan untuk anda akan lebih meriah kerana Perdana Menteri kita telah mengisytiharkan untuk menyambutnya selama satu minggu. Tahniah!

Syaruzaimi Yusof ialah bekas peguam yang kini bertugas di sebuah bank di Kuala Lumpur.

PKR tuntut penjelasan Felda dakwaan pinjaman RM6bilion

Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi berkata setakat ini tiada sebarang kenyataan lanjut daripada pihak Felda berhubung dakwaan itu sehingga menimbulkan tanda tanya.



PETALING JAYA: PKR menuntut Felda memberi penjelasan berhubung dakwaan pinjaman RM6 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Kee Kwong berkata setakat ini tiada sebarang kenyataan lanjut daripada pihak Felda berhubung dakwaan itu sehingga menimbulkan tanda tanya dikalangan umum.

“Felda terpaksa pinjam RM6 bilion kepada KWSP? Adakah ia benar? Setakat ini tiada sebarang kenyataan…senyap sahaja. Maka kita jangkakan ianya adalah benar. Pengerusi dan ahli lembaga yang mewakili 10 juta wang rakyat adakah benar dipaksa untuk membuat pinjaman RM6 bilion ini? Jika tidak benar sila berikan penjelasan.

“Jika perkara ini benar maka ia akan memberi implikasi teruk kerana banyak untung Felda merupakan hasil pengeluaran kelapa sawit. Kita semua tahu harga kelapa sawit beberapa tahun lepas tinggi,” katanya yang kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR.

Menjelaskan keuntungan yang diperoleh, Tee berkata Felda berjaya memperolehi sekurang-kurang RM2 bilion setiap tahun.

Keuntungan Felda bagi 10 tahun ini sepatutnya lebih daripada RM24 bilion.

“Mana duit keuntungan Felda itu? Kenapa Felda perlu pinjam kepada KWSP? Bagaimana mereka menjalankan perniagaan sebagai contoh jika satu syarikat Felda yang kata ada banyak aset, mana duit itu untuk jana aset tersebut? soal beliau.

Sebelum ini FMT melaporkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut mendakwa Felda telah meminjam RM6 bilion daripada KWSP bagi menampung masalah kewangan yang dialami organisasi itu.

‘Kami bayar sewa’

Sementara itu menyentuh mengenai pembayaran sewa bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Pengarah Strategi Rafizi Ramli berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik dan majlis pimpinan pusat.

Menurut Rafizi parti sentiasa memenuhi tanggungjawab untuk membayar sewa seperti yang termaktub dalam perjanjian.

“Kami (Rafizi dan Tee) tidak menyedari mengenai isu bayaran sewa ini. Perkara itu perlu dirujuk dengan Bendahari parti William Leong. Namun setakat ini tiada sebarang perbincangan mengenai sewa ini dalam mesyuarat biro atau MPP,” katanya.

Pada minggu lalu, media melaporkan bangunan PKR yang diduduki sejak 2008 itu akan dilelong oleh Affin Bank pada 9 Jun selepas pemiliknya gagal membayar balik pinjaman.

Pemimpin PKR mengakui parti itu membayar sewa RM20,000 seperti termaktub dalam perjanjian yang ditandatangani pada 2008.

Hata Wahari lepas jawatan presiden NUJ

DETIK DAILY


Hata Wahari melepaskan jawatan sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) berkuatkuasa hari ini.NONESehubungan dengan itu, majlis eksekutifnya telah melantik Naib Presiden Chin Sung Chew sebagai presiden yang baru berkuatkuasa tarikh yang sama.

"Majlis eksekutif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Hata atas sumbangan kepada Kesatuan," kata Setiausaha Agung NUJ V Anbalagan.

Sementara itu, Hata ketika dihubungi Malaysiakini berkata, beliau mengambil keputusan kerana bimbang NUJ mengalami masalah pendaftaran.

Katanya, beliau menerima surat bertarikh 13 Mei daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan memaklumkan bahawa beliau hilang kelayakan sebagai presiden NUJ.

Menurutnya, pengarah jabatan itu Anita Ahmad memberitahu bahawa beliau hilang kelayakan sebagai presiden kerana tidak lagi mempunyai majikan selepas dipecat Utusan Malaysia.

penang media forum 220511hata wahariPerkara itu menurut peruntukan dalam Seksyen 2, Akta Kesatuan Sekerja 1959.

"Oleh sebab itu saya letak jawatan. Ini pengorbanan saya supaya NUJ terus berjalan seperti biasa," katanya yang merasakan dirinya masih ahli kesatuan itu.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat NUJ di pejabatnya di Brickfields sebentar tadi.

Hata juga menafikan terdapat desakan daripada dalam supaya berbuat demikian atau mahu menyertai parti politik.M/KINI

Pemuda PAS bantah Konsert MTV Word Stage

DETIK DAILY


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah penganjuran satu program hiburan bertaraf antarabangsa, Konsert MTV Word Stage di i-City, Seksyen 7 Shah Alam, 24 Julai depan yang dikatakan bertujuan mempromosi bandaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa.

DPPNS mahu Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan menarik balik kelulusan program tersebut kerana bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Ketuanya, Hasbullah Ridzwan berkata, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ataupun pengurusan i-City dapat mematuhi garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri serta mencari kaedah yang lebih sesuai untuk mempromosi Bandaraya Shah Alam selain daripada menganjurkan konsert secara terbuka.

"Dewan Pemuda PAS Negri Selangor melahirkan rasa kecewa dan terkilan di atas kenyataan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam satu sidang media pada 18 Mei lalu yang mengatakan konsert ini untuk memperkenalkan Bnadaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, DPPNS amat bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir yang disiarkan dalam satu protal berita tentang kemungkinan wujudnya pengaruh negatif berbanding positif hasil daripada penganjuran konsert tersebut.

"Janganlah kita menggadaikan maruah anak bangsa dan negara hanya semata-mata untuk mendapatkan sedikit pengiktirafan dunia antarabangsa.

"Penganjuran konsert yang membabitkan artis-artis barat dan artis tempatan yang pro barat sudah pastilah berlawanan dengan hasrat Kerajaan Negeri di dalam melahirkan modal insan yang terbaik untuk negeri Selangor," katanya.

Tambahnya, DPPNS yakin bahawa penganjuran konsert ini pasti akan menimbulkan rasa resah, gelisah dan amarah khususnya kepada penduduk setempat.

"Kami dimaklumkan telah ada persatuan penduduk di persekitaran tersebut yang telah menyatakan bantahan mereka terhadap konsert tersebut," katanya.

Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah '30 Second To Mars' iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit.

Sehubungan itu, DPPNS akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung penganjuran konsert ini kepada Datuk Bandar Shah Alam dan Menteri Besar dalam masa terdekat ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap semoga Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor mengambil tanggungjawab terhadap usaha-usaha mencalar imej dan agenda Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya

Jakim tidak iktiraf 'bir halal'

KOSMO

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.

"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab.

Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Di Sungai Gombak

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di tepi Sungai Gombak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa di sini pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Zulkarnain Abdul Rahman berkata bayi, yang sudah dipotong tali pusat, ditemui di celah-celah batu di tepi Sungai Gombak oleh seorang awam yang terlihat bayi itu semasa berada di stesen berkenaan pada pukul 9 pagi ini.

"Ketika ditemui, bayi berkenaan tidak dibaluti kain. Berdasarkan siasatan, kita (polis) percaya bayi berkenaan telah dibuang di tempat lain dan hanyut sebelum tersangkut di celah-celah batu di situ.

"Bayi tersebut dipercayai telah dibuang suspek ke dalam sungai berkenaan kurang dari tempoh 24 jam ekoran keadaan mayat yang masih elok," katanya ketika dihubungi Selasa.

Zulkarnain berkata polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini menghubungi talian 03-20702222," katanya.

Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Bebaskan Filem Dari Rokok - Liow Tiong Lai

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengeluar filem disaran supaya tidak perlu memapar rokok atau gambaran merokok di dalam filem mereka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 filem teratas yang membuat keuntungan besar di pawagam tahun lalu seperti Alice in Wonderland, Harry Potter, How to Train Your Dragon dan Inception tidak memaparkan rokok.

"Inception misalnya adalah untuk menghibur orang dewasa, tetapi tidak menggambarkan watak pelakon yang merokok," katanya pada Kempen ASAP dan pelancaran filem pendek mengenai antimerokok "Cinta Akhir" di sini Selasa.

Sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia hari ini, Liow berkata kementerian itu juga bersedia untuk bekerjasama dengan pembuat filem yang mahu mengeluarkan filem dengan tema yang sama.

Beliau berkata berdasarkan Global Youth Tobacco Survey pada 2000, 18.2 peratus remaja Malaysia berumur antara 13 hingga 15 tahun merupakan perokok ketika ini.

"Kita perlu sedar bahawa ramai remaja yang merokok kerana mereka fikir ia adalah hebat untuk merokok. Itu masalahnya.

"Jika pelakon filem kesukaan mereka merokok dalam filem, tidak bermakna mereka perlu meniru," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, Dr Chong Chee Kheong.

Kempen ASAP dibiayai oleh Dana Belia 1Malaysia.

Cinta Akhir yang bernilai RM130,000 diarahkan oleh Aron Koh dan dibintangi Liyana Jasmay, Pierre Andre dan penyanyi IZ.

Pengarah bagi tanggungjawab sosial Dana Belia 1Malaysia, Dennis See berkata setakat ini yayasan tersebut menerima 700 permohonan untuk dana dan hanya 10 yang diluluskan.

Insentif Diberikan Bagi Yang Membina Bangunan Hijau

BERNAMA

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan lebih banyak bangunan hijau dibina di negara ini memandangkan ia dapat menjimatkan kos serta menjamin kualiti alam sekitar lebih baik.

Katanya kerajaan akan meneliti bentuk insentif kepada pihak yang berminat membina rumah dan bangunan berkonsepkan Indeks Bangunan Hijau (GBI) sebagai galakan.

"Kita mungkin akan tawarkan insentif pada pihak-pihak yang mengambil bahagian dalam pembinaan ini supaya lebih ramai lagi terlibat dalam program seperti GBI.

"Ciri-ciri reka bentuk dan penggunaan teknologi yang membolehkan penjimatan tenaga sehingga 60 peratus dan penjimatan air sehingga 65 peratus ini seharusnya dijadikan contoh untuk dilaksanakan dalam projek-projek pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan 10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di sini Selasa.

Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Muhyiddin berkata Bangunan Berlian itu adalah bangunan canggih kerajaan yang mengguna pakai konsep bangunan hijau yang mempunyai penggunaan sumber tenaga dan air yang cekap berbanding bangunan konvensional lain.

Bangunan itu juga ditauliahkan sijil Platinum GBI dari Malaysia serta Sijil Platinum "Green Mark" iaitu penarafan bangunan hijau yang digunakan di Singapura.

Ia merupakan bangunan hijau kerajaan yang ketiga selepas bangunan pejabat rendah tenaga (LEO) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta bangunan pejabat tenaga hijau (GEO) Malaysian Green Technology Corporation.

Modul Fizikal Baru Buat Pelatih PLKN Tahun Hadapan

BERNAMA

KOTA BAHARU: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memperkenalkan satu bentuk modul fizikal yang telah ditambah baik bermula Januari tahun depan kepada semua peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata modul fizikal bentuk baru itu nanti berasaskan kepada sains sukan yang dimasukkan elemen-elemen komersial agar ia boleh dimanfaatkan peserta selepas tamat latihan.

"Kita sudah meminta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat kajian dan merangka modul fizikal bentuk baru ini yang mana ia memasukkan elemen komersial kepada para peserta.

"UPSI akan mengeluarkan buku panduan modul baru itu kepada peserta dan modul panduan kepada setiap jurulatih dan jika siap semuanya saya menjangkakan modul ini nanti boleh dilaksanakan pada Januari tahun depan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Abdul Hadi berkata modul fizikal yang baru itu sama sekali tidak akan memansuhkan modul yang ada seperti latihan menembak, berkawat, aktiviti di air dan sukan lasak yang lain tetapi ia sebagai penambahbaikan yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

Katanya ia sejajar dengan arahan Kementerian Pertahanan agar modul sedia ada perlu dikemas kini dan selari dengan kehendak semasa agar tidak ketinggalan dan pelatih menjadi jemu dengan modul yang sama.

"Buat masa sekarang kita masih ada ruang untuk berbincang dengan UPSI bagi memantapkan modul fizikal bentuk baru itu nanti," katanya.

Cadangan Tambah Sekolah Satu Sesi Bergantung Kepada Kemampuan Kewangan - Puad

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran berhasrat untuk memperbanyakkan sekolah satu sesi dalam usaha memperkasakan mutu pendidikan negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, usaha bagaimanapun tidak mudah dicapai kerana ia melibatkan pelbagai faktor seperti kemampuan kewangan.

"Pertambahan penduduk menuntut lebih banyak sekolah dibina, dan semakin banyak sekolah yang dibina, bermakna lebih banyak kos yang perlu dibelanjakan.

"Antaranya kos yang melibatkan pertambahan guru, pembelian peralatan dan penyediaan prasarana di sekolah," katanya dalam program "Kerusi Panas" terbitan Bernama Radio24.

Puad berkata buat masa ini, kekangan untuk melaksanakan sekolah satu sesi juga berpunca daripada kesukaran mendapatkan tanah membina sekolah baru serta bilangan sekolah yang dibina tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.

PINANGKAU MUNDUR, SALAH SIAPA?

Oleh : SHAIMON S JUMADI

TERDAPAT kira-kira 70 peratus penduduk Kampung Pinangkau Paitan, Sugut masih dihimpit dan dibelenggu dalam kancah kemiskinan dan mereka ini perlu mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan, khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut dan juga Ahli Parlimen Beluran.

Senario ini cukup jelas dan boleh dilihat dengan mata kasar bahawa penduduk di kampung ini hidup dalam keadaan daif, seolah-olah Malaysia masiah diperintah Jepun kerana kebanyakan ‘mahligai’ penduduk kampung berlantaikan kayu, berdindingkan kulit kayu dan berbumbungkan atap rumbia.

“Saya berani menyatakan demikian kerana saya pergi sendiri ke kampung berkenaan bersama wartawan Sabahkini.Net untuk meninjau dengan lebih dekat lagi dan berkongsi penderitaan dengan mereka,” kata Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Beluran, James dengan nada agak pilu dan sebak menahan emosi.

Dalam kunjungan singkat tersebut, James sempat menziarahi dua keluarga miskin tegar iaitu John Sambun, 63, dan isterinya Jauyah Puyon, 60; keluarga kedua, Tokirit Eingaung, 65, suami kepada Lija Sambun, 55.

USANG....James mencadangkan agar rumah ini digantikan dengan rumah PPRT atau PBR yang lebih selesa.

“Saya berasa amat sedih sekali kerana dalam usia senja dan uzur terpaksa menyara kehidupan mereka sebagai penoreh getah di kebun orang dengan pendapatan yang tidak berbaloi,” jelas James yang juga Ahli Majlis Daerah Beluran.

Tegas James, beliau mendedahkan perkara ini kepada media bukan bermaksud untuk memalukan ADUN mahupun Ahli Parlimen, tetapi ikhlas memperjuangkan nasib penduduk miskin yang tidak mempunyai saluran menyalurkan masalah mereka akibat kepincangan pentadbiran kerajaan.

“Mereka berhak mendapat pembelaan termasuk wang ehsan dan bantuan di bawah program E-Kasih atau 1Azam serta mendapat rumah PPRT kerana kehidupan mereka terlalu daif,” ujar James lagi.

Mujurlah jelas James, parti pembangkang belum berpeluang melawat ke kampung Pinangkau ini, jika tidak sudah pasti mereka akan memanipulasi isu ini demi survival politik mereka.

MISKIN TEGAR DI TAVIU, DI MANA SHARIZAT?




HULUR....James menghulur sumbangan kepada Madilina disaksikan Pengerusi JKKK Kg Taviu Loko (Bertopi).

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SETELAH kematian suaminya kira-kira lima tahun yang lalu, seorang ibu tunggal terpaksa mengharungi keperitan hidup untuk menyara dan membesarkan tujuh orang anaknya yang masih kecil.

Madilina Duansat, 38, bersama 7 orang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas mendiang suaminya, Jimmy Keling yang meninggal dunia pada 2004; kini terpaksa menumpang di sebuah pondok usang kepunyaan jirannya yang terletak di tepi jalan Kg Taviu, Telupid.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net bersama Ahli Majlis Daerah Beluran yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Beluran, James Miki ketempat tersebut, mendapati pondok yang didiami oleh Madilina bersama 7 orang anaknya itu persis reban ayam tanpa tuan.

Menurut James, masalah mereka ini sudahpun diajukan kepada pihak tertentu termasuk ADUN Labuk dan Ahli Parlimen Beluran, tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil .

“Saya amat simpati melihat keadaan mereka sekeluarga dan teramat kesal kerana bagaimana ADUN dan Ahli Parlimen boleh terlepas pandang kebajikan mereka ini. Di mana peranan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JKPAS) dalam hal ini?” Tanya James yang berharap agar masalah kecil ini diselesaikan segera.

Dalam pada itu, ketika ditanya, Madilina menjelaskan, beliau telah memohon bantuan daripada JPKAS dan juga mengisi borang E-kasih, namun sehingga kini beliau hanya disuruh menunggu dan menunggu; sedangkan anak-anaknya perlu disuap setiap hari dan memerlukan belanja untuk menyekolahkan mereka.

“Saya hanya mampu menyekolahkan dua orang anak saya sahaja. Yang lain buta huruf,” tegas Madilina yang terpaksa menggigit bibir untuk menahan air matanya luruh ketika menceritakan anaknya dipersenda rakan kerana tidak bersekolah.

Bagi meringan beban, James telah menghulur bantuan barang makanan dan wang tunai sementara permohonan mereka dengan JPKAS dan E-Kasih disemak.

“Alangkah bertuahnya mereka jika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat turun padang melihat kehidupan ratusan keluarga yang serba daif di Pinangkau dan Tongod,” ujar James lagi.

JANGAN HIJAB HATI, KASIHANI RAKYAT MISKIN


Oleh: MUTALIB M.D

KESUSAHAN hidup penduduk luar bandar terutama Mukim Rundum yang dinafikan hak asasi mereka oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, belum cukup untuk menginsafkan pemimpin atasan yang hidup kerana undi dan mewah kerana memakan hak orang miskin.

Bagi mereka yang tidak pernah miskin, sudah tentu tidak pernah merasa betapa peritnya kehidupan di sebuah negara yang merdeka 48 tahun lalu tetapi masih menggunakan pelita atau lampu pilasut dan kehilangan hak asasi; sedangkan rakyat miskin juga tidak terkecuali membayar pelbagai jenis cukai yang digunakan untuk membayar gaji menteri.

Sebagai manusia yang hidup bergelumang dengan kemiskinan terutama setelah terpilih sebagai Ahli Parlimen Malaysia di kawasan paling bermasalah di Sabah, Tenom, terus mewujudkan penentangan rakyat secara terbuka berhubung isu tanah adat dan hak asasi manusia kerana majoriti mereka terpenjara di dalam hutan simpan.

Manusia berwajah sayu, berhati nabi ini, Datuk Raime, mewarisi darah pahlawan ayahnya, Unggi, terpaksa menongkah arus menentang ketidak adilan sistem dan undang-undang berhubung hak asasi manusia demi berbakti kepada kaumnya, Murut, yang tertindas oleh Jabatan Hutan; sekalipun majoriti penduduk Kampung Sumambu mempunyai geran hak milik tanah.

Melihat rakyatnya dilayan seperti ‘anjing’ yang diburu oleh Jabatan Hutan, Raime terpaksa memanggang karier politiknya dengan mengambil tindakan tidak popular memasang sistem bekalan elektrik solar setelah Jabatan Hutan menafikan hak penduduk kampung mendapat bekalan elektrik sejak 48 tahun lalu; sekalipun peruntukan telah disediakan kerajaan persekutuan.

“Untuk apa saya hidup senang sedangkan rakyat saya di pedalaman menderita dan terus menyumpah seranah kerajaan persekutuan kerana mereka terus bergelap? Bukan tidak ada peruntukan, tetapi karenah birokrasi Jabatan Hutan menyebabkan hak mereka mendapat kemudahan asas direnggut dengan ganas, tanpa peri kemanusiaan,” ujar Raime yang terpaksa bertafakkur dan beristigfar beberapa kali untuk meredakan kemarahan yang membuak-buak di dadanya.

Pesanan bapanya agar ‘tidak menggigit jari tangan yang menyuapkan makanan’ iaitu berbakti kepada masyarakat yang memilih beliau sebagai pemimpin begitu memberi kesan kerana Raime telah memberikan sistem yang terbaik di dunia iaitu bekalan elektrik 24 jam tanpa perlu membayar bil sepanjang hayat kepada penduduk kampung Katubu dan Sumambu, sebagai langkah pertama.

Kini Raime bekerja keras dan beriltizam untuk memberikan kemudahan elektrik solar di semua kampung yang terpinggir daripada sistem Grid agar rakyat di luar bandar dapat mengecapi erti kemerdekaan setelah memenangkan BN dalam semua kerusi yang ditandingi di pedalaman.

Dalam usaha membuat kebaikan, kata Raime tidak sunyi daripada menghadapi cabaran dan rintangan serta dipandang serong oleh musuh politiknya, terutama apabila mempertahankan teknologi hijau sebagai senjata untuk menumpaskan lawan di luar gelanggang.

Menurut Raime, sepanjang pengalaman beliau memasang sistem solar menggunakan bateri lithium polymer di dua buah kampung iaitu 39 buah rumah di Katubu dan 41 buah rumah di Sumambu di Tenom, beliau telah berjaya menolak tohmahan bahawa teknologi hijau terlalu mahal tetapi beliau telah membuktikan hanya membelanjakan RM1,023,075 untuk mendapat penjanaan 41kwH bagi kegunaan dua kampung pingitan berkenaan.

“Memang peringkat awal ada sedikit masalah kerana dalam proses peralihan teknologi iaitu saya mensyaratkan agar semua kerja pemasangan berkenaan dilakukan penduduk kampung sendiri yang diambil bekerja oleh syarikat berkenaan, namun setelah mereka mahir, semua kesilapan teknikal telah diatasi tanpa merosakkan sistem penjanaan elektrik suria,” ujar Raime yang berbangga kerana Kampung Katubu dan Sumambu yang bakal diiktiraf sebagai kampung yang pertama di dunia menggunakan Teknologi Hijau sepenuhnya.

Harga yang ditawarkan syarikat yang dilantik, kata Raime adalah terlalu rendah iaitu hanya satu pertiga daripada harga yang ditawarkan syarikat lain; ditambah dengan khidmat selepas jualan iaitu penyelenggaraan percuma dan jaminan 5 tahun bagi bateri lithium polymer dan 20 tahun bagi panel solar; berbanding dengan skim yang ditawarkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, TNB & SESB dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kata Raime, buktinya Projek Sistem Hibrid Suria di 42 pintu Rumah Panjang Ringkai, Kampung Kerapa Spak, Betong, Sarawak oleh IBC Solar Teknik Sdn.Bhd daripada Jerman berharga RM4.5 juta dengan penjanaan 20kwH.

Begitu juga dengan Pemasangan Sistem Hibrid di SK Tudan, Tuaran yang menelan kos RM5.4 juta bagi kapasiti penjanaan yang sama dengan Betong, kata Raime adalah tidak berbaloi dengan kemudahan yang diperolehi warga sekolah berkenaan kerana kini tidak berfungsi lagi; tambahan pula kos membina sekolah berkenaan hanya RM1.3 juta.

“Bukankah ini sudah cukup jelas bahawa saya menggunakan sistem yang terbaik di dunia dengan harga 70 peratus lebih murah, tahan lama dan kos efektif bagi mengatasi masalah keruncingan tenaga elektrik di abad ke 21 menggunakan teknologi abad ke 25,” kata Raime yang menjelaskan bahawa teknologi seumpama ini belum ada di negara lain di dunia, melainkan Malaysia.

Sejak Sistem Solar Lithium Polymer dipasang di Kampung Katubu dan Sumambu, penduduk kampung tidak pernah mengalami masalah besar dan menerima bekalan elektrik 24 jam sehari untuk keperluan asas mereka.

Jika adapun kerosakan kecil, kata Raime boleh dibaik pulih oleh penduduk kampung sendiri melalui pertukaran know-how yang diaplikasi syarikat pembekal.

Syarikat tersebut kata Raime bukan sahaja mengambil belia kampung Katubu, Sumambu, malah beberapa beberapa kampung lain di Tenom untuk dilatih dan bekerja dengan syarikat berkenaan memasang sistem solar lithium polymer di Batu Sapi, Kota Marudu dan di seluruh Sabah.

Setakat ini, syarikat tersebut, kata Raime, telah menawarkan pekerjaan kepada lebih 30 belia Tenom, terutama kaum Murut sebagai persediaan untuk menaikkan taraf hidup mereka dan mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi di pedalaman.

“Saya berasa amat sedih kerana sekalipun kita sudah merdeka 48 tahun lalu tetapi ramai di kalangan kita masih terbudaya sikap penjajah dan berfikir menggunakan minda penjajah dengan tidak mengiktiraf barang buatan tempatan; sedangkan syarikat yang membekalkan bateri lithium dan sistem solar di Tenom membuat bateri berkenaan untuk pasaran dunia,” kata Raime yang kesal kerana syarikat tempatan membeli bateri daripada syarikat luar negara yang mengimport bateri daripada Malaysia dan menjual kembali kepada Malaysia dengan harga 700 peratus lebih tinggi daripada yang ditawarkan kilang berkenaan.

Menurut Raime, beliau tidak bersetuju sama sekali dengan kedangkalan fikiran pegawai KKLW yang menyamakan bateri asid plumbum yang digunakan di kereta sama dengan bateri yang digunakan dalam Sistem Solar Hibrid KKLW.

“Fungsi bateri kereta hanya untuk menghidupkan enjin kereta dan bukannya untuk menjana tenaga kepada kereta yang bergerak menggunakan minyak atau gas. Bateri berkenaan hanya menggunakan satu filem plumbum yang nipis. Tetapi bateri asid plumbum yang digunakan dalam Sistem Solar Hibrid berpuluh kilogram beratnya dan berbahaya kepada manusia,” kata Raime yang meminta KKLW agar melantik pakar untuk mengkaji bahawa bateri berkenaan sebelum membuat kenyataan yang tidak berasas dan mengelirukan.

Tegas Raime, negara maju di dunia yang menandatangani Basel Convention masih menggunakan bateri asid plumbum dalam jumlah yang terkawal kerana mereka tidak mempunyai kilang mengeluarkan bateri lithium polymer melainkan terpaksa mengimport daripada Malaysia; tetapi dalam masa yang sama mereka mempunyai Pusat Pelupusan Plumbum yang siapguna.

“Kenapa kita terlalu keberatan menggunakan bateri lithium polymer yang mesra alam buatan Malaysia yang terbukti berkesan mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, sebaliknya terus menggunakan teknologi tertua di dunia iaitu bateri asid plumbum dalam semua projek elektrik luar Bandar KKLW, SESB dan Kementerian Pendidikan?,” tanya Raime yang curiga dengan kesungguhan kerajaan terutama KKLW yang taksub dengan bateri asid plumbum yang terlalu berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Kata Raime, kenapa tiada lagi manusia yang bertamaddun di Malaysia menggunakan telefon Atur yang besar, berat, mahal dan menggunakan bateri asid plumbum; sebaliknya menggunakan bateri lithium ion atau lithium polymer yang padat, ringan dan murah.

“Jika kita menggunakan bateri lithium polymer pada telefon bimbit yang bukan sahaja tidak perlu diselenggara sepanjang hayat telefon kita, kenapa mereka paksakan kita menggunakan bateri atur atau bateri asid plumbum yang bukan sahaja berat dan berbahaya, malah sukar untuk dilupuskan?,” tanya Raime lagi.

Tegas Raime, amat malang bagi rakyat Sabah kerana Menteri KKLW adalah rakyat Sabah tetapi belum insaf dengan kerosakan yang dilakukan melalui penggunaan bateri asid plumbum dan masih berbangga untuk meneruskan penggunaan bateri berkenaan sekalipun Malaysia mendahului negara lain di dunia dalam bidang teknologi bateri lithium polymer.

“Saya sebenarnya sudak muak dengan sikap pemimpin kerajaan yang memegang potfolio penting kerana tidak peka dengan kebajikan dan keselamatan rakyat. Kenapa mereka sanggup makan wang rakyat miskin dengan menggunakan teknologi lapuk tetapi mahal?,” soal Raime.

Menurut Raime, sudah berbuih mulut beliau bercakap di parlimen setiap tahun berhubung bahaya bateri asid plumbum, namun Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; KKLW, Kementerian Pelajaran dan GLC kerajaan seperti SESB dan Telekom masih menggunakan bateri asid plumbum sebagai medium penyimpanan tenaga dan penjanaan elektrik.

Kata Raime, beliau turut bertanya kepada syarikat pembekal tunggal bateri berkenaan, kenapa mereka tidak menyertai tender Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang dikendalikan oleh KKLW atau agensi lain, namun jawapan mereka mengejutkan Raime.

Menurut syarikat pembekal, mereka menemui Haji Nik Abdul Kadir Nik Mohammad di Jabatan Perdana Menteri; diikuti dengan taklimat dan beberapa kali mesyuarat khas termasuk taklimat khusus mengenai Sistem Bekalan Elektrik Solar Kampung Sumambu sejak 18 bulan yang lalu, namun sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas daripada KKLW.

Kata Raime, Nik Abdul Kadir tidak pernah turun padang melawat kampung contoh Teknologi Hijau di Katubu dan Sumambu untuk membuat kajian lanjut, sebaliknya terus menyokong tindakan KKLW mensyaratkan penggunaan bateri asid plumbum dalam tender BELB.

“Mereka juga telah menemui dan memberi taklimat kepada Menteri KKLW, Datuk Seri Shafie Haji Apdal, tetapi tidak tahu kenapa Shafie terus menutup mata, menutup minda dan menutup hatinya kepada kebenaran?,” kata Raime dengan nada kesal kerana terpaksa mendedahkan sikap sambil lewa Menteri KKLW dan pegawainya.

Baru-baru ini kata Raime, KKLW membuka lagi tender Fasa II Sistem Bekalan Elektrik Solar Hibrid Pulau Banggi dan masih menggunakan bateri asid plumbum sebagai bahan penyimpanan tenaga solar; sedangkan maklumat mengenai bahaya bateri berkenaan hanya berada di hujung jari.

"Siapakah yang perlu dipersalahkan kerana bagi mereka mengirup darah rakyat dan memakan wang orang miskin adalah Pesta Tahunan," kata Raime dengan nada kesal.

bukan Islam hairan mengapa Umno takut 'Hudud'


KUALA NERUS - Apabila orang-orang bukan Islam di negara ini memahami dan mula menghayati Islam, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi gusar serta menggelepar.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Terengganu Dr. Balachandran, berkata hanya satu sahaja perkataan yang boleh diberikan kepada Umno terhadap Islam, iaitu 'munafik'

Katanya, Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau keatas pemikiran orang-orang Umno terhadap hukum Hudud.

"Bila kita dah mula menghayati Islam, yang serabut dan menggelepar itu (adalah) Umno dan Barisan Nasional, sebab kita tahu setelah kita membaca, memahami dan menghayati Islam, satu sahaja perkataan yang boleh digunakan untuk Umno (iaitu) munafik,

"sebab bila (ketika) kita tak tahu pasal hukum Hudud, ini pengalaman saya sendiri, banyak (rmai) kawan-kawan MIC dengan Umno sekali mengatakan hukum Hudud itu terlalu kuno, potong tangan sisni, potong kaki sana,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah Sempena Sambutan Hari Keluarga Teluk Pasu, dekat sini 26 Mei.

Menurutnya, beliau tidak faham bagaimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional boleh memisahkan hukum Hudud daripada perlaksanaan Islam.

Katanya, beliau hairan, ramai orang Islam bersembahyang lima waktu, berpuas di bulan Ramdhan, mengeluarkan zakat dan lain-lain tetapi menolak perlaksanaan hukum Hudud.

"Hukum Hudud sebahagian daripada Islam, ia bukan hukum PAS ataupun hukum (yang dicipta oleh) sesiapa, ia adalah Hukum Allah,

"bila orang Islam bersembahyang, berzakat dan (membuat) amalan-amalan lain, (semua) amalan itu ikut hukum Islam,"tegasnya.

Namun begitu, beliau hairan mengapa orang-orang Umno dan Barisan Nasional menolak hukum Islam termasuk hukum Hudud yang adil kepada semua manusia

Kerajaan negeri terlibat anjur ceramah 'pelacur politik'.


http://buletinonline.net/images/stories/berita48/jkrbantuumihafilda.jpgKEMAMAN - Tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman membina pentas bagi persiapan ceramah 'pelacur politik' Umi Hafilda di Kampung Dusun Nyior dekat sini, amat dikesali..

Ceramah bertajuk 'Bongkar' itu adalah anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, sebuah agensi kerajaan, bersama Penyelaras Umno DUN Chukai dan Penerangan Umno Bahagian Kemaman.

(Gambar kanan - pekerja JKR sedang memasang pentas dan memotong rumput untuk ceramah Umi Hafilda)

Penolong Setiausaha PAS negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar yang juga Ketua Bahagian Umno Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said kerana memperkudakan jabatan kerajaan dalam kerja-kerja politik Umno.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ahmad Said, Menteri Besar, Ketua Umno Bahagian Kemaman dan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Terengganu, yang tidak tahu langsung etika pengruusan dan hukum halal haram,

http://buletinonline.net/images/stories/berita48/ceramah%20pelacur%20politik.jpg"Jabatan kerajaan dibiayai oleh hasil cukai rakyat, bukan duit Umno........saya tak tahu Ahmad Said mengaji dimana, boleh campur adukkan belaka,"soalnya.

Beliau yang menghubungi Buletinonline merasa hairan, bagaimana Umno Terengganu yang didakwa sebagai parti yang kuat dan hebat, memanggil Umni Hafilda yang dianggap sebagai 'pelacur politik' menyebarkan fitnah ke dalam masyarakat.

Katanya, Ahmad Said yang 'kononnya' berbangga dengan kecemerlangan pencapaian pendidikan dikalangan pelajar Terengganu kini sedang memanggil seseorang yang akan meracun pemikiran rakyat dengan kata-kata lucah dan kotor.

IJN Terengganu; Ahmad Said tipu rakyat dua kali


http://buletinonline.net/images/stories/berita48/ijnterengganu.JPGKUALA TERENGGANU - Sekurang-kurangnya dua kali pada dua tempat berbeza, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said telah berbohong kepada seluruh rakyat Terengganu.

Bernama pada 10 Julai, 2010 melaporkan, Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun depan (2011) sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan Strawberry Kijal Resort Apartment di Senajang Teluk selesai.

Ahmad Said berkata proses pengubahsuaian bangunan yang telah dibeli oleh kerajaan negeri itu dijangka dilakukan dalam tempoh sebulan dua lagi.

“Selain menempatkan institut jantung, kami juga bercadang untuk menempatkan dua lagi pusat perubatan iaitu institut kanser dan institut strok,” katanya ketika berucap pada sambutan hari guru peringkat Kemaman.

Manakala pada 28 Sept, 2009, Unit Komunikasi Kerajaan (UKOM)Terengganu menerbitkan satu berita bertajuk “Institut Jantung Terengganu Beroperasi Tahun Depan”.

“yang miskin dan kurang bernasib baik khususnya yang menghidap penyakit jantung, kanser dan strok lebih terjamin apabila Institut Jantung Terengganu bakal beroperasi pertengahan tahun depan,”kata Ahmad pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Siswa dan Siswi serta Anak Terengganu di Seri Pacific Ballroom, Kuala Lumpur

Jawapan rasmi kerajaan pada Persidangan Yang Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 9 hingga 12 Mei 2011 lalu mendedahkan pembohongan ‘bersiri’ Ahmad Said.

Jawapan soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar telah membocorkan 'kelentong' Ahmad Said mengenai mengenai Strawberry Park didakwa Ahmad akan dijadikan Institut Jantung Negeri Terengganu.

Hakikatnya, pada jawapan bertulis kerajaan menjelaskan bahawa Strawberry Park di Kijal dibeli oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dengan harga RM27 melalui perjanjian jualbeli pada November 2009.

Manakala, cadangan menjadikan Strawberry Park sebagai Institut Jantung negeri hanyalah masih di peringkat “perancangan”.

UMNO bersiap hadapi PRU-13



SINAR HARIAN ONLINE


PUTRAJAYA – UMNO perlu memberi kefahaman kepada mereka yang tidak dipilih sebagai calon supaya tidak kecewa dan mengambil tindakan negatif termasuk meninggalkan parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, parti sentiasa menegaskan jawatan bukan jaminan dipilih sebagai seseorang itu menjadi calon dalam pilihan raya.

“Kita perlu bimbing, bincang dan mengambil kata sepakat dengan mereka supaya dapat menerima hakikat tidak dipilih sebagai calon, tetapi kekal dalam parti.

“Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku apabila menghadapi pilihan raya akan datang, parti perlu memberi kefahaman kepada pemimpin supaya tidak kecewa dan mengambil tindakan negatif. Tidak semestinya mereka yang berjawatan ketua bahagian jadi calon, ini yang dikatakan transformasi parti,” katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya semalam.

Katanya, tuntutan dipilih sebagai calon adalah perkara biasa dalam politik.

“Itu memang kebiasaan dalam mana-mana politik sekalipun, tetapi yang penting kita akan memastikan calon itu benar-benar layak dan merupakan ‘winnable candidate’.

“Individu tertentu tidak perlu menuntut menjadi calon kerana belum tentu menjanjikan kemenangan, kerana yang menentukan kemenangan adalah rakyat dan bukannya parti dan individu,” katanya.

Katanya, pimpinan parti perlu mendengar dan memahami suara rakyat kerana akhirnya kuasa itu datang daripada masyarakat.

“Parti dan pimpinan boleh tentukan siapa yang calon, tetapi akhirnya rakyat akan hukum jika calon yang dipilih itu tidak kena.

“Nafsu untuk menjadi calon tidak mengapa kerana dalam perjuangan sistem demokrasi adalah menyuburkan keperluan dan kehendak suara tidak harus dikongkong tetapi perlu bertempat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, persediaan parti penting dalam memenangi PRU-13 terutama dalam mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) dan mengembalikan semula negeri yang ditawan pembangkang.

“Pilihan raya tetap akan dilaksanakan sama ada mahu ataupun tidak (sekurang-kurangnya) pada 2013, tetapi perlu ada persediaan.

“Parti telah bersedia terutama (kejayaan) dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, tetapi kita tidak boleh alpa kerana (fenomenanya) berbeza,” katanya.

Beliau berkata, parti perlu bersedia kerana senario pilihan raya kecil dan pilihan raya umum berbeza kerana ia lebih besar dan meliputi seluruh negara.

“Kita perlu bersedia daripada sekarang terutama perpaduan dalam parti, jentera parti bersama pejuang-pejuang di setiap peringkat dengan satu matlamat iaitu untuk menang dalam pilihan raya,” katanya.

RAHIM THAMBY CHIK LEBIH BIJAK DARI ALLAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

SALAH seorang yang mengaku terlibat menayangkan video lucah yang `tulen' itu di Seri Carcosa yang lalu iaitu Rahim Thamby Chik telah menyuarakan perasaan tidak senangnya dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkaitan isu video seks yang ditayangkan oleh geng Rahim.

Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini menasihati mereka yang melakukan fitnah ke atas DS Anwar yang kununnya dikaitkan dengan video seks berkenaan agar bertaubat dan memohon maaf kepada Ketua Umum PKR itu. Apabila nasihat ini diberi, maka panaslah mereka yang terlibat kerana sememangnya mereka ini tidak beriman dengan ajaran Al-Quran. Seperti biasa, media pencacai pun menyiarkan komen mereka terhadap nasihat Mursyidul Am PAS itu.

Sinar melaporkan kenyataan Rahim, "Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menjadi mangsa ‘kumpulan erdogan’ sehingga menganggap Anwar tidak bersalah walaupun apa saja dilakukannya" (Sinar)

Apa yang salahnya nasihat dari Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah di dalam Islam barangsiapa yang menuduh seseorang itu melakukan zina perlu membawa empat orang saksi yang adil (tidak fasik)? Adakah hukum lain selain dari itu yang disebutkan di dalam Al-Quran? Jika mereka gagal membawa empat orang saksi, mereka dianggap melakukan fitnah dan boleh dibicarakan di bawah Hukum Qazaf. Apa yang silapnya dengan hukum dari Allah ini?

Oleh kerana geng `three strooges' ini gagal membawa empat orang saksi tersebut melainkan mereka hanya membawa video hitam putih yang `tulen', jelas bahawa mereka di dalam hukum Islam telah melakukan fitnah. Justeru itu, salahkah jika Tuan Guru Nik Aziz menasihati mereka agar bertaubat dan memohon maaf kepada orang yang dituduhnya? Sewajarnya mereka berterima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana menyedarkan mereka yang jahil itu.

Persoalan puak jahil ini, mengapa video seks hitam putih ini tidak diperakui oleh Allah untuk dijadikan bukti? Adakah Allah tidak tahu di masa akan datang zaman akan berubah? Tuduhan mengatakan Tuan Guru Nik Aziz membela DS Anwar tanpa melihat ke arah lain jelas satu tuduhan jahat. Terbukti, Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan pandangan di atas isu video seks ini dengan merujuk kepada Al-Quran. Adakah puak mereka mahu Tuan Guru Nik Aziz merujuk kepada Eskay yang bersumpah laknat berbaju kalis peluru dan bersolat satu rokaat itu?

Tuan Guru Nik Aziz hanya bercakap dari segi hukum bukan kerana memihak kepada DS Anwar. Jika kamu sudah jahil, jangan menganggap orang lain juga jahil seperti kamu. Allah menetapkan barangsiapa yang terlepas dari hukuman di dunia, nescaya mereka tidak lepas dari menerima hukuman di Akhirat. Itulah keadilan Islam yang mahukan agar manusia sentiasa berbaik dan tidak mudah melakukan fitnah sesama mereka.

Rakaman video tidak boleh dijadikan saksi di dalam kes zina kerana berbagai kemungkinan boleh terjadi. Bukti yang jelas, dalam isu ini bagaimana video yang dikatakan hanya ada satu salinan asal dan telah diserah kepada pihak Polis tetapi sekarang dikatakan melambak disebarkan kepada orang ramai. Video yang sekejap ada tulisan Siam, sekejap tiada itu dan boleh disalin dengan begitu banyak walaupun di bawah jagaan Polis sudah cukup untuk membuktikan video tidak layak diterima sebagai saksi di dalam kes tuduhan zina yang berat ini.

Jika puak mereka masih mahu `mengenakan' DS Anwar juga, mereka mungkin boleh mengubah cerita bahawa tiada kejadian zina berlaku, tetapi yang terjadi wanita cina itu telah `dirogol'. Jika itu ceritanya, maka rakaman video hitam putih ini mungkin boleh diterima sebagai bahan bukti sampingan. Bolehkah cerita diubah? Tentu boleh, kerana Eskay memang pandai dalam aspek mengubah cerita. Bukankah dia mengubah cerita dari bersumpah menyebut DS Anwar yang melakukan aksi di dalam video berkenaan, kemudiannya berkata dia tidak menuduh DS Anwar berzina? Itulah kehebatan Eskay...

wfauzdin.blogspot.com

Kerana UMNO : PAPA GOMO kebal semakin berani , polis pula kecut

PASPB


SEBELUM ini kalau korang semua masih ingat, Saiful Bukhari Azlan, orang yang mendakwa dirinya diliwat oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah membuat laporan Polis kerana menerima mesej di akaun facebooknya, kononnya dia telah diugut bunuh oleh seorang pengguna facebook menggunakan nama Badrul Hisham.

Di bawah ini printscreen mesej yang diterima oleh Saiful (shyfool).

Kalau kita lihat, mesej tersebut tidak menyatakan secara jelas bahawa badrul Hisham mahu membunuh Shyfool. Namun Shyfool telah membuat laporan Polis menyebabkan badrul hisham ditangkap dan disiasat oleh pihak Polis [Blog Shyfool].
.


Tapi apa yang berlaku kini, Papa Gomo secara jelas telah menghantar mesej ugutan bunuh kepada seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Harapan Rakyat, malah Papa Gomo telah mengaku bahawa dialah pemilik akaun facebook yang menggunakan nama Papa Gomo tersebut rujuk link ini [Papa Gomo].

Namun begitu, sehingga kini Papa Gomo masih bebas menulis blog fitnahnya sambil makan kacang di depan televisyen (Gua agak-agak je ni jangan saman plak keh keh keh).

ReJaM© "Bila Polis nak tangkap Papa Gomo?"

Sah Julai Tidak Berlaku PRU13....!!

Muhyiddin gagal desak Najib, pilihanraya tidak berlaku Julai ini

Oleh: mohdnoorawang


"Diberitakan oleh sumber sumber kerajaan kerajaan BN/UMNO PM Najib Razak pilihanraya umum yang ke 13 (PRU13) hendak diadakan pada bulan Julai 2011.

Berita tarikh PRU Julai dibocorkan oleh juak UMNO sendiri. Malah akhbar HARAKAH TERBITAN TERBARU MEMAPARKAN BERITA UNTAMA PRU13 JULAI DENGAN MENGUNAKAN TANDA SOAL?.

Kerajaan BN/UMNO tidak akan mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 pada bulan Julai, walaupun sejuta pemuda dan pemudi dihimpunkan oleh kerajaan BN/UMNO melalui Kemnterian Belia dan Sukan.

Sebab utama ialah dikatakan tidak sehaluan kata dengan TPM tarikh pilihanraya. Mengikut sumber kumpulan TPM mahu dipercepatkan PRU13. Disatu pehak lagi khasnya kumpulan Najib Razak tidak setuju dengan tarikh tersebut, memandangkan tarikh luput kuasa masih jauh lagi.

Najib dan BN/UMNO masih takut untuk mengadakan PRU13 bulan Jualai memandangkan kompenennya tidak seteguh dan masih guyah. Terutama parti terbesar dalam BN ialah MCA.

Parti MCA dan pemimpinya maseh tidak sebulu dan sehaluan dengan UMNO dan pemimpin UMNO peringkat tertinggi. Kaum China masih sukar diandaikan posisi sokongannya. Berpandukan keputusan PRUN Sarawak, kaum China menolak BN Sarawak.

BN/UMNO negeri Selangor masih lagi tidak bermaya dan malah tidak dapat petunjuk yang baik atau masih sukar ditentukan sokongannya kepada BN/UMNO.

Kebanyakkannya pemimpin dan YB UMNO negeri Selangor tidak suci dan bersih, terutama dalm mengumpul dan memiliki harta tidak sepadan dengan jawatan YB yang dimilikinya

Harga barang penguna dan kenaikan harga gas, eletrik, bahan bakar cukup menyiksakan rakyat pendapatan rendah membantutkan lagi PRU13 pada Julai ini.

Naib Razak sendiri didedahkan oleh media Perancis terlibat dengan skendal rasuah yang terbesar dengan membawa pembunuhan gadis Monglia. Hantu dan roh gadis Monglia masih berlegar di Seri Perdana.

Muhyiddin Yassin sebagai TPM dan menjaga Kementrian Pelajar gagal dalam misi dan menjaga kebajikan 400,000 guru dan tenaga pengajar diselruh negara.

Pengagihan bisiswa dari kerajaan khasnya JPA, tidak telus masih kaum melayu yang cemerlang tidak dapat biasiswa termasuk kaum China dan India.

Najib Razak BN/UMNO terperangkap dengan isu VEDIO SEKS YANG DIREKA OLEH KUMPULAN UMNO SENDIRI. Hampir 95 peratus rakyat Malaysia menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video tersebut.

Najib Razak juga dicemukan dengan isu fitnah LIWAT2 yang membabitkan Anwar Ibrahim. Seratus peratus rakyat Malaysia yang cerdik menolak hujah hakim dan peguam bela dan peguam cara kerajaan BN/UMNO yang mengandalikan kes tersebut. BN/UMNO khasnya mahunAnwar Ibrahim disumbatkan dalam penjara.

Secara dasanya BN/UMNO tidak akan mengadakan PRU13 pada bulan Jualai 2011. Seliseh faham dengan TPM Muhyiddin Yassin dengan PM Najib Razak telah dapat dihidu oleh orang luar.

Apapun berlaku diantara Najib dan Muhyiddin BN/UMNO masih dapat sokongan kaum Melayu yang berada di FELDA dan diluar bandar, terutama kaum Melayu. Disinilah kekuatan UMNO yang sukar ditembusi secara total.

Himpunan sejuta belia yang digerakan oleh Kementerian Belia dan Sukan tidak dapat satu indikator yang baik. Himpunan tersebut gagal dan mencari matalamatnya. Hanya hiburan dan nasi bungkus dan baju t dan sedikit wang saku.

Seluruh penyokong dan pengerak pakatan rakyat dan pemimpin pakatan rakyat bekerja dengan lebih kuat dan bersepadu. Selamat bermuktamar kepada pemimpin, perwakilan dan pemerhati PASyang ke 57 di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melawar, Kuala Lumpur.

10 soalan untuk Presiden MIC

ROKET KINI.COM



BATU GAJAH – DAP membidas Presiden MIC Datuk G. Palanivel kerana bermain politik murahan dengan mendakwa 20,000 ahli DAP dan PKR telah keluar parti untuk menyertai MIC.

Timbalan Pengerusi DAP Perak V. Sivakumar berkata apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu terdapat peningkatan dalam jumlah ahli DAP baru dari kalangan kaum India di seluruh negara.

“Ini menunjukkan bahawa semakin ramai yang menaruh harapan dan percaya kepada perjuangan DAP dan Pakatan Rakyat.

“Dari manakah Palanivel mendapat angka 20,000 orang dari parti-parti pembangkang telah memasuki MIC sedangkan terdapat pertambahan dalam jumlah keahlian kaum India dalam DAP sejak tiga tahun kebelakangan ini?” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengakui mungkin ada beberapa orang yang keluar parti kerana gagal mencapai agenda peribadi mereka tetapi ia tidak bermakna DAP dan Pakatan telah hilang sokongan kaum India.

Menurutnya perjuangan DAP adalah untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan pendekatan itu telah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

“Tujuan (Palanivel) membuat kenyataan ini adalah semata-mata untuk meyakinkan para pimpinan UMNO bahawa MIC mula mendapat sokongan kaum India. Jika tidak MIC akan dianggap sebagai sejarah dan riwayatnya akan dimatikan oleh UMNO dalam pilihan raya akan datang.

“MIC sudah hilang tempat di hati UMNO. Ini dibuktikan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa MIC tidak perlu diberi mana-mana kerusi untuk bertanding di Perak dalam PRU ke-13,” tambahnya.

Sivakumar yang juga Adun Tronoh berkata MIC yang tidak lagi relevan dalam arena politik negara kerana telah hilang kepercayaan kaum India cuba menipu rakyat dengan pelbagai taktik kotor untuk kembali berkuasa.

Sebagai bukti memperjuangkan hak kaum India, beliau mahu Palanivel untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakannya, berdasarkan kedudukan MIC sebagai rakan penting dalam kerajaan pusat Barisan Nasional:

  • Kenapa MIC gagal untuk menjadikan mata pelajaran sastera Tamil SPM sebagai satu mata pelajaran yang boleh diambil kira untuk kemasukan pengajian tinggi dan biasiswa?
  • Kenapa MIC tidak berjaya menarik balik novel Interlok dari sukatan pelajaran SPM walau pun buku itu telah menghina kaum India dan mendapat tentangan hebat daripada orang ramai?
  • Kenapa ramai antara pelajar cemerlang dalam SPM tidak diberi biasiswa luar negeri?
  • Kenapa pemimpin-pemimpin utama MIC berdiam diri apabila pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengugut mereka supaya jangan campur tangan berhubung dengan isu biasiswa JPA?
  • Kenapa MIC masih tidak dapat menyelesaikan masalah gaji minimum yang dituntut oleh pekerja-pekerja ladang?
  • Kenapa MIC tidak mengambil langkah bantahan keras apabila Nasir Safar, orang kanan kepada Perdana Menteri berkata, “orang-orang India datang ke negara ini untuk meminta sedekah”?
  • Kenapa tidak ada apa-apa reaksi daripada pimpinan utama MIC apabila beberapa pemimpin UMNO berkata mereka boleh menang pilihan raya tanpa undi daripada kaum India?
  • Kenapa MIC tidak memastikan jumlah pengambilan kakitangan kaum India yang secukupnya dalam sektor awam di seluruh negara?
  • Kenapa masih terdapat banyak lagi sekolah-sekolah Tamil bantuan modal di negara kita?

Kenapa ekuiti kaum India menurun dan tidak pernah bertambah dalam tempoh 50 tahun yang lalu?

Iktibar politik daripada seorang bekas banduan

Oleh Zairil Khir Johari

“Saya bekerja untuk Lim Guan Eng.”

Ayat ringkas di atas itu tidak pernah gagal mendapatkan saya sekurang-kurangnya secawan teh tarik percuma. Tiada sesiapa yang tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insan yang kini menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagaimanakah perwatakan beliau? Adakah benar cerita ini atau cerita itu? Kerap kali soalan-soalan yang diajukan ternyata kurang munasabah, tetapi begitulah jadinya apabila saluran maklumat di negara kita menjadi mainan propaganda pihak yang berkuasa.

Jika berkesempatan, saya akan menerima minuman yang ditawarkan. ‘Bayarannya’ hanya sekadar meluahkan sedikit masa untuk menceritakan sedikit tentang seorang personaliti yang dikenali tetapi mungkin tidak difahami ramai.

Jadi, sebelum saya bermula, terima kasihlah atas kemurahan hati anda. Teh tarik kurang manis satu!

Amat sukar untuk saya membayangkan kedinginan dan kesepian seseorang yang terpaksa mendiami bilik yang berjeriji besi atau kesuraman yang pasti menyelubungi sesebuah jiwa dalam ringkukan, dan sememangnya itu bukan suatu pengalaman yang saya citai. Yang pastinya, jika saya dihantar ke penjara, apatah lagi tanpa melakukan apa-apa kesilapan, dan tambahan pula kerana menjunjung kebenaran, sudah tentu saya tidak akan mudah melepaskan kesumat dalam hati.

Namun manusia tersebut yang saya kenali hari ini tidak menyimpan walau segumpal perasaan benci atau dendam terhadap pihak-pihak yang telah menzaliminya.

Pernah beliau berkata kepada saya, dan sememangnya jarang perkara ini ditimbulkan, sewaktu dalam perjalanan pulang setelah selesai satu malam berceramah di kawasan pedalaman: “Saya tidak sesekalipun mengingini perkara yang sama akan menimpa kepada mereka. Jalan kebenaran mungkin dipenuhi keperitan, tetapi kejayaan pasti menunggu.” Begitulah ulasan seorang bekas banduan yang dua belas tahun lalu terpaksa bercangkung dengan tahanan-tahanan lain sambil berpakaian baju Pagoda dan seluar pendek warna putih. Walaupun jasadnya ketika itu menjadi kurus dan kendengkik, jiwanya tidak pernah patah dan kini beliau sudah berjaya menawan jawatan tertinggi di negeri Pulau Pinang.

“Lagipun, pengalaman pahit saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesengsaraan Nelson Mandela yang terpaksa meringkuk hampir selama tiga dekad. Tetapi sekarang kita sudah lihat. Akhirnya, kemenangan akan berpihak kepada yang benar.”

Itulah falsafah yang dipikul Saudara Lim Guan Eng, dan itulah pengajaran pertama saya.

Setelah beberapa bulan menjadi pegawainya, sudah tidak mengejutkan lagi jika telefon berdering ketika tengah malam buta ataupun sebelum berkumandangnya azan Subuh. Malah sudah menjadi perkara biasa. Sesungguhnya sesiapa yang bekerja untuk Lim Guan Eng itu harus bersedia mengikut jadual kerjanya yang memaksimumkan setiap detik dalam setiap hari.

Tetapi inilah kehidupan pejuang politik. Masa kita milik rakyat. Kepentingan ramai selalu diutamakan daripada kepentingan peribadi. Petua ini wajib dijadikan panduan kita, yakni ‘utara benar’ dalam perjuangan politik. Dan dasar itulah yang menjadi pegangan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baginya, jawatan yang disandang adalah satu amanah yang cukup berat untuknya. Kerana itu, segala perbelanjaan wang rakyat hendaklah dilakukan dengan penuh ikhtiar dan tanggungjawab. Antara tindakan yang pertama yang dijalankannya sebaik sahaja mengambil alih pejabat Ketua Menteri adalah untuk melaksanakan dasar tender terbuka dalam semua kerja pembekalan dan pemerolehan awam. Cara yang telus ini membawa keuntungan kepada pengusaha dan kontraktor yang tulen dan bekerja keras, dan menimbulkan kesukaran kepada syarikat-syarikat kroni yang bergantung kepada modus operandi ‘subkontrak’.

Selepas tiga tahun berlangsungnya sistem tender terbuka di Pulau Pinang, sudah jelas terbukti faedahnya apabila ramai kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang kerana kurang ‘kabel’ sekarang telahpun berjaya melalui kebolehan dan daya saingan sendiri untuk membekalkan perkhidmatan dan produk mereka kepada Kerajaan Negeri. Sesungguhnya kejayaan juga akan memihak kepada yang jujur dan bekerja keras.

Kebenaran dan ketelusan sememangnya menjadi ciri-ciri khas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tetapi apakah rahsia disebalik penjelmaan semula Pulau Mutiara yang telah berlaku dalam masa tiga tahun yang lepas?

“Semuanya bermula dari kepala,” tegas Lim Guan Eng. “Apa-apa perubahan hanya boleh dilakukan jika dipandu dari pucuk pimpinan.”

Begitulah caranya berlaku reformasi dalaman dalam Kerajaan Negeri. Sesiapa yang pernah melawati Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun yang lepas ini pasti terkagum dengan kebersihan yang ketara, apa-apa lagi di sebuah negeri yang dahulunya diberi imbuhan ‘Darul Sampah’.

“Saya tidak menukar pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan. Pekerjanya masih sama. Tetapi yang ditukar adalah pimpinannya, di mana saya telah memilih pegawai yang paling cekap dan berdisiplin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.” Kedua-dua Yang DiPertua MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) serta MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) sudah menjadi punca kebanggaan Lim Guan Eng. Kebetulan juga mereka berdua merupakan wanita. “Jika kepala bersikap bersih dan tegas, anggota yang lain akan mengikut secara sendiri.”

Prinsip ini juga mewarnakan cara pimpinan beliau sebagai Ketua Menteri. Salah satu tanggungjawab yang paling penting bagi seorang pemimpin adalah untuk menunjukkan teladan yang konsisten.

Pernah sekali saya mengikuti beliau ke luar negara, di mana kita telah berjumpa dengan seorang saudagar asing. Kerana mengejar sebuah projek yang bernilai besar di Pulau Pinang, jadi bermesralah si saudagar itu dengan Ketua Menteri. Namun, apabila cubaannya untuk memujuk Ketua Menteri nyata tidak berjaya, saudagar itu pun membuka mulut menawarkan sejumlah wang ringgit yang tidak kurang menakjubkan, sebagai dorongan untuk mendapatkan projek tersebut.

Dengan air muka yang jengkel, Lim Guan Eng menjawabnya dengan ringkas: “Saya bukan seperti menteri-menteri lain dari Malaysia. Jika anda hendakkan projek itu, anda boleh menyertai proses tender terbuka. Selain daripada itu, saya tidak boleh membantu.” Sambil tersenyum malu, sambil ahli peniaga itu meminta diri.

Itulah yang dikatakan memimpin melalui teladan. Sebagai kepala Kerajaan Negeri, Lim Guan Eng tidak pincang dalam perlakuannya. Dugaan silamnya tidak diendahkan, justeru tumpuan sepenuhnya dicurahkan ke atas jalan di hadapan, iaitu jalan yang akan membawa kemajuan dan keadilan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang secara khusus dan rakyat Malaysia secara am.

Yang pasti, segala jenis dakwaan dan tuduhan tidak akan berhenti dilemparkan kepadanya. Namun begitu, iltizamnya tidak akan gentar. Seperti yang ditegaskan beliau, kebenaran itu adalah mutlak. Walau apa pun cabaran, jangan kita terpesong daripada ‘utara benar’, iaitu asas perjuangan politik kita.

Dan kini berakhirlah cerita saya, sepertimana habisnya teh tarik yang terlebih kurang manisnya. Terima kasih kerana mendengar. -

Fitnah II: Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

“Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu,” kata Sankara kepada keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Tarif elektrik: Harga barang akan naik, inflasi meningkat.

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.

Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.

“Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.

Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.

Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.

“Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,”

“kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” ujarnya dipetik berkata.

Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.

“Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” katanya seperti di lapor Malaysiakini.

Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.

Ia disebabkan langkah kerajaan untuk menarik semula subsidi daripada rakyat di negara ini.

Tinjauan orang ramai: Rakyat terbeban kenaikan tarif elektrik

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini akan menambahkan beban yang sedia ada malahan memberikan kesan yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia.

Perkara ini jelas menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan yang diumumkan kerajaan semalam.


Mahmud Awangluddin, 43, ketika ditemui wartawan menyatakan ketiadakpuasan hatinya apabila kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Katanya, meskipun kenaikan itu tidak dikenakan kepada pengguna secara langsung, namun harga barang dan perhidmatan lain dijangka akan meningkat.

“Kita akan tambah terbeban, tidak cukup dengan harga minyak, gula, kini elektrik pula. Susah mahu meneruskan hidup kalau kerajaan sentiasa naikkan harga keperluan,” katanya meluahkan kekecewaan.

Ruslaniza Mahat, 34 seorang pekerja swasta berkata, tindakan kerajaan menaikkan tarif elektrik akan memberi kesan kepada orang ramai terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kenaikan ini akan disusuli dengan kenaikan harga barang dan makanan. Jangan fikir rakyat bodoh. Ini menunjukkan kerajaan tak prihatin dengan nasib rakyat. Slogan rakyat didahulukan hanya slogan semata-mata,” katanya.


Manakala pemilik syarikat percetakan, David Nathan,49, berkata, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan kerana mahu mengurangan subsidi.

“Saya tidak bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik kerana akan menyebabkan semua harga barang akan dinaikkan. Perniagaan saya banyak menggunakan elektrik, lagi pun bagaimana mahu membayar gaji pekerja dan sebagainya,” katanya.

Bekas pesara kakitangan awam, Vadi Velu, 59, yang agak emosional apabila ditanya mengenai pendapatnya berhubung kenaikan tarif elektrik menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai memaksa rakyat untuk terus hidup dalam kesusahan.

“Ini semua akan membebankan rakyat, barang lain akan ikut naik juga. Kerajaan cakap saja tidak naik, tapi apa yang terjadi sebaliknya.

“Tidak mustahil selepas ini jenayah akan bertambah akibat desakan hidup yang tinggi di negara kita,” ujarnya.


Cher Kar San, 48, pemilik kedai runcit turut meluahkankan kekecewaannya apabila kerajaan sanggup menaikkan tarif elektrik tanpa memikirkan rakyat.

“Sekiranya keadaan ini berterusan selepas satu persatu barang naik, susah kami untuk meneruskan perniagaan. Sudah pasti pemborong akan naikkan harga, kami peruncit terpaksa juga ikut naikkan harga,” ujarnya.