Khamis, 31 Disember 2009

Umno Rantau Panjang lumpuh

Parta Sudiro


RANTAU PANJANG: Perhubungan Umno Kelantan sehingga kini dikatakan gagal mengambil sebarang langkah menyelesaikan krisis yang berlaku di bahagian Rantau Panjang.

Dua kumpulan yang sedang bertelagah iaitu diketuai Abdullah Mat Yassin dan Dato’ Mohd Zain Ismail kini masing-masing sudah mengisytiharkan ‘perang’.

Ini membuatkan Umno bahagian tersebut menjadi lumpuh daripada melakukan sebarang kegiatan untuk faedah rakyat.

Akibat kemelut yang tidak berkesudahan itu juga, bahagian berkenaan tidak dapat mengadakan sebarang mesyuarat ahli jawatan kuasa bahagian.

Ini kerana ketiadaan kesefahaman di antara kedua-dua kumpulan tersebut.

Anggota jawatankuasa Umno bahagian itu, Wan Yacob Wan Ismail berkata, apakah mereka mahu melihat ratusan cawangan Umno dalam bahagian ini ditutup, baru Umno negeri akan bertindak.

Beliau yang juga bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) yang dipecat memberi amaran tidak teragak-agak akan bertindak meninggalkan parti jika pemimpin atasan menganggap perkara itu tidak penting.

Seorang lagi anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yakob Junoh turut kesal dengan sikap pemimpin Umno negeri, terutamanya Datuk Seri Mustapa Mohamed yang didakwanya tidak menangani kemelut yang berlaku di Rantau Panjang.

“Saya bimbang jika perkara kecil seperti ini tak dapat diselesaikan segera, keadaan keseluruhan Umno Rantau Panjang akan jadi punah,” katanya.

Beliau juga beranggapan hampir keseluruhan keluarga dan rakan-rakan PPM yang dipecat akan terasa tawar hati untuk memberi sokongan kepada Umno.

Katanya, tidak mustahil akan berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Lebih-lebih lagi kalau gesaan diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diabaikan begitu saja.

Yakob berkata, seiring dengan EGM, pemilihan PPM secara mengundi patut diadakan. “Oleh kerana itu saya sekali mendesak semua PPM yang dilantik Abdullah meletak jawatan supaya pemilihan penghulu akan dibuat melalui pengundian,” katanya.

Sehingga kini team B masih mengadakan majlis penerangan atas nama ‘Pemantapan Umno Bahagian Rantau Panjang’ meliputi Dun Bukit Tuku, Dun Meranti dan Dun Gual Periok.

Sekarang pula beralih ke setiap mukim dengan nama majlis asyura.

'Dari Port Dickson ke Mongolia', karya terbaru Zunar

Nazri Abdullah


KAJANG: Zunar serta beberapa kartunisnya sedang menghasilkan sebuah buku kartun baru bertajuk 'Dari Port Dickson ke Mongolia' dan dijangka berada di pasaran pertengahan Januari 2010.

Produk baru mereka itu dihasilkan setelah dua produk sebelumnya, Gedung Kartun dan Perak Darul Kartun mendapat sambutan hebat dari masyarakat bukan sahaja di negara ini malah negara luar.

Berucap pada pelancaran buku Perak Darul Kartun peringkat negeri Selangor di stadium Kajang malam tadi, beliau memberitahu mereka akan mengeluarkan satu produk buku kartun setiap bulan bagi memenuhi tuntutan masyarakat.

"Bulan Januari ni kita tengah buat sekarang, ceritanya Dari Port Dickson ke Mongolia, adalah..siapa yang tahu..tahu lah ceritanya," katanya sinis.

Pelancaran tersebut dibuat pada 'Karnival Rakyat, Jom Halal' bersempena sambutan Jubli Perak Pas kawasan Hulu Langat yang sedang berlangsung bermula 25 Disember lalu hingga 3 Januari ini.

"Apa yang berlaku di Malaysia ini banyak sangat benda kartun contohnya, isu katak di Perak, enjin jet boleh hilang..dan kami cuma menterjemahkannya dalam bentuk ini," katanya kepada hampir satu ribu hadirin yang hadir.

Selain pelancaran Perak Darul Kartun, beberpa lagi persembahan pentas turut berlangsung malam tadi termasuk bacaan sajak oleh Piyan Habib dan nyanyian oleh Ito (Blue's Gang).

Perak Darul Kartun adalah komik terkini hasil karya terbaru Zunar bersama pasukan kartunisnya yang terdiri dari Ronasina (Mohd. Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad).Orang-orang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar).

Ianya sebagai penerbitan berterusan syarikatnya Sepakat Efektif selepas permit penerbitan Gedung Kartun ditarik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ogos lalu.

KDN juga bertindak menyerbu pejabat mereka dan berjaya merampas 408 naskhah Gedung Kartun termasuk plat percetakan.

"Mereka (KDN) boleh rampas majalah saya, buku saya, produk-produk saya, yang mereka tak boleh rampas, otak saya.

"Saya tetap akan melukis walaupun atas kertas tisu tandas," katnya ketika menceritakan kejadian rampasan pada hari ke tiga Ramadhan itu.

Perak Darul Kartun juga mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dengan harga pasaran RM10 senaskhah.

Bagaimanapun ianya hanya dijual dengan harga RM4 sempenan Karnival Rakyat berlangsung.

Turut menyumbang karya dalam komik tersebut adalah Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu.

Manakala penulis penyumbang/kolumnis ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin.

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu ianya juga memuatkan ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” dan tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.

Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.

"Kami tahu apa yang kami lukis, dan kami bukan pelukis upahan," tegasnya.

Salahuddin di Astro Awani jam 9.30 malam ini

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menyertai rancangan bual bicara di Studio Astro Awani saluran 501, jam 9.30 malam ini.

Rancangan yang dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman turut menampilkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kurian ketika dihubungi memaklumkan program secara langsung malam ini membicarakan tajuk 'Tadbir Urus dan Masa Depan Negara'.

Beliau juga dijangka akan mengupas budaya ketirisan dan pembaziran wang rakyat semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi sewaktu kedua-dua pemimpin itu menjadi Perdana Menteri Malaysia, seperti yang didedahkan beberapa pihak belakangan ini.

'Mayat Hidup' Berkeliaran Di Sekitar Masjid Negara

Seorang lelaki dipercayai penagih dadah sedang mengorek sampah sarap di perkarangan Masjid Negara.-Foto THE STAR oleh CHAN TAK KONG

NAJIS dadah bukan sahaja menghancurkan kehidupan orang yang terjebak dalam gejala ini malahan insan lain seperti keluarga di sekelilingnya jika tidak dibendung.

Sudah banyak kisah dan teladan yang telah dipaparkan tentang kesan-kesan buruk dadah terhadap penagih terbabit dan bagaimana pengaruh najis itu akhirnya memudaratkan diri sendiri.

Walaupun banyak usaha telah dijalankan baik oleh kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGOs) serta ahli-ahli keluarga untuk membantu golongan penagih mengatasi masalah mereka, namun semua usaha itu nampaknya tidak dihargai oleh golongan ini.

Mereka seolah-olah tidak langsung menghargai hidup yang amat berharga sebaliknya terus melayani ketagihan sehingga sampai ke tahap yang tidak dapat dibantu lagi.

HIDUP MEREMPAT



Seorang lelaki dipercayai penagih dadah sedang melepak selepas
waktu Maghrib di kawasan terbuka berhampiran Masjid Negara.-
Foto THE STAR oleh CHAN TAK KONG

Buktinya dapat dilihat dengan nyata di sekitar ibu kota sendiri. Contohnya, penagih-penagih dadah yang hidup merempat di kaki-kaki lima di hadapan Masjid Negara.

Tinjauan mStar Online mendapati kehidupan penagih-penagih itu tidak terurus dan mereka dilihat merayau-rayau, mengutip tin-tin kosong dari tong sampah dan meminta sedekah daripada pelancong-pelancong serta jemaah yang datang beribadat di situ.

Menurut Aishah Saad yang menjaja makanan ringan di perkarangan Masjid Negara, kebanyakan daripada penagih-penagih dadah melepak di kawasan terbuka berhampiran kawasan itu selepas waktu Maghrib.

“Mereka sering datang meminta sedekah daripada pelancong-pelancong asing yang melawat masjid ini. Adakala kalanya jika saya tidak menurut kemahuan mereka, penagih-penagih tersebut marah dan akan mencuri.

“Pada awal tahun lepas, beg tangan majikan saya dicuri oleh salah seorang daripada penagih yang selalu melepak di kawasan ini. Dia meragut beg majikan saya yang sarat mengandung dan sempat melarikan diri.

"Malangnya penagih itu dengan berani kembali melepak di kawasan ini dengan selepas itu walaupun aduan polis telah dibuat,” kata Aishah ketika ditemui di hadapan masjid itu pada hari Ahad lalu.

Walaupun begitu, katanya, bilangan penagih yang datang melepak di kawasan itu telah berkurangan berbanding tahun lalu.

“Tahun lalu kira-kira 20 hingga 30 orang akan melepak di kawasan tempat ibadat ini tetapi kini hanya sekitar 10 orang sahaja dilihat sedang berkeliaran.



Gambar hiasan bagaimana seorang penagih dadah tradisional heroin menyuntik dirinya.-Foto AFP

“Ini mungkin kerana tindakan polis yang selalu meninjau keadaan kawasan ini. Penagih-penagih itu takut orang awam akan membuat aduan mengenai aktiviti mereka pada waktu malam,” ujarnya.

MENGHIDU GAM

Dalam pada itu, Hafizan Asri yang bekerja sebagai pengawal Masjid Negara berkata, kasut-kasut jemaah selalu hilang dan dia mendakwa itu adalah perbuatan penagih-penagih dadah yang melepak di situ.

“Mereka ini memberikan imej yang buruk kepada pelancong-pelancong asing yang datang ke sini. Walaupun mereka ditahan dan dihukum mereka kembali menagih dadah.

“Ramai daripada mereka ini hidup terbiar dan tidak mempunyai wang untuk membeli dadah. Oleh itu, penagih-penagih ini akan menghidu gam untuk memuaskan gian mereka.

“Tiada undang-undang untuk menghalang penagih-penagih ini daripada melakukan perbuatan itu kerana gam mudah didapati serta pegawai-pegawai polis juga tidak dapat mengambil tindakan terhadap mereka,” tambahnya.

Menurut Hafizan, penagih-penagih itu sepatutnya dihukum untuk melakukan kerja-kerja amal seperti menyapu dan mengecat bangunan-bangunan kerajaan.

“Biar mereka sedar kesusahan hidup dan agar lebih menghargainya. Bagaimanapun, penagih-penagih ini hanya boleh insaf atas kemahuan mereka sendiri,” katanya.

Selain itu, Yaccob Yunus dari Shah Alam yang sering berkunjung ke masjid tersebut mengakui pernah terserempak dengan penagih-penagih di perkarangan masjid, tetapi mereka tidak pernah mengganggunya.

“Ini adalah kawasan orang bersembayang dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak berkuasa perlu lebih cekap dalam menangani masalah-masalah seperti ini dan undang-undang perlulah digubal semula agar penagih-penagih ini tidak menyalahgunakan gam untuk tujuan-tujuan yang tidak baik. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Mohd Amir Khusairi Harun berkata, kebanyakan daripada penagih dadah yang hidup terbiar ini berumur dalam lingkungan 19 sehingga 39 tahun.

“Memang mudah untuk mengecam mereka kerana pada kebiasaannya mata penagih-penagih ini merah, hidung mereka berhingus dan tubuh mereka kelihatan kurus-kering. Mereka ini bagaikan mayat hidup,” jelasnya bila dihubungi semalam.

“Kebanyakan daripada penagih terbiar ini mengambil dadah tradisional seperti candu dan heroin. Kalau sudah khayal, besar kemungkinan mereka akan membahayakan orang awam dengan mencuri dan menjadi penyeluk saku untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah," ujar Amir.

GOLONGAN PROFESIONAL

Sementara itu, beliau berkata kebanyakan daripada penagih dadah sekarang berasal dari pelbagai latar belakang dan ada juga yang terdiri daripada golongan profesional.

“Dadah sintetik seperti ekstasi lebih popular di kalangan penuntut-penuntut institutsi pengajian tinggi. Ini kerana dadah-dadah ini menjadikan mereka lebih agresif dan memberikan mereka lebih tenaga untuk berjaga sepanjang malam sama ada untuk belajar atau bersuka-ria di kelab-kelab malam.

“Di Malaysia terdapat kira-kira 7,000 hingga 8,000 penagih ditempatkan dalam 28 Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) di seluruh negara.

“Terdapat kira-kira 35,000 penagih dadah dirawat dalam komuniti di mana mereka bebas dan sedang bekerja. Aktiviti mereka dipantau oleh pegawai-pegawai AADK dari masa ke masa.

“Kesemua daripada mereka dikehendaki datang ke pejabat AADK daerah untuk suatu jangka masa yang ditetapkan. Mereka juga akan menjalani ujian air kencing sehingga disahkan bebas dadah,” jelas Amir.

Harga Gula Naik 20sen

BERNAMA


PUTRAJAYA: Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini.

'Zaman joli katak sudah berakhir'

Aidila Razak


Zaman 'joli katak' sudah berakhir dan wang 'loteri minyak' makin berkurangan, khususnya akibatkan kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

"Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

"Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

"Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi.

Pengerusi Hindraf fail saman RM100 juta

BERNAMA


Pengerusi Hindraf hari ini mengemukakan saman RM100 juta terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, enam media tempatan dan tiga yang lain atas dakwaan menyiarkan artikel yang memfitnahnya serta pertubuhan itu, beberapa bulan lalu.

p waytha moorthyP Waytha Moorthy memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui peguamnya P.Uthayakumar di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur jam 9 pagi ini.

Dalam saman itu, Waytha Moorthy, selaku plaintif, menamakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof Dr P.Ramasamy, ADUN Perak A.Sivanesan, pemimpin DAP V Ganabatirau dan penolong penguatkuasa polis ASP K.Vasantha Kumar sebagai defendan pertama hingga keempat.

Enam media yang turut disaman ialah Makkal Osai Sdn Bhd, Tamil Nesan Sdn Bhd, Malaysian Nanban Sdn Bhd, Malaysiakini.Com Sdn Bhd, The Malaysian Insider Sdn Bhd dan Star Publications Berhad yang dinamakan sebagai defendan kelima hingga ke-10.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa defendan pertama telah menulis dan menyiarkan artikel palsu yang berunsur fitnah mengenainya dalam akhbar Makkal Osai bertarikh 11 Ogos lepas bertajuk "Di mana wang RM700,000 yang telah dikutip, tunjukkan akaunnya, Dr Ramasamy mencabar Waytha Moorthy."

Plaintif juga mendakwa defendan kedua, ketiga dan keempat memfitnahnya melalui beberapa artikel yang disiarkan dalam akhbar Makkal Osai, The Star, Malaysia Nanban, Tamil Nesan serta akhbar portal The Malaysian Insider dan Malaysiakini pada Julai dan Ogos lepas.

Plaintif mendakwa defendan pertama, kedua, ketiga dan keempat telah menggunakan defendan kelima hingga ke-10 untuk memfitnah dan mencemarkan nama baiknya sebagai pengerusi Hindraf.

"Perkataan fitnah itu membawa erti bahawa plaintif adalah seorang pemimpin Hindraf yang tidak berwibawa dan telah menipu wang masyarakat India di Malaysia untuk tujuan memfailkan guaman sivil terhadap kerajaan British di London.

"Akibat penulisan, percetakan, penerbitan dan pengedaran perkataan itu oleh defendan, plaintif telah dimalukan dengan teruk dan mengakibatkan beliau dicemuh dan dibenci," kata plaintif dalam tuntutannya.

Plaintif menuntut ganti rugi fitnah sebanyak RM10 juta daripada setiap defendan, ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang kesemua defendan daripada terus menerbitkan apa-apa artikel fitnah yang serupa terhadapnya.

Beliau juga memohon beberapa lagi perintah mahkamah, antaranya injunksi bagi menghalang defendan pertama, kedua, ketiga dan keempat daripada membuat sebarang
kenyataan akhbar berkenaan Hindraf.

'Hari tanpa beg plastik' di S'gor mulai 9 Januari

MALAYSIA KINI


Kempen 'hari tanpa beg plastik' di Selangor bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa, akan berkuatkuasa setiap Sabtu mulai 9 Januari depan.

Keputusan tersebut telah diluluskan oleh mesyurat exco kerajaan negeri.

Kempen tersebut telah dilancarkan oleh exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong yang juga pengerusi jawatankuasa tetap hal ehwal pengguna, pelancongan dan alam sekitar pada 20 Disember lalu.

Sebanyak 14 syarikat besar telah menyertai kempen tersebut, antaranya AEON Jusco, 99 Speedmart, Parkson, Guardian Pharmacy, IKEA, The Store, Econsave, Vitacare Pharmacy, 7 Eleven, Carrefour, Giant, Watsons dan Pasaraya ( shopping Mall) iaitu Sunway Pyramid dan One -Utama.

Menurut kenyataan sekretariat akhbar kerajaan negeri, pada hari pelaksanaan kempen tersebut, pengguna digalakkan membawa beg dari rumah kerana beg plastik tidak akan dibekalkan kepada pengguna.

Sebaliknya pengguna akan dikena bayaran 20 sen bagi setiap penggunaan beg plastik bagi menggalak penggurangan pengunaannya.

"Bayaran yang dikenakan akan disalurkan kepada tabung kebajikan yang tertakluk kepada tanggungjawab sosial setiap syarikat," kata kenyataan itu lagi.

Elizabeth berharap pengguna memberi kerjasama menjayakan kempen tersebut untuk bersama-sama mempelihara alam sekitar demi kesejahteraan masa depan kita.

Beliau juga yakin lebih ramai gedung membeli-belah, hypermarket, supermarket, farmasi, syarikat-syarikat dan peruncit-peruncit yang lain akan menyertai kempen berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, kempen tersebut akan dijalankan selama enam bulan pada peringkat awalnya dan kerajaan negeri akan menilai kesannya dan mempertimbangkan sama ada perlu menambahkan hari kempen itu.

Pada masa yang sama, tambahnya, kerajaan negeri juga akan menyebarkan risalah, poster dan bunting berkenaan kepada orang ramai untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kempen ini.

'Ziarah Kasih' Pemuda PAS di ambang tahun baru

BERNAMA


Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan serta Nisa Wilayah Persekutuan akan berganding bahu menjalankan operasi 'Ziarah Kasih' pada malam Ambang Tahun Baru
2010.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata operasi itu akan tertumpu di beberapa lokasi strategik di sekitar ibu negara seperti Dataran Merdeka, KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Bangsar dan Taman Tasik Permaisuri mulai pukul 9 malam hingga 1 pagi.

Operasi itu bertujuan mendekati anak-anak muda supaya mereka mampu menjaga diri, akhlak, sahsiah serta pergaulan agar tidak terjerumus kepada perkara negatif.

"Berdasarkan pengalaman setiap tahun, budaya sambutan Malam Tahun Baru ini menjadi punca peningkatan gejala sosial di kalangan anak-anak muda seperti hedonisme (candu hiburan), zina, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dadah minum arak, lumba motor haram dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebiasaannya, anak-anak muda mengakhiri sambutan malam Tahun Baru dengan berkunjung ke kelab malam, berlumba motor dan kereta, mengambil dadah, meminum arak atau berkunjung ke tempat-tempat sunyi bersama pasangan masing-masing.

Kamaruzaman berkata PAS berharap usaha itu akan disokong sepenuhnya oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan polis selain badan-badan bukan kerajaan.

Elizabeth Wong tumpuan utama berita 2009


MALAYSIA KINI



Exco kerajaan Selangor, yang dilanda kontroversi foto bogel awal tahun ini, menduduki tangga teratas kategori 'pencetus berita' dalam negara di kumpulan data enjin carian tersohor Google bagi 2009.

Elizabeth Wong, wakil rakyat PKR bagi Bukit Lanjan, mengatasi kontroversi bekas model remaja Manohara Odelia Pinot, menantu Sultan Kelantan yang menghadapi konflik rumahtangga dengan suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Senarai itu - yang dihasilkan daripada jumlah carian pengguna Internet di Malaysia melalui Google - diikuti personaliti TV3 Zakiah Anas sebelum mantan menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Shukarnor meletakkan model sambilan itu di tangga kelima, di atas aktres jelita Fasha Sandha.

Sementara ahli parlimen PAS Khalid Samad lebih popular dicari pengguna Internet, di tangga ketujuh, berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kesembilan) daripada 10 personaliti.

Dalam kategori 'paling popular', portal berita Malaysiakini berada di tangga kesembilan, sementara laman web akhbar Berita Harian di kedudukan ketujuh.

Kategori ini dikuasai laman-laman web jaringan sosial Facebook (pertama) dan Friendster (kedua), selain penyedia khidmat emel percuma seperti Yahoo! (kelima) dan Gmail (keenam).

Laman perkongsian video Youtube berada di tangga terakhir daripada 10 tapak web yang paling dicari di Malaysia, demikian menurut laporan 2009 Year-End Google Zeitgeist bagi negara ini.

Dalam laporan tahun lalu, Malaysiakini berada di tangga pertama dalam kategori 'paling cepat meningkat'.

Tahun ini, Facebook pula berada di tangga teratas untuk kategori tersebut, diikuti Michael Jackson (meninggal dunia 26 Jun lalu), Elizabeth Wong, Utusan Malaysia dan laman permainan dalam talian Dragonica.

Laman pencari kerja yang dibangunkan kerajaan JobsMalaysia dan laman memblog secara mikro yang semakin popular Twitter masing-masing berada di tangga ketujuh dan kelapan.

Kandungan 'berita' yang paling popular pula mengenai wabak selesema A (H1N1), diikuti kempen alam sekitar sejagat Earth Hour yang disambut pada penghujung Mac setiap tahun.

Slogan yang dipopularkan perdana menteri 1Malaysia berada di tempat ketiga, diikuti belanjawan 2010.

Program Latihan Khidmat Negara dan kejadian gempa yang menyayat hati di Padang, Sumatera masing-masing di tangga keenam dan kesembilan.

Penyanyi pop Zee Avi yang mula mencipta nama pada 2007 melalui klip video di Youtube pula menjadi 'penghibur' paling popular dalam kategori 10 penghibur paling dicari.

Artis indie bertudung Yuna, popular dengan imej bergitar dan lagu ala Norah Jones, berada di belakang Zee Avi, diikuti Hafiz AF dan Aril AF.

Penyanyi pop Tomok, kumpulan indie Bunkface dan juruhebah radio terkenal Linda Onn berada di kedudukan tiga terbawah dalam kategori penghibur paling dicari.

Lagu-lagu yang paling popular dicari melalui Google, antaranya, Khatimah Cinta oleh kumpulan 6ixthSense, Cinta Gila (Grey Sky Morning) dan Cari Jodoh (Wali Band).

Lagu-lagu Dan Sebenarnya (Yuna), Pakai Buang (Stacy) dan Situasi (Bunkface) menyusul di belakang.

Pasukan lumba kereta Formula One yang baru ditubuhkan 1Malaysia F1 pula menjadi carian popular dalam bidang 'sukan', diikuti Kelate.net, laman web penyokong pasukan bola sepak Kelantan.

Mantan presiden, Gus Dur pulang ke rahmatullah


MALAYSIA KINI



Mantan presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

jakarta 141109 gus durSetiausaha peribadi tokoh itu, yang juga dikenali Gus Dur, dilaporkan berkata cucu pengasas gerakan Nahdhatul Ulama (NU) itu mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.40 petang waktu Jakarta (7.40 malam Kuala Lumpur).

Gus Dur, presiden pertama selepas era kepemimpinan regim Golkar, meninggal dunia di depan Susilo, lapor laman web Liputan 6 SCTV.

Allahyarham menggantikan BJ Habibie yang menggantikan presiden Soeharto, yang dianggap memerintah dengan gaya autokratik, setelah ditumbangkan gerakan reformasi pada 1998.

Gus Dur, yang turut berpengaruh di kalangan ahli politik dan aktivis Malaysia, memperkenalkan beberapa undang-undang yang memungkinkan permulaan era lebih terbuka dan demokratik di republik itu.

Tokoh agama yang disegani ramai dan pejuang hak asasi itu dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

Polis London bantu jejak Raja Petra

BERNAMA


Polis percaya pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin, yang telah dikenakan waran tangkap, masih bersembunyi di London dan usaha sedang dibuat untuk mengesannya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau telah meminta bantuan pihak polis di London untuk mengesan Raja Petra.

"Hasil risikan, polis percaya dia masih bersembunyi di London dan dengan itu saya telah meminta bantuan pihak berkuasa di sana untuk mengesan Raja Petra," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata Raja Petra dikehendaki pulang ke negara ini bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Kalau rasa diri tidak bersalah, Raja Petra perlu tampil bersihkan nama, kenapa perlu bersembunyi? Dia perlu balik ke sini," katanya.

Mengulas mengenai permohonan perintah ekstradisi terhadap Raja Petra, Musa berkata permohonan itu mengambil tempoh yang lama sebelum Raja Petra dapat dibawa pulang ke negara ini melalui cara itu.

"Sepatutnya tidak perlu perintah (ekstradisi) ini. Dia sendiri perlu serah diri," kata Musa.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri perdana menteri Rosmah Mansor melalui laman webnya.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa dia kini menetap di sebuah kediaman sewa di kota London.

Selasa, 29 Disember 2009

Pemandu Bas Sani Express Dituduh Memandu Secara Semberono

Oleh IVAN LOH


IPOH: Pemandu bas Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 37, hari ini dituduh memandu secara berbahaya di Mahkamah Majistret di sini sehingga mengakibatkan kematian 10 penumpang dalam kemalangan ngeri dekat sini Jumaat lepas.

Terdahulu pagi tadi, polis melanjutkan tempoh raman pemandu itu sehingga lusa.

Bas dua tingkat itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara tidak jauh dari Plaza Tol Ipoh Selatan dekat sini.

Kesemua mangsa merupakan penumpang yang duduk di bahagian bawah yang bertolak dari Klang menuju Kangar pada 9 malam Jumaat lalu.

Ketua Trafik Ipoh, Timbalan Supritendan Mohd Rodzi Rajab memberitahu pada Sabtu lalu bahawa Mohd Kamil mengaku terlelap sejurus sebelum kemalangan berkenaan.

”Pemandu terbabit telah berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah dan merancang menukar giliran dengan rakannya di R&R Sungai Perak,” katanya sambil memberitahu bahawa ujian dadah dan alkohol pemandu tersebut negatif.

Forum bantah e-undi diteruskan walau ditekan

Abdul Rahim Sabri
(kemaskini 5.59pm)


Gerakan pelajar Universiti Malaya untuk meningkatkan bantahan mereka terhadap sistem pengundian berkomputer (e-undi), dijangka pertengahan bulan depan, kelihatan menemui jalan buntu.

Forum anjuran kumpulan pelajar tersebut, yang diketuai oleh exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh, diarah dibatalkan pada saat-saat akhir.

Bagaimanapun mereka akan terus menganjurkan forum tersebut pada waktu, tarikh dan lokasi yang telah dijadualkan 8.30 malam 1 Januari ini di dewan kuliah Akademi Pengajian Islam (API).

"Setakat ini kita akan teruskan, hatta buat di atas jalan raya (di luar dewan kuliah)," kata Mohd Aizat kepada Malaysiakini petang ini.

Keputusan meneruskan forum 'E-Undi dan Masa Depan Demokrasi Kampus' dibuat selepas beliau bertemu dengan pegawai kanan Akademi Pengajian Islam (API) Dr Ruzman Mohd Noor selama sejam bermula 2.30 petang tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuan tersebut.

Difahamkan pentadbiran universiti itu campur tangan pagi ini dalam keputusan API yang telah meluluskan penganjuran forum semalam.

Pensyarah terkenal Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari, wakil rakyat PKR Chang Lih Kang dan exco Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Shafie Hashim dijadual membahaskan kontroversi tersebut di forum itu.

Majlis yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) dengan kerjasama MPMUM itu dilaporkan turut menerima ugutan dalam bentuk surat layang dan mesej SMS.

Dua penyelaras BANTAH didesak membatalkan forum tersebut atau "sesuatu" akan berlaku.

Mengulas lanjut masalah yang dihadapinya, Mohd Aizat berkata forum itu diteruskan kerana persiapan telah dibuat dan "pelajar akan terlepas jika ia dibatalkan."

Beliau menjangkakan sekurang-kurangnya 200 hingga 300 pelajar akan menyertai forum.

"Mahasiswa hendak tahu isu ini. Tempat bukan masalah bagi kita. Kita akan terus jalankan forum ini," katanya.

Pemuda PAS terus desak MAIWP dedah info

Salhan K Ahmad


kemaskini 5.18pm Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memberi tempoh seminggu lagi kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk memberi penjelasan mengenai status tapak masjid di Desa Sri Hartamas sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua dewan itu Kamaruzaman Mohamad berkata isu tersebut sedang diteliti oleh peguam mereka untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur-unsur meragukan dalam proses pertukaran tapak masjid itu kepada kawasan komersil.

"Sekarang ini sudah berlarutan lebih dua minggu selepas kita hantar memorandum kepada MAIWP, belum ada apa-apa penjelasan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Kita beri tempoh seminggu lagi kepada MAIWP untuk berikan penjelasan, khususnya tentang pertukaran status tanah tersebut.

"Sekiranya ada elemen-elemen yang meragukan dalam penjelasan itu nanti, kemudian barulah kita akan laporkan kepada SPRM."

Pada 16 Disember lalu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan memorandum kepada MAIWP supaya membuat penjelasan berhubung tanah yang kini dimajukan untuk membangunkan kompleks komersil Glomac Galeria.

Dewan itu meminta MAIWP menyatakan individu-individu berkepentingan dalam membangunkan kawasan tersebut.

Di samping itu, MAIWP juga diminta mendedahkan nama kesemua 20 pemilik unit komersil berkenaan dan menjelaskan bagaimana duit jualan bagi projek itu, didakwa bernilai RM8.3 juta, disalurkan.

MAIWP turut diminta mendedahkan butiran perjanjian dan dokumen yang berkaitan, selain menjelaskan kepentingan majlis agama tersebut dalam transaksi hartanah tersebut.

Sementara itu, ketua pengarah eksekutif MAIWP Anan C Mohd pula secara ringkas memberitahu Malaysiakini, pihaknya telah memberikan jawapan kepada Pemuda PAS berhubung semua "persoalan yang dikemukakan."

"Kita dah jawab semua dah. Kita dah maklumkan minggu lepas," katanya, menjelaskan makluman itu dihantar melalui sepucuk surat kepada pejabat dewan berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran makluman tersebut kepada dewan tersebut.

Sewaktu dihubungi kemudian, Kamaruzaman berkata pejabat beliau belum menerima dokumen daripada MAIWP.

Timb menteri: Anak Sarawak ganti Sulaiman

BERNAMA


Anak kelahiran Sarawak akan mengisi kekosongan jawatan timbalan menteri pelancongan yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman
Abdul Rahman Taib, kata perdana menteri hari ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata pengganti Sulaiman akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

"(Nama) lebih kurang (tahu) tapi tidak boleh umumkan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Kuching hari ini.

Beliau ditanya mengenai nama pengganti Sulaiman, yang juga anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan atas alasan peribadi.

Pada 10 Disember lalu, Taib berkata Sulaiman terlalu sedih selepas kehilangan ibunya Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu.

Sulaiman, 41, yang juga timbalan ketua pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah dilantik sebagai timbalan menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri, dan apabila Najib mengambil alih jawatan perdana menteri April tahun ini, Sulaiman dikekalkan.

Sulaiman adalah anggota parlimen Kota Samarahan yang pernah diwakili oleh ayahnya.

Malaysia beli pesawat pejuang untuk pameran?

Angkasanuri


Langkah Kerajaan untuk menggantikan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) MIG 29N yang akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2010 menggundang kritikan dari pelbagai pihak. Terkini daripada Tun Dr. Mahathir yang merupakan individu bertanggungjawab urusan pembelian MRCA berkenaan di Malaysia semasa menjadi Perdana Menteri.

Beliau mempertikaikan kemungkinan penglibatan orang tengah yang ambil untung 'atas angin' di sebalik urusan pembelian jet pejuang baru itu nanti.

Dr. Mahathir juga berkata negara lain seperti India yang menggunakan jet tempur jenis yang sama tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Alasan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan tidak mampu menanggung kosRM 260 juta untuk baik pulih 17 pesawat sedia ada.

Tambah Dr. Mahathir, walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah berbanding buatan Amerika Syarikat (AS), tetapi sejumlah wang yang besar masih terpaksa dibelanjakan untuk menukar kepada pesawat baru yang sudah pasti akan menelan kos jutaan ringgit.

"Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

"Pesawat AS kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk membeli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh AS," katanya.

Jelas beliau, pihak AS tidak akan memberikan source code atau kod teknikal yang akan mengehadkan kegunaan pesawat F/A-18 itu dan akhirnya digunakan untuk tujuan pameran sahaja.

Inilah juga yang berlaku terhadap pembelian jet pejuang Hawk 100 dan 200 dari Britain yang disifatkan oleh kerajaan terbaik di dunia dalam kelasnya ketika itu. Menurut sumber Kementerian Pertahanan sebelum ini lebih separuh dari pada jet pejuang berkenaan tidak dapat digunakan kerana kesukaran mendapatkan alat ganti.

Saya yakin banyak lagi aset pertahanan yang dimiliki negara mempunyai masalah yang serupa.

Ini bermakna Malaysia mempunyai banyak koleksi pesawat pejuang canggih yang tidak dapat digunakan atau berfungsi seperti sepatutnya dan kini hanya menjadi bahan pameran.

Namun jika terlalu banyak aset ketenteraan yang hendak dipamerkan dan tidak ada ruang atau tempat untuknya, saya yakin di Melaka negeri yang mempunyai berpuluh muzium bersedia untuk menawarkan muzium baru untuk pesawat pejuang milik negara yang tak boleh guna.

Apa yang berlaku menunjukkan sesuatu yang tidak kena terhadap aset pembelian keselamatan negara yang menelan kos bilion ringgit. Kenapa dalam laporan audit negara tidak mendedahkan hal ini? Adakah tidak dapat dikesan atau memang sengaja dirahsiakan kerana faktor keselamatan atau melindungi individu tertentu yang berkepentingan?

Dalam hal ini sebenarnya, Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Menteri Pertahanan ketika itu kena bertanggungjawab dan menjelaskan punca masalah yang berlaku.

Tun Mahathir persoal keputusan ganti jet MiG-29

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan adakah kepentingan orang tengah mempengaruhi keputusan mengisytiharkan jet pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia tidak dapat digunakan.

"Penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah.

"Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?" beliau mempertikaikan.

Beliau juga mempersoalkan, dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah ratusan juta ringgit dibelanjakan untuk pesawat ganti?

"Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan," katanya

Dr Mahathir percaya, ada cara untuk membaikpulih pesawat pejuang dan pesawat lain.

"Tak bolehkah kita baikpulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.

"Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang," kata beliau dalam blognya.

Beliau mengingatkan, walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga ratusan juta ringgit akan hilang jika pesawat yang ada diisytiharkan tidak boleh digunakan lagi.

Beliau membangkitkan, banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini.

"Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun?

"Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?"

Beliau juga mengingatkan, walaupun pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama, tetapi apabila wang untuk membeli MiG-29 digunakan untuk membeli pesawat F/A-18, "akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Ayarikat".

"Mereka tidak beri "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja," katanya.

Dr Mahathir berharap, kerajaan membatalkan keputusan untuk mengisytiharkan MiG-29 tidak boleh digunakan dan pesawat sedia ada dibaikpulih.

Kelab Penyokong PAS diiktiraf sebagai Dewan

Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR : PAS menempa satu lagi sejarah dalam perjuangan dakwah dan politiknya apabila kini Kelab Penyokong PAS akan diserap menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS bertaraf sayap parti.

Dasar-dasar yang telah diderafkan sebagai legitimasi kepada dewan ini memberi kelansungan kepada sinar politik dan pengharapan masyarakat bukan Islam dalam meneruskan sokongan kepada PAS.

Mengupas tajuk ini, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemubual Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa pada 23 Disember lalu.

Ikuti bingkisan wawancara tersebut.

Soalan: Assalamualaikum Dr Mujahid, boleh Dr jelaskan bila terbentuknya keputusan mengenai Himpunan Penyokong PAS, diperingkat pusat, dan bagaimana ia dipertimbangkan hingga terbentuknya dewan yang bersejarah ini?

Dr Mujahid: Waalaikumsalam..Terima kasih kepada pihak Harakan, ingin saya maklumkan bahawa ia bermula dengan pembentangan awal draf ini pada 'retreat' PAS Pusat Jun tahun 2009 di Alior Setar.

Kemudiannya kali kedua setelah kita buat selepas kita selesai beberapa pilihan raya kecil PRK, dalama dua tiga bulan yang sudah, kemudiannya mesyuarat terakhir baru-baru ini dibentang sekali lagi, bermakna dah tiga kali draf ini dibentang.

Draf ini yang membawa makna ia legitimasi kepada undang-undang yang membawa kewujudan kelab inilah, contohnya dia ada punya struktur sendiri, keahliannya, disiplinnya dan hak keperwakilannya ke adalam muktamar atau mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat, negeri, hingga ke kawasan.

Ia juga ada syarat-syarat keanggotaan dan sebagainya.

Draf tersebut telah dibentang tiga kali dan pada mesyuarat terakhir kita di peringkat pusat telah bersetuju dari segi dasar yang bagi saya hampir selesai, cuma pembetulan dari segi teknikal bahasa sahaja, iaitu kita akan siapkan sebelum mesyuarat akan datang iaiatu 10 Januari 2010.

Dari segi dasar tiada masalah bahkan pada mesyuarat lalu mereka mahu namanya diberi sedikit kekuatan dengan diberi nama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS supaya dilihat ia sayap yang berperanan penting seperti dewan lain, itu drafnya kita telah sediakan di mana bekas senator Haji Hassan Shukri selaku pengerusi.

Soalan : Baik, DR bagaimanakan kedudukan penyokong yang menjadi ahli kelab ini, terutamanya dalam muktamar dan peranan dalam PAS?

Mujahid : Kita ada cuba elakkan terutamanya soal keahlian, jika mereka ini hendak dijadikan ahli penuh maknaya kita perlu meminda perlembagaan, di mana ia akan melibatkan pendaftar pertubuhan (ROS) dan pengalaman kita dalam berurusan dengan ROS ini sebenarnya jika nak hantar satu pindaan yang besar kerana melibatkan satu prinsip atau asas dalam perlembagaan ia akan mengambil masa lama untuk ROS luluskan.

Malah ia perlu dibawa ke muktamar untuk pindaan.

Oleh kerana kita nak elak ia menjadi masalah yang panjang, kita menggunakan peruntukan (klause) yang ada dalam perlembagan kita yang menyatakan AJK PAS Pusat berhak membentuk apa-apa jawatankuasa yang dirasakan perlu.

Jadi dengan peruntukan itu, kita telah diberi kuasa menubuhkan jawatankuasa ini dan kita setuju keahlian dewan ini kehalian di peringkat dewan sahaja tak melibatkan ahli menyeluruh kerana berasaskan kepada masalah yang saya sebutkan tadi.

Namun demikian status sebagai dewan perhimpunan ini tetap beri hak hadir mesyuarat, hadir muktamar dan beri pandangan dan lebih dari itu jadi sayap parti khusus dalam persoalan bukan Islam.

Soalan : Adakah mereka juga ini ada hak untuk mengundi atau memilih perwakilan?

Dr Mujahid : Oleh kerana macam, saya kata sebentar tadi bahawa pindaan perlembagaan secara besar-besaran tidak berlaku, yang berlaku hanya klause yang menyatakan jawatankuasa boleh membentuk.

Di sana ada isu-isu yang menyentuh hak untuk mengundi di muktamar, dia tak menyebut nama dewan ini sebab belum dipinda, kita letak status mereka pemerhati rasmi, mereka berperanan macam perwakilan lain tetapi mereka tak boleh mengundi dan diundi buat masa ini, namun status itu tak kekal, maknanya ia boleh berubah tak kekal statusnya setakat itu sahaja.

Soalan : Ada keperluan ubah pada masa akan datang?

Dr Mujahid : Kemungkinana besar ada keperluannya nanti kerana kita baharu dalam peringjkat awal, ia berpadanan dengan bersifat pemerhati rasmi sahaja, namun bila kita lihat adanya keperluan kita akan pinda lagilah.

Soalan : Apakah respons penyokong bukan Islam terhadap pembentukan dewan ini?

Dr Mujahid : Sudah tentulah sebelum ini mereka setia dengan Kelab Penyokong PAS (KPP), sudah tenti bila kita (PAS) mengiktiraf mereka jadi dewan dan ada undang-undang sendiri dan boleh hadir muktamar dan mesyuarat, saya rasa itu bagi mereka yang setia bersama KPP, ini satu perubahan besar mereka yakjin masa depan dengan PAS cerah.

Dan bagi mereka yang bukan penyokong, mereka akan dapat melihat ini satu pembaharuan yang PAS lakukan bukan hanya retorik sahaja.

Soalan : Timbul persoalan, dalam menyentuh soal calon bagi Pilihan Raya Kecil mahupun Umum, adakah mereka dati kelab yang mahu menjadi calon ini boleh bertanding dengan lambang PAS, bagaimana Dr melihat ini, kerana ia pernah menjadi tuntutan KPP sebelum ini?

Dr Mujahid : Kalau kita tengok dalam draf undang0undang ini, antaranya ada disebutkan mencalonkan ataupun mencadangkan calon-calon untuk pilihan raya apabila dikehendaki atau diminta PAS Pusat, maknanya potensi mereka jadi calon ada.

Namun ianya terpulang kepada pertimbangnan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama yang biasanya menapis calon-calon ini.

Malah ia juga bergantung kepada suatu rundingan dengan sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat samada untuk letak ditempat sesuai.

Draf juga menyebut mereka boleh beri calon kepada kita untuk kita pertimbangkan, mereka bukan sahaja duduk kekal sebagai dewan tetapi nak jadi calon untuk mereka ini sebagai tidak mustahil akan berlaku.

Isu ini perlu diperincikan keperluan siapa dan dimana.Secara peribadi saya rasa sangat perlu letak calon bukan Islam kalau tak ramai beberapa indidvidu di kawasan yang staretgik

Soalan: Dengan kekecamukan parti koponen BN seperti MIC, PPP dan MCA apakah peranan dewan ini dalam mendepani kemelut ini suapay sokongan bukan Islam akan terarah kepada PAS?.

Dr Mujahid : Peranan dewan ini besar walauun kini kita tumpukan soal penjelmaan dewan ini, ini bukan mudah insyaAllah akan kita selesaikan secepatnya.

Tetapi pada waktu yang sama juga apa yang berlaku iaitu kekecamukan dalam MIC, MCA dan PPP kita di peringkat PAS memerlukan mereka sertai kita, tetapi ditegaskan mereka yang nak masuk kena yakin dasar dan perjuangan PAS dan ada syarat dalam keahlian yang mana dalam kita alu-alukan kita juga mahu penyertaan mereka dengan keyakinan dengan dasar-dasar PAS.

Kita dah siap modul untuk ahli-ahli masuk serap jadi dewan kita dan kita adakan model latihan perkenalakan PAS.

Soalan : Adakah terbentuknya dewan ini, sokongan kepada PAS akan meningkat, atau rakyat hanya akan melihat ia satu perubahan politik semata?

Dr Mujahid : Sudah tentu meningkat, salah satu sebab mengapa ditubuhkan atau angkat jadi dewan ialah kerana aktivis kelab itu mereka rasa mereka mahu lebih dihargai dan berperanan dan mereka mahu jadi sebahagian dari kita dan seterusnya orang bukan ISlam ini bila lihat serap jadi dewan mereka lebih yakin dan bukan retorik kerana kita jadikan mereka sebahagian orgnaisasi kita, ini komitmen PAS yang begitu telus dalam garap persoalan bukan Islam ini.

Ini pengiktirafan besar, kita harap ia berkembang perkenalkan PAS bukan dari ,mulut orang Islam tetapi mulut hukan Islam.

Saya juga ingin memesan, bahawa Lajnah Perpaduan Nasional mahu minta semua pengerusi lujnah negeri memberi kerjasama erat supaya usaha kelab di negeri masing-masing diberi perhatian dan disokong supaya mereka dapat diserap dengan licin dengan daftar keahlian dan struktur negeri yang lebih tersusun.

Beri kerjasama atas arahan Lunjah pastikan proses ini berjalan lancar.

Mahasiswa mahu perkataan 'Pelajar' ditukar kepada 'Mahasiswa'

Dzulfikar Mashoor


SKUDAI: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam dicadangkan untuk menggunakan perkataan 'mahasiswa' menggantikan 'pelajar' pada nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti tersebut.

Cadangan tersebut dibuat Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Nur Azim Fahada Ahmad dalam suatu memorandum kepada Naib Canselor Datuk Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang semalam.

Beliau berkata, cadangan tersebut sejajar dengan kenyataan Timbalan Naib Canselor Prof. Dr. Tajuddin Ninggal dalam suatu upacara rasmi Universiti sebelum ini.

Beliau juga berpendapat, penggunaan perkataan 'mahasiswa' pada pertubuhan-pertubuhan siswa Universiti sekali gus mengiktiraf kedudukan mahasiswa sebagai kelompok intelektual terpilih di peringkat Universiti.

Beliau turut memaklum inti perbincangan ProM UTM dengan pentadbiran Universiti, sebelum upacara penyerahan memorandum dilakukan.

"Dalam pertemuan tadi (Isnin), perbincangan kami lebih menumpu pada bagaimana semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan Pelan Pembangunan Mahasiswa dan melestarikan ilmu di semua peringkat," dipetik dari laman rasmi ProM UTM, promahasiswautm.blogspot.com

Dalam perkembangan yang sama, lebih 50 orang mahasiswa berhimpun di lobi pejabat pentadbiran Universiti menuntut diadakan Majlis Pengenalan Calon dan kebebasan berkempen dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dijangka umum diadakan pada awal Januari depan.

Nik Aziz desak Umno keluar BN

Dzulfikar Mashoor


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masuk dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.

Gerakan Sekretariat BN Perak Bukan Petanda Pilihan Raya Negeri - Zambry

BERNAMA


BAGAN SERAI: Gerakan mesra rakyat anjuran Sekretariat Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Perak yang dilancarkan hari ini bukan petanda pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak dakwaan gerakan seumpama itu adalah persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya negeri seperti yang dicetuskan oleh pembangkang sebelum ini bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata gerakan itu dilaksanakan secara agresif mulai Januari ini dengan tujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat di samping mengukuhkan semangat antara parti komponen BN.

"Ia juga adalah antara satu strategi kita untuk memastikan setiap rakyat (yang layak) mendaftar sebagai pengundi dan dengan cara ini kita berharap BN dapat menambah bilangan pengundi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu bagi peringkat Parlimen Bagan Serai di sini semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa program tersebut adalah sebahagian daripada persediaan awal BN Perak bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan kerana semuanya bergantung kepada pemimpin pusat. Bagaimanapun saya perlu memastikan BN Perak bersedia daripada semua segi," katanya.

Zambry berkata beliau telah mengarahkan sekretariat berkenaan memastikan semua pemimpin parti komponen BN terlibat dalam setiap program bersama-sama rakyat yang dianjurkannya.

"Bermula dari sekarang kita mahu setiap pemimpin parti komponen BN bergerak seiringan dan bersama-sama dengan rakyat dalam setiap program mesra rakyat yang diadakan. Kita mahu rakyat kenal kita sebagai pemimpin BN dan tidak (sebagai pemimpin) UMNO, MCA, MIC, Gerakan atau PPP," katanya.

Mengenai persempadanan semula kawasan DUN dan Parlimen, Zambry tidak menolak kemungkinan langkah itu dilaksanakan.

"Jika perlu diadakan, kita tidak ada masalah," katanya.

Jawatankuasa Khas MCA Bersidang Selepas Cuti Tahun Baru

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akanmenetapkan tarikh bagi jawatankuasa khas parti itu mengadakan mesyuaratnyamengenai pemilihan baru selepas musim cuti ini.

"Untuk sementara ini, saya tidak akan memberi respon terhadap sebarang isuatau perkara berkaitan pemilihan baru, sehinggalah tarikh mesyuarat itudisahkan," katanya dalam kenyataan semalam.

Dr. Chua berkata, kebanyakan anggota jawatankuasa itu, termasuk dua menteridaripada MCA, kini berada di luar negara.

Mesyuarat itu mungkin membincangkan tindakan yang bakal diambil berhubungkrisis yang melanda parti berkenaan sejak sekian lama.

Pada 15 Dis, Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 12 yang lainmengemukakan surat peletakan jawatan tanpa tarikh sebagai anggota jawatankuasapusat parti itu, dan setelah tarikh akhir 25 Disember untuk berbuat demikianberlalu, tiada pemimpin lain dipercayai berbuat demikian.

Dua pertiga daripada anggota CC perlu melepaskan jawatan bagi membolehkanpemilihan baru diadakan.

Langgar Mufarakah Boleh Didenda RM2,000 Atau Penjara

BERNAMA


KOTA BHARU: Pasangan umat Islam yang mengingkari perintah Mahkamah Syariah supaya bermufarakah (tinggal berasingan) kesahihan perkahwinan mereka diragui boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kuty berkata, sepatutnya pasangan terbabit sedar bahawa perbuatan tinggal bersama selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah adalah salah daripada segi agama.

"Soal untuk bertindak terhadap mereka yang mengingkari sesuatu perintah mahkamah sepatutnya tidak berbangkit jika umat Islam mematuhi hukum agama," katanya ketika diminta mengulas mengenai insiden malam tadi apabila rumah bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, 'dikepung' oleh keluarga isteri keduanya yang mengesyaki pasangan tersebut masih tinggal bersama walaupun diperintah Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan kerana kesahihan perkahwinan mereka diragui.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan tidak dapat ditahan oleh pihak penguatkuasa Penyelia Agama Islam kerana gagal mendapat waran tangkap atau geledah daripada daripada pihak berwajib.

Pada 21 Disember lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah mengarahkan mereka tinggal berasingan sementara (mufarakah) kerana meragui perkahwinan mereka yang dikatakan dilakukan oleh satu sindiket di sebuah masjid di Selangor.

Rosli dan pasangannya, Noor Illani Mohd Nor, dikatakan masih tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Long Yunos di sini walaupun mendapat perintah mahkamah supaya bermufarakah.

Abu Bakar berkata, soal untuk mendapatkan waran tangkap atau geledah rumah yang didiami pasangan terbabit adalah perkara kedua kerana pihak berkenaan boleh mendapatkannya daripada mana-mana pihak berwajib, seperti Hakim Mahkamah Syariah.

"Waran itu boleh didapati daripada pihak berkenaan bila-bila masa walaupun di luar waktu pejabat," katanya.

Jual MiG-29: Tiada Keputusan Muktamad



Dua pesawat pejuang MIG 29 Tentera Udara Diraja Malaysia berlepas dari
landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk membuat
pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa
Langkawi 2009 (LIMA '09) di Langkawi, baru-baru ini. -Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Kerajaan masih belum mencapai keputusan muktamad untuk menamatkan perkhidmatan sebelum menjual pesawat pejuang MiG-29 tahun depan.

"No decision yet (Tiada keputusan dibuat lagi)," tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada kerajaan bersedia mempertimbangkan keputusan menggantikan pesawat pejuang buatan Rusia itu dengan pesawat tempur pelbagai guna lain.

Antara pesawat yang disebut-sebut sedang diteliti menggantikan skuadron itu ialah SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 dan mungkin juga F-15 Eagle.

Pada 28 Oktober lalu, Ahmad Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa perkhidmatan pesawat tempur pemintas itu akan diberhentikan pada tahun depan.

Beliau memberitahu, penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi jet-jet MiG-29N sebanyak 16 pesawat itu.

Katanya, kerajaan terpaksa membelanjakan kos tinggi RM260 juta setahun untuk menyenggara semua pesawat MiG-29N tersebut.

Diminta mengulas komen Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempertikaikan pelupusan jet-jet yang berusia tidak sampai 20 tahun terbabit sedangkan India dan Rusia masih menggunakannya dalam tempoh lebih lama, Ahmad Zahid enggan komen.

"I have no comment because I don't want to create unnecessary polemic with Tun M (Saya tidak mempunyai apa-apa komen kerana saya tidak ingin mencetuskan polemik dengan Tun M)," tegas beliau.

Bekas Perdana Menteri itu hairan bagaimana kerajaan mahu menggantikan pesawat pejuang pemintas itu dengan yang baru dalam keadaan ekonomi negara masih tidak menentu sekarang.

Katanya dalam laman blog popularnya, Che Det semalam, penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta ringgit) kepada orang tengah.

Tambah beliau, apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk membeli pesawat yang baru.

SAM bidas balik Pendaftar Pertubuhan

MALAYSIA KINI


Sahabat Alam Malaysia (SAM) mempersoalkan kenyataan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang disifatkannya "sangat tidak bertanggungjawab dan tidak profesional" kerana ingin membatalkan pendaftaran NGO berpengaruh itu berdasarkan "prasangka dan andaian."

Ahli majlisnya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata SAM belum menerima aduan rasmi terhadap aktivitinya – berkaitan penentangan terhadap aktiviti pembalakan, perladangan komersial dan pembinaan empangan – yang dicurigai sebagai "kegiatan yang menggugat kepentingan negara" oleh ROS.

Tambahnya, SAM sudah "dihukum" oleh ROS melalui kenyataannya semalam yang juga memberi isyarat kepada agensi-agensi lain bawah Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan.

Mohd Azmi berkata, isu yang dibangkitkan pertubuhan alam sekitar itu, termasuk berkaitan dasar dan bidang kuasa kerajaan, sepatutnya dijelaskan oleh kementerian berkaitan dan bukannya terletak bawah bidang kuasa ROS.

Kerajaan Negeri Agih 40,000 Beg Sekolah

TV SELANGOR


Sempena sesi persekolahan akan datang, Kerajaan Negeri memberikan 40,000 beg sekolah percuma kepada setiap Dewan Undangan Negeri untuk diedarkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jeyakumar berkata setiap Dun mendapat 700 beg sekolah, yang akan diagihkan kepada penduduk setempat oleh wakil rakyat masing-masing.

"Pemberian ini adalah satu cara kerajaan negeri meringankan beban rakyat terutamanya di musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi",katanya.

Dr Xavier berkata pendidikan adalah jaminan masa depan anak-anak Selangor, dan demikian itu kerajaan negeri bertanggungjawab meringankan beban ibu-bapa di kala kemelut ekonomi hari ini.

Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM600,000 untuk program bantuan persekolahan ini.

Tahun lalu, kerajaan negeri mengagihkan bantuan 700 kasut sekolah ke setiap Dun.

Isnin, 28 Disember 2009

Lagi Sekutu BN Dilanda Krisis?

OLEH : MASDAR WAHID


KUALA LUMPUR : Krisis berterusan yang melanda sekutu rejim BN di semenanjung kini menyeberangi Laut Cina Selatan apabila satu lagi sekutunya di Sarawak turut menerima nasib yang sama.

Terbaru, Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menyaksikan perpecahan dalaman apabila Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) parti itu pada 28 Disember ini menyaksikan pertembungan hampir di semua peringkat termasuk jawatan Timbalan Presiden dengan drama ugutan, ancam keselamatan calon bertanding dan ‘Senarai calon pilihan Presiden’ mewarnai pertandingan itu.

Timbalan Ketua Pemuda SPDP, Philip Ngo, mendakwa menerima sejumlah khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon yang mengancam keselamatan dirinya sejak beliau mengishtiharkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Malah Philip turut didesak oleh Sembilan bahagian parti itu agar menarik diri bagi memberi kemenangan percuma kepada penyandang sejak tahun 2003, Peter Nyarok Entrie.

“Sejak diketahui akan mencabar kedudukan Timbalan Presiden, saya banyak menerima panggilan dan SMS, ada yang memberi galakan dan ada yang berbaur ancaman.

“Bagaimanapun, saya tidak akan menarik diri semata-mata kerana ancaman yang diterima. Saya kekal dengan pendirian, komited dan fokus dalam tindakan yang dilakukan,” katanya yang tidak teraga-agak membuat laporan polis.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan ‘pihak’ yang dimaksudkannya, sama ada daripada ahli di peringkat bawahan atau atasan dalam parti.

Philip, 45, seorang ahli perniagaan dan juga ahli jawatankuasa eksekutif Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pusat akan mencabar Nyarok, 67, dalam TGA pada 28 Disember ini.

Walaupun Presiden parti itu, William Mawan Ikom sejak Julai lalu merayu agar calon-calon tertentu menarik diri bagi mengelakan perpecahan dalam parti yang baru berusia tujuh tahun itu, namun ia gagal mengekang nafsu ahli SPDP daripada merebut jawatan.

Turut menyaksikan pertembungan ialah bagi jawatan Naib Presiden yang menyaksikan empat calon bagi merebut tiga kekosongan manakala jawatan Majlis Tertinggi yang hanya memerlukan 14 orang direbut oleh 35 calon.

Tertekan dengan masalah itu, Mawan menerusi satu mesyuarat parti baru-baru ini mencadangkan senarai nama untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam badan induk parti itu.

Ia dikenali sebagai ‘Senarai Presiden’

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda SPDP, Tiong King Sing turut disebut-sebut untuk bertanding jawatan itu.

Tiong ialah antara nama yang terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

SPDP ditubuhkan pada tahun 2002 selepas krisis kepimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Beberapa pemimpin SNAP yang menubuhkan SPDP selepas itu menyertai BN manakala SNAP menjadi pembangkang walaupun sebelum itu SNAP merupakan salah satu sekutu rejim BN di Sarawak.

PAS akan siasat dalang di sebalik demonstrasi

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang di sebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily ketika beliau diminta mengulas perkembangan terbaru itu.

"Saya telah arahkan setiausaha perhubungan PAS Selangor untuk buat siasatan penuh siapakah dibelakang demo ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily lewat petang tadi.

Beliau juga diminta mengulas sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan penyokong dan pengundi PAS itu benar-benar dari PAS atau tajaan pihak tertentu.

Menurutnya,maklumat awal yang diperolehi mendapati tiada ahli atau mana-mana unit serta cawangan PAS terlibat dalam himpunan tersebut.

"Maklumat awal saya diberitahu tidak seorang pun ahli PAS, atau mana-mana unit atau cawangan PAS terlibat dalm demo ini," katanya lagi.

Pagi tadi 21 pemuda berkumpul di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor bagi menyerahkan memorandum mendesak PAS mengakaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat Selangor.

Mereka kononya tidak berpuas hati terhadap pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa mengenepikan PAS dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

Bagaimanapun memorandum tersebut tidak berjaya diserahkan siang tadi dan hanya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali esok.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dilaporkan menafikan penglibatan PAS dalam demonstrasi tersebut dan mendakwa ianya fitnah pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat Selangor.

Sebelum ini, Harakahdaily menerima satu maklumat melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS, memaklumkan tentang perhimpunan tersebut yang akan diadakan hari ini.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," sebahagian sms itu dipetik.

Bagaimanapun setelah diselidiki, sms itu datangnya dari salah seorang penggerak Umno negeri itu.

Satu sumber memberitahu Harakahdaily bahwa Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Gerak cadang suruhanjaya diraja siasat Dr Mahathir

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) gesa ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis buku antarabangsa, Barry Wain bahawa sepanjang 22 tahun pentadbiran perdana menteri ke-empat hampir RM100 bilion dibazirkan dan berlakunya rasuah.

Gerak juga menggesa agar siasatan Suruhanjaya DiRaja itu nanti melibatkan dakwaan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap mantan perdana menteri ke-lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan penggunaan wang bernilai RM 270 bilion dalam masa lima tahun.

Demikian kata Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi Gerak Malaysia dalam satu kenyataannya.

Menurut Nazree, siasatan yang adil perlu dilakukan bagi mengembalikan nilai kredibiliti kepimpinan negara dan ranking Malaysia dalam tangga persepsi indek rasuahnya yang jatuh pada tangga ke-57 pada tahun 2009.

Dakwaan berlakunya penyelewengan dan rasuah sepertimana yang didakwa melibatkan kedua-dua mantan perdana menteri ini wajar disiasat kerana ianya melibatkan suatu jumlah yang begitu besar sehingga mencecah billion ringgit, tambahnya.

"Jika dakwaan ini tidak disiasat sebaiknya, Gerak bimbang fenomena penyelewengan dan rasuah berskala mega akan menjadi amalan para pemimpin negara pada masa hadapan.

"Hakikat ini tidak boleh kita nafikan kerana situasi kekukuhan ekonomi negara juga amat bergantung kepada tahap integriti pengurusan sumber khazanah negara," katanya lagi.

Menurut Nazeri, kebolehpercayaan para pelabur asing terhadap kestabilan ekonomi negara akan tergugat jika pemain-pemain rasuah politik-ekonomi secara terus-terusan menjadikan sektor perekonomian negara sebagai sarang rasuah yang boleh mengakibatkan kualiti ekonomi sesebuah negara merudum.

Jika khazanah negara seperti petroleum dan sumber asli yang lain tidak diuruskan dengan penuh integriti, maka tidak mustahil untuk kita menegaskan bahawa ketidakstabilan ekonomi yang agak meruncing pada hari ini adalah diakibatkan oleh perlakuan jenayah rasuah berskala mega, katanya.

Rasuah berskala mega seumpama ini perlu dihentikan dengan memulakan pendakwaan segera terhadap individu-individu berprofil tinggi termasuklah yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara dan negeri, tambah beliau lagi.

GMI terkejut menteri kata semua sokong kekal ISA

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa semua pihak sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin itu tidak menggambarkan persetujuan semua pihak kerana pertemuan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melibatkan semua pihak.

GMI khususnya dan beberapa badan bukan kerajaan yang lantang menuntut ISA dimansuhkan seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga tidak dipanggil menghadiri sesi Pertemuan Awam dengan KDN bagi berbincang mengenai akta tersebut.

"Banyak prsoalan yang timbul daripada kenyataan Datuk Seri Hishamuddin itu. Yang dikatakan sepakat (ISA dikekalkan) itu siapa? Siapa yang terlibat dalam pertemuan itu?

"Setahu saya badan bukan kerajaan seperti GMI, SUARAM dan JIM yang ke depan dalam isu ini tidak dipanggil. Bagaimana dengan bekas tahanan ISA, ahli keluarga, peguam yang ada pandangan berbeza dan meluas dalam isu ini?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Syed Ibrahim turut berkata, Hishamudin juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam melihat akta ini secara menyeluruh apabila gagal menunaikan janji untuk membentang dan membahaskan pindaan mengenai ISA pada sesi Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Kenapa akta ini hanya akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang? Menteri tidak tunaikan janjinya. Sedangkan masa Datuk Seri Najib baru jadi PM, beliau minta ISA dikaji kemudian dibentangkan.

"Kalau betul kerajaan mengambil kira pandangan rakyat, mereka sepatutnya berusaha untuk membentangkan mengenai ISA baru-baru ini, bukan melengah-lengahkannya,"tegasnya.

Beliau turut mendakwa, kenyataan Hishamuddin untuk meminda ISA hanya sekadar untuk menawan kembali rakyat yang 'atas pagar' agar kembali memberikan sokongan penuh kepada kerajaan dengan menabur pelbagai janji manis.

Namun kata Syed Ibrahim, pada hakikatnya tiada sebarang perubahan berlaku sejak dari awal akta ini ditubuhkan sehinggalah usianya sudah mencecah 40 tahun kini.

"Saya yakin ini semua cara untuk menawan orang atas pagar dengan menunjukkan kononnya perubahan telah berlaku, kerajaan ambil kira pandangan rakyat, tapi hakikatnya tidak ada sebarang perubahan yang berlaku dalam ISA. Ia kekal 100 peratus.

"Sesiapa sahaja boleh ditahan di bawah akta ini pada ketika ini. Sekarang ini masih ada lagi sembilan orang yang ditahan dan salah seorangnya sudah lebih tujuh tahun dalam tahanan.

"Tapi itu semua orang tidak nampak sebab kerajaan pandai menyembunyikan perkara sebenar," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menyokong Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia yang menggesa kerajaan melantik sebuah jawatankuasa pilihan parlimen bagi mendapatkan maklum balas awam sebelum pindaan terhadap ISA dibahaskan di Parlimen.

Menurutnya, isu besar yang melibatkan hak asasi rakyat itu harus segera dibawa ke parlimen untuk diselesaikan.

"Saya bersetuju dengan cadangan NUJ itu. Memang perkara ini perlu ditangani di peringkat Parlimen. Apa-apa perubahan ianya perlu dibincangkan di Parlimen kerana undang digubal di peringkat Parlimen. Kalau dari segi jawatankuasa tindakan, teknikal mesti dijawab di Parlimen supaya skop perbincangan boleh diperluas.

"ISA ini kuasa eksekutif. Kami sangsi apabila pihak yang buat kajian ialah badan eksekutif, dan buat keputusan pun badan yang sama," ujarnya.

Setiausaha Agung NUJ, V.Anbalagan Sabtu lalu dilaporkan sebagai berkata, perbincangan mengenai pindaan kepada akta itu tidak harus tertumpu kepada satu kumpulan kecil.

Beliau turut mendakwa, sebagai kumpulan berkepentingan, NUJ tidak dipelawa ke sebarang perbincangan oleh KDN ataupun pendapatnya diminta.

Beliau menyebut sebagai contoh penahanan seorang wartawan selama 18 jam tahun lepas berhubung sebuah artikel.

Sementara itu, GMI ujar Syed Ibrahim, tetap dengan pendirian menuntut kerajaan memansuhkan terus akta zalim itu meskipun usaha-usaha yang dilakukan ini tidak diendahkan pihak kerajaan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, GMI sedang dalam perbincangan untuk mengadakan satu sesi pertemuan dengan semua ahli parlimen sebagai platform untuk menyampaikan maklumat berkenaan ISA serta sebab ia perlu dimansuhkan, bukan dipinda seperti yang dicadangkan.

Bagaimanapun, ianya perlu mendapat persetujuan daripada Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami mungkin akan adakan sesi (perbincangan) dengan semua ahli parlimen tapi saya percaya yang akan datang cuma ahli Parlimen pembangkang sahaja. Kami kena bincang dengan Ketua Pembangkang (Anwar)khususnya supaya ia dapat diadakan," katanya.

Beliau turut menyeru Hishamuddin khususnya agar memberikan ruang kepada GMI untuk memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai kepentingan ISA dimansuhkan.

GMI tegasnya sentiasa bersedia untuk berdialog dengan pihak KDN demi memastikan ISA dimansuhkan.

"Hishamuddin tolong bagi ruang kepada GMI.Walaupun sebelum ini beliau tidak layan permintaan kami untuk mengadakan pertemuan, tapi kami sentiasa bersedia. Panggil kami, kami sedia datang. Selain demonstasi, kita masih ada ruang untuk berdiskusi dan berdialaog," katanya.

Khamis lalu, Hishamuddin berkata, pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 akan dibentang dan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Hishammuddin berkata, berikutan pertemuan dan perbincangan awam dengan kumpulan-kumpulan sasaran, Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-undang kini berada di peringkat akhir kajian semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan semasa sesi berkenaan sebelum pindaan dibentangkan di Parlimen.

Kerajaan Bertanggungjawab Jika Tanah Mendap Akibat Kecuaian DBKL

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan bertanggungjawab terhadap kejadian tanah mendap yang berlaku di Taman Cuepacs, Segambut dekat sini, jika laporan siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata pihaknya telah mengarahkan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) untuk menjalankan siasatan dan laporan lengkap mengenainya akan siap dalam masa tiga bulan.

"Saya diberitahu IKRAM telah memasang tiga meter pengesan pergerakan tanah di kawasan ini. Sementara menanti siasatan selesai, pihak DBKL dan IKRAM akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

"Jika didapati perlu pindah, kami akan arahkan pemilik rumah untuk pindah," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian dan menyampaikan sumbangan kepada tujuh pemilik rumah yang terlibat.

Setiap keluarga menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM1,100 daripada DBKL, Yayasan Kuala Lumpur dan Umno Bahagian Segambut. Raja Nong Chik berkata pemilik rumah terbabit turut ditawarkan pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong sebagai kediaman sementara.

"Atas permintaan penduduk, pihak DBKL juga akan membantu mereka berbincang dengan pihak bank untuk menangguhkan dahulu bayaran pinjaman perumahan," katanya.

Menurut Thanaletchumi Chelladurai, 38, pemilik sebuah daripada rumah yang terlibat dalam kejadian tanah mendap itu, beliau mula menyedari terdapatnya rekahan di bahagian belakang rumah pada pertengahan bulan lepas.

Rekahan tersebut semakin besar selepas berlakunya hujan selama dua minggu berturut-turut, katanya.

Beliau yang baru membeli rumah tersebut tahun lalu dengan harga hampir setengah juta ringgit, mengesyaki terdapat kerosakan pada sistem perparitan di kawasan itu yang menyebabkan air hujan terkumpul dalam tanah lalu mengakibatkan mendapan.

PAS Dakwa Tak Ada Anggotanya Sertai Demonstrasi Di Selangor

BERNAMA


KOTA BAHARU: Pas berkata tidak ada anggotanya yang terbabit dalam perhimpunan mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang yang diadakan di hadapan Pejabat Perhubungan Pas Selangor semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata siasatan awal mendapati mereka yang terbabit bukanlah anggota Pas.

"Jika benar mereka anggota Pas sudah tentu mereka akan diheret kepada jawatankuasa disiplin parti tetapi kita telah menyiasat termasuk jurucakapnya dan didapati mereka bukan ahli kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ijtimak Ulamak Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.

Pada perhimpunan itu kumpulan turut mengemukakan 13 perkara dalam memorandum untuk mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.

Jurucakap kumpulan yang menamakan diri mereka Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas, Wan Hilman Wan Ibrahim, berkata tindakan itu diambil kerana mereka mahukan Pas terus kekal sebagai sebuah parti politik yang tidak perlu bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pula berkata perhimpunan itu sebenarnya sengaja diadakan untuk memburukkan imej Pas.

Katanya anggota Pas tidak akan mengadakan perhimpunan seperti itu kerana mereka sudah masak dengan keadaan politik.

NGO alam sekitar boleh diharam jika gugat negara

BERNAMA


Pendaftaran Sahabat Alam Malaysia (SAM) sebagai sebuah NGO yang sah boleh dibatalkan sekiranya ada bukti kukuh ia menjalankan kegiatan yang menggugat kepentingan negara, kata Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Datuk Mohd Alias Kalil di Miri hari ini.

Namun, katanya, sehingga kini pihaknya belum lagi menerima sebarang aduan rasmi terhadap SAM yang seringkali terlibat dalam aktiviti menentang perusahaan pembalakan dan perladangan komersial selain pembinaan empangan di negara ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semasa melawat pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di sini, beliau berkata masih banyak maklumat diperlukan sebelum pihaknya dapat mengambil tindakan terhadap pertubuhan itu yang telah bergiat sejak lebih 30 tahun lepas.

Beliau berkata pihaknya akan membuat pemantauan rapi terhadap SAM atau NGO lain yang cuba memperjuangkan objektif mereka secara keterlaluan.

Menurutnya, apa-apa tindakan mereka pendaftar pertubuhan juga perlu disusuli dengan tindakan daripada agensi-agensi berkaitan lain di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan pertubuhan itu tidak bergiat secara haram setelah pendaftaran mereka dibatalkan.

Mohd Alias berkata sepanjang tahun ini, sebanyak 705 buah pertubuhan di seluruh negara telah dibatalkan pendaftaran mereka.

Katanya, namun hanya sebilangan kecil sahaja tindakan pembatalan itu berpunca daripada pertubuhan yang didapati telah melanggar syarat-syarat kelulusan untuk mereka bergiat secara sah.

"Sebahagian besar daripada pertubuhan yang terbatal pendaftaran mereka kerana adalah kegagalan untuk mengemukakan penyata tahunan mereka," katanya.

Siasat penyelewengan RM160 juta di GLC

BERNAMA


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menyiasat mengenai dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membabitkan kira-kira RM160 juta.

Setiausaha agung Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Ezaruddin Abd Rahman berkata kelab itu menerima maklumat bahawa penyelewengan yang dilakukan dalam anak syarikat GLC yang berusia lebih 50 tahun itu dikesan sejak 2006.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum mengenai dakwaan penyelewengan itu kepada penolong kanan penguasa SPRM Azlin Mohd Ali di pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan.

Memorandum itu antara lain mendakwa pemberian tender yang tidak mengikut prosedur dan syarikat yang diberikan tender tersebut merupakan syarikat di mana seorang daripada anggota lembaga pengarah GLC itu mempunyai kepentingan di dalamnya.

Memorandum itu turut mendakwa mesin yang dibekalkan oleh syarikat tersebut juga menimbulkan masalah dan kerugian.

Ezaruddin berkata pihaknya juga akan menyerahkan memorandum itu kepada Pejabat Perdana Menteri.

Kelab Belia Graduan 1Malaysia merupakan NGO yang terdiri daripada golongan profesional muda pelbagai bidang di seluruh negara yang ditubuhkan pada 10 November lepas dan kini mempunyai 8,000 anggota.

Siswa giatkan kempen bantah e-undi

Abdul Rahim Sabri
(kemaskini 4.44pm)


Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) mempertingkatkan kempennya menentang sistem pengundian berkomputer (e-undi) yang digunakan di beberapa kampus universiti awam, terbaru bakal dilaksanakan di Universiti Malaya.

Dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), satu forum bagi membantah sistem tersebut dijadual diadakan di Akademi Pengajian Islam (API) pada 1 Januari ini.

Pensyarah terkenal Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari, wakil rakyat PKR Chang Lih Kang dan exco Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Shafie Hashim akan membahaskan kontroversi tersebut forum 'E-Undi dan Masa Depan Demokrasi Kampus'

Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, exco MPMUM Mohd Aizat Mohd Salleh berkata forum tersebut merupakan kemuncak program BANTAH menentang sistem e-undi yang akan diperkenal pada pilihan raya kampus tersebut, pertengahan bulan depan.

BANTAH, yang diketuai Mohd Aizat, ditubuhkan atas daya usaha kumpulan siswa dari UM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ia diwujudkan selepas UM dan Universiti Utara Malaysia (UUM), yang telah melangsungkan pilihan raya kampus Oktober lalu, memperkenalkan kaedah pengundian elektronik.

Kaedah e-undi mula diperkenalkan di UPM pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - juga dalam suasana penuh bantahan.

Selain menerima bantahan bertubi-tubi daripada beberapa kumpulan pelajar sejak ia diperkenalkan, kumpulan pelajar UPM sendiri pernah memulaukan pilihan raya kampus mereka selama dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006.

UKM, UPM, UIA dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka mengadakan pilihan raya kampus masing-masing bulan depan. Tiada ura-ura pelaksanaan e-undi di UKM, UTM dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Mohd Aizat menambah, pihaknya kini sedang membuat persiapan untuk memastikan forum yag dirancang mulai 8.30 malam itu menjadi lancar.

Tambahnya, Abdul Aziz dan Chang sudah menyatakan persetujuan mereka untuk hadir.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Perisian UM Dr Chiew Thiam Kian membatalkan hasratnya sebagai pembicara di forum itu atas sebab-sebab tertentu, kata Mohd Aizat.

Mulai Oktober lalu, BANTAH mengadakan kempen penerangan mereka di kampus seluruh negera, termasuk menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

MB bukan Melayu: K'tan sedia pinda perlembagaan

BERNAMA


Kerajaan PAS Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama
Islam menjadi menteri besar negeri itu.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan PAS sejak memerintah Kelantan pada 1990.

"Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi menteri besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.

Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.

"Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.

"Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi menteri besar sudah tentu Islam itu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama," katanya.

Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya.

Ean Yong terkejut sikap ketua polis S'gor

MALAYSIA KINI


Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah melahirkan rasa terkejutnya terhadap polis Selangor yang mendakwa beliau mengarahkan polis menghentikan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Dalam ucapan tersebut, Guan Eng meluahkan pendapat bahawa Teoh Beng Hock dibunuh dan ucapan tersebut dianggap sebagai cuba menghasut dan mempengaruhi orang awam oleh pihak polis," katanya hari ini.

"Sebenarnya (dalam) kenyataan di Malaysiakini, saya hanya menyeru kepada pihak polis supaya menghentikan siasatan ke atas Guan Eng dengan serta-merta, kerana rakyat ingin polis menyiasat kisah sebenar kematian Teoh."

Bekas ketua Teoh itu, yang mati dalam keadaan kontroversi Julai lalu sewaktu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar seperti dilaporkan media hari ini.

Ean Yong menambah, beliau sedia disiasat polis berhubung kenyataannya itu.

"Jika polis mendapati saranan (saya) sebegini keterlaluan, mereka boleh membuat keputusan dengan sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya ingin menegaskan bahawa walaupun saya merupakan seorang ahli exco, tetapi saya langsung tiada sebarang kuasa untuk mengarahkan pihak polis untuk membuat sesuatu. Hanya menteri dalam negeri atau perdana menteri mempunyai kuasa tersebut."

Kena sedar diri

Oleh talikasutkayu


"Heboh diperkatakan khabar angin melalui khidmat pesanan ringkas (sms)yang mendakwa kononnya ramai penyokong PAS Selangor akan berkumpul dihadapan pejabat PAS semalam, kononnya bagi mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Tidak mustahil ini adalah kerja-kerja Umno yang masih belum berpuas hati kekalahan mereka di Selangor.

Dikhabarkan tahun 2010 adalah petanda Umno akan menguasai Selangor. Umno masih tidak boleh menerima hakikat kekalahan teruk mereka pada pilihanraya umum lepas dan mereka berusaha keras menghancurkan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Umno kini sebagai pembangkang di Selangor,Kelantan,Kedah serta Pulau Pinang(Di Perak masih rakyat menganggap Zambry MB Haram)masih menganggap BN adalah parti yang layak mentadbir negeri. Mereka tidak berpuas hati kemahuan rakyat seolah olah undi rakyat dipersetankan.

Oleh sebab itu segala usaha Pakatan Rakyat adalah usaha bodoh dimata mereka. Umno melakukan serangan hendap(ambush) supaya matlamat dan cita cita untuk mengambil alih kuasa Pakatan Rakyat tercapai serta menutup kelemahan dan kebodohan mereka. Mereka melakukan serangan peribadi dan memburukkan identiti wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti usaha usaha menjatuhkan Dr Hassan Ali dan dikenakan tindakan disiplin,mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan,memusnahkan kredibiliti pucuk pimpinan PAS serta Keadilan,menghina DAP dengan isu perkauman dan banyak lagi isu isu yang tidak masuk akal.

Sesungguhnya rakyat dipertontonkan kebodohan Umno oleh Umno itu sendiri.

Berbeza dengan PAS,Keadilan dan DAP (Pakatan Rakyat),walaupun mereka pembangkang di negeri negeri petadbiran Umno (BN),mereka menegur salah laku pimpinan Umno dalam isu rasuah,penyalahgunaan kuasa,ketidak telusan pentadbiran,sikap pemimpin Umno yang tidak bertamadun untuk kebaikan agama,bangsa dan negara tanpa menyentuh isu peribadi kerana Pakatan Rakyat sedar mereka adalah pembangkang dan itu kemahuan rakyat.

2 rentak berbeza menjadi penilaian rakyat yang mana intan yang mana kaca. Hasil penilaian ini akan diterjemahkan dalam pilihanraya akan datang. Pastikan Pakatan Rakyat adalah yang terbaik dimata rakyat.

Untuk Umno kalau dah pembangkang buatlah cara pembangkang.

http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/"

Kumpulan Desak Keluar Pakatan Bukan Ahli PAS


http://buletinonline.net/images/stories/berita17/Chukai%20007.jpg

KUALA LUMPUR - Kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah terdiri dari mereka yang bukan dikalangan ahli parti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti PAS.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.

Kumpulan tersebut telah menyebarkan SMS fitnah menyatakan para penyokong PAS akan mengadakan satu himpunan
mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat yang didakwa akan diadakan pada Ahad 27 Disember 2009 (Hari ini) jam 11:00 pagi di Pejabat PAS Selangor No. 13C, Tingkat. 3 Blok 1, Worldwide Business Centre, Seksyen. 13, Shah Alam.

Buletinonline turut menerima SMS tersebut yang berbunyi "Memorandum akan diserah kepada Dr Hassan Ali. Kini ISLAM semakin ditindas oleh DAP & PKR,"

Sehubungan itu, fitnah yang menjadi-jadi akibat dari liputan akhbar yang terlalu bebas mengambil sebarang kenyataan dari mana-mana pihak tanpa melihat otoriti pihak kini menjadi satu beban kepada PAS.

Justeru,
PAS akan menggunakan mekanisme khas yang hanya membolehken sesetengah pemimpinnya mengeluarkan kenyataan media, dipercayai usaha terbaru parti itu untuk mengawal impak kerosakan akibat liputan media massa

Di bawah mekanisme itu hanya pemimpin tertentu dalam PAS sahaja yang akan dibenarkan mengeluarkan kenyataan media.

Perkara itu dinyatakan oleh timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa ketika sesi soal jawab pada program Munaqasyah Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS-55 PAS Pengkalan Chepa, malam tadi.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan butiran barisan pemimpin yang bakal diberi kebenaran.

“PAS memang mengambil perhatian serius terhadap perkara itu. Dan, kita telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Syura ulama diadakan hampir dua minggu lepas,” katanya yang dilaporkan rakan media Mohd Zuharman Mohamad Nor.

MB Terengganu Beri Jawapan Tak Betul !


Chukai, KEMAMAN – Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah memberi jawapan yang tidak betul berkenaan kereta kerajaan yang menyelewengkan penggunaan minyak.

http://buletinonline.net/images/stories/berita13/curiduitindent1.jpg

Menurutnya, Ahmad menjawab demikian, demi untuk menutup kelemahan pentadbirannya yang dipertikaikan oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

“Tidak betul, dia nak tutup kelemahan dia, dia kata pasal kereta konvoi, jadi kereta lain tak ada kad (indent) minyak, pasal apa jadi gitu, kereta kerajaan semua ada kad (indent) minyak,”katanya ketika ditemui selepas ceramah penerangan isu sidang DUN di sini semalam.

Katanya, semua kereta atau kenderaan milik kerajaan memiliki kad (indent) minyak masing-masing, bahkan menjadi satu kesalahan sekiranya sesebuah kereta menggunakan kad (indent) minyak kereta lain.

Katanya beliau telah menyemak dengan pihak Jabatan Audit Negara berkenaan jawapan yang diberikan oleh Ahmad dalam Sidang DUN baru-baru ini.

Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf (ADUN) Mempelam telah menimbulkan isu penyelewengan pemggunaan minyak kenderaan milik kerajaan sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2010, Ahmad Said cuba menafikan kegitan mencuri minyak dikalangan pemandu kenderaan kerajaan yang menyeleweng dengan mengatakan kereta-kereta tersebut mengisi minyak secara beramai-ramai dan tidak mempunyai kad (indent) minyak, lalu mengisi minyak menggunakan satu kad (indent) minyak sahaja.

Jawapan Ahmad juga menolak kesahihan Laporan Ketua Audit Negara yang telah dikeluarkan pada 22 Julai, 2009

”Ahmad sepatutnya mengambil tindakan mengelakkan kejadan berulang, kerana saya telah dimaklumkan oleh Bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, penyelewengan penggunaan minyak oleh kenderaan kerajaan telah berlaku sejak lama dulu,”kata Wahid dalam ceramah yang disampaikannya.