KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang digantung selama enam
bulan berkuat kuasa serta-merta selepas mengingkari arahan Speaker Dewan
Rakyat hari ini.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mengambil tindakan
itu mengikut Peraturan 44(3) Peraturan Mesyuarat Parlimen selepas Kit
Siang yang juga Ketua Parlimen DAP enggan mematuhi arahan supaya
berhenti mengganggu perjalanan persidangan.
Usul penggantungan Kit Siang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.
Kekecohan bermula apabila Kit Siang berterusan mengganggu sidang ketika
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu membentangkan kajian
persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Kekecohan itu berlaku ekoran pembangkang didakwa cuba melengah-lengahkan usul ini daripada dibentangkan.
Selain Kit Siang, usul itu juga dibantah Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan