Oleh sakmongkol AK47
Orang
Melayu mesti sedar perkara ini. Bila Najib kata kalau PR menang, DAP
akan perintah negara- dia DUSTA. Bila dia kata Nik Aziz anggap penerima
BR1M adalah haiwan- dia DUSTA lagi!. Yang Nik Aziz kata ialah UMNO
memperlakukan penerima BR1M seperti ayam yang diberi makan denak. Najib
PENDUSTA. Dan semua orang tahu bila Najib kata dia tak kenal Ziana
Zain dan Altantuya- dia DUSTA lagi.
Tuhan tak beri kita
dekat dengan Pendusta. Dia beri BR1M kepada rakyat kerana hendak beli
kesetiaan rakyat dan lembutkan hati rakyat. Maka dia berlakun cakap
lembut macam pondan kerana hendakkan orang lembut kepada dia. Dia
rasuah orang sana sini, sebab rupa2 nya , dia laki bini balun duit
rakyat.
Najib guna Islam untuk sumpah sana sini dan menghina orang
lain.dia sebut maqasid shar-iyah, wasathiyah dan lain2 tapi nak beri
contoh najis mughallazah, dia tak tahu. Orang kata Allah swt- dia kata
Allah saw. Orang kata Muhamad saw , dia kata Muhammad swt.
Bila
kita hendak beri pendidikan percuma, turunkan harga minyak, hapuskan
sabsidi kepada IPP- yakni bila kita hendak buat kebaikan, dia mahu
teruskan kezaliman. Pengikut nya kasar, simbah cat, maki hamun orang,
baling batu dan kayu, tikam orang, merusuh sana sini. Najib lagak macam
kepala gangster kerana dia ingat UMNO ada 3.2 juta ahli. Tapi dalam PRU
2008, calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi.
Dan bila orang suka
kepada Islam, dia kata kalau system Islam dilaksanakan negara akan huru
hara. Ertinya, dia anggap apa yang ada dalam Quran hanya cerita orang
zaman dahulu.
Orang Melayu yang beragama Islam hanya ada satu
pilihan keatas orang seperti Najib- singkirkan dia dan UMNO dalam PRU13
ini. Melayu tdak mati, dan yang melindung orang Melayu ialah keyakinan
kepada undang2 dan sebuah kerajaan yang adil didalam nya ada pemimpin
yang baik2.
Budaya UMNO sejak tahun 1981, ialah budaya perompak.
Setiap projek untuk rakyat sebenarnya adalah suatu rencana membalun dan
melanun rakyat. Dalam UMNO, samun dan rompak sudah diinstitusikan. Makna
nya, samun dan rompak sudah menjadi keperangaian kedua- second nature
kepada UMNO.
Kenapa jadi begini? Sebab falsafah yang melandasi
perjuangan UMNO sejak tahun 1981, bila mamak bendahara mengambil alih
kerajaan, berubah. Kepentingan rakyat diganti dengan kepentingan
peribadi dan kepentingan kroni. Masa depan pemimpin UMNO dan kroni
adalah masa depan gemilang dan penuh kemewahan. Masa depan rakyat adalah
suatu masa depan yang kelam dan banyak kesusahan.
Seperti yang
saya nyatakan- UMNO mahukan kesamaan dalam hasil- equality in outcome.
Semua orang mesti tamatkan perlumbaan pada masa yang sama. Oleh kerana
matlamat UMNO ialah equality in outcome- ianya menyebabkan campurtangan
kerajaan dalam proses ekonomi. Kerajaan membesarkan penglibatan dengan
meletakkan syarat2 dan halangan2 menyekat suatu kelompok manakala
mempromosi kelompok yang lain.
Kelompok terbanyak berdepan dengan
masa depan yang pernah dilalui oleh S Jibeng, Yahya Sulong, anak P
Ramlee, dan Saloma. Kelompok terpilih yang ada bin dan binti yang
tertentu- jadi kaya raya dan mewah. Ini lah system UMNO. Lihat kaedah
UMNO merompak negara melalui mempromosi projek2 gila. Dalam artikel yang
lalu, kita lihat bagaimana ketika Syed Mokhtar cemas melihat projek
EDTP nya dibatalkan, dia guna Gamuda dan Shah Hakim dan anak Pak Lah dan
seterus nya laki Jaqueline.
Apa Effendi dapat? Kerana memberi
buah fikiran yang geliga ini, Effendi meminta CEO Lin Gamuda membiayai
hobi Tiara Jacqueline membuat filem dan teater. Dengan cara itu, Tiara
Jacqueline ada wang yang banyak untuk mempersembahkan drama Melayu yang
glamour dan termahal pada saat ini -- Puteri Gunung Ledang. Lin dan
Syed Mokhtar juga mengongkosi projek2 kesukaan isteri Pak Lah- Kak
Endon. Projek2 tersebut termasuklah Pride Foundation and Endon Award for
Performing Arts Excellence scholarship fund.
Pak Lah dan
keluarga dan rakan2 kabinet lain nya mahu mengajar , Syed Mokhtar dan
rakan lanun nya Lin, suatu pengajaran kerana menepikan Pak Lah pada
zaman Mahathir. Hangpa semasa Mahathir, tengok aku pun hangpa tak mau.
Sekarang aku PM, mampuih hang. Aku buat hangpa tercirit, noo. Cara nya-
buar MMC-Gamuda bayar apa2 hobi kesukaan Pak Lah.
Pak Lah si
pencari damai abadi sebenar nya menyambung apa yang lazim dilakukan oleh
dan kepada pemimpin tertinggi UMNO. Perkara yang serupa dilakukan oleh
tauke2 besar kepada Tun Siti Hasmah.
Sekarang syarkat2 gergasi
yang mendapat projek2 kerajaan berpentesan kaki membodek bini Najib,
Rosmah Mansor. Dan media arus perdana akan memasyorkan sumbangan yang
diberi oleh perompak2 korporat tadi kepada Kak Mah. Puak2 inilah yang
mebiayai ketagihan Rosmah kepada beg tangan Hermes Birkin dan permata
berlian.
Cerita mengenai pemberian EDTP tentulah tidak lengkap
tanpa memberitahu pembaca bahawa pengerusi cabinet mengenai
Infrastructure ketika itu, ialah Najib sendiri. Najib mengesahkan hidup
semula EDTP kerana Syed Mokhtar bersetuju, bahawa adik beradik Najib
akan mendapat bahagian mereka dalam projek ini. Dan bahagian mereka,
bukan lah kecil, woi.
Nazim Razak (Jim) ialah arkitek yang akan
reka bentuk stesyen2 projek landasan berkembar itu. Nazir Razak (Jay)
bos CIMB akan menjadi bank saudagar kepada projek itu. Nizam Razak
memberi khidmat nasihat kewangan dan penjualan saham. Peranan Najib
ialah menghidupkan projek tersebut.
Kalau semua perompak dapat
bahagian masing2, mengapa pihak Shah Hakim mahu menyaman Syed Mokhtar?
Sebab Syed Mokhtar janji nak beri RM600juta, tapi kemudian menurunkan
komsiyen kepada RM300juta. Mana cukup!
Shah Hakim telah pun
mempengaruhi Effendi Norwawi supaya membahagikan projek tersebut kepada 2
bahagian– kerja2 Infrastructure dikurniakan secara langsung kepada MGJV
pada kos RM10 billion tapi kerja2 Systems bernilai RM2.38 billion
diberi kepada kontraktor yang dipilih oleh kerajaan. Dan kerja2 sistem
dicadangkan diberi kepada NR Sistem, syarikat yang diujudkan oleh Shah
Hakim untuk kepentingan dia dan geng2 penyamun yang lain.
Daripada harga RM2.38b ini berapa bahagian Shah Hakim? Budak ini mahu
sapu 30% yakni, RM600juta. Syed Mokhtar naik berang- dia mengadu kepada
Mamak Mahathir bagaimana Pak Lah telah membatalkan EDTP dan sekarang
Syed Mokhtar terpaksa menggunakan khidmat Shah Hakim yang akan
mengenakan yuran sebanyak RM600 juta ‘atas angin’.
Mahathir
mengeluarkan fatwa kepada Syed Mokhtar untuk melambatkan menanda tangan
perjanjian apa2 dengan NR Sistem untuk keraja2 Systems.
Najib
pulak menonjolkan diri sebagai pihak yang tidak memihak mana2 geng. Dia
tak kata dia sokong Mahathir, dan tak juga kata dia sokong Pak Lah. Tapi
kita tahu, Najib yang takut pada Mahathir tentulah menyokong Mahathir.
Yang penting bagi Najib, dia dah dapat bisnes untuk adik2 dia. Najib
tahu Mahathir masih berpengaruh maklum sahajalah Mahathir ialah
mursyidul am UMNO.
Fatwa dia yang terkenal ialah menyuruh orang
UMNO berkawan dengan syaitan daripada malaikat. Dan jika serangan
Mahathir berjaya, fikir Najib, dia dapat menggantikan Pak Lah tanpa
mencabarnya dalam pertandingan UMNO.
Dan mulai tahun 2007,
Mahathir memulakan serangan nya keatas Pak Lah dan memerli dan mengejek
Mr Clean. Pada masa yang sama, Syed Mokhtar mengarahkan Lin untuk
memaksa Seow dan Shah Hakim supaya menerima komisyen yang sudah
dikurangkan dari RM600juta kepada RM300juta. Kali ini, Shah Hakim dan
Kamaluddin pula naik berang sebab mereka fikir mereka dah bersetuju
bahagian 30% sebanyak RM600juta. Dan duit tersebut bukan sahaja
diperlukan oleh mereka tapi juga untuk membiayai PRU Pak Lah pada tahun
2008.
Syed Mokhtar ingkar memberi Pak Lah dana untuk berdepan
dengan PRU12. Mahathir menasihatkan Syed Mokhtar jangan komit apa2 janji
kepada Pak Lah kerana Mahathir mahu Pak Lah susah dalam PRU12 dan akan
ditendang keluar.
dalam system UMNO , orang yang mahukan
jawatan PM mesti bayar sana sini, atas bawah, depan belakang dan kiri
kanan. Kena merasuah dan membayar pengundi dan penyokong UMNO. Tanpa
dana, Pak lah tak dapat bayar untuk mendapat undi dan akan ditendang
keluar. Ini system dalam UMNO. System untuk orang yang istimewa dan
terpilih dan kaya.
Dan tanpa dana, rancangan dan pakatan jahat
Mahathir menjadi kenyataan. Pak Lah dapat keputusan teruk dalam PRU
March 2008 -- yang dilihat oleh ahli UMNO sebagai bukan sahaja
menyebabkan pencari Al Ghazali dan As Shafie kalah PRU tapi juga jatuh
muka. Tauke2 besar enggan membiayai kempen Pak Lah.
UMNO kalau
takde wang, akan jam tak boleh buat apa2. Ini membimbangkan imam2 perang
dalam UMNO dan mereka semua melaungkan darah Pak lah.
Selepas
PRU 2008, semua orang tahu lambat laun, Pak Lah terpaksa menyerah kepada
Najib. Syed Mokhtar, saudagar yang lihai, mengarahkan LIN supaya jangan
sign apa2 dengan Shah Hakim dan syarikat NR Sistem – walaupun untuk
komisyen yang dikurangkan kepada RM360juta. Kenapa? Sebab Pak Lah sudah
jadi harimau takde taring lagi dan tak dapat mengancam mereka. Syed
Mokhtar juga mahukan Kamaludin dan Shah Hakim meminta sedekah untuk
RM360juta yang CEO Lin janjikan kepada mereka.
Fakta nya, ialah
Syed Mokhtar tidak bercadang membayar Kamaluddin dan Shah Hakim
komisyen RM600 juta mahupun bahagian 33% atau RM3.3 billion dari harga
RM10 billion kerja2 Infrastructure EDTP.
Syed Mokhtar yang dapat semua-
dia dapat RM3.7billion dari harga keseluruhan RM12.4 billion untuk EDTP
ini. Jadi kalau hari ini, Syed Mokhtar beri UMNO RM500 juta tunai
seperti yang dia lakukan sekarang, jumlah tersebut sap sap suwe. Dia
akan balun lagi banyak melalui MRT, keretapi laju antara
Malaysia-Singapura. Hidup Melayu!
Dari episode tersebut lah kita
tengok syarikat Kamaludin Scomi di pinggirkan dalam projek2 dengan
kerajaan. Akhirnya, Kamaluddin Badawi dan Shah Hakim terpaksa menyaman
MMC – Gamuda dan mendedahkan dalam mahkamah bagaimana BN/Umno menyarai
pilihanraya mereka dan melanun dan merompak negara.
Cuba
bayangkan! Rencana Transformasi Ekonomi si Najib apa sebenarnya?
Kerajaan konon nya akan melaksanakan projek raksasa dengan alasan
memulihkan ekonomi tapi sebenarnya setiap projek yang dijalankan harga
nya di UMNOkan dan pihak2 mendapat bahagian masing2. Ini hukum faraid
style Mahathir yang diteruskan oleh Najib.
Dan bayangkan banyak
mana bahagian yang akan diperolehi oleh Syed Mokhtar dari projek MRT
yang dianggarkan bernilai RM50 billion. Kroni2 UMNO menjilat lelehan air
liur membayangkan untung 30%. Itu bersamaan dengan RM15 billion yang
Mat Arab akan agih2kan!
Bayangkan banyak mana UMNO rompak dan
sapu bila memberi projek pembinaan lebuh raya KIDEX kepada peguam UMNO
Hafarizam Harun, dan bekas Ketua Hakim, Zaki Azmi. Bayangkan banyak mana
UMNO sapu lagi apabila menjual lebuhraya sepanjang 26 kilometre Kuala
Lumpur-Putrajaya yang dikenali sebagai Maju Expressway (MEX), kepada
EP Manufacturing Berhad pada harga RM 1.7 billion.
Sedangkan kos
nya RM976.6 juta yang dibiayai dengan grant kerajaan atau duit kita
semua. Campurkan pula komisyen UMNO bila 1Malaysia Development Berhad
syarikat membeli syarikat pembekal kuasa letrik yang dimiliki oleh
Ananda. Harga nya ialah RM8 billion. Kalau komisyen 30%, bahagian UMNO
sudah mencecah RM2.4billion.
Semua ini menunjukkan bahawa UMNO
sedang mengumpul dana yang banyak untuk merasuah rakyat Malaysia. Pada
masa yang sama, inilah kaedah yang digunakan oleh pemimpin2 UMNO untuk
merompak dan melanun negara ini.
Ini cara UMNO dan budaya UMNO.
Ianya akan membengkrapkan dan memapa-kedanakan rakyat Malaysia.
Malaysia akan menjadi Greece untuk Asia jika kita menyingkirkan UMNO.
UMNO akan peras dan picit negara ini. Sebab itu orang Melayu khususnya
mempunyai alasan dan sebab menolak UMNO. Benar apa yang dikatakan oleh
pendita Zaaba- golongan penindas keatas bangsa Melayu ialah pemimpin
yang bersikap feudal seperti UMNO. Mereka akan menghisap darah rakyat
dengan menggadakan kos2 projek berlipat ganda dan rakyat membayar nya
dengan darah dan air mata.
Ini cara UMNO merompak dan melaunun
gera kita. UMNO mengawal pemberian kontrak dan beri kepada siapa yang
mereka suka. Projek diberi kemudian dibatalkan kemudian dihidupkan
kembali. Ia nya diberi nama baru dan akhirnya akan di pikul oleh
kerajaan. Melalui projek2 ini, UMNO dan pemimpin mereka dapat wang yang
banyak. Dengan wang yang dirompak inilah, masa depan gemilang lagi mewah
tercipta untuk pemimpin dan kroni UMNO. Masa depan untuk rakyat pula,
adalah suatu masa depan yang kelam dan gelap.
Berapa lama lagi bangsa Melayu boleh menanggung lintah darat seperti UMNO?
Siri 1 :Pengkhianatan keatas Orang Melayu
Siri 2 :UMNO Khianat Orang Melayu