KUALA LUMPUR – DAP yang tidak puas hati dengan tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggantung tiga ahli parlimennya, Nga Kor Ming, (DAP-Taiping) hari ini mendesak agar Speaker Dewan Rakyat itu meletakan jawatan.
Ia ekoran rasa kurang senang DAP yang mendakwa tindakan itu tidak menepati peraturan mesyuarat dengan tidak menubuhkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
“Tindakan dan surat Speaker 26 Mac iaitu semalam salah di sisi undang-undang dan beliau wajib letak jawatan kerana telah menghina Dewan Rakyat.
“Tak pernah ada ahli Parlimen digantung tanpa merujuk mana-mana jawatankuasa,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum itu, Datuk Ngeh Ko Ham (DAP-Beruas) yang digantung selama 10 hari daripada menghadirkan diri di Dewan Rakyat berkata, DAP akan mengemukakan usul untuk menentang keputusan keatasnya.
“Hari ini DAP diwakili Anthony Loke akan memfailkan usul supaya menarik balik keputusan Speaker.
“Kami berharap Parlimen akan membenarkan usul untuk kembali ke Parlimen dibenarkan,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Ko Ham dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) serta V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) digantung bermula Isnin lalu kerana menghina institusi Parlimen.
Arahan itu dikeluarkan oleh Pandikar yang dibacakan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Tindakan itu dibuat selepas mereka bertiga enggan memohon maaf secara terbuka kepada Pandikar. – MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan