Ahad, 25 Mac 2018

Tun M Perlu Buktikan Kejantanan, Hadir Forum 3 Vs 1

 
 



My Nation News – Tiga panel dikatakan sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai forum dengan tajuk perbincangan “Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi,” dijangka diadakan pada 29 Mac ini.

Berdasarkan poster disebarkan ini, ia turut menyenaraikan Dr Kamarul Zaman Yusoff yang diperlekehkan selepas Wacana Sinar Harian baru-baru ini bagi membincangkan tajuk yang sama.

Kali ini, ia pasti lebih hangat kerana ia turut disertai Chegu Bard yang lantang menentang penerimaan Pakatan Harapan akan Dr Mahathir ke dalam gabungan itu selain melantik bekas perdana menteri itu sebagai Pengerusi.

Apakah Dr Mahathir akan menghadiri forum ini atau memberi alasan bagi mengelak dari menjawab pelbagai persoalan terutama dari Chegu Bard?


Tiada ulasan: