Khamis, 29 Mac 2018

Undi Cina mungkin terjejas jika guna logo PKR atau Amanah

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dijangka perlu bekerja keras untuk menyakinkan pengundi mereka terutama kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekiranya mereka perlu memilih sama ada mahu menggunakan logo PKR atau Amanah.
 
Menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, sekiranya pembangkang gagal menguar-uarkan mengenai pertukaran logo itu, tidak mustahil ia memberi kesan kepada pengundi Cina yang selama ini memberi undi kepada DAP.
 
"Mungkin akan mengganggu, jika maklumat pengguguran logo ini tidak disampaikan dengan berkesan kepada kaum Cina, kemungkinan besar akan menjadi tanda tanya buat mereka.
 
"Mereka mungkin tidak membaca surat khabar, bahkan mungkin menjana persepsi lain terhadap calon yang bertanding," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Kata Salawati lagi, penyebaran maklumat ini penting bagi memberi kefahaman kepada pengundi bahawa mereka perlu mengundi berdasarkan calon dan bukannya melihat kepada logo semata-mata.
 
"Melainkan jika PH berjaya menyampaikan maklumat ke akar umbi, terutama pada orang Cina, maka mereka akan faham.
 
"Maknanya, mereka kena lihat calon yang bertanding dan bukan pada logo," ujarnya.
 
Tambah Salawati, PH perlu mendedahkan pengguguran logo ini dengan lebih meluas agar tiada tindak balas negatif daripada pengundi Cina.
 
Beliau juga menjelaskan bukan hanya setakat surat khabar malah platform media sosial digunakan bagi memberi pemahaman kepada pengundi.
 
"Ada baik dan buruk berkaitan isu ini, mungkin ada setengah pengundi yang faham, ada juga yang sebaliknya.
 
"Jadi pemahaman para pengundi cina adalah paling penting sekiranya mereka mahu mengundi DAP," jelasnya.
 
PH dijangka akan menggunakan logo PKR atau Amanah untuk digunakan calon gabungan empat parti pembangkang itu pada PRU14.
 
Pengumuman rasmi berhubung logo itu akan diadakan pada minggu hadapan.
 
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu telah berjaya mencapai kata sepakat berkenaan logo yang bakal digunakan, namun memerlukan sedikit masa lagi.
 
Sebelum ini, RoS berkata kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat agung pertama dan masalah DAP berhubung kesahihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) mereka menyebabkan kelewatan meluluskan permohonan PH.
 
PPBM sudah mengadakan mesyuarat agung pertama mereka pada Disember lalu, sementara RoS mengiktiraf barisan kepimpinan DAP

Tiada ulasan: