Ahad, 25 Mac 2018

WACANA DIRANCANG UNTUK ‘ANGKAT’ MAHATHIR


Wartawan Watan-Online




Masih lagi memperkatakan tentang wacana bertajuk “Apakah Tun Mahathir Terlalu Tua Untuk Menjadi PM” yang berlangsung Khamis lalu, sehinggakan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff menerima kritikan hebat penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, selepas program kontroversi itu berakhir, menurut sumber program berkenaan dikatakan diadakan bertujuan untuk mengangkat serta menonjolkan Mahathir masih berupaya menjadi Perdana Menteri meskipun mencecah usia 93 tahun.

Difahamkan, ahli panel program itu pada awalnya sudah dimaklumkan supaya membicara isu berkenaan dengan ‘memihak’ kepada bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan ‘arahan’ berkenaan datangnya daripada pihak penganjur ataupun individu tertentu.

Kamarul juga turut mendedahkan rasa kekesalan beliau dengan menderator program berkenaan iaitu, Nazri Kahar yang juga pengkagum Mahathir sehingga memberi lebih tumpuan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang hadir secara mengejut.

Media berkenaan juga sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila menganjurkan debat antara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Presiden ASWAJA, Dr Zamihan Mat Zin.

Zamihan tidak langsung menerima sebarang surat jemputan daripada penganjur untuk menyertai program itu.

“Semuanya telah dirancang untuk mengangkat Mahathir kononnya mempunyai aura dan digeruni ramai. Malah ahli panel juga diminta supaya mengangkat Mahathir.

“Akhirnya yang menjadi mangsa kepada permainan licik ini adalah Kamarul,” kata sumber.

Khamis lalu, Mahathir yang dijemput bagi menghadiri wacana berkenaan pada awalnya tidak menjawab jemputan itu, hadir secara mengejut pada program itu yang berlangsung di Shah Alam.

Tiada ulasan: