Isnin, 26 Mac 2018

SH diseru kembali ke etika sebenar

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH

 
 
BISMILLAH. Saya mempunyai beberapa rakan wartawan dari akhbar Sinar Harian (SH) edisi Terengganu. Saya sangat menghormati profesion mereka. Sentiasa saya cuba mengajak mereka dalam mana-mana majlis utama untuk liputan kerana sebelum ini, akhbar SH tidak terlalu memihak.
 
Tetapi agak kecewa dengan cara pemutaran fakta dan tajuk berita yang telah dilakukan sepertinya mahu berkempen menghapuskan PAS bagi pihak lain. Saya percaya SH edisi Terengganu tidak sebegitu. Mungkin ada tangan-tangan luar lain yang cuba merosakkan hubungan SH dengan PAS.
 
Saya sebagai Ketua Penerangan PAS Terengganu mewakili BPPNT amat kesal dengan cara pemberitaan SH yang cuba memberikan persepsi buruk kepada PAS. Atas nama Allah, saya menyeru SH dan semua akhbar untuk kembali ke landasan sebenar penulisan.
 
Kritiklah PAS tapi jangan memfitnah, marahlah PAS tapi jangan berbohong, kejilah PAS tapi jangan meliar, kerana kita sebagai orang Islam, ada neraca dosa pahala di dalam perbuatan kita. Kepada Allah kami serahkan segalanya. Wallahua'lam.
 
*YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH,Ketua Penerangan PAS Terengganu
 
 

Tiada ulasan: