JERLUN: Bantuan RM200 sebulan yang diumumkan kerajaan pada pembentangan
Bajet 2018 lalu akan dinikmati seramai 325,518 pesawah seluruh negara
termasuk pengusaha padi bukit di Sabah dan Sarawak dalam tempoh tiga
bulan sementara menunggu hasil tuaian.
Daripada jumlah tersebut, 258,839 merupakah kalangan petani padi sawah, sementara 66,679 adalah pengusaha padi bukit.
Lebih istimewa, Majlis Pelancaran Bantuan Khas Pesawah Peringkat
Kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok di sini hari ini
disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek;
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ahli Parlimen Jerlun,
Datuk Othman Aziz dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
Berucap pada majlis itu, Perdana Menteri berkata, sumbangan berkenaan
sebagai menghargai jasa golongan berkenaan dalam meningkatkan sektor
pertanian negara.
“Saya ingin tekankan pesawah padi merupakan satu golongan yang mesti
kita hargai sumbangan mereka. Mesti fahami jerih payah dan keringat yang
dicurahkan oleh mereka sebagai penanam padi kerana usaha untuk tanam
padi adalah berlainan daripada pekerjaan lain,” katanya dipetik Utusan
Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan