Calon MB Selangor: Noh sokong siapa sahaja pilihan PM
Nizam ZainPengerusi
Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar (kanan) bercakap
kepada pemberita pada sidang media selepas Pelancaran Gelombang Nelayan
Nasional Selangor 2018 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
(LKIM), Kuala Selangor, hari ini.
KUALA SELANGOR – Barisan Nasional (BN) akan memberikan
sokongan sepenuhnya kepada sesiapa sahaja yang dinamakan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya
BN berjaya memerintah Selangor.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar meletakkan keyakinan tinggi
kepada Najib dalam menentukan mana-mana calon yang layak untuk menggalas
jawatan penting itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Siapa pun saya beri sokongan dan saya percaya kepada kebijaksanaan
Perdana Menteri tentukan siapa calon layak jadi Menteri Besar jika BN
menang di Selangor,” katanya pada sidang media selepas melancarkan
Gelombang Nelayan Nasional Selangor 2018 di Kompleks Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM) hari ini. Pengerusi
Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar (tengah) bersama
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam
Ibrahim bergambar bersama masyarakat nelayan dari seluruh Selangor
progrram Gelombang Nelayan Nasional Selangor 2018 di Kompleks LKIM,
Kuala Selangor, hari ini.
Beliau mengulas desas-desus mengatakan Pegawai Khas Perdana Menteri,
Isham Jalil antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Menteri
Besar Selangor.
Isham dikatakan akan diletakkan di kerusi N38 Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Isham juga didakwa akan berentap dengan penyandang kerusi N38 dari
Pas Mohd Khairuddin Othman yang mengalahkan calon BN, Muhammad Bushro
Mat Johor dengan majoriti 5,522 undi pada PRU-13.
Kelayakan Isham selaku graduan Universiti Harvard antara ciri-ciri
yang dikenal pasti memberi kelebihan kepada bertanding di Selangor dan
menyaingi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Paya Jaras menjadi DUN pilihan BN kerana kerusi N38 itu terletak
dalam kawasan Parlimen Subang dan mempunyai seramai 43,617 pengundi di
mana 57 peratus daripadanya adalah Melayu, Cina-30 peratus, India-11
peratus dan lain-lain dua peratus. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan