Selasa, 27 Mac 2018

Pengarah Veterinar direman empat hari

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KANGAR: Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, untuk membantu siasatan kerana menyalahgunakan kedudukannya dengan terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah.
 
Selain suspek, turut direman selama empat hari ialah seorang pemilik sebuah syarikat menjual makanan sejuk beku.
 
Kedua-duanya hadir di perkarangan Mahkamah Sesyen di sini, kira-kira pukul 10.30 pagi dengan pengarah tersebut memakai baju kemeja berwarna putih dan pemilik syarikat itu, kemeja T berwarna merah dengan diiringi pegawai SPRM.
 
Penjawat awam berusia 44 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009 manakala pemilik syarikat berusia 39 tahun itu pula di bawah Akta 16b akta yang sama.
 
Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rusita Md. Lazim.
 
Kes tersebut menjadikan seramai dua orang pengarah agensi kerajaan negeri ini ditahan SPRM dalam tempoh kira-kira dua bulan.
 
Pada 29 Januari lalu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis bersama dua pengarah syarikat yang juga kontraktor direman bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan suapan bernilai hampir RM4 juta.
 
 
 

Tiada ulasan: