Jumaat, 31 Ogos 2018

Pesta gay 2018: Tidak takutkah tingkat 30 roboh kerana bala?

ISMA WEB

Tahniah Jakim, Khalid Samad tetapi jangan terhenti dengan serbuan di kelab sahaja kerana pesta terbesar gay bakal mula 30 Ogos ini



SYABAS dan tahniah Pedang ucapkan kepada pihak berkuasa, terutama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana berusaha membanteras kegiatan tidak bermoral golongan songsang sama ada lelaki atau perempuan. Aktiviti yang dilaknat.

Pedang juga ucap tahniah dan terima kasih kepada Menteri Wilayah, Khalid Samad kerana menyokong tindakan pihak berkuasa menyerbu sebuah kelab gay terkenal di ibu negara, baru-baru ini.

Sebelum ini, Pedang marah Khalid dan menteri agama Malaysia, Mujahid Yusof Rawa, kerana ‘beri muka’ sangat kepada golongan songsang, terutama selepas Pakatan Harapan (DAP, PKR, PAN dan Bersatu) membentuk Kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri.

Pedang marah sebab mereka seolah-olah tidak tahu atau mungkin juga buat-buat tak tahu, bahawa satu pesta gay terbesar tahun ini di Malaysia akan diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September ini di Kuala Lumpur.

Hanya selepas kedua-duanya dituduh oleh seorang aktivis masyarakat dalam video baru-baru ini, barulah rasanya mereka menyedari bahawa pesta gay akan diadakan pada tarikh itu. Tapi, hanya setakat mereka pula membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan, selainnya tiada tindakan yang dilakukan.

Pedang sokong jika Khalid yang menjadi Ahli Parlimen di kawasan Pedang, dan Mujahid atau mana-mana menteri, jika mereka buat kerja demi kebaikan Islam dan Melayu, menghapuskan aktiviti tidak sihat, terutama yang boleh menjejaskan imej Islam dan negara.

Pesta gay yang hendak dianjurkan itu terang-terang boleh menjejaskan imej Islam dan Malaysia. Berapa kerat sangat golongan itu yang menyetujuinya, berbanding jutaan lagi rakyat Malaysia yang menentang.

Kelab gay itu dikatakan telah beroperasi sejak 30 tahun lalu di kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur. Kalau di negara lain, lantak lah. Ini di Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam, sedang Islam melaknat perbuatan sumbang dan songsang itu.

Kata Khalid, kerajaan sangat serius membanteras pemahaman, serta gejala songsang dan radikal ini dan semoga inisiatif yang diambil itu dapat membendung budaya LGBT daripada terus merebak ke dalam masyarakat kita.

Baguslah wahai YB Khalid. Anda tidak menongkah arus. Biarlah apa pun pihak minoriti, terutama golongan lesbian, gay, biseksual atau transgender hendak kata, teruskan tugas anda sebagai pemimpin Islam.

Tapi, bukan sekadar tangkap 20 lelaki gay dalam kelab Blue Boy itu saja dan mengarahkan mereka menjalani kaunseling. Yang besar dan bakal diadakan 30 Ogos ini perlu dihalang terlebih dahulu.

Dan, pesta gay terbesar tahun ini yang digelar ‘Resurrection 2018’ dikatakan akan diadakan di sebuah bar terkenal di tingkat 30 sebuah hotel. Pedang harap bala tak turun ketika pesta itu diadakan, kerana bala yang turun akan menimpa orang baik-baik juga yang berada di bawahnya.

Demikian juga aktiviti LGBT lain. Jika tahu ada kumpulan itu yang menganjurkan pesta, maka cepat-cepatlah kita halang.

Golongan LGBT dan penyokong mereka ini pandai. Mereka mendakwa tindakan yang diambil terhadap mereka adalah satu diskriminasi dan melanggar hak asasi manusia, sedangkan bukan kita hendak mendiskriminasi mereka, tetapi kita menghalang kegiatan sumbang itu.

Pedang setuju juga pendapat sesetengah pihak, termasuk wakil rakyat PH yang kata golongan songsang ini juga rakyat Malaysia dan tidak boleh didiskriminasi. Memang kita tidak mendiskriminasikan mereka, cuma kita menghalang mereka daripada melakukan gejala tidak sihat, jenayah dan melanggar undang-undang.

Apakah, menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang maka dikatakan satu diskriminasi? Dalam undang-undang sivil dan syariah di Malaysia sudah dijelaskan kesalahan yang boleh membawa hukuman denda, penjara dan sebat bagi gejala itu.

Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa: “Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan”.

Bagi orang Islam, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan-kesalahan yang berkaitan perlakuan LGBT. Antaranya:

1. Seksyen 25 – perbuatan liwat

2. Seksyen 26 – perbuatan Musahaqah (melakukan hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan).

3. Seksyen 28 perbuatan orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral.

Daripada undang-undang itu, adalah jelas tindakan ke atas golongan seks songsang ini bertujuan menghalang mereka daripada melakukan kesalahan, selain menyekat pengaruh mereka daripada merebak ke dalam masyarakat Malaysia.

Takkan kita nak biar pencuri mencuri atas alasan itu hak asasi manusia!

Justeru, Pedang dan rakan-rakan Pedang sedang melihat sejauh mana Khalid, Mujahid, menteri-menteri Islam, Jakim atau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan bertindak terhadap penganjuran pesta gay yang akan diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September ini.

Tahun lalu, Zahid Hamidi telah keluarkan arahan melarang pesta sedemikian diadakan. Tahun ini, agak-agak siapa yang akan menjadi pembela masyarakat majoriti, Islam dan negara?

*Kata Pedang: Orang yang mendapat haji mabrur akan menunjukkan tanda-tanda tertentu. Harap-harap Mujahid dan Maszlee Malik ada tanda itu.


JAHEAIK serbu markas Syiah

ainulillia

50 individu ditahan lakukan upacara keagamaan meragukan



KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dilaporkan telah menyerbu markas pengikut ajaran sesat syiah dalam satu operasi di Jalan Sri Cemerlang, di sini semalam.

Sumber yang dipetik daripada Utusan Online berkata, kira-kira 50 individu, termasuk kanak-kanak telah ditahan dalam serbuan tersebut.

Katanya, ketika serbuan dijalankan, pihaknya mendapati kumpulan tersebut yang terdiri daripada lelaki dan wanita sedang mengadakan satu upacara keagamaan yang meragukan dan bertentangan dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Susulan itu, pasukan JAHEAIK turut merampas beberapa barangan seperti bahan bacaan. Sebarang maklumat lanjut akan didedahkan kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan pihaknya bekerjasama dengan JAHEAIK dalam serbuan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Syiah adalah sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas yang mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

Ajaran Syiah tidak diiktiraf sebagai sebahagian daripada Islam dan dianggap sesat berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996.


Seri Setia: Pengundi UMNO diminta terus solidariti untuk PAS

Ainulillia

Kemenangan PAS akan menunjukkan tanda protes terhadap kerajaan PH



PETALING JAYA – Penyokong UMNO diseru untuk meneruskan sokongan mereka kepada calon PAS, Dr Halimah Ali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia sebagai tanda solidariti pihak pembangkang.

Pengerusi Zon 2, Abu Shahib Mohd Suki berkata, pengundi UMNO di kawasan DUN Seri Setia perlu menjalankan tanggungjawab mereka kerana telah memberikan kata putus kerjasama untuk menyokong PAS.

“Faktor pertama, UMNO dah jadi pembangkang di peringkat negeri dan persekutuan, dan kita akan bersama-sama menyokong pembangkang dalam situasi ini kita beri sokongan kepada PAS.

“Atas dasar ini, kita sama-sama turun padang untuk membantu calon PAS berkempen seterusnya beri kemenangan kepada PAS pada PRK Dun Seri Setia.

“Setakat ini kita dah bekerja banyak program jalinan rakyat dan dah mengenalpasti pengundi-pengundi bagi memastikan mereka turun mengundi PAS pada 8 September ini,” katanya seperti dilapor Sinar Online.

Beliau berkata, kemenangan PAS di Seri Setia akan menunjukkan tanda protes terhadap kerajaan PH di Selangor yang sejak PRU12 lagi gagal jaga kebajikan rakyat.

“Kalau lihat isu perumahan di Lembah Subang ini, ketika itu kita terpaksa mengadu kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ketika itu dijaga oleh Tan Sri Noh Omar.

“Banyak peruntukan hingga berpuluh-puluh juta telah disalurkan untuk tukar lif, naik taraf sistem dan sebagainya.

“Walaupun waktu itu kerajaan tahu bukan semua penduduk di sini menyokong kerajaan BN, namun atas dasar prihatin keperluan rakyat mereka tetap salurkan bantuan,” katanya.


SST: CASSA jangka berlaku kekurangan barangan tertentu

Wartawan MalaysiaGazette

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr Jacob George meminta kerajaan menjelaskan tentang pelaksanaan SST dan sejauh mana kesannya kepada rakyat.
Dr Jacob George

KUALA LUMPUR – Kurang 24 jam lagi pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) memaklumkan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan barangan disebabkan para peniaga berhati-hati dengan sistem percukaian tersebut.

Meskipun SST bukan cukai baharu tetapi para peniaga runcit terutamanya masih keliru dengan pelaksanaan cukai berkenaan terutama membabitkan cukai yang dikenakan terhadap barang-barang.
Ia adalah hasil tinjauan (CASSA) di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Dr Jacob George berkata, disebabkan kekeliruan itu para peniaga tidak berani untuk membuat pelaburan seperti biasa kerana dikhuatiri akan mengalami kerugian.

Menurutnya, masalah itu berlaku kerana peruncit mendakwa mereka tidak mendapat atau didedahkan dengan maklumat terperinci tentang SST.

Malah, beliau mendakwa tidak ada pertemuan antara kerajaan atau agensi-agensi untuk menjelaskan pelaksanaan SST secara terperinci kepada komuniti perniagaan itu, selain mendapatkan maklumat dari laporan media sahaja.

“CASSA dimaklumkan begitu oleh peruncit-perucit. Keadaan tidak sama seperti mana semasa kerajaan terdahulu mahu melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang mana persediaan cukup rapi dan tersusun.

“Lebih menyukarkan apabila Menteri-Menteri dan Jabatan Kastam saling membuat kenyataan yang berbeza dan ada kalanya makluman yang diberikan silap dan dibetulkan semula,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Malaysia akan melaksanakan SST mulai esok selepas Kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan pelaksanaan GST bagi memenuhi janji manifesto.

GST yang dilaksanakan pada 1 April 2015 telah menjana pendapatan negara sebanyak RM42 juta setahun namun sistem percukaian yang dilaksanakan di lebih 170 buah negara itu didakwa punca kenaikan kos sara hidup penduduk negara ini.

SST yang berkuatkuasa esok mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan antara 5 hingga 10 peratus ke atas 5,443 jenis barang.

Antara barangan yang dijangka mengalami kekurangan bekalan adalah barangan pengguna bergerak pantas (FMCG).

Oleh yang demikian, ada kedai-kedai sudah mengalami kekurangan stok.

“Kekurangan bekalan ini mungkin berlarutan antara seminggu atau dua minggu kerana ia membabitkan pelaburan, pengagihan dan logistik,” ujarnya yang mengakui barangan bukan keperluan asas dijangka terjejas bekalannya.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di barangan bakeri atau makanan import seperti produk tenusu, kekacang mengalami kekurangan stok.

Jurujual mendakwa kekurangan bekalan itu bagi membolehkan peruncit membuat penyelarasan harga.

Namun, kebanyakan jurujual tidak dapat mengulas mengapa perlunya mengosongkan rak, sedangkan SST bermula tengah malam ini dan masih sempat untuk menukar harga baru memandangkan kedai dibuka pagi esok. – MalaysiaGazette


Kemeriahan berganda sambutan merdeka di Kelantan



Kemeriahan berganda sambutan merdeka di Kelantan


 
Sambutan kemerdekaan di Kelantan berganda tahun ini apabila pelbagai acara turut diatur parti-parti Pakatan Harapan (PH) di seluruh negeri.

Pengerusi AMANAH Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengetuai konvoi Merdeka yang dimulakan di dataran Kenaf Kubang Keian seawal jam 7.00 pagi.

Pengarah komunikasi AMANAH Kelantan, Zahari Sidek berkata konvoi yang disertai lebih 50 kenderaan itu dijadualkan tiba di pintu nombor dua kawasan bebas cukai Rantau Panjang sekitar jam 9 pagi.

“Selepas bersarapan di situ perjalanan diteruskan ke Kandek Jelawang melalui pekan Jeli.

“Di Kandek satu kenduri merdeka anjuran Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) akan diadakan untuk meraikan orang ramai.

“Satu program “Bicara Kenaf” akan diadakan sempena himpunan merdeka berkenaan,” katanya.


Wan Rahim ketika menyampaikan ucapan kemerdekaan kepada pengunjung yang hadir di malam ambang kemerdekaan.

Sementara itu sambutan ambang merdeka malam tadi turut disertai Wan Rahim di Sekolah Kebangsaan Kebakat Jaya, Tumpat.

“Program anjuran KRT dan PIBG itu di mulai dgn solat hajat hajat bacaan yasin.

“Persembahan pelajar sekolah termasuk bacaan sajak dan nasyid turut diadakan.

“Acara cabutan bertuah turut diadakan sebelum acara kemuncak pertunjukan bunga api dilancarkan menjelang jam 12 tengah malam,” katanya.

Di Bachok katanya, konvoi merdeka Pakatan Harapan melibatkan semua parti-parti anggota.

“Tiga pergerakan konvoi jelajah Bachok bertemu dan berkumpul di Pantai Irama menjelang tengahari,” katanya.

Kronisme: Pemimpin Umno mahu SPRM siasat MOF, rakyat diseru boikot Petron

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempertikaikan tindakan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)  melantik Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) antara pembekal petrol dan diesel kepada kenderaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, Petron yang dikaitkan pemilikan syarikat oleh Datuk Mirzan Mahathir anak seorang perdana menteri, menambah satu lagi syarikat kroni dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak mengambil alih kerajaan terdahulu.

“Sepatutnya Petronas diberi keutamaan. Ia adalah GLC. Petronas selamanya memberikan hasil dan dividen kepada kerajaan.

“Menambah satu lagi syarikat kroni (Petron) sebagai pembekal menyebabkan hasil Petronas semakin kurang. Sedangkan Tun M masa membangunkan KLCC dan F1 dulu pun gunakan Petronas,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru beliau mewar-warkan agar rakyat memboikot ‘minyak Petron” di stesen-stesen minyak Petron seluruh negara.

“Lagi pun Petron bermula melalui syarikat “arak” San Miguel di Filipina. Dulu Rafizi pernah mencadangkan kempen boikot minyak Petron.

“Manakala Anwar pula pembidas kuat penguasaan syarikat arak tersebut yang membeli Esso sebelum ditukar kepada Petron. Ayuh boikot Petron sebagai tanda membantah nepotisme. #Boikot Petron,” ujarnya.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) ini, berkata, dengan melantik Petron selain Shell dan Petronas membuktikan Menteri Kabinet ketandusan moral dan intergriti manakala barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan (CEP) dakwanya, merestui kroni kapitalisme bermaharajalela.

Kronisme: Pemimpin Umno mahu SPRM siasat MOF, rakyat diseru boikot Petron

“Bagaimana Petron antara yang terpilih? Apatah lagi Tun M baru 3 bulan jadi PM. Itu melibatkan syarikat anaknya. Semalam harga saham Petron naik memuncak 80 sen. SPRM wajar masuk menyiasat,” ujarnya.

Beliau berkata, tindakan terbaru kerajaan PH ini sebenarnya mencabar rakyat yang dijanjikan ketelusan dan menolak nepotisme.

“Kes terbaru ini umpama rompakan di siang hari. Beberapa hari selepas PRU 14, OPCOM Holding (Mokhzani Mahathir adalah Pengerusi/CEO) dapat kontrak dari Telekom Malaysia bernilai RM11.6 Juta.

“Apakah selepas ini Marina Mahathir pula dapat kontrak Kerajaan?” soalnya lagi.

Semalam Kementerian Kewangan menjelaskan pelantikan Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) bukanlah sebagai pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan kerajaan.

Menurut kementerian itu, selain Petron, syarikat minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell Malaysia masih lagi merupakan pembekal bahan api itu sejak 1997.

Pelantikan ini dibuat secara pentadbiran kerana ia adalah berkaitan dengan urusan operasi dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada Kerajaan.

Melalui kelulusan ini, kerajaan memperoleh lebih banyak pilihan di antara Petronas, Shell dan Petron dan dapat membuka peluang serta persaingan yang sihat di kalangan pembekal minyak petrol dan diesel

MOF menjelaskan, selain Petron, Shell juga dilantik sebagai pembekal petrol dan diesel kepada kenderaan kerajaan Persekutuan.

Sambung beliau lagi, “alasannya ialah untuk mengwujudkan harga yang kompetitif. Persoalannya kenapa tidak diberikan kepada Petronas sahaja, bukan Shell atau Petron.

“Sebelum ini saya mencadangkan tagline untuk Kerajaan PH ialah “Munafik & Nepotisme”. Saya juga mengatakan Tun M ada sindrom ISA (Ikut Suka Aku),” ujarnya.

Azmin ke Singapura bincang HSR, jumpa Hsien Loong

KEADIAN DAILY

f586de27-0acd-434a-a5c6-223d7605d355

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Malaysia dan Singapura semakin hampir selesai merundingkan projek Kereta Api Kelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Kenyataan tersebut dibuat timbalan presiden KEADILAN itu selepqs bertemu Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan.

“Berunding lanjut dengan menteri, Khaw. Kami semakin hampir merundingkan penyelesaian yang menang-menang mengenai HSR.

“Terima kasih atas kerja keras para pegawai daripada kedua-dua pihak,” katanya menerusi Twitter.

Memetik laporan Bernama, Azmin tiba di Singapura malam tadi dengan “jadual yang ketat” dan turut bertemu dengan Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan.

“Mendapat peluang bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara yang luas termasuk kebimbangan geopolitik. Membincangkan cara terbaik bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala ke peringkat seterusnya,” kata Azmin menerusi hantaran Twitter yang berasingan.

Lewat petang ini, gambar Azmin bertemu Lee Hsien Loong turut diedarkan kepada media.
Namun, butiran pertemuan dua tokoh itu belum diumumkan kepada media.

Azmin sebelum ini mendedahkan kos akhir projek HSR termasuk pengambilan tanah, boleh mencecah sehingga RM110 bilion.

Putrajaya yang pada awalnya mahu membatalkan projek itu kini menyemak semula pendiriannya susulan kemungkinan pembayaran pampasan yang tinggi.

Bapa tergilis anak sendiri hingga maut

Vivi Sumanti, Astro Awani
Bapa tergilis anak sendiri hingga maut
Dalam kejadian itu, mangsa bersama keluarganya dikatakan baru sahaja selesai menjamu selera di restoran berkenaan.
 
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas terjatuh dan digilis kereta yang dipandu bapanya di hadapan sebuah restoran di Wakaf Che Yeh, di sini malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Rayyan Rizqi Mohd Fakhrul Zaman yang beralamat di Kajang, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, ACP Ismail Mat Sidek, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 malam tadi di hadapan sebuah restoran berhampiran persimpangan lampu isyarat.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama keluarganya dikatakan baru sahaja selesai menjamu selera di restoran berkenaan.

"Ketika ke kereta untuk pulang, mangsa bersama bapanya berusia 38 tahun memasuki kereta jenis Proton Iriz, sebelum mangsa duduk di bahagian penumpang hadapan dalam keadaan menyandar di pintu.

"Ibu mangsa semasa itu berada di luar dan telah membuka pintu bahagian depan sebelum kanak-kanak malang itu terjatuh dan pada masa yang sama bapa mangsa terkejut sebelum cuba menyelamatkan anaknya," katanya dalam satu kenyataan.

Namun, kata Ismail, bapa mangsa tertekan pedal minyak menyebabkan keretanya mengundur dengan laju lalu menggilis mangsa yang terjatuh di bawah kereta.

Tambahnya, kereta yang dipandu bapa mangsa turut bergesel dengan sebuah kereta lain yang di diletakkan di hadapan restoran berkenaan.

Mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk proses bedah siasat.

Umno dulu sayang Melayu tapi tak sampai ‘memanjakan’, kata cucu Tunku


Mohamad Fadli
 
Tunku Munawirah Putra berkata Tunku Abdul Rahman tentu tidak akan bersetuju dengan beberapa dasar Umno sekarang.


KUALA LUMPUR: Selepas kejatuhan Umno dari tampuk kuasa, salah seorang cucu Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman membandingkan parti Melayu itu ketika zaman datuknya dengan zaman sekarang, dan berkata Umno pada ketika itu menyayangi orang Melayu tetapi tidak sampai terlalu memanjakan.

Tunku Munawirah Putra melihat situasi Umno hari ini berkata, sekiranya Tunku masih hidup tentunya beliau tidak bersetuju dengan beberapa dasar Umno sekarang.

“Tok saya sudah tentu mahu pemimpin Melayu menolong orang Melayu, tetapi bukan membantu sehingga mereka menjadi terlalu manja.

“Matlamat Umno mementingkan orang Melayu tetapi juga tahu berlaku adil kepada semua bangsa demi membina Malaysia yang aman, makmur menuju kemajuan.

“Kalau manja sangat akan ‘naik tocang’. Rakyat sekarang sudah bijak dan pada akhirnya mereka akan membuat pilihan seperti yang berlaku hari ini (BN kalah dalam pilihan raya 9 Mei lalu),” katanya di kediamannya di Bukit Damansara.

Munawirah ditanya mengenai perbezaan Umno ketika ini dengan ketika Tunku memimpin parti itu.Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri Malaysia dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun.

Jual tanah isi tabung parti

Munawirah berkata ketika Tunku berada dalam Umno beliau sanggup menjual tanah yang ada untuk memberi duit kepada parti.

Ini berbeza dengan pimpinan Umno sekarang yang sudah lari daripada matlamat asal perjuangan seperti ketika zaman Tunku Abdul Rahman menjadi presiden Umno, katanya.

“Semasa Tok mengambil alih Umno daripada Datuk Onn Jaafar pada 1951, Umno tidak ada duit. Dia terpaksa menjual tanah yang diberikan oleh ibunya, Che Menjalara.

Munawirah berkata Tunku sanggup menjual tanah dan rumah untuk memberi duit kepada parti.
“Tanah di Pulau Pinang dan Kedah dijual. Semasa itu tidak ada rumah, cuma ada tanah dan yang berharga ketika itu cuma tanah di Pulau Pinang dan Kedah,” katanya

Beliau berkata ibu Tunku Abdul Rahman, Che Menjalara berbangsa Thai dan bijak berniaga.

Duit yang dikumpul daripada perniagaan ibu Tunku dijadikan modal membeli tanah untuk anak-anak.

“Tanah Tok dapat bukan daripada sultan tapi hasil perniagaan ibunya,” katanya.

Munawirah berkata Toknya terpaksa menjual tanah kerana Umno ketika itu memerlukan dana untuk berkempen, membayar pengangkutan, upah pekerja, melobi pemimpin luar negara dan juga untuk keperluan asas hidup,” katanya.

Dulu tidak bimbang bangsa, agama dan bahasa

Munawirah berkata berbanding negara masa ini dengan ketika zaman Tunku Abdul Rahman, masa dahulu lebih harmoni dan majmuk.

Beliau berkata rakyat pula tidak terlalu bimbang mengenai persoalan bangsa, agama dan bahasa semua pihak.

“Tidak dinafikan Tunku mementingkan pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika itu juga beliau bimbang sekolah tidak cukup dan kekurangan guru.

“Dia rasa pendidikan perlu betul dan semua bangsa perlu taat setia pada negara,” katanya.

Hobi memasak dan melukis

Dalam pada itu, Tunku Munawirah berkata, sisi lain Tunku Abdul Rahman yang kurang diketahui adalah hobi melukis dan memasak.

Tunku suka melukis dan melakar emosinya terhadap anak-anaknya.

“Tetapi beliau kurang melukis selepas menjadi perdana menteri. Dia boleh melukis dan melakar hanya dengan menggunakan pensel.

“Ayah pernah bercerita tentang datuk saya yang akan melukis jika dia tertekan atau sedang marah.

Ada satu cerita di Royal Kedah Golf Club pada 1960, dia masuk tandas dan lihat ia sangat kotor, jadi dia ambil ‘marker pen’ dan mula melukis pada dinding tandas itu.

“Tetapi saya tidak ketahui apakah yang dilukisnya. Lukisan itu mengambarkan kemarahan beliau,” katanya.

Munawirah berkata Tunku juga suka memasak daging panggang dan menyambut tetamu jika ada kelapangan.

“Mengenai kehidupannya, beliau suka menyambut tetamu. Jika sambutan hari raya dan hari jadi, ramai orang akan datang.

“Tok juga suka membela ayam. Dia suka ayam yang merayau-rayau di luar rumah. Pagi-pagi kalau di rumah di Pulau Pinang akan kedengaran bunyi bising ayam berkokok.

“Tunku banyak menghabiskan masa selepas tidak menjadi perdana menteri di rumahnya di Jalan Tunku Abdul Rahman (Ayer Rajah Road), George Town.

“Rumah di Pulau Pinang selalu menjadi tempat menyambut sama ada hari jadi atau hari raya,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

61 tahun merdeka di mana hak anak-anak Chow Kit?

Nur Syamila Kamarul Arefin




PETALING JAYA: Setiap hari Mohd Haikal Afani, 15, menatap Jalur Gemilang di hadapan sekolahnya yang terletak di Chow Kit, Kuala Lumpur. Ketika Malaysia Barat meraikan hari kemerdekaannya, anak kota raya ini tidak rasa merdeka.

Haikal bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), satu-satunya institusi yang menawarkan pendidikan percuma kepada anak-anak miskin kota yang tinggal di kaki lima.

Siapa anak-anak ini? Majoritinya tidak dapat bersekolah ataupun membuka akaun bank peribadi. Bila besar nanti, mereka akan sukar mendapat pekerjaan tetap dan berkahwin.

“Impian saya hanya satu: Saya mahu bebaskan keluarga dari kemiskinan dan bawa mereka ke jalan yang benar,” katanya ketika ditemui FMT.
Haikal mempunyai impian untul bebaskan keluarga dari kemiskinan.
Haikal tidak mempunyai dokumen kerakyatan. Dia benar-benar rasa terkongkong dengan stigma seks dan dadah yang terpalit pada anak-anak lorong di Chow Kit.

Memandang abang-abang dan kakak-kakak di luar sana, dia berharap suara mereka tidak tenggelam dalam hiruk-pikuk kota dan kehidupan yang serba tergesa-gesa.

“Saya bersyukur diberi peluang bersekolah, kembangkan bakat melukis dan diajar pelbagai kemahiran untuk hidup berdikari,” kata Haikal.

Dia menjual sendiri hasil kerja tangannya dan kutipan digunakan untuk menampung kehidupan keluarga yang tinggal di rumah tumpangan.

Haikal berikrar jika dia berjaya keluar dari kepompong ini, dia akan membantu kawan-kawan senasib.

Di celah kota
Guru Matematik, Fatin Nur Syafiqah Abdul Muthalib.
Terselit di celah-celah bangunan lain di tengah-tengah Kuala Lumpur, SBJK amat strategik untuk kanak-kanak seperti Haikal.

Sekolah ini antara inisiatif Kementerian Pendidikan untuk kanak-kanak jalanan, agar mereka mendapat akses kepada pendidikan, kunci kepada pelbagai kemungkinan.

Ia mula beroperasi pada 19 Ogos 2013.

“Anak-anak ini sangat gembira apabila dapat peluang untuk bersekolah,” kata guru matematik Fatin Nur Syafiqah Abdul Muthalib.

Guru-guru yang ditemui memberitahu FMT anak-anak ini lebih matang berbanding kanak-kanak lain dan sangat berdikari, diasuh kehidupan yang susah, miskin dan mencabar.
Puteri tidak sangka ada sekolah yang sudi menerima kanak-kanak sepertinya.
Mereka berkata anak-anak ini sangat bersemangat meraikan bulan kemerdekaan setiap tahun kerana diberi peluang bersekolah.

“Di sini mereka rasa dihargai dan disayangi oleh kawan-kawan dan guru,” kata Fatin.

Di usia semuda 15 tahun, Puteri Nur Arissa Mohd Noor juga sering merenung erti kemerdekaan bagi kanak-kanak sepertinya.

Srikandi jalanan ini tidak sangka ada sekolah yang sudi menerima kanak-kanak sepertinya. Di SBJK, Puteri diajar kemahiran memasak.

“Bagi kanak-kanak tanpa dokumen seperti saya dan kawan-kawan di SBJK, kami mahukan pengiktirafan sebagai warganegara Malaysia yang boleh teruskan kehidupan harian normal,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Pengkarya: Henti bikin filem sejarah ‘bodek’ di era Malaysia baru

Nur Hasliza Mohd Salleh
 
Al-Jafree Md Yusop ialah penulis skrip filem ‘Paloh’, salah seorang penulis skrip filem ‘Dukun’, penulis skrip teater ‘P Ramlee The Musical’ dan pengarah telemovie ‘Melur vs Rajawali’. (Gambar Facebook)



PETALING JAYA: Seorang pengarah dunia perfileman negara berharap budaya “membodek” tidak lagi menjadi satu dorongan dalam menghasilkan karya berlatar belakangkan sejarah dalam era Malaysia baharu seperti yang sedia ada sebelum ini.

Pengarah filem, Al-Jafree Md Yusop berkata negara ini mempunyai banyak sejarah dan peristiwa penting yang perlu diangkat namun realitinya, masih tidak banyak filem yang menggambarkan keadaan sedemikian, atau dalam kata lain, bermasalah.

“Kita banyak filem naratif sejarah, tetapi kandungannya tidak ditayangkan dengan jelas dan jujur. Sebaliknya, budaya bodek pula yang diterapkan,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu berlaku disebabkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh pembikin filem.

Cabaran pertama, katanya, akibat risau dan takut dana tidak diluluskan atau sukar untuk membuat permohonan pada masa akan datang, kebanyakan pengarah filem tempatan mempraktikkan budaya ampu dalam penceritaan mereka.

Katanya, perkara ini berlaku dalam filem yang mengangkat tokoh perjuangan dan individu penting dalam sejarah di mana tiada sebarang cacat cela dan kekurangan ditayangkan. Seolah-olah tokoh itu seperti malaikat, tanpa sebarang kesalahan pernah dibuat.

“Apabila membikin sebuah filem sejarah yang meletakkan seseorang tokoh sebagai watak utama, bukan bermaksud untuk mengagungkan tetapi ia haruslah bermotifkan sudut kemanusiaan.

“Apabila karya itu mengagungkan, maka tiada cacat cela seseorang itu disentuh. Dan apabila ianya berlaku, karya itu tidak lagi bersifat kemanusiaan tetapi satu proses membodek peribadi tokoh.”

Filem luar negara sangat berbeza

Menurut Jafree, karya sejarah perlu memaparkan kisah bersifat kemanusiaan di dalamnya, bukan hanya memfokuskan kesempurnaan seseorang tokoh.

“Atas sebab itu, karya sejarah tempatan sangat berbeza dengan karya yang dihasilkan di negara luar terutamanya Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

“Saya ambil contoh filem Lincoln arahan Steven Spielberg yang mengangkat nilai kemanusiaan dalam tokoh tersebut. Ianya jelas apabila babak Lincoln mengharungi konflik dengan isterinya.

“Disebalik penghormatan yang diterima Lincoln daripada rakyat, tanpa kita ketahui, beliau menghadapi depresi yang dahsyat ekoran konflik dengan isterinya itu.

“Filem itu berjaya membawa watak Lincoln bukan sahaja seorang pemimpin yang disegani tetapi juga seorang lelaki biasa yang tidak mampu mengawal emosi sehingga terpalit dengan depresi,” katanya.

Jafree mengakui, tidak mudah untuk mendapatkan sumber dan fakta untuk membikin filem sejarah, bahkan kadang-kala ia juga perlu dijejaki hingga ke luar negara.

Antaranya, sumber untuk mendapatkan fakta sejarah, kaedah untuk mensahihkannya dan kos yang diperlukan untuk menerbitkan sesebuah filem tersebut.

“Kalau nak cakap susah sangat pun tidak, kerana banyak pihak boleh dijadikan sumber sebagai pencetus idea yang boleh diletakkan di dalam filem, tetapi kebanyakan sumber lain berada di luar negara. Contohnya bahan rujukan di England.”

Lebih mencabar, apabila seseorang pembikin filem perlu mengembara ke luar negara untuk mendapatkan fakta dan kesahihan sesuatu maklumat, faktor kos pula akan bangkit.

“Kebanyakan pembikin pula, apabila susah mendapatkan dana, mereka selalunya akan mengambil jalan mudah, iaitu mendapatkan dana dengan Perbadanan kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Tetapi, demi memastikan dana yang berterusan dapat disalurkan, pembikin filem terus mengamalkan ampu dan bodek menerusi karya-karya mereka.”

Filem sejarah dan dokumentari

Bagaimanapun, Jafree berkata masih terdapat beberapa karya latar belakang sejarah negara ini yang boleh dijadikan contoh untuk pengkarya akan datang.

“Saya sangat suka dengan pembawakan kisah Rosly Dhobi terbitan Astro Shaw, Tuan Brown oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan filem klasik Tun Perak.

“Kisah-kisah ini boleh dijadikan rujukan utama bagi mana-mana pihak yang ingin menerbitkan filem atau karya berlatar belakangkan sejarah tempatan” katanya.

Apabila ditanya apakah cara terbaik untuk menyelesaikan isu “membodek” itu, Jafree mencadangkan agar semua pengkarya filem mencari pendekatan berbeza dalam proses penceritaan berlatar belakangkan sejarah.

Katanya, seseorang pembikin pada permulaannya perlu memahami terdapat perbezaan antara filem sejarah dan dokumentari. Kedua-duanya mempunyai perbezaan tetapi tidak sampai ke tahap meminggirkan fakta dan kesahihan sejarahnya.

“Dokumentari bersifat lebih jelas bersandarkan fakta-fakta sejarah. Berbeza dengan filem atau drama, kadang-kala ianya adaptasi kisah benar terutamanya tokoh-tokoh yang diangkat dalam sejarah sama ada tempatan mahupun luar negara.

“Sudah tiba masanya, pengkarya negara ini menggunakan pendekatan yang unik dalam filem sejarah tanpa meminggirkan fakta sejarah yang tepat dan unsur tokok tambah.”

Najib: Pelantikan Petron cetuskan konflik moral

 
   

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pelantikan Petron sebagai salah satu pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan menyebabkan konflik moral.

Beliau berkata ini kerana umum mengetahui pengarah dan pemegang saham syarikat itu adalah anak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan.

"Itu yang berlegar dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia hari ini.

"Sudah tentu timbul soal (berkenaan) pemilik Petron yang boleh menjadi konflik dari sudut moral," kata Najib ketika ditemui pemberita di program perkelahan Hari Merdeka di Kuala Lumpur, hari ini.

Surat pelantikan Petron tular di media sosial baru-baru ini dan menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Antaranya bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii yang mendesak kerajaan menjelaskan perkara itu, antaranya sama ada ia dibuat melalui tender terbuka atau tidak
Kementerian kewangan kemudian menjelaskan Petron bukanlah pembekal tunggal dan pelantikan dibuat mengikut kaedah pentadbiran yang normal.

"Dan ia dapat membuka peluang serta persaingan sihat di kalangan pembekal minyak petrol dan diesel," katanya dalam kenyataan.

Petronas dan Shell menjadi pembekal petrol dan diesel untuk kenderaan kerajaan sejak 1997.

Mirzan telah menjadi pengarah dan pemegang saham Petron Corporation sejak 2010.

Bagaimanapun Petron Malaysia telah menjelaskan beberapa tahun lalu bahawa beliau tiada sebarang saham atau peranan dalam operasi syarikat itu di Malaysia.

Najib dalam satu hantaran di Facebook kemudian berkata pelantikan itu akan menjejaskan syarikat minyak negara iaitu Petronas.

"Petronas merupakan syarikat milik negara dan rakyat Malaysia. Jadi akan timbul persoalan mengapa Petronas dibenarkan diganggu gugat sumber pendapatannya melalui perbelanjaan kerajaan sendiri.

"Petronas mempunyai stesen di hampir semua kawasan di Malaysia dan sudah tentu, bersama-sama Shell, merupakan kombinasi yang memadai untuk kenderaan kerajaan," katanya yang juga anggota parlimen Pekan.


Penjajah dan paderi ke Tanah Melayu

 
    Kuasa barat datang berbondong-bondong ke dunia timur tidak hanya membawa serdadu yang lengkap bersenjata.

Mereka datang bersama pelukis, saintis, ahli georgrafi, ahli botani dan segala kepakaran yang mereka miliki.

Justeru salah satu kelebihan kuasa barat yang datang ke timur ialah, mereka mampu menulis setiap penemuan sehingga dijadikan rujukan semua orang.

Dalam mencari sejarah di sebalik nama Malaysia, rahsia ini dapat ditemui, antaranya daripada catatan ahli botani dan geografi barat.

Nama Malaysia juga ditemui dalam catatan George Samuel Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris. Beliau telah memperkenalkan istilah "Malayunesia" pada 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.

Penemuan-penemuannya digunakan oleh Charles Darwin and Alfred Russel Wallace dalam kajian biogeografi. Seperti kebanyakan pegawai atau pengembara Barat, mereka memberi nama kepada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan tempat yang mereka temui.

Kemudian ia dicatat sama ada di dalam nota peribadi atau diterbitkan akhbar, jurnal atau buku.

Catatan mereka adalah tentang pelbagai pokok dan tumbuh-tumbuhan yang hidup merata di bumi subur ini. Ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Ia juga adalah catatan yang memiliki nilai politik yang sangat bermakna kepada orang yang mahu berfikir dan memiliki otak di kepala.




Earl (gambar) telah mengajukan dua pilihan nama - Indunesia atau Malayunesia - yang merujuk alam Melayu karena sebahagian besar ras di wilaya itu ialah Melayu.

Tambahan perkataan "sia" di hujung ungkapan Indun dan Malay itu adalah perkataan Latin-Greek yang bermaksud "pulau". Cadangan beliau dicatatkan di majalah ilmiah tahunan Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (JIAEA).

Majalah itu dikelolakan oleh James Richardson Logan (1819-1869), di Singapura. Pada halaman 66-74, JIAEA Volume IV terbitan 1850, Earl menulis artikel On the Leading Characteristics of the Papuan, Australian and Malay-Polynesian Nations.




Logan (gambar) mencatatkan:
“… the inhabitants of the Indian Archipelago or Malayan Archipelago would become respectively Indunesians or Malayunesians.”(halaman 71).

Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889 melalui laporan bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia oleh J E Tenison-Woods yang berkisah mengenai perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu sekitar 1883 hingga 1886 (Utusan Malaysia, Nama Malaysia Sebelum Merdeka: 27 Sept 2009).

Tenison-Woods pernah ke Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Perak dalam misinya sebagai seorang pengembara, geologis, ahli geografi dan penyebar Kristian di alam Melayu.

Jurutulis kepada Raffles

Sebelum itu, Arkib Sabah merekodkan satu artikel dari akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”.

Dalam sejarah persuratan dan kesusasteraan Melayu, tulisan Abdullah Munsyi selalu dijadikan sebagai mercu tanda pemodenan alam Melayu.

Beliau bertugas sebagai jurutulis dan teman kepada Stamford Raffles namun pada masa sama banyak membantu kerja-kerja penyelidikan gabenor Singapura itu terutama dalam bidang sosiobudaya.

Raffles banyak dikenali dalam buku sejarah sebagai pembuka Singapura, walaupun ia terang-terangan satu penyelewengan, juga kecurangan dalam sejarah.

Abdullah Munsyi ialah antara orang yang bertanggungjawab menterjemah Bible ke dalam bahasa Melayu.

Abaikan motif sebenar beliau membuat kerja tersebut tetapi yang lebih penting dalam konteks perbincangan ini ialah, paderi Kristian berperanan dalam mencatat sejarah tanah ini.




Kebanyakan paderi yang dihantar ke timur mempunyai tanggungjawab berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan orang lain melalui catatan peribadi.

Jika diselongkar catatan-catatan mereka, ternyata banyak kebenaran sejarah tanah air akan ditemui. Ia hanya memerlukan kajian yang lebih menyeluruh berbanding menghukum semua paderi ini akan masuk ke neraka!

Panduan untuk paderi

Salah satu contoh buku yang mempunyai nilai tinggi sebagai sebuah naskhah bermakna dalam memahami makna negara kita ialah yang bertajuk Light in the East: India, Philippines and Malaysia.

Buku ini merupakan tulisan Bishop J M Thoburn yang diterbitkan oleh Cranston & Curts, Hunt & Eaton pada 1892 di Cincinnati, New York.

Paderi itu dipilih sebagai mubaligh Kristian di India dan bahagian alam Melayu. Beliau bukan saja bertanggungjawab menyebar agama tetapi juga memberi panduan sosiobudaya kepada masyarakat yang ditemui.

Tulisan Thoburn sangat penting sebagai panduan kepada paderi-paderi baru yang akan menyambung kerjanya di sebelah timur.




Sebuah buku yang bertajuk Imperial Democracy. Dutch Colonizer in Malaysia - Annexation of the Philippines tulisan John J Valentine selaku Presiden of Wells Fargo & Company diterbitkan di San Francisco, AS pada 18 Febuari 1899.

Inilah kelebihan orang Barat, mereka bukan sekadar berdagang, menjadi kakitangan kolonial atau pengembara tetapi tidak lupa membuat catatan sepanjang mereka merantau.

Catatan-catatan mereka itulah yang menjadi sumber rujukan ramai, tidak sekadar di universiti tetapi juga di mahkamah, bagi menyelesaikan masalah pertindihan persempanan wilayah.

Kritik kelemahan Belanda

Buku tulisan Valentine itu menyebutkan tanah jajahan Belanda di Jawa sebagai Malaysia.

Di bawah tajuk Dutch Colonizer in Malaysia sebanyak 24 muka surat, Valentine mencatatkan bahawa Belanda melarang orang Jawa menunaikan haji di Mekah kerana dikuatiri kepulangan mereka akan mencabar kekuasaan penjajah itu.

Diterangkan juga tentang kesuburan tanah Jawa dan kerajinan masyarakat Jawa.

Kelebihan ini telah digunakan oleh Belanda memeras khazanah orang tempatan dengan cukai yang tinggi. Beliau juga mencatatkan istilah ‘Malaya’ - yang dirujuk sebagai Semenanjung Malaysia pada hari ini.

Secara keseluruhan beliau mengkritik kelemahan pentadbiran Belanda di tanah jajahannya itu.

AS pada masa itu telah mempunyai tapak di Filipina dan agak terkebelakang dari segi peluasan pengaruhnya di Asia Tenggara. Ketika itu, Belanda menguasai sebahagian besar kepulauan Indonesia sekarang, manakala British di Semenanjung Tanah Melayu, Bornoe dan Burma.

Perancis pula menguasai Indochina.

Oleh kerana itu, tulisan-tulisan penulis AS itu lebih mengkritik polisi pentadbiran kuasa Eropah lain. Penulis itu termasuklah Valentine dan kemudian selepas itu Rupert Emerson, Fay-Cooper Cole dan lain-lain lagi.




Buku itu menceritakan tentang suasana sosiobudaya tempat tersebut sebagai panduan kepada para paderi lain yang akan berkhidmat di kawasan tersebut.

Selain itu John Russel Denyes yang merupakan seorang paderi menulis buku bertajuk Malaysia Mission of Methodist Episcopal Church pada 1905.

Buku itu diterbitkan oleh Open Door Emergency Commision, Missionary Society of Methodist Epiceopal Church yang beralamat di 150 Fifth Avenue, New York.

Ia menerangkan tentang ajaran Mohammedansm sebagai agama yang dianuti oleh penduduk Melayu di kawasan kajian.

Namun terdapat sesetengah yang masih mempercayai animisme dan kuasa semangat.

Penulis juga menceritakan tentang kepercayaan dan agama kaum-kaum lain seperti Cina, Dayak dan sebagainya.

Siri 1: Sejarah nama negara kamu
Siri 2: Melayu dalam peta-peta lama


DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah di Universiti Teknologi Petronas dan penulis buku serta esei.

Jangan anak tirikan Sarawak seperti zaman BN – Mordi Bimol


Oleh

Kemenangan Mordi Bimol mewakili DAP menumbangkan gergasi pollitik Barisan Nasional (BN) Datuk Anthony Nogeh Gumbek di Parlimen Tasik Biru membuka lembaran baru lanskap politik Bumi Kenyalang itu.

Majoriti selesa 3,024 menewaskan BN di kubu tradisi mereka memberi keyakinan baru bahawa  masyarakat luar bandar berjaya meloloskan diri dari cengkaman hegemoni ketakutan yang sering dimomokkan parti pemerintah terdahulu.

Namun, apa yang terpenting buat anak muda berusia 33 tahun ini tumpuan tidak hanya akan diberikan kepada soal infrastruktur dan ekonomi semata-mata tetapi lebih besar dari itu, beliau mahu agar kerajaan baharu Pakatan Harapan membahagikan peruntukan mencukupi dan seimbang kepada Sarawak.

Katanya, meskipun pembangunan dilaksanakan di Sarawak, ia masih tidak berbaloi dengan penantian lebih 50 tahun sejak pemerintahan regim BN khususnya melibatkan infrastruktur asas, pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial masyarakat luar bandar.

Selain itu, Mordi dilihat amat menitik beratkan soal pendidikan khususnya bagi kawasan pedalaman melibatkan penambahbaikan sistem dan kemudahan pendidikan di wilayah Borneo itu yang masih jauh ketinggalan.

Katanya, tinjauan ke dua sekolah di kawasannya sahaja iaitu di Sekolah Menengah Lake dan Sekolah Menengah Senibong mendapati terlalu banyak kelemahan malah tambah menyedihkan, perpustakaan sekolah didapati hanya memiliki koleksi buku ‘zaman purba’.

“SMK Lake contohnya yang terletak dalam kawasan Mas Gading, bangunan pentadbiran dua tingkat yang menempatkan bilik guru dibina daripada kayu pada tahun 1967 kini teruk diserang anai-anai tetapi masih terpaksa digunakan, dengan dindingnya yang berlubang-lubang, dan lantainya yang mereput, sehingga kini masih menunggu peruntukan.

“SMK Senibong, sekolah menengah berasrama yang baru 2 tahun beroperasi, juga terletak di dalam Mas Gading, cantik luaran, tapi tak ada bekalan air. Daripada beratus orang pelajar yang tinggal di asrama, akhirnya tinggal 11 orang kerana masalah air yang berpanjangan,” ujarnya.

Mordi memberitahu, segala masalah berhubung keuzuran bangunan sekolah dan infrastruktur asas telah disuarakan di Parlimen kepada Menteri Pendidikan di Parlimen lebih-lebih lagi melibatkan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih.

“Saya juga minta penjelasan beliau sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk membina sekolah kebangsaan ataupun sekolah menengah kebangsaan yang baru di dalam kawasan Parlimen Mas Gading,” kata Mordi.

Statistik sekolah usang tinggi di Sarawak

Apa yang lebih mengejutkan, kedua-dua sekolah itu hanyalah sebahagian kecil dari masalah yang telah dihadapi lama di seluruh Sarawak.

Dedahnya, terdapat 371 buah sekolah di Sarawak masih tidak memiliki bekalan elektrik dan bergantung sepenuhnya dengan set penjana tenaga dan 428 sekolah masih tidak mempunyai bekalan air terawat.

“721 buah sekolah masih tidak ada jalan masuk, jumlah ini adalah lebih kurang separuh daripada jumlah sekolah yang ada di Sarawak.

“200 buah daripadanya hanya boleh dimasuki melalui jalan air atau sungai,” dedah beliau.

1,020 daripada 1,454 buah sekolah di Sarawak pula katanya berada dalam keadaan usang. Daripada jumlah itu, 415 buah sekolah lagi berada dalam keadaan sangat usang iaitu tidak dapat diperbaiki lagi dan memerlukan bangunan baru.

“Kalau di bandar, ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah pada hari pertama persekolahan mungkin lebih risaukan baju baru, beg baru, kasut baru anak-anak mereka.

“Tetapi di kawasan saya, di kawasan luar bandar, ibubapa yg menghantar anak ke asrama terpaksa membawa tukul dan paku untuk membaiki katil-katil dan almari-almari anak mereka di asrama.

“Tinggi harapan saya sebagai anak Mas Gading untuk melihat anak-anak serta masyarakat di luar bandar dapat menikmati kemudahan pendidikan yang sama seperti anak-anak di bandar. Sebab kesamarataan tidak wujud buat mereka,” katanya lagi. – Roketkini.com


Pelan tindakan Malaysia Baharu perlu tepati aspirasi rakyat Sabah – Senator Adrian Lasimbang


oleh

Usaha merapatkan jurang pembangunan infrastruktur, kepentingan masyarakat Orang Asal dan pembangunan insan merupakan agenda utama yang akan diperjuangkan senator baharu mewakili DAP daripada Sabah, Adrian Lasimbang.

Ini katanya termasuk terus menjadi suara untuk memastikan hak-hak Sabah dibela sebagimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

“Pelan tindakan Malaysia baharu perlu menepati aspirasi rakyat Malaysia di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengangkat sumpah di Dewan Negara semalam.

Menurutnya, pembaharuan itu adalah perlu supaya wujud keseimbangan antara Semenanjung dan dua wilayah Malaysia Timur tersebut.

“Apa yang terpenting ialah usaha untuk merapatkan jurang antara semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya rakyat Sabah, Sarawak berbangga sebagai rakyat Malaysia.

“Saya akan bawa suara yang lebih jelas dari Sabah berkenaan polisi yang diperlukan untuk merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam perkara berkaitan, Adrian yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah turut menzahirkan rasa sedih terhadap keadaan masyarakat Sabah khususnya di kawasan pedalaman yang masih jauh ketinggalan.

“Dan kita di dalam bulan merdeka, hari kebangsaan ini kita buat refleksi tentang kemerdekaan.

“Tetapi bagi saya khasnya masyarakat Orang Asal di Sabah, masih ramai yang ‘belum merdeka’ sebab kita masih lagi dibelenggu dengan kemiskinan dan kekurangan infrastruktur yang masih di tahap  belum boleh dibanggakan,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau yang berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, alam sekitar dan pemerkasaan komuniti itu mahu agar kerajaan memastikan wujudnya pembangunan yang mapan.

“Saya juga mahu membawa agenda pembangunan mapan, pembangunan lestari. Apa gunanya ekonomi berkembang tetapi alam sekitar kita umpamanya hancur. Harus kita pastikan suara-suara ini dibawa.

“Isu asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya di Sabah ditangani melalui prinsip pembangunan mampan.

Ia boleh dilaksanakan melalui penambahbaikan pentadbiran di peringkat akar umbi dan mengurangkan birokrasi dengan memberdaya pemimpin masyarakat mengambil tanggungjawap dalam pentadbiran kerajaan tempatan.

Adrian juga merupakan pengasas sebuah pertubuhan Tobpinai Ninkokoton Koburuon Kampung (TONIBUNG) yang banyak memberi latihan kemahiran kepada belia pribumi dalam mengendalikan projek-projek tenaga boleh diperbaharui.

Selain itu, beliau seorang pakar bidang teknologi tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) selama lebih 20 tahun memiliki pengalaman luas dalam bidang tersebut di Malaysia dan telah memenangi beberapa anugerah peringkat Asean.

Pada tahun 2007, beliau mendapat anugerah Asean Energy Award dalam sistem mikrohidro berasaskan komuniti dan kini giat menjalankan banyak program komuniti di Pensiangan.

Beliau juga merupakan pengasas dan Pengerusi DAP Pensiangan yang banyak menjalankan aktiviti memperkasakan komuniti Orang Asal di pedalaman. – Roketkini.com


Khamis, 30 Ogos 2018

Adakah nasib pemandu teksi akan berubah hanya dengan mengadaptasi aplikasi e-hailing?

Wan Agyl Wan Hassan, Astro Awani
Adakah nasib pemandu teksi akan berubah hanya dengan mengadaptasi aplikasi e-hailing?
Berdasarkan data yang diperolehi, jumlah pendapatan bulanan bagi pemandu teksi di Kuala Lumpur adalah sekitar RM1600 ke RM1800 selepas kos dan semakin berkurangan sejak wujudnya perkhidmatan e-hailing. - Gambar hiasan
 
 
SERUAN Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk pemandu teksi menggunakan aplikasi e-hailing adalah satu saranan yang baik dalam meningkatkan pendapatan pemandu teksi memandangkan permintaan teksi pada masa kini telah berubah.

Kini lebih 50 peratus daripada pengguna telah beralih kepada aplikasi ‘e-hailing’.

Begitupun masih terdapat pengguna yang menggunakan kaedah tradisional untuk mendapatkan teksi termasuklah yang menunggu di hentian teksi. Oleh itu menghapuskan meter adalah satu polisi yang tidak sesuai tetapi ia perlu ditambah baik dalam memastikan penggunaan meter selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.

Saya berpandangan, kenyataan bahawa masalah penyalahgunaan meter perjalanan dapat dikurangkan melalui e-hailing adalah satu perspektif yang tidak begitu tepat.

Masalah industri teksi bukanlah hanya berpunca daripada penyalahgunaan meter atau tatakelakuan pemandu teksi yang menggunakan laluan jauh untuk mendapatkan tambang lebih tetapi ia lebih daripada itu.

Ketika ini jumlah lesen teksi adalah sekitar 67,000 di seluruh negara dan lebih 60 peratus daripadanya dimiliki oleh syarikat teksi. Lebih 50 peratus daripada pemandu teksi memandu atas sebab tidak mempunyai pilihan lain dan di dalam keadaan terdesak bagi menjana pendapatan untuk keluarga mereka.

Berdasarkan keadaan ini, isu yang paling utama dan perlu diberi perhatian serius adalah pemilikan lesen dan struktur industri teksi yang dipelopori oleh syarikat-syarikat teksi yang tidak berfungsi sebagai syarikat perkhidmatan teksi tetapi lebih kepada syarikat menyewa kenderaan teksi yang memiliki lesen daripada kerajaan.

Sebelum SPAD memperkenalkan pembukaan lesen individu, lesen-lesen teksi ini dibekukan pengeluarannya semenjak tahun 2009 dan bersifat terhad. Maka, bagi mana-mana individu yang ingin memandu teksi, mereka perlu menyewa lesen tersebut bersama-sama kenderaan daripada syarikat teksi dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Bagi mereka yang ingin menyewa lesen tersebut perlulah membayar deposit di dalam lingkungan RM1000 hingga ke RM6000 bergantung kepada jenis dan usia kenderaan dan memeterai perjanjian kontrak pajak.

Mereka perlu membayar sewa harian di dalam lingkungan RM40 ke RM120 selama lima ke tujuh tahun. Keadaan ini disebabkan oleh pembentukan rent seeking environment yang disebabkan oleh bilangan permintaan banyak dengan penawaran lesen yang terhad.

Keadaan ini ditambah pula dengan hanya 40 peratus perjalanan berbayar (antara yang terendah di ASEAN) dan ia menjadi semakin rendah dengan kemunculan perkhidmatan e-hailing menyebabkan pendapatan pemandu teksi semakin berkurangan.

Sebelum wujudnya e-hailing, pendapatan harian pemandu teksi berada dalam lingkungan RM150 ke RM180 sebelum kos tetapi hari ini, pendapatan pemandu teksi hanyalah sekitar RM80 ke RM100 sahaja sebelum kos.
–– ADVERTISEMENT ––
Berdasarkan data yang diperolehi, jumlah pendapatan bulanan bagi pemandu teksi di Kuala Lumpur adalah sekitar RM1600 ke RM1800 selepas kos dan semakin berkurangan sejak wujudnya perkhidmatan e-hailing.

Adalah sukar bagi mereka untuk tinggal di Kuala Lumpur dengan pendapatan sebegini. Dengan tanggungjawab ke atas kenderaan jatuh sepenuhnya kepada pemandu teksi dan bukan syarikat teksi, bayangkan sekiranya teksi mereka rosak atau terlibat dalam kemalangan.

Mereka perlu menanggung keseluruhan kos memperbaiki teksi dan masih tetap perlu membayar sewa harian walaupun tidak dapat bekerja. Kegagalan membayar sewa harian pada tempoh masa tertentu akan menyebabkan kenderaan mereka ditarik oleh syarikat teksi.

Dengan pendapatan yang rendah dan semakin berkurangan ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sentiasa memberi tekanan kepada profession pemandu teksi.

Dalam keadaan ini, kebanyakan pemandu teksi mengambil jalan mudah untuk mendapatkan pendapatan lebih dengan menipu kadar tambang dengan pelbagai cara seperti seperti memilih penumpang di kalangan pelancong dengan mengenakan kadar tambang tanpa meter, menggunakan laluan yang lebih jauh dan mengubahsuai meter.

Kerajaan terdahulu sudah mencuba mentransformasi industri teksi dan menaik taraf kehidupan pemandu teksi. Saya percaya usaha mereformasi industri ini masih perlu diteruskan bagi mewujudkan situasi menang-menang antara pemandu teksi dan pengguna.

Begitupun, Kementerian Pengangkutan yang diterajui Menteri Anthony Loke perlu faham industri ini secara mendalam ini terlebih dahulu demi memastikan dasar yang bakal diperkenalkan boleh beri manfaat besar kepada seluruh ekosistem industri.

Saya berharap Menteri dapat melihat semula apakah perkara-perkara yang pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu dan mengambil iktibar serta menambahbaik inisiatif-inisiatif ini. Jangan kerana terlalu mengejar teknologi, kita mengorbankan industri teksi bermasalah disebabkan kepincangan polisi dan struktur industri yang memerlukan perhatian kerajaan.



Wan Agyl Wan Hassan ialah aktivis pengangkutan awam darat dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perancangan dan Polisi Operasi SPAD. 


Aishah tunjuk bukti rantai emas Vida palsu

Wartawan MalaysiaGazette

pix-a-1-681x511
Foto Instagram Aishah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aishah mendedahkan keputusan penyelidikan rasmi gemologis bertauliah yang mengesahkan rantai emas putih bertatahkan batu permata yang merupakan hadiah daripada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida adalah palsu.

Aishah, 53, berkata, tindakannya memuatnaik keputusan itu di laman sosial Instagramnya bukan untuk mengaibkan Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman.

Sebaliknya, penyanyi lagu berhantu Janji Manismu itu berharap golongan artis tidak mudah dipermainkan oleh individu yang bertaraf jutawan.

“Banyak sebenarnya video yang kami rakam dan belajar mengenai intan permata. Tapi panjang ceritanya tapi inilah hasil penyelidikan rasmi dari gemotologist yang bertauliah.

“Sebagai orang ditipu I rasa tertekan bila orang kutuk tak tentu pasal. Inilah dia penilaian dari gemotologist bertauliah untuk menjawap kata-kata yang mengatakan I tak faham susut nilai berlian dan mengatakan I tipu dan hanya ingin mengaibkan orang.

“Bacalah report ini baik2. DSV, I keluarkan ini bukan nak aibkan you, cuma I minta janganlah buat kami golongan artist begini. Ye mungkin Allah bagi you jadi kaya raya tapi itu tak membenarkan you menipu kami.

“I tak nak apa2 dari you, sekadar mohon maaf di atas penipuan ini. Simpanlah La Vida coin you tu. Jangan ingat orang yang tak kaya macam I tak ada maruah,” tulisnya panjang lebar.

Semalam, jutawan kelahiran Machang, Kelantan itu menyifatkan juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) seperti ‘kacang lupakan kulit’ gara-gara isu kontroversi hadiah rantai emas putih bertatah batu permata yang didakwa penyanyi itu palsu.

Vida berkata, sebagai penaja utama GV4 tahun lalu, pihaknya banyak menyokong kerjaya Aishah yang suram sebelum memasuki program realiti itu.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Aishah terdesak memerlukan wang tunai apabila enggan menerima tawaran pertukaran hadiah dengan rantai emas putih itu dengan Lavida Coin iaitu bisnes baharunya dalam mata wang kripto. – MalaysiaGazette


2 ditahan buat ancaman bom di Sri Pentas

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Dua lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai membuat panggilan ancaman bom palsu di bangunan Sri Pentas di Bandar Utama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua mereka ditahan pada 8.20 malam tadi di Temerloh, Pahang.

Beliau berkata kedua-dua suspek berkenaan akan direman pada hari ini di Mahkamah Petaling Jaya.

Semalam, bangunan Sri Pentas di Bandar Utama di sini, dikosongkan susulan panggilan ancaman bom namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Polis menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 10.12 malam daripada seorang lelaki.– Bernama

Tiga hari prosiding siasat GST – Kiandee

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menetapkan 12, 13 dan 20 Sept untuk memanggil beberapa individu yang terlibat bagi isu wang tuntutan cukai input bagi kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata pihaknya menyenaraikan lebih daripada enam individu untuk dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu kehilangan wang tuntutan bayaran balik GST yang didakwa ‘dirompak’ kerajaan terdahulu.

“Beberapa saksi telah dipanggil termasuk daripada Jabatan Kewangan Negara, Jabatan Kastam untuk memberi keterangan kepada PAC.

“…kita akan panggil mereka (pegawai kerajaan terdahulu), penjawat awam terdahulu dan sekarang, bekas menteri dan menteri sekarang bakal dipanggil PAC dan surat telahpun diedarkan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Jabatan Akauntan Negara bersama PAC di bangunan Parlimen, hari ini.

PAC kini dalam proses awal untuk menyiasat dua isu utama iaitu kehilangan lebih RM18 billion wang tuntutan GST dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).–Bernama

Kes MEIO: SPRM temui wang tunai US$6.3 juta, RM900,000

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai berjumlah US$6.3 juta dan RM900,000 yang dipercayai melibatkan penyelewengan dana kerajaan berikutan siasatan terhadap Jabatan Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau dipanggil Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata wang tunai itu ditemui di beberapa lokasi termasuk di kawasan kediaman dan pejabat susulan penahanan lapan individu termasuk bekas ketua pengarah MEIO, seorang timbalan pengarah di sebuah jabatan dan tujuh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Beliau berkata individu kesembilan berkaitan siasatan MEIO ditahan di Kelantan semalam yang merupakan ahli perniagaan yang mempunyai taraf penduduk tetap di United Kingdom.

“Rampasan wang tunai terbesar (berkaitan siasatan MEIO) yang melibatkan ahli perniagaan tersebut di satu kondominium di Cyberjaya yang disewa khas,”” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Dalam sidang media itu, wang tunai tersebut dan bagasi yang dipercayai tempat menyimpan wang tersebut turut dipamerkan.

Azam berkata ahli perniagaan berumur 47 tahun dan bergelar Datuk itu menetap di United Kingdom dan berada di Kelantan atas “sebab tertentu”.—Bernama

Pas pengangkutan awam RM100 akan dibentangkan ke kabinet pada September



Pas pengangkutan awam RM100 akan dibentangkan ke kabinet pada September

Cadangan untuk melaksanakan pas pengangkutan awam berjumlah RM100 akan dibentangkan ke Kabinet pada September depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Jelas beliau, kertas mengenai inisiatif itu sedang disiapkan untuk diberikan kepada jemaah menteri tetapi pelaksanaannya terpulang kepada kerajaan.

Pas pengangkutan awam ini aadalah antara manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun pada 1 Jun lalu Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu terpaksa diambil kerana menyebabkan kesan kewangan yang besar menerusi penyediaan subsidi oleh kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, kementerian akan membawa perkara berkenaan untuk dibincangkan pada mesyuarat Kabinet bagi eneliti mekanisme bersesuaian.

Siew Fook dalam kenyataan itu menejlaskan ketika pakatan menjadi pembangkang PH tidak mempunyai capaian kepada perangkaan sebenar dan maklumat berkaitan untuk memberi jangkaan lebih tepat mengenai jumlah subsidi yang perlu diperuntukkan.

Selepas kemenangan PH dan membentuk kerajaan,mendapati penyediaan pas perkhidmatan awam tanpa had dengan nilai RM100 itu kelak, bakal menyebabkan implikasi kewangan yang besar, susulan perangkaan dan maklumat berkaitan diperoleh dengan tepat.

Henti kutipan Tabung Harapan bulan depan, kata Mahathir



Henti kutipan Tabung Harapan bulan depan, kata Mahathir

Kerajaan akan menghentikan kutipan Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) bulan depan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, kerajaan masih belum membuat keputusan tarikh akhir Tabung Harapan tersebut tetapi besar kemungkinan ia bakal ditamatkan dalam masa terdekat.

“Kami belum membuat keputusan tarikh akhir Tabung Harapan tetapi mungkin pada bulan hadapan ia akan dihentikan,” katanya selepas menghadiri perbincangan meja bulat dengan Pemimpin Perniagaan Asean di Kuala Lumpur, hari ini lapor Mymetro.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Dr Mahathir pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhan tabung itu membolehkan kementerian berkenaan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat dengan cara yang lebih sistematik lagi telus.

Dr Mahathir juga menafikan hasrat kerajaan menghentikan pengumpulan dana itu disebabkan beberapa syarikat menggunakannya sebagai mekanisme melobi kerajaan.

“Ia mungkin boleh terjadi tetapi kita tidak terjejas dengan perkara itu. Ada satu derma yang sangat besar dari sebuah syarikat yang mempunyai masalah tetapi kita enggan menerimanya.

“Kerajaan perlu menghentikan pengumpulan dana daripada rakyat ini. Ia sebenarnya adalah cara untuk mengetahui sejauh mana rakyat sayangkan negara sehingga sanggup berkorban mengatasi masalah kewangan negara.

“Saya rasa agak jelas, rakyat yang mempunyai jumlah kewangan yang kecil sanggup membantu menyelamatkan negara,” katanya.

Sehingga kini, Tabung Harapan berjaya mengumpul dana RM180 juta, derma daripada rakyat Malaysia termasuk syarikat tempatan.

101 ahli Umno-Pas masuk AMANAH di Dun Bintong

Ir Shaharuddin Ismail  (tiga dari kanan) dan  Wan Kharizal Wan Khazim (empat dari kanan) selepas mengumumkan keluar parti sertai AMANAH.- Foto BH online.

Seramai 101 ahli Umno dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bintong mengumumkan keluar parti masing-masing hari ini dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Ir Shaharudin Ismail yang mewakili 30 bekas ahli Umno menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi AMANAH Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim, di Pusat Aktiviti Wang Ulu, semalam, lapor bharian online.

Shaharudin berkata, keputusan beliau bersama ahli Umno lain menyertai AMANAH adalah kecewa dengan pucuk pimpinan Umno yang tidak berubah.

“Pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian masih berlaku politik wang, di peringkat pusat ketika pemilihan pula orang yang sama juga dikekalkan.

“Kita sangkakan orang lain akan terpilih tetapi orang lama kekal bermakna cara masih lama dan tiada perubahan,” katanya.

Ditanya kenapa memilih AMANAH berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar penggal lalu, berkata AMANAH dilihat lebih sederhana berbanding dua parti Pakatan Harapan (PH) itu.

“Bersatu dan PKR mendapat perhatian yang cukup meluas. AMANAH parti yang bersederhana dan ia sesuai dengan kami.

“Saya dan rakan lain menganggap AMANAH adalah parti masa hadapan yang sesuai dengan perjuangan kami,” katanya.

Wan Kharizal Wan Khazim bersama Abdul Rashid.

Turut sama menyerahkan borang keahlian adalah bekas Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Kampung Telok Kacang yang mendakwa mewakili 71 ahli Pas kawasan berkenaan.

Bekas AJK Pas Cawangan Teluk Kacang Abdul Rashid ketika ditemui wakil Media Oren berkata beliau dan ahli Pas yang lain menyertai AMANAH kerana mendakwa pucuk pimpinan Pas hari ini sudah tidak lagi relevan.

“Mereka sudah berubah selepas kepimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dahulu, “ujarnya.