Isnin, 26 Mac 2018

Kedai cenderamata hangus di Cameron Highlands

MalaysiaGazette
Kebakaran premis menjual Cenderamata di Cameron Highlands malam tadi.Credit: Info Kemalangan/trafik Whatsapp.


KUANTAN – Sebanyak 12 premis menjual cenderamata hangus terbakar kira-kira 80 peratus dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Sungai Burung, Cameron Highlands semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian dilaporkan beraku kira-kira 10 malam semalam.

Bagaimanapun katanya, tidak ada sebarang kehilangan nyawa dan kecederaan yang berlaku dalam kebakaran itu.
Anggota bomba telah berusaha mengawal kebakaran besar 
sehingga tengah malam tadi di kedai cenderamata, Cameron 
Highlands semalam.- Credit:Info Kemalangan WhatsApp..
Seramai 14 anggota bergegas dan bertungkus lumus memadam kebakaran tersebut sejurus menerima aduan.

“Sehingga kini (12 tengah malam), pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran tersebut sepenuhnya,” ujar beliau.

Tambah beliau, pihaknya juga telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti punca kebakaran itu berlaku selain mengkaji jumlah kerugiannya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: