SUNGAI BULOH : Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal sebelum pembubaran di peringkat Parlimen diputuskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tiada keperluan keputusan itu dibuat di peringkat pentadbiran Selangor sehingga kini.
“Sudah pasti tiada pembubaran untuk tempoh terdekat. Sebaliknya tumpuan DUN Selangor terarah kepada bantahan proses persempadanan semula.
“Umum sedia maklum di peringkat Kerajaan Negeri, tindakan persempadanan itu dibuat tanpa mengikut lunas undang-undang.
“Justeru, kita akan terus membuat bantahan dan lanjutan perkara ini akan dibawa ke Mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyerahkan bantuan kewangan kepada pesara tentera di Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, hari ini.
Persidangan DUN Selangor bermula selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Isnin ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan