Rabu, 5 Ogos 2020

PEMBERITAHUAN :

BERITA POLITIK TELAH DIPINDAH KE DALAM KEMBAR BLOG ' AR RISALAH '

Dewan Rakyat kecoh bila Rashid didakwa berat sebelah

Muhammad Azizul Osman
Yeo Bee Yin
Yeo Bee Yin

KUALA LUMPUR – Ketika sesi penggulungan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, bekas menterinya, Yeo Bee Yen mempersoalkan mengenai isu tender terbuka projek penjana tenaga bebas (IPP).

Bee Yen bangkit mengutarakan samada kerajaan mahu melaksanakan tender terbuka bagi IPP ini.

Isu itu timbul apabila Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif membangkitkan mengenai tender yang diberikan kepada empat kontraktor luar.

Tidak puas hati dengan itu, Bee Yin bangun dengan berkata kenyataan itu adalah tidak benar.

‘Pertikaman lidah’ itu cuba dileraikan Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Rashid Hasnon dengan berkata ia adalah platform untuk Shamsul Anuar untuk menggulung.

“(Ahli Parlimen) Bakri, ini sesi menteri dan dapatkan kebenaran untuk mencelah,” tegas Rashid.

Masih tidak puas hati, Bee Yin berkata menteri tidak berani untuk menjelaskan pertambahan beliau.

“Menteri tidak berani untuk memaksa semasa saya membuat pencelahan,” kata Bee Yin.

“Saya tak benarkan Bakti mencelah. Menteri jawab,” kata Rashid lagi.

Justeru itu, bekas menteri itu terus menggelar Rashid berat sebelah kerana menteri tidak berani untuk menjawab.

Beliau mengulangi ini adalah pentas menteri buat menjawab.

“(Ini) bukan cara begini kita berbahas dalam dewan,” katanya.

Selepas itu, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi 2, Willie Mongin bangun memohon Ahli Parlimen Bakri agar menarik balik tuduhan Timbalan Yang Dipertua berat sebelah.

“Ini tuduhan jahat dan berniat untuk memandang rendah kepada Speaker,” cadang Ahli Parlimen Puncak Borneo itu.

“Saya akan tarik balik sekiranya saya rasa Speaker adil,” tegas Bee Yin.

Situasi tegang apabila Bee Yin enggan menarik balik kenyataan itu sehingga beliau diberikan amaran buat kali ketiga.

“Saya bagi amaran terakhir, kalau tidak Bentara akan diarahkan anda keluar,” kata Rashid.

Enggan mengalah, Bee Yin berkata kenyataan itu akan ditarik balik jika beliau diberikan peluang kedua kepadanya untuk mencelah.

Selepas itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang mencadangkan agar Bee Yin diberikan peluang dan ruang untuk menjawab dakwaan Shamsul Anuar.

“Kalau boleh diberi pandangan jawab. Lebih baik permohonan maaf dan beri ruang untuk jawab dakwaan menteri,” ujar Nurul Izzah.

Rashid turut bertegas agar kenyataan itu ditarik balik oleh Bee Yin.

“Tadi, kata saya berat sebelah dan ini kali ketiga saya beri amaran. Dan ini boleh respon daripada menteri,” kata Rashid lagi.

Akur dengan itu, Bee Yin akhirnya memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

“Saya tarik balik tapi beri saya peluang untuk jawab,” katanya lagi namun ia tidak dibenarkan Rashid dan meneruskan sesi penggulungan Shamsul Anuar.

“Tidak benarkan dan teruskan dengan penggulungan menteri,” kata Rashid lagi. – MalaysiaGazette

APMM tahan 4 lagi dalang seludup Rohingya ke Malaysia

azrulhakimie


Seludup 202 etnik berkenaan di perairan Langkawi pada 5 April lepas

ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat lagi lelaki warga Myanmar yang disyaki menjadi dalang dalam penyeludupan 202 etnik Rohingya ke negara ini di perairan Langkawi pada 5 April lepas.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Kedah dan Perlis Kapt Maritim Zulinda Ramly berkata mereka ditahan hasil maklumat daripada dua lelaki warganegara sama yang telah ditahan sebelum ini iaitu pada 16 dan 18 April lepas di Simpang Empat dan Guar Chempedak dekat Yan.

Keempat-empat suspek berumur 24 hingga 53 tahun itu ditahan secara berasingan pada Ahad di Simpang Empat dan Kota Sarang Semut, di sini serta di daerah Pendang.

“Kesemua mereka ditahan reman selama 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

APMM masih memburu dua lagi suspek yang telah dikenal pasti menjadi dalang utama mengatur kemasukan pendatang asing khususnya etnik Rohingya ke negara ini.

Zulinda berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan penglibatan rakyat tempatan dalam sindiket itu. Bagaimanapun, perkara itu masih dalam siasatan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zulinda berkata APMM telah menahan dua nelayan tempatan selepas menemui 12 beg plastik berisi daun ketum seberat 150 kilogram yang dianggar bernilai RM9,000 di atas bot mereka di muara Sungai Baru, Perlis, petang semalam.

Dua lelaki itu yang berumur 24 dan 35 tahun ditahan ketika pihaknya melakukan rondaan di kawasan itu menerusi Op COVID-19 Laut sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas menerima aduan orang awam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Bernama

107,674 tandatangan petisyen desak tukar MyKad baharu

aqila


Langkah banteras sindiket penjualan MyKad palsu, lambakan PATI

BANGI – Lebih 100,000 orang telah menurunkan tandatangan menyokong petisyen dalam talian bagi mendesak supaya ditukarkan kepada MyKad baharu dalam membanteras sindiket MyKad palsu.

Setakat jam 2 petang, petisyen yang dilancarkan di platform change.org oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berjaya mengumpulkan 107,674 tandatangan.

Dalam petisyen itu, Naib Pengerusi PEMBELA, Cikgu Izzat Johari menegaskan bahawa desakan yang dibuat adalah sebagai langkah membanteras sindiket penjualan MyKad palsu dan lambakan pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini.

Katanya lagi, ia sekali gus mendesak Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia untuk membuat pembentangan mengenai laporan terkini berhubung isu pelancong yang tidak pulang ke negara masing-masing.

“Tahukah anda bahawa isu penjualan MyKad, lambakan warga asing dan ‘kehilangan’ lebih 100,000 pelancong China dan India telah pun mendapat perhatian kerajaan Malaysia. Cuma masih belum ada kenyataan rasmi sahaja,” katanya.

Terdahulu, laporan yang Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 menunjukkan bahawa lebih dari 95 peratus pelancong China dan India yang melawat negara ini pada tahun 2016 sehingga 2018 tidak mempunyai rekod keluar.

Sebanyak 79,799 warga China telah direkodkan melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dan didapati sebanyak 76,258 bersamaan 95.6 peratus tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Tiada rakyat Malaysia dalam insiden letupan di Beirut

azrulhakimie


'Malaysia tumpang bersedih, doakan rakyat Lubnan tabah'

KUALA LUMPUR– Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden letupan dahsyat yang menggegarkan ibu kota Beirut pada Selasa.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berdasarkan laporan awal daripada Perwakilan Malaysia di Beirut, semua rakyat Malaysia di Lubnan selamat dan dinasihatkan agar terus kekal berada di rumah masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa sedih dengan insiden yang mengorbankan sekurang-kurangnya 79 penduduk tempatan dan mencederakan lebih 4,000 yang lain.

“Malaysia tumpang bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat Lubnan yang kita percaya amat tabah mendepani ujian ini.

“InsyaAllah, Malaysia akan bantu apa sahaja yang terdaya,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Kejadian pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) di gudang dekat pelabuhan itu menjejaskan beratus-ratus kediaman dan bangunan berhampiran, termasuk kediaman bekas perdana menteri Saad Hariri.

Kementerian Dalam Negeri dalam pada itu memaklumkan gudang itu dipercayai menyimpan ammonium nitrat secara haram sejak enam tahun lalu.

Antara yang terbunuh adalah Setiausaha Agung Parti Kataeb, Nazar Najarian.

Sementara itu, Perdana Menteri, Hassan Diab menyifatkan kejadian itu sebagai ‘malapetaka’ dan individu bertanggungjawab akan dikenakan tindakan tegas.

Kes Adib: Cadangan KDN buka semula inkues aneh, janggal

ainulillia


Mengapa KDN dulu tak mohon untuk lakukan semakan kehakiman?

BANGI – Peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyifatkan, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk membuka semula inkues anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai janggal dan aneh.

Mohamed Haniff berkata, ini kerana tindakan itu tidak memuaskan prinsip kedaulatan undang-undang atas beberapa alasan.

Katanya, tindakan Hamzah tidak selari dengan cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menubuhkan Pasukan Kajian Semula, bagi menyiasat kesemua aspek kes kematian Muhammad Adib.

Pada 10 Julai yang lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan itu akan melakukan siasatan yang tertumpu kepada saksi-saksi.

“Maka, bagaimanakah Hamzah Zainuddin boleh menyatakan kertas siasatan telah terus dimajukan oleh polis kepada pihak Peguam Negara pada 23 Julai iaitu 13 hari selepas cadangan IGP tersebut.

“Adakah satu pasukan siasatan khas telah pun ditubuhkan?,” soalnya dalam video yang disiarkan di laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Haniff berkata, kenyataan Hamzah adalah janggal kerana Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September lalu sudah pun memutuskan punca kematian Muhammad Adib bukan disebabkan kemalangan tetapi perbuatan jenayah.

Beliau berkata, jika tidak dipersetujui oleh pihak polis atau pihak Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu, mereka patut membuat permohonan untuk semakan kehakiman dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, katanya, Menteri Dalam Negeri pada ketika itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengambil tindakan untuk membuat rayuan terhadap pihak yang didapati terlibat dengan kes tersebut.

“Kenapa pula sekarang, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dari parti yang sama ingin pula mencadangkan agar dibuka semula satu lagi inkues koroner.

“Perkara ini cukup pelik, ganjil dan tidak selesa dari sudut perundangan dan tidak mematuhi keperluan prinsip perundangan,” katanya.

Justeru, beliau mengesyorkan agar Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dengan serta-merta mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang lengkap dan menyeluruh berhubung isu siasatan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib.

“Memandangkan sudah hampir dua tahun berlalu sejak kematian Allahyarham Adib pada 17 November 2018 dan sudah hampir setahun berlalu sejak keputusan Mahkamah Inkues pada 27 September 2019.

“Namun kesemua pihak yang terbabit sama ada Kementerian Dalam Negeri, pihak polis dan pihak Pejabat Peguam Negara masih belum memuktamadkan isu ini,” katanya.

Semalam, kerajaan menjelaskan kertas siasatan kes kematian Muhammad Adib dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu, dengan disusuli beberapa cadangan.

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Muhammad Adib pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Hamzah ketika memperincikan perkembangan kes itu berkata, cadangan lain turut dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan jika mendapat persetujuan Peguam Negara.

Bendera terbalik: Maaf hanya SOP, capai matlamat guris hati bangsa

fazleensafina


Cuba salahkan pekerja sekolah, adakah mereka datang dari Marikh?

BANGI– Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam) menyelar pihak sekolah yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik.

Pengerusinya, Mohd Luttfi Abd Khalid menyifatkan, kejadian tersebut walaupun dianggap sebagai terpencil, namun hakikatnya ia merupakan satu bentuk provokasi.

“Kenyataan memohon ‘maaf’ adalah SOP (standard operasi prosedur) yang lazim digunakan sesudah itu, tapi matlamat sudah tercapai.

“Kemudian akan timbullah suara-suara ‘rahmat’ yang dengan penuh ‘tulus’ akan meminta supaya bangsa dan umat yang terguris itu berlapang dada terhadap ‘khilaf yang tidak disengajakan’ itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, insiden Jalur Gemilang yang digantung secara terbalik di sekolah rendah di Klang dilakukan secara tidak sengaja oleh seorang pekerja pembersihan institusi pendidikan itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Jalur Gemilang itu digantung pada dinding sekolah oleh pekerja bertaraf pemastautin tetap dan dibantu seorang wanita tempatan kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Katanya, selepas siap menggantung bendera itu, pekerja berkenaan kembali untuk melihat kedudukan Jalur Gemilang tersebut namun mendapati ia telah dipasang secara terbalik.

“Pekerja itu segera membuka kembali bendera berkenaan dan memasangnya dengan betul dalam masa kira-kira 10 minit.

“Namun, dalam tempoh sesingkat itu, seorang individu yang kebetulan berada di luar pagar sekolah berkenaan sempat mengambil gambar Jalur Gemilang dipasang terbalik dan tularkannya di Facebook dengan memainkan isu perkauman tanpa usul periksa,” katanya.

Membidas perkara itu, Mohd Luttfi berkata, pihak yang terbabit dalam insiden berkenaan kononnya mahu menunjukkan sifat patriotik, namun tersalah langkah apabila memasang bendera secara terbalik.

Beliau menegaskan, tindakan pihak tertentu menjadikan pekerja sekolah sebagai kambing hitam sebagai sesuatu yang ‘menghairankan’.

“Salahkan pekerja sekolah. Macam pernah dengar sahaja. Pekerja sekolah itu dari planet Marikh ke?,” soalnya sinis.

Pada masa sama, beliau kesal simbol negara seperti Jalur Gemilang termasuk Jata Negara kini menjadi bahan mainan, di mana maruahnya dicemari tanpa rasa bersalah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita hairan dan tertanya-tanya apakah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sudah menjadi subjek sampah bagi mereka?

“Kita sepatutnya sudah lama menggesa pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan menyiasat dan menjalankan ‘audit bahasa Melayu’ ke atas semua institusi pendidikan swasta di negara ini, lebih-lebih lagi mereka yang senang sahaja menjadikan pekerja sekolah sebagai kambing hitam.

“Apakah di belakang ini semua terdapat ‘penaja-penaja’ yang kebal dari tindakan politik dan undang-undang?,” soalnya lagi.

Md Rayhan diusir selepas selesai siasatan: KP Imigresen

fazleensafina


Pas lawatan ditamatkan, disenarai hitam memasuki Malaysia

Pemandu lori lacur isteri, anak didakwa esok

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, 3 lelaki warga
Pakistan dan seorang lelaki Bangladesh berusia antara 29 hingga 35 tahun
yang merupakan pelanggan kepada mangsa kanak-kanak itu akan dihadapkan
ke Mahkamah Kajang atas kesalahan merogol. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang (ATIPSOM) esok atas kesalahan melacurkan isteri dan anak kandungnya yang berusia 13 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, 3 lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki Bangladesh berusia antara 29 hingga 35 tahun yang merupakan pelanggan kepada mangsa kanak-kanak itu akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang atas kesalahan merogol.

“Suspek lelaki berusia 43 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 13 (b) dan Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

“Dia juga akan didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dengan 3 pertuduhan di Mahkamah Sesyen (ATIPSOM) Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadzil berkata, 4 warga asing itu akan didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan di Mahkamah Kajang.

Beliau berkata, pada 11 Julai lalu polis menerima laporan daripada ibu saudara mangsa mendakwa mangsa dirogol dan dilacurkan oleh bapanya di sebuah kondominium di Hulu Langat sejak 2017.

Bekas juruterbang maut jatuh kondo

Sanjiv Daevin Arunasalam boleh bermain 7 alat muzik dan merupakan
guru muzik. (Gambar Aseana Percussion Unit)

PETALING JAYA: Seorang bekas juruterbang syarikat penerbangan tambang murah ditemui mati di bawah kondominiumnya di Bandar Kinrara, Puchong, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Serdang Ismadi Borhan berkata, siasatan awal mendapati Sanjiv Daevin Arunasalam, 35, dipercayai terjatuh dari unit kediaman di tingkat 12 itu.

Katanya, polis menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Sanjiv yang boleh bermain 7 alat muzik adalah guru muzik, kehilangan pekerjaan di syarikat penerbangan itu 2 bulan lalu.

Rakannya Eddy Zachariah memberitahu FMT, Sanjiv tetap seorang yang tenang walaupun diberhentikan kerja.

“Dia mempunyai karektor yang kuat, bijak dan berbakat,” katanya yang mengenali Sanjiv selama hampir 20 tahun.

Urusan pengebumian Sanjiv dijalankan di Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cheras hari ini.

Guan Eng tak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kata pemimpin DAP

Ramkarpal Singh berkata, Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan
seorang individu tidak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kecuali sabitan
atau pembebasan itu dibatalkan dan perbicaraan semula diarahkan mahkamah
lebih tinggi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP berkata, bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak boleh didakwa semula atas kesalahan sama berhubung pembelian banglonya pada 2015 kerana ia akan menjadi tidak berperlembagaan.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh berkata, Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang individu tidak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kecuali sabitan atau pembebasan itu dibatalkan dan perbicaraan semula diarahkan mahkamah lebih tinggi.

“Oleh itu, walaupun bukti baru muncul, Lim tidak boleh didakwa semula hasil daripada siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah “tidak masuk akal” untuk menyiasat kes itu lebih lanjut.

Beliau berkata demikian selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan hari ini dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas membuka semula siasatan kes pembelian banglo Lim, jika ada bukti baru.

Ramkarpal berkata, SPRM boleh menyiasat, tetapi ia dilarang daripada meneruskan pendakwaan terhadap Lim dalam kes banglo itu.

Pada 30 Jun 2016, Lim didakwa menggunakan kedudukan awamnya untuk mendapatkan suapan bagi diri dan isterinya, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian bagi tujuan perumahan dalam mesyuarat exco negeri pada 18 Julai 2014.

Beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli sebuah banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta, lebih rendah daripada harga pasaran sebanyak RM4.7 juta ketika itu.

Phang didakwa bersubahat dengan Lim.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi George Town melepas dan membebaskan mereka pada 3 Sept 2018, selepas peguam negara menggugurkan pertuduhan itu.

SPRM yang terkejut dengan keputusan mahkamah membebaskan Lim dan Phang, berkata cadangan itu dibuat Jabatan Peguam Negara, bukannya agensi anti-rasuah berkenaan.

Usah hasut rakyat guna sentimen bukan orang KL, kata Annuar pertahan jawatan menteri WP

Annuar Musa berkata, beliau tinggal di Kuala Lumpur sejak 1975 dan memiliki
rumah pertamanya serta menjadi pegawai perancang bandar di DBKL pada
1981.

KUALA LUMPUR: Annuar Musa mempertahankan kedudukannya sebagai menteri Wilayah Persekutuan dan mengkritik ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menuduhnya tidak layak menjaga kepentingan warga ibu kota kerana berasal dari negeri lain.

Katanya, sindiran ahli Parlimen PH terhadapnya tidak wajar kerana pentadbiran bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad sendiri melantik Khalid Samad (PH-Shah Alam) sebagai menteri Wilayah Persekutuan.

“Ada yang menjadi sebutan awam, tular dan tidak manis, iaitu secara tidak langsung buat sindiran saya ini orang luar, hendak campur tangan hal orang Kuala Lumpur. Disebutkan juga saya ini orang Ketereh, Kelantan hendak campur tangan soal orang Kuala Lumpur.

“Saya sebutkan di sini, kita tidak boleh ungkit menteri itu datang dari mana, sebab kalau tanya kerajaan dahulu, dari mana datangnya Shah Alam (Khalid) yang dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan. Shah Alam juga dilahirkan di Kota Bharu, sebahagian keluarganya datang dari Johor.

“Kita juga tahu, Langkawi (Dr Mahathir Mohamad) jadi perdana menteri, dia bukannya orang Kuala Lumpur. Perkara ini bersifat peribadi sedikit, jadi janganlah hasut rakyat menggunakan sentimen sama ada orang Kuala Lumpur atau tidak, itu tidak manis,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tanpa memetik nama mana-mana ahli Parlimen, Annuar dipercayai merujuk kenyataan Hannah Yeoh (PH-Segambut) dan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang didakwa mempertikaikan kelayakan Annuar sebagai menteri Wilayah Persekutuan.

“YB sendiri (Yeoh) hanya lahir di Kuala Lumpur, duduknya di Selangor. Saya juga tahu alamat rumah YB (Fahmi) kerana berkahwin dengan orang Kuala Lumpur. Untuk makluman, sewaktu Hannah dilahirkan pada 1979, 4 tahun sebelum dilahirkan, saya sudah bermastautin di Kuala Lumpur.

“Fahmi pula lahir pada 1981, pada 1981 saya sudah memiliki rumah pertama saya dan menjadi pegawai perancang bandar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan menetap di Kuala Lumpur. Pada 1981 juga, saya sudah bermastautin dalam Parlimen Segambut,” katanya.

Pulau Pinang henti guna sistem kesan kontak sendiri, beralih ke MySejahtera

Orang ramai beratur untuk mendaftar masuk ke pejabat pentadbiran Pulau
Pinang di Komtar.

GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan menghentikan penggunaan sistem pengesanan kontak Covid-19 negeri itu menjelang akhir bulan untuk memberi laluan kepada aplikasi MySejahtera yang diterima pakai kerajaan pusat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata negeri itu akan mematuhi keputusan Putrajaya, hanya butiran daftar masuk daripada aplikasi MySejahtera akan diterima.

“Kami tidak mahu penduduk Pulau Pinang terlibat masalah kerana tidak mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejathera,” katanya dalam sidang media di Komtar hari ini.

Chow berkata, sistem PGCare yang diperkenalkan sebelum MySejahtera, mencatatkan 16.48 juta daftar masuk daripada 36,521 tempat awam berdaftar sejak 15 Mei lalu.

Katanya, 1.35 juta pengguna sudah mendaftar dengan sistem itu setakat ini, angka baik memandangkan Pulau Pinang mempunyai 1.8 juta penduduk.

Chow bagaimanapun berharap Putrajaya akan memberi sedikit masa kepada penduduk Pulau Pinang untuk beralih kepada aplikasi MySejahtera.

Beliau juga menggesa perniagaan mendaftar dan mempamerkan kod QR baru di bawah sistem itu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua syarikat telekomunikasi yang mengecualikan kos SMS untuk kod PIN yang dihantar kepada pendaftar pertama kali.

Ditanya mengenai pemberhentian PGCare walaupun kerajaan pusat membenarkan penggunaan aplikasi pengesanan kontak lain bersama MySejahtera, Chow berkata: “Lebih baik guna satu aplikasi saja.”

Katanya, kos untuk membangunkan sistem itu ialah RM36,000.

15 kes import, 6 jangkitan tempatan Covid-19

PETALING JAYA: Jumlah kes Covid-19 kembali kepada 2 angka hari ini membabitkan 15 kes import dan 6 jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, semua 21 kes baru itu membabitkan warganegara.

Katanya, 3 daripada kes jangkitan tempatan itu membabitkan kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah.

Selasa, 4 Ogos 2020

Penyelidik UPM temui gula trehalulosa dalam madu kelulut, baik untuk kesihatan

kelulut1-681x454

KUALA LUMPUR – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membuat penemuan gula ‘trehalulosa’ dalam madu kelulut sebagai gula utama yang tidak terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam madu yang dihasilkan oleh lebah lain.

‘Trehalulosa’ itu ditemui dalam semasa penyelidikan mengenai profil gula madu kelulut dijalankan oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Dr. Norhasnida Zawawi bersama Profesor Madya Dr. Mary Fletcher dari University of Queensland Australia serta ahli kumpulan penyelidikan lain makmal Queensland Alliance of Agriculture and Food Innovation, Australia.

“Kami menguji madu dari dua spesies lebah asli Malaysia (Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica), dua Australia (Tetragonula carbonaria dan Tetragonula hockingsi) dan satu Brazil (Tetragonisca angustula) dan mendapati 13 sehingga 44g gula trehalulosa didapati dalam semua madu itu, bukannya gula maltosa seperti yang difikirkan sebelum ini,” kata Dr. Norhasnida.

Beliau berkata, madu kelulut yang dikaji dari Malaysia daripada spesis G. thoracica mempunyai kandungan ‘trehalulosa’ paling tinggi iaitu 84% daripada berat madu.

Katanya, trehalulose adalah gula dengan indeks glisemik rendah (GI) bernilai 32 sahaja, dan tidak dijumpai sebagai komponen utama dalam makanan lain.

Beliau juga berkata, gula trehalulosa itu mempunyai kemanisan sehingga 70% daripada kemanisan gula sukrosa tetapi jika dimakan dengan jumlah yang sepatutnya, ia boleh digunakan untuk mencegah penyakit diabetes.

“Sebelum ini, secara tradisional, masyarakat di Malaysia telah menggunakan madu ini untuk pesakit diabetes tetapi daripada segi sains kita belum dapat membuktikan dengan jelas faktor yang boleh menyebabkan kesan itu.

“Sekarang kita tahu bahawa nilai GI madu yang lebih rendah ini boleh menjadi satu daripada faktor yang menyumbang kepada tuntutan itu kerana setelah trehalulosa memasuki sistem penghadaman, ia akan diserap dalam darah secara perlahan dan tidak akan menaikkan glukosa darah seperti gula biasa," katanya.

kelulut7
Dr. Norhasnida Zawawi

Beliau berkata, perkara yang juga menarik mengenai gula trehalulosa ialah ia bersifat akariogenik, dan oleh itu tidak menjadi punca kerosakan gigi.

Menurutnya, penemuan gula trehalulosa itu telah diterbitkan dalam jurnal keluaranSpringer Nature: Scientific Reports https://rdcu.be/b5Mh3.

Dr. Norhasnida berkata, penemuan itu akan mengukuhkan pasaran madu lebah kelulut dan meningkatkan permintaan terhadapnya di peringkat antarabangsa.

Justeru, katanya, industri madu kelulut negara akan berkembang dengan lebih pesat yang akan meningkatkan pulangan kepada penternak kelulut di Malaysia.

Katanya, bagaimanapun nilai komersial yang tinggi juga menjadikannya madu itu berisiko untuk dipalsukan, seperti penjualanan madu yang telah dicampur dengan bahan lain, atau mencairkan produk berkenaan.

"Tetapi berdasarkan kajian ini, kita akan dapat menguji ketulenan madu kelulut yang dijual dipasaran, selain membantu industri dan pihak berwajib untuk menetapkan standard makanan yang sesuai bagi madu ini, berbeza dengan piawai sedia ada,” katanya yang juga ahli Jawatankuasa Pembentukan Piawai Madu Kelulut di Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau berharap, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menubuhkan Institut Penyelidikan Lebah Kelulut Malaysia bagi menggiatkan lagi kajian mengenai lebah dan madu kelulut sebagai makanan yang berpotensi menjadi komoditi negara.

Kajian itu sebahagiannya dibiayai Kementerian Pendidikan Tinggi melalui geran penyelidikan Geran Putra (No. 9568900) tetapi dijalankan di University of Queensland ketika Dr. Norhasnida menjalani cuti sabatikal sebelum dilantik sebagai Honorary Senior Fellow di situ.

Kajian selanjutnya kini dijalankannya di Makmal Makanan Fungsian, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. – MalaysiaGazette

Purata harga minyak sawit mampu cecah RM2,600 satu tan – Khairuddin

Mohammad Arif Nizam
MGF04082020_HOSPITAL-SELAYANG-TERIMA-SUMBANGAN-MESIN-VENTILATOR_04-681x454
Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi (kiri) menyampaikan
sijil penghargaan kepada Ketua Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia
(MPOA), Datuk Mohamad Nageeb Ahmad Abdul Wahab (tengah) sambil
diperhatikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr.
Mohd Khairuddin Aman Razali (kanan) pada Majlis Sumbangan Mesin
Ventilator dan Ujian Kit di Hospital Selayang, Selayang, Selangor. foto
FAREEZ FADZIL

SELAYANG – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MSM) menjangka purata harga minyak sawit antara RM2,500 ke RM2,600 satu tan menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, unjuran itu berdasarkan permintaan tinggi bagi minyak sawit mentah khususnya dari Afrika, Filipina dan Timur Tengah.

Beliau berkata, selain itu terdapat peningtakan permintaan MSM dari India yang menjadi penyumbang kepada peningkatan komoditi itu.

Jelas beliau walaupun berdepan Covid-19, sektor perladangan dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mendorong kepada bekalan stok minyak sawit mentah negara.

“Kita di Malaysia diberi kelonggaran untuk beroperasi, itu kelebihan kita. Jadi kita berlaku Covid-19, kita masih mengeluarkan hasil iaitu buah tanda segar dan minyak refined. Jadi kita ada stok.

“Jadi, sebaiknya berakhirnya pandemik (PKP), kita terus program pemasaran kita dan alhamdulillah berlaku peningkatan yang agak besar ke atas permintaan minyak sawit kita.

“Kita yakin sampai ke hujung tahun kita akan lebih berjaya dan kita sasarkan untuk tahun 2020, sebanyak RM65 billion hingga RM70 billion kita punya eksport ke luar negara berbanding pada tahun lepas sekitar RM63 billion, itu jangkaan kitalah” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan mesin ventilator dan Test Kit Covid-19 kepada Hospital Besar Selayang oleh kementeriannya di sini hari ini.

MGF04082020_HOSPITAL-SELAYANG-TERIMA-SUMBANGAN-MESIN-VENTILATOR_08
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr.
Mohd Khairuddin Aman Razali bercakap kepada media selepas
Majlis Sumbangan Mesin Ventilator dan Ujian Kit di Hospital
Selayang, Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL

Beliau diminta mengulas laporan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) baru-baru ini bahawa industri minyak sawit dijangka pulih sepenuhnya pada suku keempat tahun ini sekiranya pandemik COVID-19 dapat dikawal dan dikekang.

CPOPC yakin peningkatan dalam pasaran mungkin akan berlaku susulan dasar monetori yang longgar dilaksanakan kebanyakan bank-bank pusat dan pakej rangsangan kerajaan.

Sehingga semalam, harga fizikal untuk sawit berada di paras RM2,860 untuk satu tan manakala harga bagi MSM kontrak niaga hadapan kini berada di paras RM2,689 dan RM2,850.

Ia susulan peningkatan terhadap komoditi itu di pasaran global yang semakin baik disokong oleh penurunan pengeluaran selepas penularan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

Pindaan naikkan had minimum muflis bakal dibentang di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan berkata pindaan untuk menaikkan had minimum muflis bakal dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata kerajaan sedang berusaha untuk meminda khususnya Seksyen 51 undang-undang Insolvensi.

“Ya memang kerajaan prihatin terutama dalam masa pasca Covid-19.

“Saya tak boleh umumkan lagi, kerana ia akan dibentangkan dalam sidang ini juga,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Hannah Yeoh (PH-Segambut) yang menanyakan sama ada kerajaan akan menaikkan had minimum muflis memandangkan ramai orang akan kehilangan kerja atau tiada keupayaan bayar balik hutang dalan pasca Covid-19.

Sebelum itu, Takiyuddin berkata kerajaan prihatin terhadap kes muflis kerana berkait dengan undang-undang dan proses yang melibatkan bank.

Katanya, untuk mengatasi masalah itu, kerajaan akan terus memberi kesedaran kepada para belia untuk mengelakkan daripada muflis.

Pada 1 April lalu, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menawarkan 3 inisiatif bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung rakyat, khususnya individu bankrap dalam mengharungi tempoh sukar ini.

Inisiatif itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 23 Mac lalu.

Bahagian Dasar, Perundangan dan Komunikasi Strategik MdI dalam kenyataannya, berkata pihaknya memutuskan untuk melaksanakan inisiatif selari dengan keputusan kerajaan yang membenarkan pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada individu bankrap berumur bawah 55 tahun.

Katanya, pengeluaran itu tetap tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

80 gagal patuhi SOP kuarantin di rumah kena tindakan

PUTRAJAYA: Polis mengambil tindakan kumulatif terhadap 80 individu kerana gagal mematuhi SOP kuarantin di rumah, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau mengingatkan polis dan petugas Kementerian Kesihatan akan sentiasa memeriksa dan memantau individu yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari itu.

“Semalam, polis melakukan 2,078 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Dasar baru pekerja asing ‘bunuh’ ekonomi, kata MTUC

Dasar baru kerajaan mengehadkan pekerja asing kepada 3 sektor.

PETALING JAYA: Mengehadkan penggunaan pekerja asing hanya kepada 3 sektor akan “membunuh” ekonomi, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

Setiausaha Agung J Solomon berkata, realitinya ekonomi Malaysia amat bergantung kepada buruh asing dan mengehadkan mereka untuk bekerja hanya dalam 3 sektor saja nampak seperti tindakan yang akan menjejaskan ekonomi.

Beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan semula dasar itu.

Solomon berkata, kerajaan perlu melibatkan Majlis Penasihat Tenaga Kerja Nasional (NLAC) untuk mencari jalan penyelesaian mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dan menangani peningkatan kadar pengangguran tempatan.

Katanya, MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia tidak diajak berunding sebelum kerajaan memutuskan untuk mengekang penggunaan buruh asing, dan mengecualikan NLAC adalah pelanggaran konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Mengandaikan penduduk tempatan sedia bekerja dalam sektor 3D (kotor, sukar dan bahaya) dengan syarat dan terma sama dengan buruh asing, tidak mengetahui kos sara hidup yang tinggi sekarang dan garis kemiskinan disemak semula oleh kerajaan, katanya.

Berdasarkan statistik lebih 800,000 menganggur dalam tempoh 5 bulan tahun ini, Solomon berkata ramai rakyat tetap seperti itu kerana kerajaan gagal menyeru majikan untuk menawarkan gaji dan faedah lebih baik pada pekerjaan yang secara tradisionalnya dilakukan buruh asing.

Ramai pekerja asing yang didokumentasikan dibayar gaji minimum, manakala faedah seperti hari rehat wajib, kerja lebih masa atau faedah perubatan jarang diberi dan tidak mencukupi, katanya.

Sementara itu, beliau berkata lebih teruk apabila mereka yang tidak mempunyai dokumen dan digaji secara haram, majikan tidak bertanggungjawab membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

“Kementerian Sumber Manusia sekarang terpaksa menangani masalah buruh yang semakin meningkat dihadapi oleh majikan di sektor utama, termasuk perusahaan kecil dan sederhana pada ketika mereka berusaha keras untuk pulih daripada sekatan yang dikenakan untuk menangani Covid-19,” katanya.

Minggu lalu, kementerian menjelaskan pembekuan pengambilan pekerja asing baharu akan kekal hingga akhir tahun ini dan mereka hanya akan diambil bekerja di sektor perladangan, pertanian, dan pembinaan.

Ketika ini terdapat lebih 2 juta pekerja asing berdaftar dengan kementerian, dengan 700,000 di sektor pembuatan dan 309,000 di sektor perkhidmatan.

Pekerja yang tidak berdaftar menyumbang kira-kira 1 juta lagi di sektor ini.

Pelantikan ahli politik di 17 syarikat sejak Mac, Dewan Rakyat diberitahu

Kementerian Kewangan berkata pelantikan ahli politik itu dibuat ke atas 17
buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

KUALA LUMPUR: Ahli politik dilantik untuk 17 buah syarikat milik Kementerian Kewangan berdasarkan kemampuan dan kepakaran mereka, Dewan Rakyat diberitahu.

Kementerian Kewangan berkata pelantikan itu mengambil kira keperluan syarikat itu sendiri bagi membolehkan Lembaga Pengarah syarikat berkenaan beroperasi pada tahap yang optimum.

“Justeru, ahli politik yang berkelayakan atau memenuhi kriteria ‘fit and proper’ sahaja yang dilantik untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat-syarikat MKD.

“Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan barisan kepimpinan ALP syarikat MKD dengan memperluaskan serta mempelbagaikan lagi komposisi ahli-ahlinya daripada segi kemampuan, kepakaran dan pengalaman,” kata kementerian dalam jawapan bertulis kepada Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri).

Lim meminta Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz untuk menyatakan senarai GLC dan GLIC di mana lantikan politik telah dibuat sejak 2 Mac 2020 dan bagaimana lantikan itu akan membantu keberkesanan dan profesionalisme badan-badan ini.

Kementerian menyenaraikan 17 agensi di mana pelantikan ahli politik dibuat:

  • Amanah Raya Berhad
  • Felcra Berhad
  • Indah Water Konsortium Sdn Bhd
  • Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad
  • JKP Sdn Bhd
  • Khazanah Nasional Berhad
  • Padiberas Nasional Berhad
  • Pengurusan Aset Air Berhad
  • Perbadanan Nasional Berhad
  • Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
  • Prasarana Malaysia Berhad
  • Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd
  • Syarikat Perumahan Negara Berhad
  • Tenaga Nasional Berhad
  • UDA Holdings Berhad
  • Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera
  • Yayasan Pelaburan Bumiputera

Adik guna Twitter cari abang yang terpisah puluhan tahun

KISAH ini dipetik dari Siakap Keli. Cerita asal telah diciap oleh pemilik akaun Twitter ainajoo.

Suara Merdeka rasa terpanggil untuk sama mewar-warkan kisah yang menyentuh perasaan ini dan mendoakan supaya gadis ini berjaya menemui abang yang dicari.

Terpisah tanpa khabar berita dengan orang yang kita sayang adalah satu tempoh yang sangat memeritkan, apatah lagi jika insan itu adalah daripada pertalian darah kita sendiri.

Kes ahli keluarga atau adik beradik yang terpisah ini mungkin sudah banyak berlaku di negara kita.

Ada yang hilang kerana jenayah (nauzubillahi min zalik), ada yang terpisah ‘mati’ (meninggal dunia), malah ada yang terpisah dan hilang tanpa dapat dikesan punca sebenar.

Begitu juga yang dialami oleh pemilik akaun Twitter bernama ainajoo ini.

Gadis ini mendakwa abang kandungnya sudah terpisah dan hilang sejak kecil, bertahun lamanya tiada sebarang khabar berita hingga ke hari ini.

Beliau memohon bantuan dan kerjasama orang awam, netizen atau pihak-pihak berkaitan untuk menemukan semula abang kandungnya itu.

Nama: Muhammad Ikram bin Ibrahim

Nama ibu: Nor Yana binti Adam

Tarikh lahir: 28 April 1996

Umur kini: 24 tahun

Kali terakhir bersama: Ketika dijaga oleh seorang individu digelar ‘Mak Teh’ (umur pada waktu itu tidak dinyatakan).

Dakwa Ain, akibat perpisahan yang sudah bertahun lamanya, ibu mereka kini sangat merinduinya.

Bebenang di Twitter ini dibuat agar ia berpanjangan dan terus dihebahkan menerusi segenap saluran media sosial.

Manalah tahu, si abangnya ini pun ada Twitter, kalau ramai netizen retweet, share, viral dan sebagainya, barangkali boleh sampai juga maklumat ini kepadanya.

Semoga mereka dipertemukan kembali. SM

Risiko pengulangan PKP : Warga asnaf disaran segera buka akaun bank – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyarankan warga asnaf yang belum memiliki atau membuka akaun bank agar segera berbuat demikian bagi tujuan mempermudahkan penyaluran sumbangan sekiranya berlaku sebarang pengulangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di masa yang akan datang.

Baginda menambah bahawa adalah lebih mudah sekiranya warga asnaf mempunyai akaun bank untuk menerima sumbangan daripada pelbagai agensi termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

“Berdasarkan pengalaman ketika pelaksanaan PKP yang lalu, penyaluran sumbangan akan lebih cepat, mudah dan selamat apabila sumbangan disalurkan melalui akaun bank masing-masing memandangkan terdapat halangan untuk bergerak dan berkumpul,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Sembelihan Korban CSR melalui MAIPs 2020’ yang dilaksanakan di Pejabat MAIPs di Kangar semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor serta para pegawai kanan Majlis.

Sebanyak 1,700 daging dan karkas korban diagihkan kepada 15 buah maahad tahfiz dan rumah kebajikan di seluruh negeri Perlis selain disumbangkan kepada Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup serta beberapa buah masjid terpilih.

Untuk rekod, saban tahun MAIPs menerima sumbangan lembu korban yang dilaksanakan oleh pihak korporat dan juga orang perseorangan dan pada tahun ini antara yang bermurah hati ialah RHB Bank dan Eastern Agro Farm memberikan sumbangan lembu untuk diagihkan kepada masyarakat.

Pada kesempatan yang sama, menyentuh mengenai status semasa penularan pandemik Covid-19, baginda mengingatkan seluruh rakyat supaya sentiasa memakai pelitup muka (mask) semasa hendak keluar rumah. – SM

Mahdzir terkejut dakwaan Rayyan dia terima RM60 juta

BEKAS Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid terkejut dengan tuduhan Rayyan Radzwill Abdullah bahawa dia meminta 20 peratus daripada Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak Holdings).

Dakwaan itu dilemparkan oleh Rayyan Radzwill ketika menjadi saksi dalam kes melibatkan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam.

Mahdzir berkata, dia terkilan dengan laporan berita kononnya telah meminta habuan sebanyak RM60 juta daripada syarikat Jepak Holdings melalui seorang bernama Mohd Fuad Yasin dan satu perjanjian bertulis telah disediakan.

“Saya terkejut dengan kenyataan saudara Rayyan tersebut. Saya telah menafikan tuduhan-tuduhan itu semasa saya dipanggil sebagai saksi dan memberi keterangan di Mahkamah dalam kes yang sama sebelum ini.

“Jujur saya kongsikan yang saya terkilan dengan penulisan-penulisan yang saya baca. Rata-rata kelihatan seperti cubaan menjejaskan dan memburukkan imej dan reputasi saya di mata rakyat.

Penulisan-penulisan ini telah memberi kesan tidak elok kepada pekerjaan-pekerjaan yang diamanahkan kepada saya,” kata Mahdzir dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mahdzir, beliau akan berhubung dengan peguam untuk mendapatkan nasihat dan mengambil tindakan-tindakan sewajarnya untuk menjaga nama baik dan kepentingannya.

“Saya tidak boleh putuskan sebarang tindakan undang-undang lagi kerana saya tidak tahu apa dikatakan oleh saudara Rayyan di Mahkamah dan saya telah minta peguam saya untuk memohon mendapatkan nota keterangan daripada Mahkamah sebelum saya komen dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini,” kata Mahdzir.

Beliau turut menyarankan kepada orang ramai dan pengamal media untuk tidak membuat andaian dan tanggapan berdasarkan hanya daripada sumber yang terhad.

Jelas Mahdzir, dia yakin fungsi mahkamah adalah untuk menentukan suatu fakta itu sah dan betul berkenaan apa juga keterangan yang diberikan oleh mana-mana saksi di dalam perbicaraan.

“Semua pihak, termasuk saya sendiri hendaklah menghormati fungsi tersebut dan tidak mendahului Mahkamah dalam hal ini,” kata Mahdzir.

Semalam Rayyan Radzwill berkata, bayaran yang diminta oleh Mahdzir adalah sebagai upah kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2016.

Saksi pendakwaan ke-16 itu memberi keterangan pada perbicaraan kes Rosmah, 68, yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi.

Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor, sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada KPM.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Dalam keterangannya sebelum ini, Mahdzir yang juga saksi pendakwaan kelima, menyangkal dakwaan peguam Rosmah bahawa beliau ada menerima habuan RM60 juta daripada Jepak Holdings sebagai balasan kerana membantu syarikat itu mendapatkan projek solar berkenaan.-SM

Tuduh hakim cucu saudara Dr. M, Ramesh Rao beri keterangan

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao dipanggil ke Bukit Aman pagi ini bagi memberi keterangan berhubung ciapan di Twitter menuduh seorang hakim sebagai cucu saudara Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ramesh yang tidak ditemani peguam tiba di Bukit Aman pada pukul 10.10 pagi bagi memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Beliau dalam akaun Twitternya mendakwa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai cucu saudara Dr Mahathir.

Tuduhan itu dibuat sebaik Mohd, Nazlan mensabitkan Najib dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam kes SRC International Sdn Bhd baru-baru ini.

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohd Afzanizam Abdul Rahman telah membuat laporan polis berhubung tuduhan Ramesh di Taiping, Perak pada 30 Julai lalu.-SM

COVID-19: Kementerian Pendidikan bincang jika perlu tutup sekolah

COVID-19: Kementerian Pendidikan bincang jika perlu tutup sekolah
Kementerian Pendidikan akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan
menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat, kata
Radzi Jidin. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).

"Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.

"Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos.
"Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut," katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah COVID-19, seperti Kuching, Sarawak.

Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar di empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos.

Berikutan itu, beliau berkata, JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.

Menjawab soalan tambahan Teo sekiranya KPM bercadang menutup sekolah di Sabah susulan terdapat kes positif dalam kalangan murid di negeri itu, Radzi berkata, perkara itu akan dilihat mengikut kes.

"Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).

"Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut," katanya. - BERNAMA

Kerani tak sedar bendera terbalik

Mohamed Farid Noh

PEMASANGAN bendera terbalik di sekolah di Kluang sehingga tular di media sosial.

BENDERA Malaysia terbalik di sekolah jenis kebangsaan di Kluang sudah dibetulkan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pihaknya membuat siasatan sebaik sahaja dimaklumkan.

"Hasil siasatan di sekolah berkenaan, pagi tadi mendapati insiden berkenaan berikutan kerani tersilap menaikkan bendera dan ia tidak disedari.

"Namun ia sudah dibetulkan selain nasihat sudah diberikan supaya pihak sekolah lebih berhati-hati selepas ini, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Gambar kejadian itu tular sejak malam tadi dan didakwa dikesan 4.30 petang semalam oleh orang awam yang melalui di hadapan sekolah berkenaan.

Aduan dan teguran dibuat menerusi akaun Facebook sekolah terbabit, namun sehingga 9 malam tadi bendera berkenaan tidak dibetulkan.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pendidikan Johor, Shaharuddin Saari, berkata, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang sudah diarahkan untuk membuat pemeriksaan di sekolah berkenaan.

"Sekolah berkenaan sudah membetulkan pemasangan bendera Malaysia dan turut dinasihatkan supaya lebih berwaspada kerana ia membabitkan sentimen awam, " katanya.

Sebuah lagi insiden pemasangan bendera terbalik dikesan di taman perumahan, di Kluang, tular sejak pagi tadi.

Abduh ketika dihubungi pula berkata, polis sedang menyiasat kes berkenaan.

Netizen di media sosial juga mempersoalkan mengapa insiden bendera terbalik kerap berlaku ketika bulan kemerdekaan negara bakal berlangsung.

Belum terima laporan lelaki hina Islam, raja

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

PAPARAN video dipercayai lelaki rakyat Malaysia di United Kingdom yang menghina agama Islam, raja dan negara. FOTO Tular

POLIS belum menerima laporan berhubung tindakan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia di United Kingdom yang menghina agama Islam, raja dan negara.

Video berdurasi 11 minit 20 saat itu mula tular sejak semalam dan mendapat kecaman rakyat negara ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, video berkenaan berlaku di luar negara.

"Identiti individu terbabit masih tidak diketahui. Sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung video itu.

"Siasatan boleh dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi hari ini

Difahamkan video itu dirakam di United Kingdom memaparkan seorang lelaki mengherdik dan menghina agama Islam selain turut menghina raja-raja Melayu.

Warganet mahu pihak berkuasa mengambil tindakan kerana lelaki itu dipercayai warganegara Malaysia dan tinggal di luar negara.

4 jam dah tumpas

Juwan Riduan

Dua suspek diberkas tidak sampai 4 jam melakukan jenayah pecah masuk sebuah bilik sewa di Likas, Kota Kinabalu. FOTO JUWAN RIDUAN

POLIS hanya mengambil masa empat jam untuk mengesan dan menahan dua lelaki yang disyaki memecah masuk sebuah bilik sewa di Likas, Kota Kinabalu semalam.

Itu tempoh diperlukan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk menumpaskan dua penjenayah yang memecah masuk sebuah bilik sewa di Likas, di sini, semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 27 dan 28 tahun ditahan di sebuah hotel bajet di Kampung Air oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu selepas melarikan pelbagai barangan yang dianggarkan bernilai RM4,200.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, polis menerima laporan kejadian berkenaan pada 7.28 pagi daripada mangsa.

Menurutnya, hasil siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya mengesan kelibat kedua suspek yang memasuki bilik sewa mangsa.

"Suspek dilihat mengambil telefon bimbit, wang tunai dan dokumen penting," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Habibi berkata, kedua-dua suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripadanya positif menggunakan dadah terlarang jenis metaphetamin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tempahan e-hailing bongkar pembunuhan pensyarah

Samadi Ahmad

SUSPEK yang dipercayai membunuh isterinya dibawa ke lombong di Taman Putra Perdana, Sepang bagi membantu mencari telefon bimbit yang dibuang. FOTO Mohd Fadli Hamzah.

TEMPAHAN perkhidmatan e-hailing terus ke lokasi kejadian membongkar kejadian pembunuhan pensyarah yang dijerut dengan tudung di dalam sebuah kereta berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, di Sepang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, berdasarkan rekod, suspek yang juga suami mangsa membuat tempahan perkhidmatan e-hailing terus ke lokasi kejadian.

"Sekiranya suspek ingin mencari si mati mestilah di beberapa kawasan, sebaliknya suspek terus menuju ke tempat mangsa dibunuh.

"Susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner, Zulkifli Adamshah dan Asisten Komisioner, Imran Abd Rahman di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pada majlis itu, Zulkifli dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Polis Selangor dan Imran sebagai Ketua Polis IPD KLIA.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, Roshafizah Abd Halim.

Majlis serah tugas itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Khamis lalu, pensyarah dan kakitangan Kuliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman ditemui meninggal dunia di dalam kereta akibat dijerut dengan tudung.

Wan Kamarul Azran berkata, suspek juga membuat helah mencari mangsa bersama anak perempuannya kononnya untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Beliau berkata, polis juga sudah mengambil keterangan daripada anak tunggal pasangan itu berumur 14 tahun, 31 Julai lalu.

"Polis juga sudah mengenalpasti seorang wanita berasal dari Terengganu yang dikatakan mempunyai hubungan kait dengan suspek bagi membantu siasatan," katanya

Sementara itu, Noor Azam berkata, polis sudah mengenal pasti motif utama pembunuhan itu, namun pihaknya enggan mendedahkan butiran selanjutnya.

"Dengan penahanan suspek, kes ini sudah selesai dan akan disiasat mengikut Akta 302 Kanun Keseksaan," katanya

Isnin, 3 Ogos 2020

Bukan lagi ‘Negeri Kaya Tetapi Miskin’ 2030

HARAKAH DAILY

KUCHING: Sarawak berhasrat untuk menghapuskan istilah ‘Negeri Kaya Tetapi Miskin’ menjelang 2030 dengan meningkatkan pendapatan isi rumah rakyatnya yang masih rendah iaitu RM5,218, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata antara tumpuan inisiatif yang akan dilakukan bagi meningkatkan ekonomi rakyat Sarawak ialah membangunkan hab petrokimia yang kini giat dilaksanakan di Tanjong Kidurong, Bintulu seluas 400 hektar dan membangunkan sebuah kilang metanol dengan kos keseluruhan RM3.74 bilion.

“Sebuah syarikat antarabangsa juga telah mengesahkan akan melabur RM24 bilion di hab itu yang dijangka memberi peluang pekerjaan kepada 74,000 orang secara langsung dan tidak langsung.

“Dijangkakan dengan pelaksanaan program industri petrokimia dan program ekonomi lain, pendapatan isi rumah di Sarawak yang masih rendah akan menunjukkan peningkatan,” katanya semasa melancarkan Bulan Kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Bangunan DUN Sarawak, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata tidak dinafikan bahawa Sarawak adalah antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak 10 peratus dan pada 2019, KDNK Sarawak dianggarkan sebanyak RM136.05 bilion dengan pendapatan per kapita sebanyak RM53,317, namun realitinya jauh lebih rendah.
 
“Hasil minyak dan gas Sarawak adalah penyumbang yang besar kepada pendapatan negara namun, secara puratanya pendapatan isi rumah masih rendah kerana industri minyak dan gas Sarawak tidak menyediakan peluang perkerjaan yang mencukupi kepada anak Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, Sarawak harus meneliti kepincangan ini dengan lebih teliti dan mikro serta mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan ini.

Beliau berkata Sarawak hendaklah melaksanakan program pembangunan berdasarkan perspektif Sarawak di samping mengambil kira perspektif kebangsaan. 

“Jika anak Sarawak sendiri tidak berupaya memelihara kepentingan dan hak Sarawak sendiri, siapa lagi yang boleh berbuat demikian…saya menganggap tidaklah menjadi kesalahan Sarawak mengorak langkah ke arah pembangunan yang lebih hebat sehingga mampu menjadi negeri maju menjelang 2030,” katanya. – BERNAMA

Tangani sebaran budaya songsang di media sosial

HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa tegas dalam menangani penularan budaya songsang yang berleluasa di dalam media sosial hari ini.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata platform media sosial kini dijadikan sebagai medan utama untuk menyebarkan kegiatan negatif tersebut.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memperhalusi serta meneliti kumpulan-kumpulan yang menggunakan media sosial untuk memastikan normalisasi budaya songsang ini agar tidak meresap ke dalam masyarakat.

“Mereka lebih banyak berselindung di sebalik nama hak asasi manusia, tetapi memperjuangkan aktiviti yang banyak menyimpang daripada fitrah manusia.

“Kegiatan normalisasi budaya songsang oleh sebahagian kumpulan hak asasi manusia ini telah mendorong kepada berleluasanya aktiviti songsang dalam masyarakat.

“Ia adalah jarum halus yang terus merosakkan anak bangsa yang lemah imunisasinya menghadapi cabaran luar yang kuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, tidak terkecuali ada pihak yang mempertikai dan memperlekeh usaha kerajaan untuk memulihkan golongan ‘Mak Nyah’ sehingga memberikan persepsi negatif terhadap usaha itu.

Berkata Nik Abduh lagi, pertikaian ini juga bertitik tolak daripada usaha mereka mempertahankan budaya songsang tersebut masuk ke dalam masyarakat.

Justeru, beliau mengharapkan langkah yang tegas daripada kerajaan bagi menangani isu yang dibangkitkan.

Tegasnya, penularan budaya songsang yang disokong lagi dengan ruang normalisasi budaya tersebut ke dalam masyarakat merupakan racun yang merosakkan negara dan masyarakat.- HARAKAHDAILY

Pusat iktiraf Kelantan layak terima royalti

HARAKAH DAIILY

KOTA BHARU: Selepas sekian lama memperjuangkan tuntutan royalti petroleum seperti termaktub dalam perjanjian pada 1975, akhirnya sekarang ia menjadi kenyataan.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Persekutuan mengiktiraf Kelantan layak menerima bayaran tunai hasil petroleum sebanyak 5 peratus.

Katanya, perkara itu dinyatakan sebagaimana jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’ Seri Mustapa Mohamed pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

“Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan di atas keputusan tersebut,” katanya pada satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 24 Oktober 2018 kerajaan Kelantan mengumumkan menarik balik saman terhadap Petronas dan kerajaan Malaysia ekoran keengganan membayar royalti petroleum terhadap negeri itu.

Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas pada 30 Ogos 2010.

“Pengumuman tersebut menunjukkan keterbukaan Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan hak rakyat Kelantan terjamin dalam kerangka Persekutuan,” kata Menteri Besar. – HARAKAHDAILY

Shafie disukai rakyat, Musa melepas?

TIGA bulan selepas Parti Warisan membentuk kerajaan negeri Sabah hasil beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang lompat parti, presidennya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada Ogos 2018 memansuhkan geran komunal.

Ketua Menteri itu menggantikan geran itu dengan pendekatan baharu iaitu geran individu.

Pemansuhan geran komunal membolehkan geran tanah akan dimiliki secara individu dan bukan lagi secara berkumpulan.

Geran individu yang diperoleh mensyaratkan pemilik tidak boleh mencagar tanah ke bank dan selain pemilik geran individu tidak diberi kuasa perundangan dalam urusan jual beli tanah (power of attorney).

Pembaharuan itu kata Mohd. Shafie juga adalah sebagai perlindungan kepada pemilik tanah agar tidak timbul tuntutan bertindih.

Itu antara langkah drastik Presiden Warisan itu dalam mendekati hati penduduk Sabah, selaras dengan perjuangan Sabah for Sabahan yang dilaungkan Warisan.

Bulan lalu iaitu 9 Julai di Keningau, Mohd. Shafie menyerahkan 2,300 geran individu melibatkan keluasan 6,425.51 hektar untuk penduduk 101 buah kampung di daerah ini.

Sebanyak 3,075.45 hektar daripadanya adalah hasil pemansuhan geran komunal bagi 9 kampung di Sook di sini; 1,395.99 hektar pula adalah hasil pengukuran tanah menerusi Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (Pantas); manakala 1,953.07 hektar lagi menerusi permohonan tanah.

Dekat dengan hati rakyat, yang menjadi motto perjuangan Warisan, menyebabkan UMNO kelihatan menemui jalan sukar untuk menembusi pengaruh Mohd. Shafie di mata penduduk Sabah.

Apatah lagi penguasaan Pantai Timur Sabah, khususnya kawasan-kawasan parlimen di kawasan tersebut. Kawasan parlimen bagi Pantai Timur Sabah meliputi Parlimen Kudat, Parlimen Libaran, Parlimen Sandakan, Parlimen Batu Sapi, Parlimen Beluran, Parlimen Silam, Parlimen Semporna dan Parlimen Tawau.

Daripada preskriptif etnik, Pantai Timur bermajoriti bumiputera Islam termasuk bajau etnik Mohd. Shafie.

Begitupun menurut pemerhati, Mohd. Shafie juga bakal menemukan laluan berliku dalam pilihan raya negeri kali ini. Flip flop yang dialami Parti Warisan apabila cuba membenarkan kelulusan pas sementara Sabah yang berjaya disanggah oleh UMNO dalam pilihan raya kecil Kimanis Januari lalu, memperlihatkan sisi` cacat’ pentadbiran Warisan.

Apatah lagi insiden enam ADUN BN keluar daripada BN dan menyertai Warisan pada 11 Mei – dua hari selepas PRU-14 – sekali gus menyokong Mohd. Shafie yang juga Presiden Warisan sebagai ketua menteri, menyebabkan ada kalangan rakyat Sabah tidak yakin dengan mandat tulen diperoleh Mohd. Shafie.

Maka, PRN satu-satunya jalan keluar untuk memastikan mandat rakyat yang sebenar untuk parti yang benar-benar layak meraihnya.

Sesiapa yang menang, akan menamatkan kemelut pergolakan politik di Sabah – yang sebenarnya tidak akan tamat selagi ada kumpulan yang bernama `pelompat parti’ terus hidup segar bugar di Negeri Di Bawah Bayu itu.– SM