Ahad, 25 Mac 2018

Ijtimak Amal P. Pinang siap siaga hadapi PRU14

MUHAMMAD SOLEHIN


TASEK  GELUGOR: Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ijtimak Amal 4.0 yang dilangsungkan di Pusat Pengajian Darul Hadis, di sini semalam.
 
Ijtimak yang bertujuan mempersiapsiagakan anggota menghadapi PRU14 tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris.
 
Pengarah Jabatan Amal Pulau Pinang, Bahrain Ahmad berkata, persiapan anggotanya dipersiapkan dari sudut ilmu dan mental untuk tujuan itu.
 
Pada ijtimak kali keempat itu juga, para anggota turut diberikan taklimat berkenaan takaful perlindungan diri oleh Ketua Kor Kebajikan Jabatan Amal Malaysia, Wan Faisal Wan Abdullah.
 
Ia bertujuan menyediakan setiap anggota kepada kemungkinan semasa bertugas dari sebarang risiko, sekali gus menjadi satu usaha kebajikan yang disediakan pihak Amal.
 
Turut berlangsung adalah sesi dialog antara anggota dengan Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal dalam mengukuhkan mereka menghadapi PRU14. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: