Isnin, 26 Mac 2018

SINAR HARIAN ATAU SINAR HARAPAN – NIK ABDUH

WATAN ONLINE
 



Sinar Harian terus diselubungi kontroversi dan dilihat cenderung menyokong gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terbaru, Sinar Harian didakwa mengeluarkan fitnah keatas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan seteru politik Mahathir.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa, Sinar Harian seolah-olah cuba memfitnah Abdul Hadi dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya tak pasti sama ada ia sengaja atau tidak, tetapi mengatakan PAS berkecuali isu 1MDB adalah fitnah lama dan berterusan oleh saingan politik PAS.

“Saya dimaklumkan Sinar Harian dah ubah tajuk. Saya tak pasti sama ada ia sengaja atau tidak, tetapi mengatakan PAS berkecuali isu 1MDB fitnah berterusan.

“Tiada akhbar Sinar Harapan di Malaysia. Setahu saya..,” sindirnya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Nik Mohamad Abduh yang juga anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, kenyataan Abdul Hadi bukan seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

Dakwa beliau,  Abdul Hadi cuma menjelaskan PAS akan menyiasat 1MDB dengan adil jika diberi peluang memerintah apabila ditanya oleh wartawan.

Beliau turut memuatnaik laporan Sinar Harian bertajuk “PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB” yang dianggap memfitnah Presiden PAS.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob di laman Facebook memuatnaik laporan Sinar Harian yang telah diedit.

Tiada ulasan: