Isnin, 31 Oktober 2011

Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis



Susan Loone

Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

NONEKumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Topi kaledar

Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.

NONEAdalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri melalui Jalan Street Light.

Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.

Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.

NONEKetua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.

"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.

Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

UMNO HANYA MENANAM TEBU DI BIBIR

SABAH KINI

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR


PAS Sabah kini menumpukan usaha untuk menawan Sabah yang kini diterajui kerajaan pimpinan UMNO/ Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum Ke-13.

Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Hishammudin Sulaiman (gambar) berkata, PAS kini bersedia memikul amanah mengurus negeri Sabah daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai negeri itu.

“Sudah sampai masanya UMNO/BN mengangkat bendera putih,” kata Hishammudin dalam Sidang Media selepas perasmian Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Kota Kinabalu di Dewan Saadah, Wisma Muis di Kota Kinabalu, pagi kelmarin.

“Kerajaan Sabah dilihat begitu banyak kepincangan dan ketirisan sama ada sektor pentadbiran atau pengurusan. Tidak banyak pembangunan yang dibuat berlandaskan kepada keselesaan rakyat,” tambah Hishammudin lagi.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Pensiangan ini mendakwa kebanyakan janji-janji yang ditaburkan UMNO/BN kepada rakyat hanyalah seperti menanam tebu di bibir.

“Kita sudah ada negeri contoh seperti Kelantan dan Kedah. Negeri Kelantan sudah diperintah hampir 25 tahun oleh PAS, sudah banyak contoh yang boleh diambil untuk ditiru oleh negeri-negeri yang UMNO/BN perintah,” ujarnya.

Hishammudin berkata, kepimpinan PAS Sabah sudah mula menggerakkan jentera kawasan sebagai langkah awal mendendang paluan gendang untuk menanti pilihanraya.

“Kita juga telah melancarkan jentera pilihanraya setiap kawasan di Sabah. Itu persediaan awal yang kita buat,” katanya.

Selain itu, Hishammudin juga berkata PAS Sabah akan memberi saingan sengit kepada UMNO/BN dan tidak akan membiarkan UMNO/ BN berada dalam keadaan selesa setiap masa.

Ketika ditanya mengenai hubungan antara Pakatan Rakyat Sabah, Hishammudin mengatakan bahawa hubungan yang dijalinkan bersama DAP dan PKR sangat baik.

“PAS menyeru kepada semua rakyat, PAS akan menjadi mata, telinga, tangan, lidah dan kepala rakyat untuk mengangkat kehidupan rakyat ke arah kesejahteraan dan keluar dari kepompong kezaliman,” jelasnya.

BUMI TELUPID TIDAK TERIMA ISLAM?

SABAH KINI

KE MANA?...Rumah kata pergi, tetapi kubur belum kata mari. Lalu di mana mahu disemadikan jenazah ini jika bumi Telupid tidak menerimanya?

Oleh : FAIZAL OKADAU


PENGHUJUNG hidup yang menyusahkan. Mungkin itulah ungkapan yang sinonim dengan penduduk Islam Pekan Telupid yang tidak mempunyai tanah perkuburan untuk mengkebumikan mayat ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.

Setiap kali berlakunya kematian, waris keluarga arwah terpaksa mencari tanah perkuburan masing-masing, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai tanah sendiri. Malah ada di kalangan mereka terpaksa membawa mayat keluarga mereka ke Pamol untuk disemadikan.

Senario ini menyebabkan kerapkali berlaku kelewatan mengkebumikan jenazah sekalipun mereka menyedari anjuran Islam supaya menyegerakan pengkebumian jenazah orang Islam.

Lebih memilu dan memalukan, ada kalangan orang Islam terpaksa mengharapkan belas ehsan bukan Islam untuk mengebumikan mayat di tanah mereka dengan membayar sogit kepada tuan tanah.

Seorang penduduk, Mustary Mustamin telah melahirkan rasa kecewa dengan sikap pihak yang bertanggungjawab khususnya semua Wakil Rakyat (Adun dan Ahli Parlimen) di Telupid kerana membiarkan umat Islam tanpa tanah perkuburan.

“Kita rasa sedih berganda bila ada kematian kepada ahli keluarga. Kami tidak tahu kepada siapa hendak mengadu setelah begitu lama umat Islam Telupid tanpa tanah perkuburan,” kata Mustary dengan nada kesal.

“Apa pun, saya berterima kasih kepada penduduk bukan Islam di Telupid yang kerap membantu kami dengan mengizinkan mayat umat Islam dikebumikan di tanah mereka, tetapi sampai bila kami terpaksa menagih ehsan mereka?” tambah Mustary lagi.

Umat Islam adalah penduduk minoriti di Pekan Telupid, tetapi mereka tetap berharap mereka diberi hak untuk penghujung hidup mereka sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Justeru itu, Wahid dari Kg Gambaron menaruh harapan agar pihak berwajib segera menyediakan tanah perkuburan umat Islam sekalipun umat Islam masih minoriti di Pekan Telupid.

Beliau membandingkan Telupid dengan daerah bersebelahannya, Kinabatangan yang menyediakan tanah Perkuburan Islam dan Kristian di Kg Sinar Jaya sekalipun bukan Islam di Kinabatangan adalah minoriti.

Ada pemimpin Umno mahu PPSMI dikekalkan- Prof Shaharir

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Tiada jawapan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara punca mengapa isu Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak selesai sehingga kini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, usaha pertubuhan itu untuk menemui Najib bagi membincangkan isu itu juga buntu kerana beliau sentiasa ‘sibuk’.


Shaharir berkata demikian mengulas kenyataan Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) semalam yang mahu supaya pilihan terhadap dasar tersebut diberikan kepada ibu bapa.

“Kita mahu jawapan segera dari Datuk Najib mengenai isu ini kerana Page sebelum ini mendakwa Perdana Menteri ada mengeluarkan kenyataan kerajaan sedang menimbang untuk melaksanakan dwi-bahasa di sekolah bagi menyelesaikan isu PPSMI.

“Sebab itu kami berpandangan antara punca mengapa kumpulan Page desak PPSMI tidak dimansuh, kerana masih ada pemimpin tertinggi negara dari parti Umno yang menyokong PPSMI dikekalkan,” kata Fellow Penyelidik di Pusat Dialog Universiti Malaya dan bekas Profesor matematik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Beliau turut menegaskan, Page adalah suara minoriti dan tidak mewakili suara sebenar rakyat Malaysia yang membantah PPSMI.

“Kita jangan layan kumpulan Page ini, kerana desakan mereka agar subjek Matematik dan Sains diajar dalam dwi bahasa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kata pengantar di sekolah-sekolah kerajaan mestilah dalam Bahasa Melayu,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Sementara itu, Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, kenyataan Page itu bertentangan dengan suara majoriti persatuan ibu bapa dan guru di seluruh negara.

Ini kerana katanya, Muafakat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional yang dianjur sebelum ini sepakat menolak PPSMI.

“Pada mesyuarat itu, PIBG seluruh negara membantah dasar PPSMI dan kami berpendapat bahawa keupayaan pelajar untuk menguasai Matematik dan Sains lebih mudah jika ianya diajar dalam bahasa ibunda masing-masing,” katanya.

PPSMI diperkenal sejak 2003 ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan ditentang tokoh-tokoh bahasa, budayawan dan cendikiawan kerana dianggap memperlekeh bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu.

Kemuncak penentangan itu pada 7 Mac 2009, GMP yang dipimpin bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Allahyarham Datuk Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, memimpin ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalanraya.

Buat pertama kalinya, golongan seniman dan budayawan pelbagai bangsa – yang dilihat berdiam diri terhadap dasar kerajaan selama ini – bangkit menuntut pemansuhan PPSMI.

Najib disambut dengan demontrasi di Perth Australia

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Perth Australia disambut dengan demontstrasi anti beliau oleh rakyat Malaysia di negara itu.

Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), pada Rabu lalu.


Dengan berpakaian ‘T’ Shirt kuning- warna tema bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), mereka menyambut Najib dan rombongannya yang menghadiri sidang tersebut.

Lebih 300 ratus rakyat Malaysia bersama-sama rakan Australia mereka berhimpun di luar konsulat Malaysia di Perth, sebagai tanda solidariti bersama tuntutan Bersih 2.0.

Himpunan itu diadakan sebagai memperingati rakan senegara mereka di Malaysia yang dilayan dengan buruk sewaktu keluar ke jalan raya pada 9 Julai lalu.

Mereka mengetahui layanan buruk polis terhadap peserta himpunan Bersih apabila stesen televisyen Australia SBS menyiarkan rakaman keganasan polis memukul peserta himpunan dan menggunakan air kimia serta gas pemedih mata.

Selain SBS, rakaman keganasan polis sewaktu himpunan itu turut disiarkan CNN, Al Jazeera, dan BBC.

Himpunan rakyat Malaysia di luar konsulat Malaysia itu dilihat sesetengah pihak sebagai satu lagi tamparan buat Najib di peringkat antarabangsa.

Najib sebelum ini sudah mencuri tumpuan antarabangsa dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene di Perancis.

Skandal kapal selam itu kini disiasat di mahkamah Perancis dan Najib dijangka akan disepina memberi keterangan kerana pembelian kapal selam berlaku sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan.

JPN digesa segera meningkatkan 'integriti data'



KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia digesa segera mengemaskinikan dan menambahbaikkan laman web rasmi yang sering mengelirukan para pengguna khususnya para pengundi.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, terdapat maklumat pemilih dalam laman web suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya itu tidak sama dengan senarai bercetak pemilih yang dikeluarkan.

"Kita harap SPR dapat sentiasa peka, mengemaskinikan dan memenambaikkan laman rasminya, saya menerima banyak aduan dimana, senarai nama pemilih yang dipaparkan tidak sama dengan senarai nama bercetak yang dikeluarkan,"ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Beliau turut mendedahkan, terdapat kelemahan dalam sistem ALIS, sistem yang menghubungkan pengkalan data SPR dengan pengkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, seorang Penolong Pendaftar Pemilih daripada PAS telah 'dipecat' semata-mata kerana data yang terdapat dalam sistem tersebut tidak tepat.

"Beliau dipecat kerana dituduh mendaftarkan pengundi yang telah meninggal dunia, sebanyak dua kali, sedangkan, sebenarnya, individu tersebut masih hidup, malangnya pihak SPR dan JPN tidak turun menyiasat dibawah, mereka hanya bergantung kepada data yang ada,"jelasnya.

Ariffin bimbang, sekiranya data dan maklumat yang ada dalam kedua-dua agensi tersebut tidak dikemaskini, integritinya diragui dan masyarakat akan hilang kepercayaan.

Menurutnya, terlalu banyak bantahan tentang 'kredibiliti' SPR dan JPN mengendalikan data berkaitan pilihanraya, sebagaimana yang didedahkan oleh media massa.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua jentera PAS disemua peringkat supaya menumpukan kepada Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2011.

Katanya, Rang daftar tersebut yang telah dipamerkan sejak 27 Oktober lalu akan tamat pada 2 November 2011.

"Semakan Rang Daftar tersebut adalah amat penting, bagi menentukan kesahihan pengundi, sekiranya pengundi tersebut bukan orang tempatan, jika tidak dibantah, ia akan memberi kesan pada pilihanraya umum ke-13,"tegasnya.

[Panas] Bapa Saudara Johari Baharom Sertai Pakatan Rakyat

KELAB GREENBOC

Changlon : Pak Su Dan (Shahidan), bapa saudara kepada Johari Baharom telah mengisi borang masuk PKR.

Beliau hari ini telah menceritakan segala-galanya tentang Johari Baharom. Johari menurutnya, telah banyak menaburkan janji kosong kepada rakyat terutamanya di kawasan Parlimen Kubang Pasu.

Di kedai makan Pak su Danlah yang menjadi markas bagi Johari Baharom, Markaz Dato Zaini, dan puteri Umno. Tetapi semasa pilihanraya sahaja, selepas Pilihanraya, Pak Su Dan terus dilupakan oleh Johari Baharom.

Beliau juga telah menarik lebih 200 orang untuk masuk PKR. Pak Su Dan berpendapat, jika dia tidak dilawat tak ape, tetapi haruslah menjadi tangungjawab seorang pemimpin untuk balik melihat rakyat.

Bukan sahaja Pak Su Dan, malah pemandu-pemandu teksi kawasan changlun berasa kesal dengan tindakan Johari Baharom yang menaburkan jnji kosong kepada mereka.

Tahun lepas, satu persidangan antara Johari Baharom, agensi-agensi yang bertangungjawab dengan pemandu-pemandu teksi telah dibuat dan pemandu-pemandu teksi telah dijanjikan oleh mereka untuk menyelesaikan masalah mereka iaitu pemandu pemandu teksi Siam yang mengugat pendapatan pemandu teksi tempatan, namun ia hanyalah janji kosong.

Sehingga hari ini, setahun lebih, mereka tidak mendapat apa-apa jawapan dari pihak Johari Baharom. Pihak pakatan rakyat telah berjumpa dengan mereka, dan akan usulkan kepada pusat dan meminta pusat mengkaji semula sistem keselamatan. -wikimalay

Lapuran Audit:Pakatan buktikan kemampuan mengurus kewangan

Oleh Moaz Nair

Hutang negara telah meningkat kepada RM407 bilion. Peningkatan hutang negara ini ialah sebanyak 12 peratus sementara hutang asing meningkat sebanyak 22 peratus. Kita masih belum melihat sistem penyelesaian yang berkesan dan kepemerintahan yang baik di dalam negara.

Apabila wang cukai digunakan tanpa tanggungjawab yang tinggi, kerajaan yang memerintah perlu memberi jawapan kepada pemilih.

Hampir setiap tahun kita terdengan laporan-laporan kes penyelewengan dana awam oleh kementerian dan jabatan kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertauliah. Ironisnya, tiada pula tindakan tegas telah diambil terhadap pelaku kesalahan ini.
54 tahun berkuasa

Meskipun telah berkuasa lebih dari lima dekad, laporan Tahunan 2010 Audit Negara yang lambat 17 hari, telah menunjukkan banyak kes-kes bagaimana wang awam telah dibazir dan tidak diuruskan secara berjimat cermat oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan. Pengurusan kewangan telah mengenal pasti kepincangan dan ketirisan yang mengakibatkan kerugian wang negara yang amat membimbangkan.

Laporan itu juga menunjukkan kegagalan kes-kes ini ialah kerana pemberian kontrek tanpa tender terbuka di mana sejumlah wang telah bertukar tangan bagi mendapatkan keuntungan yang lebih. Harga kontrek yang ditawarkan sentiasa saja terlalu tinggi dan tidak berdaya saing dan proses pemberian kontrek sering saja tidak telus, yang biasanya akan mengurangkan nilai dagangan ringgit. Di dalam pelbagai lagi kes-kes penyelewengan, proses pembayaran –walaupun dengan penyerahan tender – menampakkan harga barangan yang dilampirkan meningkat berkali-kali ganda dari harga biasa di pasaran. Namun, perjanjian tetap diteruskan selepas melalui beberapa selok-belok misteri. Banyak kes-kes seperti ini telah mengakibatkan penyalahgunaan dana yang diberikan kepada kementerian yang terlibat. Antara kepincangan dalam sistem penghantaran hasil melibatkan jumlah pembayaran yang besar kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan yang berkaitan.

Mana wang yang dijanjikan untuk petani?

Golongan yang memilih ingin tahu – seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Negara – apa yang terjadi dengan wang berjumlah RM110.67 juta yang dijanjikan kepada 73,291 orang petani di dalam skim khas meningkat jumlah pengeluaran beras negara. Menteri Pertanian dan Industri berasaskan Tani dilaporkan masih berhutang sebanyak RM110 juta berbentuk insentif kepada para petani yang berjaya meningkatkan hasil beras mereka.

Menurut laporanlagi, para petani dikatakan layak menerima RM341.29 juta antara bulan Januari 2007 dan Januari 2010. Syarikat Bernas (PadiBeras Nasional Berhad), yang menguasai 24 peratus pasaran beras dan 45 peratus permintaan beras tempatan, hanya mampu membayar insentif sebanyak RM230.62 juta pada akhir 2010. Alasan yang tilaporkan di Laporan itu ialah ‘kekurangan dana bantuan’. Para pemilih, bagaimanapun, mahu tahu kemana perginya dana awam bernilai RM110 juta itu?

Pengurusan leah dan tidak bertauliah

Projek Valley daging-lembu kerajaan yang bernilai RM73.64 yang melibatkan 5,000 ekar tanah perladangan di Gemas – tidak menampakkan hasil. Pusat Fidlot Nasional (National Feedlot Center) merupakan usaha-sama antara Negeri Sembilan dan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri berasaskan Tani untuk mengkomersialkan produk daging tempatan dan mengurangkan kebergantungan import daging itu.

Tanah perladangan itu sekarang sudah dipenuhi semak samun. Ada kemungkinan projek itu dikendalikan oleh orang yang tidak mengetahui langsung tentang industri penternakan lembu. Laporan Audit Negara juga menunjukkan NFC yang ditubuhkan pada 2008 gagal menepati sasaran 8,000 ekor lembu ternakan setahun. Laporan menunjukkan hanya 41.1% (3,289) berjaya dihasilkan. Pengurusan yang lemah turut dikatakan tentang kenapa projek ini gagal selain kegagalan mengendali perusahaan dengan baik. Para pemilih mahu tahu kenapa dan siapa orang yang tidak bertauliah yang menguruskan projek ini, kerana ia melibatkan dana awam yang besar.

Begitu juga dengan Jabatan Perkhidmatan Awam yang turut dicatatkan di dalam Laporan Audit Negara itu. Lebih dari RM4.5 juta telah dibayar kepada pesara – kepada yang masih hidup dan juga yang telah mati – sejak 2007 hingga 2010. Laporan juga menemui antara sebab pembayaran wang pencen berlebihan ialah kerana data di dalam sistem komputer jabatan itu sudah ketinggalan zaman. Para pemilih mahu tahu kenapa kepincangan penjawat jawatan awam ini melibatkan duit cukai rakyat.

Kontrektor bermasalah

Kontrektor yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhdimatan oleh kerajaan sering memberikan alasan-alasan remeh seperit kekurangan tenaga pakar, tiada bahan gantian dan turut menyatakan mereka tidak tahu punca yang mengakibatkan kerosakan kenderaan. Kepincangan ini adalah kerana kontrek itu diberikan kepada mereka mereka yang tidak bertauliah. Menurut Laporan, ramai kontrektor ini mempunyai rekod kerja yang agak tidak diyakini. Satu syarikat memerlukan lebih dari setahun untuk memperbaiki dan memulangkan lori tarik kepada kementerian. Meskipun telah banyak peringatan diberikan oleh Pejabat Audit Negara, Kementerian Pertahanan masih terus menggunakan kontrektor ini. Laporan menyatakan yang 10 kontrektor bermasalah telah diberikan RM67 juta untuk menyiapkan projek walapun sudah diberikan amaran oleh Pejabat Audit Negara. Inilah jenis kontrektor yang menerima projek jutaan ringgit dari Kementerian Pertahanan. Para pemilih mahu tahu bagaimana semua ini boleh berlaku kerana ia melibatkan jutaan ringgit dan wang itu adalah milik rakyat.

Laporan turut menyebut yang syarikat-syarikat ini lambat menyelesaikan projek dalam membaiki Air Force’s Aviation Ground Support Vehicles (AGSV). Kementerian tidak berbuat apa-apa selain menyerahkan surat amaran kepada kontrektor bermasalah ini. Yang mengejutkan, kontrek kerja mereka disambung pula sehingga 6 Disember 2010 dari tarikh 5 Jun 2010. Ia menyebut yang empat syarikat paling bermasalah kerana kelewatan membaiki kenderaan. Para pemilih mahu tahu kenapa kontrektor ini diberikan layanan istimewa.

Garis panduan asas tidak dipatuhi

Menurut Laporan Audit Negara, pengagihan Belanjawan untuk tahun 2010 meningkat kepada RM149.06 bilion daripada pengagihan awal iaitu RM138.28 bilion. Ini adalah peningkatan sebanyak RM10.78 bilion. Namun begitu, jumlah ini masih tidak mencukupi untuk semua perbelanjaan operasi bagi tahun 2010 yang mencecah RM151.63 bilion – lebih RM2.57 bilion dari apa yang telah diagihkan. Garis panduan asas tidak dipatuhi oleh beberapa kementerian dan jabatan kerajaan apabila mereka berbelanja melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Ia juga turut dilaporkan terdapat 138 kelemahan di dalam pengurusan kewangan melibatkan RM390.96 juta. 75 kes operasi perbelanjaan terlebih berjumlah RM306.01 juta telah melibatkan 14 kementerian dan jabatan kerajaan – pembayaran perkhidmatan, penghasilan, peningkatan aktiviti dan pembayaran tidak berkala. Di dalam beberapa kes, peralatan seperti komputer, mesin LCDs dan peralatan lain selain kelengkapan pejabat telah dibeli dengan harga yang melambung tinggi. Para pemilih mahu tahu kenapa garis panduan asas operasi dan penghasilan tidak dipatuhi dimana ia telah mengakibatkan kehilangan dana awam yang besar.

Langganan langsung berbanding tender terbuka

Laporan Audit Negara mencatatkan bahawa Kementerian Pelancongan telah terlebih bayar sebanyak RM270 juta untuk pengiklanan bila mereka diminta untuk menggunakan sistem langgan langsung berbanding tender terbuka. Kaedah ini telah melanggar peraturan-peraturan Bendahari Negara. Ia menyatakan yang tender terbuka telah menelan belanja pengiklanan sebanyak RM 75.38 juta. Kementerian juga telah membelanjakan RM195 juta untuk membeli 1000 rak – RM1950 per rak - bagi meletakkan maklumat pelancongan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 yang dilakukan tanpa kelulusan Bendahari. Ia juga gagal menyatakan sebab kenapa 22 dari 1000 rak kementerian itu tidak diagihkan, sementara 127 rak lagi tidak dapat dipastikan kedudukannya. Ia juga mencatatkan pengjelasan kementerian tentang 622 rak yang telah diagihkan ke hotel-hotel, 127 buah telah luput tarikh oleh syarikat yang dikontrekkan kepada “kesulitan kewangan” dan kekurangan ruang penyimpanan dan sebanyak 85 rak lagi telah diletakkan di dalam ruangan stor syarikat pembuat.

Kepincangan yang dilaporkan dan kes-kes kegagalan pengurusan kewangan kerajaan hanyalah sedikit dari apa yang sebenarnya berlaku. Melihat akan Laporan Audit Negara, kita akan melihat kes-kes serupa kecuaian pengurusan kewangan kerajaan. Para pemilih tidak begitu gembira dengan kerajaan yang telah berkuasa lebih dari 6 dekad tetapi masih tidak boleh belajar dair pengalaman bagaimana menyelesaikan kelemahan-kelemahan di dalam sistem penghasilan ini. Perbuatan pembaziran ini melibatkan wang cukai rakyat.

Tiga tahun berkuasa

Lain pula ceritanya dengan negeri-negeri yang dipimpin oleh gabungan Pembangkang yang telah membuktikan kemampuannya berjimat cermat dalam membelanjakan wang cukai rakyat meskipun masih baru sebagai sebuah kerajaan dengan Kerajaan Persekutuan yang sering melekehkan kepimpinan mereka.

Secara keseluruhannya, Kerajaan negeri Selangor mendapat ‘memuaskan’ dari Ketua Audit Negara atas kedudukan kewangannya pada tahun 2010. Negeri itu telah dipuji kerana prestasinya yang bagus dalam mengurangkan hutang awam. Hutang awam menurun sebanyak RM58.91 juta dan pembayaran semula hutang pinjaman menurun kepada RM173.47 juta. Laporan menunjukkan pada tahun 2010, hutang negeri kepada kerajaan Persekutuan menurun sebanyak 5.5% (RM58.91 juta) – daripada RM1004.64 juta (2010) berbanding dengan RM1063.55 juta (2009). Pembayaran semula pinjaman menurun sebanyak 20.9% daripada RM829.86 juta (2009) kepada RM656.39 juta (2010).

Laporan juga menyatakan negeri itu berjaya mengumpulkan penghasilan negeri sebanyak RM266.91 atau 20.2 peratus, daripada RM1,319.97 juta pada tahun 2009 kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010. Ini terjadi meskipun negeri itu mendaftarkan 10.9 peratus atau RM192.36 juta penurunan kerapa RM1,571.50 juta dalam penghasilan negeri pada tahun 2009 (RM1,763.86 juta).perbelanjaan operasi turut menurun kepada RM382.56 juta atau (20.9 peratus) kepada RM1,447.26 pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009. Kerajaan negeri turut dipuji kerana mengurangkan hutang penghasilan sebanyak RM99.87 juta atau 16.6 peratus, daripada RM601.92 juta pada tahun 2009 kepada RM502.05 juta pada tahun 2010.

Laporan memberikan ‘sangat baik’ kepada empat agensi kerajaan negeri kerana pengurusan kewangannya – Bendahari Negeri, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Perancangan Bandar dan Luar Bandar. Menurut Laporan itu, 11 agensi diberikan ‘baik’ dan satu agensi diberi ‘memuaskan’. Ini menunjukkan pembaikkan berbanding tahun 2009, di mana hanya satu agensi yang disenaraikan sebagai ‘sangat baik’, dan 14 sebagai ‘baik’ dan satu ‘memuaskan’.

Kerajaan negeri Kedah mencapai sebanyak 135.8 peratus peningkatan di dalam penghasilan negeri dengan rekod lebihan untuk tahun 2010 sebanyak RM22.50 juta, berbanding ketirisan sebanyak RM62.89 juta pada tahun 2009. Perbelanjaan negeri itu meningkat kepada RM2.55 juta atau 0.6 peratus. Inilah sebab adanya lebihan bagi kerajaan negeri untuk tahun 2010. Laporan memberikan kedudukan kewangan Kedah sebagai ‘memuaskan’ dengan penghasilan terkumpul meningkat sebanyak 23.9% daripada RM265.52 juta kepada RM328.28 juta dalam tahun 2009. Peningkatan ini telah mengurangkan imbangan ketirisan Akaun Penghasilan Terkumpul untuk tahun 2010 sebanyak RM22.50 juta atau 7 peratus, daripada RM320.73 juta menurun kepada RM298.23 pada tahun 2009.

Laporan juga turut memuji kerajaan negeri kerana memperbaiki pengurusan kewangan agensi-agensinya berbanding tahun 2009, dengan empat agensi mendapat ‘sangat baik’ dan 12 mendapat ‘baik’ dan satu mendapat ‘memuaskan’. Secara keseluruhan, pengurusan kewangan negeri boleh dibanggakan berbanding tahun sebelumnya.

Laporan Audit Negara telah memberikan kedudukan kewangan negeri Kelantan untuk tahun 2010 sebagai memuaskan. Negeri itu memperlihatkan peningkatan penghasilan sebanyak RM51.07 juta atau 52.5 peratus, daripada RM97.23 juta pada tahun 2009 kepada RM148.30 juta pada tahun 2010. Pemeriksaan yang dijalankan selama 5 tahun ke atas penghasilan terkumpul dari 2006 hingga 2010 mendedahkan oenurunan pada tahun 2007 dan 2008 dan peningkatan pada tahun 2009 dan 2010. Simpanan wang dan pelaburan turut meningkat dalam tahun 2010, dengan baki sebanyak RM97.23 juta pada tahun 2009 meningkat kepada RM148.30 juta pada tahun 2010.

Laporan turut memuji pengurusan kewangan untuk semua agensi kerajaan negeri di Kelantan, yang mana empat agensi kerajaan negeri mendapat ‘sangat baik’ dan 15 lagi mendapat ‘baik’. Ini menunjukkan pembaikan di dalam pengurusan kewangan negeri berbanding tahun 2009 di mana hanya dua agensi yang mendapat ‘sangat baik’ dan 12 mendapat ‘baik’.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat pengiktirafan tertinggi di dalam Laporan Audit Negara kerana kedudukan kewanganya yang cemerlang untuk tahun 2010 berbanding tahun 2009. Penghasilan terkumpul Pulau Pinang meningkat kepada 2.7 peratus, daripada RM1,101.89 juta pada tahun 2009 kepada RM1,131.17 juta dalam tahun 2010. Simpanan wang terkumpul meningkat sebanyak 6.2 peratus kepada RM572.49 juta meningkat daripada RM538.95 juta pada tahun 2009. Penghasilan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1 peratus berbanding tahun 2009 daripada RM376.51 juta kepada RM410.70 juta.

Dalam soal pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, Laporan memberikan prestasi negeri itu sebagai ‘memuaskan’ dengan jumlah pelaburan sebanyak RM787.17 atau 77.8 peratus telah dibelanjakan daripada jumlah yang disediakan iaitu RM1.01 bilion. Dalam terma perlaksanaan projek pula, Laporan memuji prestasi negeri sebagai ‘sangat baik’ dengan 99 peratus dari 9003 projek telah berjaya dilaksanakan.

Dalam tahun 2010, 3 agensi diberikan ‘sangat baik’. 10 agensi lagi diberikan status ‘baik’ dengan hanya satu ‘memuaskan’. Untuk tiga tahun berturut-turut, 13 agensi negeri diaudit sebanyak dua kali diantara tahun 2007 hingga 2010 telah menunjukkan ‘sangat baik’ dalam pengurusan kewangan oelh Bendahari negeri dan badan pembangunan lain. Laporan merumuskan yang pengurusan kewangan negeri ditahap yang baik untuk tahun 2010.

Perbezaan langit dan bumi dalam pentadbiran

Setelah 54 tahun bernaung di bawha Barisan Nasional (BN), tidak memberikan kesan mengurangkan kelemahan pengurusan kewangan negara. Kelemahan daya saing, tidak bertanggungjawab dan telus telah menyebabkan sejumlah besar wang cukai rakyat dibazirkan. Memandangkan para pemilih melihat kelemahan-kelemahan yang sama berulang setiap tahun, mereka mempunyai hak menyatakan tentangan mereka terhadap kepincangan yang teruk oleh kerajaan yang memerintah. Sebaliknya pula, hanya dalam masa tiga tahun mentadbir negeri – Pulau Pinang, Selangor dan Kedah –di bawah pimpinan Pakatan Rakyat membuktikan kepemerintahan yang efisien. Negeri Kelantan juga semakin menunjukkan kemampuannya dalam kejayaan rekod kewangannya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah di dalam negeri. Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional mungkin sahaja tidak akan memberikan apa-apa kepada negeri-negeri ini, namun mereka telah membuktikan kepada para pemilih di negeri itu bahawa kejujuran dan ketelusan menguruskan negeri dan wang cukai rakyat membuahkan hasil dengan kejayaan yang boleh dibanggakan.- Malaysia Chronicle

Noh Omar elok letak jawatan sebagai Menteri Pertanian



Oleh Zulkifli Yahaya


JELAPANG Padi Kedah dihangatkan dengan isu kekurangan padi benih untuk musim penanaman kali ini.Banyak kawasan sawah yang sudah siap diratakan tetapi tidak dapat ditabur benih. Banyak juga kawasan sawah yang belum bermula pun proses pembersihan tanah untuk persediaan menabur benih disebabkan musim hujan yang berlarutan.

Jika semuanya bersedia maka masalah bekalan padi benih akan lebih meruncing. Puncanya pembekal padi benih tidak dapat menyediakan bekalan yang mencukupi.

Tetapi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Johari Baharom menafikannya. Menurut beliau bekalan padi benih mencukupi, lalu memberikan fakta kemampuan pihak pembekal bagi meyakinkan para petani.

Jawapan Johari lebih kepada ‘dalih politik’ kerana petani yang mengusahakan sawah lebih tahu, sukar atau tidak untuk mendapatkan benih buat masa ini.

Pembekalan benih padi kini dimonopoli oleh dua syarikat utama iaitu Haji Mohd Noor (HMN) dan Sri Merbok yang memegang kuota kira-kira 40 ribu metrik tan. Selain itu kuota pembekalan diberikan kepada GLC seperti Mada, Felcra, KADA dan Bernas; sekitar 9 ribu metrik tan setiap satu memandangkan kemampuan logi mereka yang terhad.

Sebelum ini terdapat lima syarikat pembekal gergasi iaitu Pertama Padi, OBL, Utara Seed, Sukaramai dan Maju tetapi mereka tidak berpeluang mendapatkan quota pembekal kerana kononnya tiada status Bumiputera.

Hakikatnya Sri Merbok juga bukan milik Bumiputera sepenuhnya tetapi dapat juga memegang konsesi membekal padi benih.

Ada yang mendakwa isunya bukan status Bumiputera tetapi yang penting status ‘kroniputera’ kepada Menteri Pertanian.

Ada pihak mendakwa terdapat hubungan istimewa Haji Mohd Noor dan Sri Merbok, dengan Menteri Pertanian Dato’ Noh Omar. Jika dilihat kepada kemampuan kedua-dua buah syarikat tersebut ternyata mereka jauh ketinggalan berbanding lima buah syarikat gergasi yang disebutkan tadi. Sekali lagi bukan ‘meritokrasi’ tetapi mungkin ‘kronitokrasi’ yang menjadi asas pemilihan.

Kementerian Pertanian membuka kuota 85 ribu metrik tan setahun kuota pengeluaran padi benih tetapi untuk syarikat yang telah ditentukan oleh Menterinya. Mengapa kuota tidak dibuka berdasarkan kemampuan? Bukankah jika perkara tersebut dibuat maka petani akan mendapat padi benih yang lebih berkualiti kerana masing-masing syarikat pengeluar akan bersaing.

Isu padi benih yang tidak berkualiti juga tidak kurang hangatnya diperkatakan.

Apabila pemegang konsesi pembekalannya dimonopoli oleh syarikat tertentu, mereka semacam tidak peduli lagi akan kualiti. Lebih-lebih lagi apabila Kementerian Pertanian ditekan, menteri diasak. Bagi menutup mulut pesawah yang ‘bising’ kerana padi benih tidak cukup, individu tertentu dikatakan mengarahkan pihak kementerian yang menjaga kualiti padi benih supaya ‘pejam mata’ sahaja terhadap kelemahan yang berlaku dan jangan terlalu teliti terhadap kualiti percambahan, ketulinan dan masalah padi angin yang menjadi kriteria utama kelulusan benih padi. Biarkan saja, asalkan pembekalan mencukupi? Jika benarlah dakwaan tersebut maka industri penanaman padi kita sedang terancam.

Bermakna juga penghasilan padi di negara ini tidak dapat dimaksimumkan kerana benih yang tidak berkualiti. Sekarang pun isu kekurangan bekalan beras sudah meruncing. Usah menteri ghairah bercakap isu bekalan beras di Thailand akibat banjir, bekalan beras dalam negara pun sudah mulai menghadapi masalah.

Bertanyalah tetus kepada pengilang dan pembekal beras, jangan bertanya pada menteri kerana cakap mereka adalah ‘cakap politik’.

Sudahlah padi benih tidak berkualiti, pesawah juga terbeban dengan harga padi benih jualan berbanding harga sebenar yang ditetapkan kerajaan iaitu RM28 sekampit.

Pembekal yang mendapat insentif/subsidi dari kerajaan sebanyaj RM10, menaikkan lagi benih tersebut kepada RM30 hingga RM32 sekampit walaupun dibeli tunai. Pihak kementerian sendiri pun tidak mampu mengawalnya.

Pihak kementerian juga ada mencadangkan supaya pesawah menggunakan benih padi alternatif iaitu MR220CL untuk meningkatkan pengeluaran, jika menganggap benih biasa yang dibekalkan tidak berkualiti.

Masalahnya harga sekampit padi benih tersebut ialah RM120, terlalu mahal.

Isu padi benih serta pengeluaran padi di negara ini kian meruncing. Dato’ Noh Omar gagal membela para pesawah. Eloklah kalau dia letak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan tumpukan kerja menambah pengundi BN di Selangor dengan memberi kerakyatan seluasluasnya kepada warga asing.

Dia boleh memohon dari Najib untuk bertukar kementerian dengan Dato’ Hishammuddin Tun Hussein.

Baucer RM200 bantu murid?

Oleh H FANSURI

BELANJAWAN 2012 (ataupun dalam ungkapan Inggerisnya Bajet 2012) itu tidak bersifat rohaniah. Pemberian duit atau pun memberi baucer buku sejumlah RM200 kepahttp://www.teenageyouth.com/wp-content/themes/newsworld/thumbopen.php?src=http%3A%2F%2Fwww.teenageyouth.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2011%2F10%2Fbaucer.jpg&w=190&h=130&zc=1&a=t&q=100da pelajar, bukan sesulit mengasuh mereka agar menghormati ilmu. Apa lagi, kerajaan persekutuan memiliki dana yang dipungut daripada wang percukaian rakyat.

Jadi, untuk mengeluarkan baucer sebanyak RM200 itu bukanlah susah sangat.Yang susahnya ialah bagaimana kerajaan hendak beri petunjuk dan pedoman agar pelajar membeli bukubuku yang patut dibeli?

Sememangnya, baucer buku itu diberi kepada pelajar agar mereka membeli buku dan bahan rujukan lain. Niat ini betul.

Najib Razak memberi baucer buku itu kerana memikirkan buku hari ini agak mahal. Baucer itu setidak-tidaknya boleh membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.

Maka, di sini ada titik perselisihan, kerana isu ekonomi dititikberatkan dalam pemberian baucer tersebut.

Sepatutnya, baucer buku itu diberi kepada pelajar dengan pesanan kepada mereka bahawa di sana ada senarai buku yang mereka patut beli serta wajib baca. Kerajaan patut berkata kepada mahasiswa, “Dengan baucer RM200 ini, maka kerajaan sarankan anda membeli bukubuku ini. Jika anda tidak baca buku ini, nesaya tempanglah fikiran semua kita dalam mendepani kehidupan selepas bergelar graduan kelak.”

Bagaimanapun ada perkembangan yang baik saat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah menyatakan bahawa baucer RM200 itu adalah bertujuan menggalakkan tabiat membaca siswa sekali gus menggalakkan mereka membeli buku yang berada di luar daripada sukatan pelajaran mereka. Harapnya, hal ini disusuli dengan senarai panjang berhubung jenis-jenis buku yang sepatutnya dibeli juga.

Najib Razak ketika membentang Belanjawan 2012 baru-baru ini mengumumkan pemberian baucer buku bernilai RM200 kepada semua siswa Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

Kalau kita melihat kempen membaca hari ini sangat longgar. Membaca apa yang perlu? Apa pula yang tidak tidak perlu dibaca? Ada ramai penuntut yang membaca.

Jangan terkejut jika ada yang membaca komik Alam Perwira dan Dendam Kesumat. Itu belum lagi masuk URTV, Mangga dan sejumlah majalah hiburan yang lainnya.

Kita mengirim peringatan sebegini kerana kebanyakan buku untuk pengajian universiti itu sebenarnya bersifat sementara dan bukanlah untuk pemikiran tinggi.

Contohnya, jika mereka datang daripada Fakulti Kejuruteraan, maka baucer RM200 itu tidak mampu membeli bukubuku yang terkait dengan ilmu kejuruteraan pun.

Maka, manfaatkanlah buku-buku itu dengan buku-buku perlu yang penting dan berguna selepas pengajian di universiti.

Jadi, apakah yang patut dibeli oleh siswa kita dengan baucer RM200 itu?

Iaitu, buku-buku bertaraf pemikiran berat seperti falsafah Islam, falsafah Barat, dan lain-lain falsafah yang dikongsi bersama di dunia Timur, termasuk buku-buku sastera. Jangan dilupakan al-Quran dan kitab hadis 40 juga!

Ini semua adalah bukubuku yang bersifat abadi yang boleh dibaca sampai ke hari tua. Kita gariskan buku-buku ini sebagai ‘ilmu-ilmu perlu’ atau fardu ain. Sementara yang lain pula (buku-buku Fakulti Kejuruteraan) adalah bukubuku yang patut dibeli dengan biasiswa ataupun pinjaman.

Maka, tindakan yang hanya memberi baucer RM200 ini sepatutnya diawali dengan pengisytiharan mengenai buku apa yang patut dibeli oleh para pelajar itu. Tidak boleh kita hanya memberi baucer sahaja tanpa menjelaskan kedudukan mengenai jenis buku apakah yang patut mereka beli.

Kalau tiada penekanan terhadap pedoman dan panduan membeli jenis buku, maka tiadalah ertinya hidup sebagai pelajar. Ketika Tuhan memberi sebuah dunia untuk kita teroka, seperti rumah, ladang dan haiwan ternakan (baucer nikmat di dunia), maka Tuhan juga memberi kita pedoman al-Quran.

Jadi, pemberian baucer RM200 itu tidak cuma terhenti kepada urusan pemberian sahaja, tapi mestilah dilanjutkan kepada pedoman dan panduan tentang bukubuku seperti apa yang patut dibeli seperti buku pemikiran dan falsafah. Ilmu ini penting bagi menempuh suatu kehidupan selepas bergelar pelajar.

Baucer RM200 itu sebenarnya tidak perlu lagi untuk kuliah pengajian mereka kerana pinjaman dan biasiswa itu sudah pun ada sebelum ini.

Ini bermaksud, kerajaan perlu ada unsur tarbiyyah, perlu ada didikan asuhan kepada siswa mengenai buku-buku perlu. Ini yang patut dititikberatkan Najib Razak. Kita akui, ia suatu tindakan yang baik juga apabila kerajaan memutuskan agar baucer itu tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

Jika tidak, berkemungkinan besar mereka akan menyalahgunakan wang yang boleh ditunaikan

LAPORAN POLIS KE ATAS UMNO-ONLINE

RONTOG DAILY

Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari telah membuat laporan polis ke atas UMNO-Online, laman web rasmi UMNO, berikutan kengganan pihak tersebut untuk menghentikan, menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan yang didakwa palsu dan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng dan keluarganya.

Zairil

Zairil, yang juga Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP itu menegaskan bahawa setakat ini sudah terdapat sembilan laporan yang membawa tuduhan liar bahawa kononnya anak kepada Ketua Menteri terbabit dalam kejadian mencabul seorang pelajar perempuan.

Sambil menyifatkan tuduhan-tuduhan itu sebagai fitnah yang keji dan tidak berasas, Zairil turut mengaitkannya dengan penafian yang telah dibuat oleh Anya Corke pada 21 Oktober lalu. Corke adalah ‘pelajar perempuan’ yang didakwa telah dicabuli oleh anak lelaki Lim.

Turut disentuh oleh Zairil ialah penafian Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 22 Oktober 2011 mengenai tiadanya sebarang bukti yang boleh mengaitkan anak Lim dengan apa-apa juga kejadian cabul dan seumpamanya.

Berikut adalah kenyataan penuh Zairil yang dikeluarkan hari ini-HM.

Berikutan kengganan pihak UMNO-Online, iaitu laman web rasmi UMNO, untuk menghentikan, menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah yang terus dimainkan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan keluarganya, saya selaku Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat laporan polis agar tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Sehingga hari ini, sudah terdapat sembilan laporan yang membawa tuduhan liar bahawa kononnya anak kepada Ketua Menteri terbabit dalam kejadian mencabul seorang pelajar perempuan. Di samping itu, laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Tambahan pula, laporan-laporan “Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam” dan “Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??” pada 19 Oktober 2011, “Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit” pada 20 Oktober 2011 dan “Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit” pada 21 Oktober telah memetik daripada sebuah laporan palsu yang kononnya telah disiarkan oleh suratkhabar Guang Ming Daily. Guang Ming Daily telah pun menafikan kewujudan laporan tersebut dalam akhbarnya pada 21Oktober 2011 (halaman A2).

Tuduhan-tuduhan tersebut merupakan fitnah yang keji dan langsung tidak berasas. Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan sembereno walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu.

Sebagai contoh, pada 21 Oktober 2011, “pelajar perempuan” yang terbabit, Anya Corke, telah mengeluarkan kenyataan keras untuk menafikan penglibatannya. Malah beliau menegaskan tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya.

Kenyataan Anya yang merupakan seorang pemain catur antarabangsa dari Hong Kong telah disusuli dengan penafian daripada Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 22 Oktober 2011. Beliau pun telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri kepada apa-apa kejadian sedemikian.

Kenyataan-kenyataan Anya dan Ahmad Tarmizi pula adalah tambahan kepada kenyataan Goh Boon Poh, pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, yang juga telah menafikan kejadian itu. Walaupun macam-macam bukti telah ditampilkan, UMNO-Online masih lagi meneruskan serangan mereka tanpa melaporkan perkara yang sebenar, seperti yang boleh dilihat dalam laporan-laporan “IsuCabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati” dan “Rasuah RM200 Ribu: Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng” yang bertarikh 25 Oktober 2011.

Berikutan laporan-laporan ini, Ketua Menteri telah mengadakan sidang media pada 26 Oktober 2011 disusuli dengan kenyataan akhbar pada 27 Oktober 2011 untuk menuntut supaya UMNO-Online menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah tersebut.

Namun begitu, laman web UMNO-Online bukan sahaja tidak menarik balik atau meminta maaf, malah masih lagi menyiarkan laporan-laporan yang sudah diketahui palsu dan berunsur fitnah. Ini boleh dilihat dalam laporan seterusnya pada 28 Oktober yang bertajuk “Isu Cabul : Guan Eng Umpama Penembak Buta”.

Saya percaya bahawa penerbitan dan penyiaran kesemua sembilan laporan-laporan palsu dan fitnah tersebut merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah, antara lainnya, Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan berharap agar pihak polis akan mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas laman web UMNO-Online supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan kerosakan nama bagi Ketua Menteri dan keluarganya.

Lampiran

Berikut adalah petikan daripada beberapa laporan yang melibatkan laporan palsu Guang Ming Daily:

“Terbaru ialah tindakan tidak senonoh anaknya meraba pelajar perempuan di sekolah Cina dan membayar RM200 ribu sebagai tanda untuk tutup mulut pelajar terbabit. Akhbar Guan Ming Daily bertarikh 19 November 2011, pada halaman A10 melontarkan kenyataan Lim Guan Eng ekoran dakwaan anaknya meraba pelajar perempuan Sekolah Cina Heng Ee. Menurut laporan akhbar terbabit… Lim Guan Eng menjelaskan bahawa anaknya dipindahkan ke Sekolah St Xavier’s Institution kerana bimbang terjebak dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada “GuanEng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam” yang bertarikh 19 Oktober di http://umno-online.com/?p=47687

“Namun semalam, dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Guan Eng mengatakan anaknya dipindahkan dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St. Xavier’s kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada “Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit” yang bertarikh 20 Oktober 2011 di http://umno-online.com/?p=47774

“Sebelum ini, anak lelaki Guan Eng didakwa terlibat dengan masalah moral apabila dikatakan telah mencabul seorang rakan sekolahnya. Akibat daripada kejadian tersebut, Guan Eng telah menukarkan sekolah anaknya dan menyogok keluarga mangsa dengan wang berjumlah RM200 ribu.

Selepas itu, Guan Eng telah menukar kenyataannya yang tersiar di dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya pertukaran tersebut adalah kerana Guan Eng bimbang anak lelakinya akan terlibat dengan gejala dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada “Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit” yang bertarikh 21 Oktober 2011 di http://umno-online.com/

Stadium Nasional: Kementerian minta JKR turut kaji struktur stadium selain bumbung

Diterbitkan oleh: Editor@WD


Kementerian Belia dan Sukan juga telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) agar mengkaji semula struktur binaan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, yang dilaporkan telah melebihi tempoh jaminan, sama ada masih selamat digunakan selain isu bumbung.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mahu bumbung stadium itu yang siap dibina pada 1998 diselenggara dengan segera demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

“Kementerian Belia dan Sukan akan meminta JKR melakukan kajian semula bagi mengetahui tahap keselamatan stadium terbabit sebelum berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menyebut bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil (gambar) daripada jenis membrane dari Jerman itu mempunyai tempoh jaminan selama 10 tahun, namun semakan audit mendapati ia masih diguna sehingga kini dengan sebahagian besar bumbung telah terkoyak dan skru kabelnya longgar serta berkarat.

Laporan Audit itu turut menyatakan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada Disember lalu untuk membaiki bumbung stadium itu.

Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti 90,000 penonton merupakan venue sukan utama negara dan bertaraf antarabangsa antaranya seperti Sukan Komanwel (1998), Sukan SEA (2001), perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia (2010), perlawanan akhir Piala Malaysia dan pernah dikunjungi pasukan ternama EPL seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea.

Ahmad Shabery berkata kementeriannya menyerahkan tanggungjawab membaiki bumbung Stadium Nasional kepada JKR demi keselamatan pengguna.

Dipetik Bernama Online, kata beliau, tanggungjawab itu diserahkan kepada JKR kerana kementeriannya tidak mempunyai kepakaran dalam hal tersebut.

“Kita tidak boleh membaiki sebahagian sahaja daripada bumbung yang bocor kerana ia perlu diganti semua bahagian yang mana kos boleh mencecah RM40 juta,” katanya.

Mengenai pembelian 23 ekor kuda bernilai RM5.6 juta oleh Institut Sukan Negara (ISN) tanpa kelulusan Kementerian Kewangan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Ahmad Shabery berkata pembelian tersebut tidak mengikut tatacara kerja yang betul.

Katanya pembelian secara terus itu berlaku kerana ISN berdepan dengan masalah kesuntukan masa mencari kuda yang berpotensi untuk menyertai Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) pada 2008 dan Pertandingan Ekuestrian Kebangsaan dan Sukan Asia di Guangzhou, China pada 2010.

“Pada masa itu ISN tidak mempunyai kepakaran dalam hal berkaitan kuda namun jika wujud unsur terbuka ataupun penyalahgunaan kuasa, maka saya akan pastikan perkara ini disiasat,” katanya.

Semakan Audit Negara 2010 mendapati kesemua kuda yang dibeli oleh ISN telah dibuat melalui rundingan terus tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

Mengikut laporan tersebut, perolehan kuda juga dibuat tanpa disertakan dengan surat tawaran ataupun perjanjian yang menggariskan tanggungjawab pembekal.

GMP sedia turun ke jalan jika NGO pro-PPSMI buat demo



KUALA LUMPUR — Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) yang pernah mengadakan perhimpunan besar-besaran tiga tahun lalu berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris bersedia untuk turun semula ke jalan jika ada pihak mengambil tindakan sedemikian menuntut dasar lama dikembalikan.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII yang berakhir semalam tetap dengan pendirian tegas menentang segala bentuk dasar yang boleh mengembalikan PPSMI ke dalam sistem pendidikan negara.

Zainal yang juga ahli jawatankuasa resolusi kongres tersebut turut menyelar tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang menuntut kerajaan mempertimbangkan semula cadangan agar diberi opsyen untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ekoran keputusan memansuhkan PPSMI.

“Tindakan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memansuhkan PPSMI adalah satu tindakan yang wajar kerana PPSMI melanggar undang-undang, melanggar Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan dan juga Akta Bahasa Kebangsaan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kami menyokong tindakan menteri menghapuskan dasar itu kerana kerajaan adalah pelaksana undang-undang negara,” katanya lagi.

Sewaktu kongres di Dewan Bahasa dan Pustaka itu berlangsung semalam, terdapat desas-desus yang menyatakan akan ada pihak mahu membuat demonstrasi hari ini.

Semalam, PAGE memberi amaran bahawa Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

“Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib hari ini.

Isnin lalu, The Malaysian Insider membawa laporan memetik GMP menggesa Najib membuat penegasan bahawa keputusan memansuhkan dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak dikaji semula ketika terus wujud gesaan agar kerajaan membenarkan ospsyen dwibahasa kepada pelajar.

PAGE mengambil pendirian itu ekoran kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri kelmarin, antara lain menegaskan sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

“Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

“Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap...jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.

Hudud: Pandangan Karpal kurang tepat, kata Nik Aziz


KUALA LUMPUR — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mana-mana individu yang melakukan kesalahan termasuk kes zina tidak semestinya akan dikenakan hukuman hudud.

Sebaliknya kata Mursyidul Am PAS ini, sekiranya kekurangan saksi pesalah boleh dijatuhkan hukuman takzir.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa pesalah kes zina akan dibebaskan sekiranya tidak mempunyai empat orang saksi mengikut hukum hudud.

“Katanya (Karpal) hudud boleh menyebabkan penjenayah terlepas kerana pembuktian empat orang saksi yang sukar diperoleh. Saya mengalu-alukan pandangan rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk memantapkan kefahaman mereka.

“Dalam hal ini, ada sedikit silap faham saudara Karpal Singh. Sekiranya seseorang terlepas dari hukuman hudud, seseorang itu masih boleh dikenakan hukuman di bawah hukuman takzir,” katanya di laman Facebook.

Justeru tegas Menteri Besar Kelantan ini, sesiapa yang bersalah akan tetap dijatuhkan hukuman.

“Bersalah tetap bersalah dan tetap dihukum,” katanya.

Karpal pada sidang media di Pulau Pinang semalam menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil perlu tegas seperti hukum hudud .

Anak Sosilawati tunang dengan SU Sulit Kanan timbalan menteri

THE MALAYSIAN INSIDER



Erni Dekritawati Yuliana Buhari
KUALA LUMPUR — Anak sulung jutawan Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, bertunang dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, di rumahnya di Gombak dekat sini malam tadi.

Kamarulazlan merupakan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Pertunangan Erni Dekritawati Yuliana atau Rita dengan Kamarulazlan menamatkan spekulasi berkaitan lelaki pilihannya kerana Rita yang kini menjadi Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa individu.

Sosilawati ditemui mati dibunuh bersama tiga yang lain di kawasan Banting tahun lalu.

Laporan Harian Metro hari ini berkata jumlah hantaran yang bakal diterima Rita pada majlis perkahwinannya, yang dijangka berlangsung 4 Disember ini, dianggarkan RM30,000 serba satu manakala majlis persandingan di pihak lelaki pula dijadualkan pada 8 Disember.

Kisah peribadi Rita mula menjadi perhatian umum selepas ibunya bersama tiga yang lain, dibunuh kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke sungai dalam kejadian di Ladang Gadong, Banting pada Ogos tahun lalu.

Kira-kira 500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat menghadiri majlis pertunangan, yang diadakan secara tertutup di kediaman mewah keluarga jutawan kosmetik itu di Gombak dekat sini.

Turut hadir Mashitah dan suaminya.

Acara bermula selepas solat Isyak apabila rombongan lelaki yang mengenakan pakaian berwarna ungu tiba pukul 8.45 malam membawa tujuh dulang hantaran termasuk cincin pertunangan dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Asri: Saya tak kata PAS Taliban, tapi ‘jangan tiru Taliban’



KUALA LUMPUR — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai “keterlaluan” menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar “jangan tiru Taliban” dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bukan depan.

“Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban,” kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Petang semalam, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan depan.

Sambil menganggap pandangan Asri (gambar) sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau.

Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dalam penjelasannya, Asri berkata, tujuan beliau agar PAS dilihat lebih terbuka dan mampu menguruskan Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.

Katanya, PAS hanya perlu menggesa Jabatan Agama Pahang menghalang Muslim daripada menghadiri konsert itu.

“Jika bukan Muslim yang mahu Elton John seperti mana mereka memilih untuk minum arak dan judi, selagi tempatnya tertutup untuk mereka sahaja, itu adalah hak mereka,” kata beliau yang kini merupakan felow di Pusat Pengajian Islam Oxford.

Terdahulu dalam respons menerusi akaun Twitter pula, Asri berkata, beliau tidak kata pendirian Pemuda PAS itu salah dari segi nas, namun ia bukan pendekatan yang terbaik untuk PAS, komponen Pakatan Rakyat, dalam politik.

“Ada pilihan yang lebih baik,” kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia.

JPA arah urusan rasmi agensi awam guna penuh Bahasa Kebangsaan


KUALA LUMPUR — Semua dokumen perjanjian dalam negeri melibatkan agensi-agensi kerajaan dikehendaki menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya — selari dengan keputusan Kabinet memartabatkan Bahasa Kebangsaan dalam urusan awam negara ini mulai sekarang.

Perkara itu, sebahagian daripada 10 urusan rasmi kerajaan, ditekankan dalam pekeliling terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akhir minggu lalu.

Bagaimanapun pekeliling itu tidak menyebut tindakan yang akan diambil JPA jika peraturan baru ini dilanggar.

“Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya. Dokumen tambahan atau lampiran, sekiranya ada, boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris,” kata pekeliling itu yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Justeru, tegas beliau, semua ketua jabatan hendaklah memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dilaksanakan dengan baik dan betul serta secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam.

Selain dokumen-dokumen perjanjian dalam negara, kata beliau, keputusan itu melibatkan semua surat-menyurat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya.

Malah menurut beliau, agensi-agensi kerajaan dikehendaki memberi surat balasan beserta dokumen lampiran dalam Bahasa Kebangsaan termasuk surat-menyurat yang diterima daripada mana-mana pihak yang menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan.

Pertengahan bulan ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar.

katanya, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu.

Selain itu, kata Abu Bakar, dalam urusan mesyuarat melibatkan kehadiran warganegara Malaysia, semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran bagi mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.

“Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah dibuat dalam Bahasa Kebangsaan,” kata beliau lagi.

Abu Bakar juga berkata, semua urusan berkaitan dengan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, e-mel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan aluan, perasmian dan penutup, pembentangan serta dokumen edaran anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.

Abu Bakar menambah, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam oleh pihak berkuasa melantik, kementerian dan agensi kerajaan hendaklah disiar atau diterbitkan menggunakan Bahasa Kebangsaan.

“Semua urusan bagi perkhidmatan kaunter di agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan komunikasi dengan pelanggan-pelanggan bukan warganegara Malaysia, petugas-petugas kaunter perkhidmatan boleh menggunakan bahasa yang difahami oleh pelanggan berkenaan.

“Semua maklum balas berkaitan aduan dan isu di media massa mengenai perkhidmatan awam oleh agensi kerajaan hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan. Bagi siaran dalam media massa berbahasa Inggeris, terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh disertakan sebagai dokumen lampiran bagi memastikan maksud asal maklum balas tidak disalah tafsir,” katanya lagi.

Sementara itu, menurut Abu Bakar, surat antarabangsa semua surat rasmi oleh agensi kerajaan kepada pihak-pihak di luar negara digalakkan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan disertakan terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

“Sekiranya ada dokumen tambahan yang perlu disertakan bersama surat tersebut, ia bolehlah disediakan dalam Bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, semua dokumen perjanjian oleh agensi kerajaan di peringkat antarabangsa hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris.

“Terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan boleh disediakan bagi tujuan rekod dan semakan. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian di masa hadapan, dokumen asal dalam Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan yang sahih,” katanya lagi.

Katanya, semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran di mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, boleh disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

“Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia boleh dikendalikan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Malah katanya, semua urusan berkaitan dengan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, e-mel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan aluan, ucapan perasmian dan ucapan penutup, pembentangan serta dokumen edaran anjuran kementerian dan agensi kerajaan yang melibatkan kehadiran peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, hendaklah disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

Strategi Umno jahilkan Melayu

Aziz Muda


GOMBAK: Umno BN berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan.

21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu, Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik.

Menurut beliau, manakala antara dasar-dasar lain pula termasuklah perlaksanaan dasar pelancongan, hiburan yang melalaikan dan sosial.

Katanya, keadaan itu ditambah lagi dengan penguasaan Umno BN terhadap media sehingga menyebabkan rakyat gagal mendapat maklumat yang benar dan adil.

"Itulah strategi Umno yang telah kita kenal pasti. Menerusi dasar-dasar itu, Umno turut berjaya mengikat para pegawai kerajaan agar terus menyokongnya.

"Fokus kita pula adalah dakwah. Tapi bagaimana nak buat kalau ilmu dan kebenaran tak boleh disebarkan dalam masyarakat," katanya pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, semalam.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut.

Forom tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara.

Menurut beliau, walaupun begitu, PAS mesti terus bangkit untuk mengatasi masalah itu demi mendaulatkan Islam di tanah air dan bagi kepentingan seluruh akyat negara ini.

Katanya, matlamat perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara ini sejajar dengan kedudukannya sebagai gerakan Islam, manakala perjuangan PAS pula menerusi dakwah dan politik.

"Gerakan dakwah PAS adalah untuk membawa orang ramai khususnya yang bukan Islam mengenali tauhid, manakala kepada sesama umat Islam pula supaya mengenali syariat Islam," katanya.

Usaha tersebut, tegasnya, mestilah dilakukan secara berterusan tanpa mempedulikan segala halangan yang dibuat oleh Umno BN bagi menyekat perkembangan Islam di negara ini.

Menurutnya, sehubungan itu, PAS perlu menyusun strategi tersendiri untuk mengatasi segala halangan itu seiringan dengan perjuangan politiknya termasuk dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Pihak mmusuh tidak akan berhenti untuk melemahkan gerakan Islam. Gerakan kita mestilah ada pertimbangan untuk menghadapi segala tekanannya," katanya.

Jika PAS, tegasnya, hanya memfokuskan kepada gerakan dakwah sahaja seperti yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain sama ada di tanah air dan di seluruh dunia, ia pasti tidak berkesan.

"Sekiranya kita hanya memfokuskan kepada gerakan politik sahaja seperti juga yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain di tanah air dan di seluruh dinia serta hanya bersendirian, nasib kita nanti samalah seperti Taliban," katanya.

Nasib Orang Asli di pedalaman Kelantan terbela

Mohd Nor Yahya


KOTA BHARU: Sebelum ini ada pihak mendakwa masyarakat Orang Asli di Kelantan tersisih, sedangkan pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri bagi membela nasib mereka.

Pada tahun lepas 75 keluarga masyarakat Orang Asli di Pos Sendrop menerima sijil penempatan berkelompok, di mana setiap keluarga mendapat dua ekar.

Malah sejak 1990 sehingga sekarang pemimpin masyarakat Orang Asli dilantik sebagai ahli majlis Majlis Daerah Gua Musang dan penghulu tanpa mukim.

Dan terbaru kawasan seluas 606.6 ekar di penempatan Orang Asli di Pos Jerdip akan diisytiharkan sebagai Rizab Penempatan Orang Asli, Selasa ini.

Pos tersebut terletak kira-kira 30 km dari Bandar Gua Musang, berada di lokasi strategik antara Kawasan Perancangan Pusat Pentadbiran Broke dan Bandar Peranginan Sigar.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, kawasan tersebut akan dibahagikan kepada pembangunan kediaman dan kawasan lapang seluas 97 ekar, pertanian dusun dan ladang (212 ekar).

Selain itu kemudahan pusat pengumpulan, surau dan lain-lain (6 ekar), infrastruktur jalan, saliran dan pelbagai utiliti (48.5 ekar) dan pengekalan hutan (242.6 ekar).

“Penyerahan watikah pengisytiharan Pos Jedip sebagai Rizab Penempatan Orang Asli akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia Kelantan/Terengganu,” katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri akan menyediakan Pusat Latihan Pertanian Belia Orang Asli di kawasan seluas 157 ekar yang bakal dibina berhampiran Pusat Pentadbiran Brooke.

Kata beliau pusat tersebut akan menyediakan tempat pertanian dan latihan.

“Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat diamanahkan mengurus pusat latihan tersebut dan peringkat awal peserta program itu terdiri daripada belia Orang Asli,” ujar beliau.

Hutang P Pinang RM630 juta tinggal RM30 juta

Mohd Sabri Said


TASEK GELUGOR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

"Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara. Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program
ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan.

Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap.

Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan.

Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang.

"Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.

Audit: Kalau negara lain, sudah lama BN dihukum

Khairil Abdul Rahim


TEMERLOH: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, jika di negara lain, kerajaan BN yang ada sudah lama dihukum oleh rakyat berikutan perbelanjaan boros dan tidak berhemat menguruskan wang negara.

Tambah Ahli Parlimen Machang itu, malangnya di negara ini rakyat seolah-olah tidak prihatin menyebabkan penyelewengan dan ketirisan makin menjadi-jadi walaupun setiap tahun ditegur oleh Ketua Audit Negara.

“Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2010 yang baru kami ahli-ahli parlimen terima minggu lalu mendedahkan pelbagai kepincangan pengurusan dalam agensi kerajaan.

“Sebagai contoh Giat Mara membeli gula 150 kilogram dengan wang sebanyak RM25,000, ini bermakna gula yang berharga RM2.30 menjadi RM170 sekilo. Teropong untuk tentera laut yang berharga sekitar RM3,000, mereka beli RM56,000.

“Dilaporkan, terdapat komputer bernilai RM160 juta rosak dimakan anai-anai. Manakala ada projek pelihara lembu dengan dana kerajaan RM250 juta milik suami seorang menteri, rugi dengan hanya sembelih 20 ekor sehari,” katanya semasa berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau di sini kelmarin.

Turut berceramah ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bloger Hishamuddin Rais.

Saifuddin berkata, kini penyelewengan dan ketirisan makin menjadi-jadi dan menurut buku laporan tersebut terdapat 9 kementerian yang terlebih belanja antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan SPRM.

“Kalau di negara lain BN dah lama dihukum oleh rakyat. Untungnya BN rakyat negara ini tidak kisah sangat walaupun kehidupan mereka terpaksa bergelut dengan kepayahan setiap hari akibat menghadapi kenaikan melambung harga barang.

“Sementara Pakatan Rakyat dalam bajetnya mengunjurkan kerajaan supaya jimat perbelanjaan, tingkat pendapatan melalui kutipan hasil,” katanya.

Tambahnya di Pahang, terdapat juga perbelanjaan yang mencurigakan antaranya kos memasukkan bekalan elektrik ke sebuah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota sehingga RM770 ribu di bawah projek luar bandar.

Di Bera pula di bawah projek yang sama, terdapat lima buah rumah tanpa penghuni memakan kos RM65,000 dan turut mendapat teguran Bandar Baru Lipis yang terbengkalai selama 15 tahun.

“Tidak wajar menyalahkan jabatan kerajaan saja kerana pemimpin tertinggi kerajaan juga yang menunjukkan gaya hidup yang mewah. Contohnya kos selenggara kediaman Perdana Menteri berjumlah RM844,000 sebulan dan bil air mereka menjangkau RM1.9 juta setahun.

“Kami diberitahu di parlimen, sepanjang menjadi PM, perbelanjaan Najib dan Rosmah sudah berjumlah RM17 juta,” jelasnya.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, tiap-tiap tahun audit membuat terguran perkara yang sama berkaitan pembaziran dan penyalahgunaan kuasa tetapi kesalahan yang sama tetap berulang.

Oleh itu jalan yang terbaik ialah rakyat menukar kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Elton John: Dr Asri dicabar tunjuk mana salah

Nazri Abdullah

GOMBAK: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak bersetuju dengan pandangan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan dewan itu dengan 'Taliban' ekoran membantah konsert rock melibatkan penyanyi gay, Elton John.

Menyifatkan pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai "belum mengenali pemuda PAS", beliau juga berkata kenyataan Dr Asri itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS itu.

"Mengganggap pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

"Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda Islam lain," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ucapan penutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini hari ini.

Jawapan tersebut dinyatakan beliau sebagai respon terhadap pandangan Dr Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

Beliau turut menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Mengulas lanjut Nasruddin berkata, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.

Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.

"Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut.

"Sebab itu saya cadang beliau (Dr Asri) ambik masa turun ke medan sekali dengan pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin," katanya.

Tunjuk di mana salah

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut menyentuh teguran Dr Asri itu dan meminta bekas mufti itu membuktikan dimana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi yang terkenal sebagai ikon Gay di barat itu.

Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka 'dilihat salah' oleh Dr Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.

"Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Dr Asri)...pendekatan ini perkara ijtihad.

"Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam...kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran," katanya.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Pahang menyatakan bantahan terhadap konsert Greatest Hits Tour itu yang menampilkan artis gay, Elton John yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

Beliau mahu pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang serta Majlis Daerah Bentong mengambil tindakan agar ianya dibatalkan.

Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.

Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California.

Umno 'beri lesen' MCA hina Islam?

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS mempersoal adakah benar kononya Umno mahu memperjuangkan Islam sedangkan parti itu hanya diam membisu ketika MCA sedang berpesta menghina Islam.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka.

"Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus?

"Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?," soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi negara akan terjejas dan akan membawa kemunduran kepada negara.

Menurutnya, adalah tidak mustahil tindakan 'tutup mulut' oleh Umno itu kerana ada kepentingan politik tertentu disebaliknya walaupun sanggup melihat sahaja Islam dihina.

"Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka Umno membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina.

"Cuba bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau pemimpin PKR, maka sudah tentu akan diadakan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang oleh tukang juak-juak mereka," ujar bekas ketua penerangan PAS itu lagi.

Kenyataan menghina Islam oleh presiden parti komponen BN itu menurut Idris, bukan pertama kali malah ketika pilihanraya kecil Tenang beliau menghina Islam apabila menghina calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki.

Beliau turut mempersoal dimanakah suara NGO Umno yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam ketika program HIMPUN di Shah Alam 22 Oktober lalu.

Katanya, amat malang jika kita marah kepada orang lain menghina Islam tetapi pada masa yang sama 'memberi lesen' pula kepada MCA berbuat demikian.

"Setakat hari ini kita belum dengar lagi suara Perkasa, YB Zulkifli Nordin, Dr Rhidwan Tee, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan kuncu-kuncu mereka.

"Amat malang kepada kita jika kita ada orang yang mempunyai otak asabiah yang membuta tuli seperti ini.

"Kita akan dengar lagi selepas ini kenyataan yang lebih dahsyat kepada Islam, jika pemimpin MCA melihat sokongan orang bukan Islam masih tidak lari daripada menyokong Pakatan Rakyat menjelang PRU 13," katanya.

Bohong: Pelabur takut undang-undang Islam

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya perlaksanaan undang-undang Islam menakutkan pelabur adalah pembohongan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.

"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam dilaporkan mendakwa perlaksanaan undang-undang hudud akan menyebabkan negara ini mundur serta menakutkan pelabur asing dan pelancong.

"Sekarang zaman maklumat di hujung jari, Dr Chua jangan menghina dirinya sendiri dan menyerlahkan kepada umum bahawa beliau tidak tahu apa-apa.

"Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, berjuta-juta pelancong membanjiri Iran dan dalam tahun 2010 sahaja, 400 hotel dan 200 hotel apartment dibina untuk menampung keperluan pelancong ke negara itu," katanya.

Dari segi kemajuan pula, kata Mohamad, lebih baik Dr Chua tutup mulut.

"Ketika Malaysia tidak habis-habis didedahkan membeli senjata dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal dari pihak luar, penganalisis Barat percaya Iran mampu menghasilkan bom nuklear dalam masa dua tahun kalau ia mahu.

"Negara mundur tidak mungkin boleh membuat senjata malah tak habis-habis membeli senjata dari orang lain dengan harga yang belipat kali ganda lebih mahal.

"Mungkin kena tipu atau pemimpin yang menipu rakyat melalui pembelian mahal berlipat kali ganda itu kerana memang menjadi perangai pemimpin negara mundur suka menipu rakyat," kata beliau.

Mohamad menyifatkan kenyataan Dr Chua itu membuktikan pemikiran beliau serendah pemikiran ketua cawangan Umno.

"Dr Chua mungkin hendak menghina undang-undang Islam dengan kenyataannya itu.

"Hakikatnya, beliau menghina dirinya sendiri dengan menelanjangkan kemunduran fikirannya dan undang-undang Islam tidak terjejas dengan kenyataannya itu," kata beliau.

Mohamad mengingatkan, undang-undang Islam tidak hina atau menjadi tidak bertamadun dengan penghinaan orang-orang yang menghinanya.

"Undang-undang Islam berdiri dengan kekuatannya sendiri.

"Penghinaan si penghina tidak menjadikan ia hina dan ia tidak juga hebat hanya kerana pujian orang. Ia hebat kerana kehebatannya sendiri," tegas beliau.