Rabu, 28 Mac 2018

Selangor negeri ketiga tertinggi pendapatan bulanan purata

OLEH SYAZWANI SUFIAN




SHAH ALAM: Selangor mencatat negeri ketiga tertinggi purata pendapatan bulanan purata dengan kadar RM2,362.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, untuk rekod Selangor merupakan antara lima negeri terbaik yang mempunyai kadar pengangguran terendah.

“Selangor mencatatkan kadar pengangguran pada 8.8 peratus.

“Manakala berbeza dengan kadar purata pendapatan negara, mencatatkan sebanyak RM2,463 pada 2016,” katanya ketika menjawab soalan lisan ADN Teratai, Tiew Way Keng di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Amirudin berkata, bagi mengekalkan Selangor terus menjadi negeri terbaik dan mampu memberikan pendapatan dan mengukuhkan ekonomi, beberapa langkah telah dilaksanakan.

Ia untuk memastikan generasi muda bukan hanya tertumpu kepada peluang pekerjaan tetapi pendapatan mereka seimbang dan setanding dengan ekonomi semasa.

“Antaranya pelaksanaan Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisass Smart Selangor (IKTISASS) di bawah kelolaan Jawatankusa Tetap Pendidikan, Pembanginan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi yang memberi tumpuan kepada teknikal dan vokasional.

“Perkara ini kita jangkakan dapat menambah ruang pekerjaan yang berkemahiran kepada golongan muda dengan memberi tumpuan kepada aspek pelaburan yang dalam bidang aeroangkasa, perkhidmatan dan pengilangan,” katanya.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan kepada program keusahawanan melalui program Hijrah Selangor dengan kerjasama agensi lain.

Tambahnya lagi, pelaksanaan Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) dengan Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program ‘Online 100’ bagi membantu peniaga meneroka pasaran perdagangan elektronik (e-dagang).

Tiada ulasan: