SEREMBAN: Polis sudah merakamkan keterangan penceramah motivasi,
Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat berhubung dakwaan skandal dengan
isteri orang, semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata
penceramah berusia 41 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Negeri Sembilan jam 11 pagi dan memberikan kerjasama.
Katanya, Syamsul memberikan keterangan susulan laporan polis dibuat
seorang lelaki dari Johor yang berusia 51 tahun pada Sabtu lalu.
"Polis sudah melengkapkan keterangan semua pihak iaitu Syamsul Debat,
pengadu dan isteri pengadu yang berusia 39 tahun. Polis setakat ini
masih meneruskan siasatan," katanya ketika dihubungi, malam ini.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas apabila ditanya sama ada kes itu ada kaitan dengan seteru politik.
"Kita masih menyiasat dan akan merujuk Timbalan Pendakwa Raya sama ada
(kes) akan dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya," katanya.
Akhbar pada 27 Mac lalu melaporkan Syamsul Debat pada sidang media di
Rahang, di sini memaklumkan terkejut apabila ada laporan mendakwanya
mempunyai skandal dengan isteri orang.
Syamsul menafikan dakwaan itu malah tidak tahu apa isi kandungan dan siapa yang membuat laporan polis.
Beliau ditemani peguam, Datuk T Anandan tidak terfikir ada individu
berdendam dengannya kerana setiap hari berinteraksi dengan ramai orang
menerusi ceramahnya.
Pengadu dalam laporan polis mendakwa penceramah terbabit berkenalan
dengan isterinya yang menetap di Johor Bahru melalui Facebook sebelum
hubungan bertambah rapat apabila mereka sering berhubung melalui
telefon.
Lelaki itu mendakwa pada hujung Disember tahun lalu, mereka bertemu di
sebuah hotel di Seremban dan penceramah itu meminta wanita terbabit
melakukan seks oral dan memberinya sejumlah wang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan