KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 dibacakan
kali kedua dengan cadangan pindaan pada Fasal 4 dan 5 dalam sidang Dewan
Rakyat hari ini.
Bacaan dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Azalina Othman Said di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,
Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan di bilik media bangunan Parlimen,
Azalina berkata, pindaan itu dicadangkan setelah mengambil kira
pandangan dan cadangan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Parlimen.
“Perkataan ‘diketahuinya’ dalam Fasal 4 bahagian ini dicadang untuk
digantikan dengan perkataan ‘berniat jahat’ dan hukuman penjara yang
diperuntukkan selama 10 tahun akan dikurangkan kepada enam tahun,”
katanya kepada pemberita.
Beliau menambah, cadangan pindaan di peringkat jawatankuasa itu telah
dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan
timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan