Isnin, 31 Mei 2010

Adun Umno Kuala Nerang Bakal Sertai PAS?

Oleh locengwangsa


Dato' Syed Sobri Syed Hashim (Foto) ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu.

Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.


Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu.


Kiri: Dato' Seri Shafie Apdal. Kanan: Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah

Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini. Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal (Foto di atas) yang juga Naib Presiden UMNO Pusat. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah (Foto di atas) juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.

Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat.

Ezam dakwa Anwar tahu siapa taja Raja Petra

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Noor percaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu siapa dalang di sebalik kemewahan yang dikecapi pengendali blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin di luar negara.

Menurutnya, sebelum ini Raja Petra, atau lebih dikenali dengan panggilan singkat RPK sahaja, dibayar oleh individu tertentu setiap bulan untuk mengendali laman blog Free Anwar Campaign (FAC).

“Ketika dia mengendali FAC, Anwar masih lagi berada dalam tahanan penjara dan Raja Petra diupah mengendali laman itu sebelum membuka laman web Malaysia Today.

“Individu yang mengupah Raja Petra itu adalah orang kuat Anwar. Jadi tidak mustahil beliau tidak tahu siapa yang turut berkomplot dan menaja Raja Petra di luar negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ezam berkata, beliau berjanji mengemukakan saman terhadap dia (Raja Petra) sebaik lelaki itu kembali ke tanah air kerana pernah menuduhnya menggelapkan jutaan ringgit wang milik jutawan George Soros.

“Jika sebelum ini dia pernah berbohong menuduh saya menggelapkan wang, sekarang saya hendak cabar dia tunjukkan muka di tanah air supaya berdepan di muka pengadilan.

“Saya berani berkata begini kerana saya mengenali latar belakang beliau dan orang lain yang rapat dengannya sebelum dia lari ke luar negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee :berkata, kerajaan perlu segera melucutkan kerakyatan RPK kerana sudah tidak berminat lagi berada di Malaysia.

"Ini digambarkan dengan kegiatannya di luar negeri boleh memudaratkan keamanan negara ini.

"Lagipun kata beliau, Raja Petra telah menyusup masuk ke United Kingdom (UK) kerana lari daripada tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas beliau sebelum ini," katanya.

Katanya, Raja Petra adalah manusia pengecut, pengkhianat dan tali barut kepada kuasa asing. Maka kerajaan perlu melucutkan kerakyatannya. Lagipun dia tidak berminat: berada di negara ini.:

Syed Ali berkata, rakyat yang tidak setia kepada negara ini tidak wajar diberikan tempat dan Raja Petra perlu dikenakan hukuman setimpal di atas perbuatannya.

Serentak itu Syed Ali mendesak kerajaan supaya segera menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengenal pasti tokoh korporat dan sektor swasta yang terbabit dalam isu pembiayaan Raja Petra, pengendali blog Malaysia Today yang sedang berlindung di UK.

Bicara kes ugut menerusi SMS ditunda tertuduh jalani pembedahan tonsil

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA TERENGGANU - Perbicaraan kes ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sepatutnya bersambung hari ini terpaksa ditangguhkan berikutan tertuduh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir mendapat cuti sakit kerana menjalani pembedahan tonsil.

Ahmad Ramzi, setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, setelah menjalani pembedahan itu semalam dan diberi cuti sakit sehingga 13 Jun ini.

Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh baru 9 dan 10 Ogos ini untuk perbicaraan kes berkenaan, dan ia juga akan disambung semula pada 21 hingga 23 September dan 26 hingga 28 Oktober.

Ahmad Ramzi didakwa atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Murugessan pula jadi mangsa Samy Vellu

FREE MALAYSIA TODAY

iphonePictureFB 031 KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung MIC, S Murugessan telah menduga Datuk Seri S Samy Vellu akan melucutnya dari jawatan yang disandang itu apabila mempertikaikan secara terbuka keputusan presiden parti itu memecat empat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) baru-baru ini.

Murugessan berkata beliau tidak terperanjat dengan tindakan Samy Vellu melucutkan beliau dari jawatannya.

"Apabila saya mengkritik presiden, saya tahu akibatnya. Saya tidak rasa marah dengan pemecatan itu. Saya telah membuat pendirian yang jelas mengenai perkara itu," katanya hari ini.

Semalam, Samy Vellu memecat Murugessan selepas beliau mengkritik presiden MIC tersebut yang sedang menghadapi krisis dengan beberapa pemimpinnya.

"Saya bersuara setelah merasakan `tidak boleh lagi mendiamkan diri’ dalam perkara tersebut. Saya mahu menyatakan sesuatu kerana ia maklum balas dari peringkat akar umbi, dari pengundi dan dari ahli parti. Jadi saya pun membuat kenyataan itu.

"Saya tidak akan merayu"

"Sebelum ini, saya tidak bersuara kerana tugas setiausaha agung MIC mesti membantu presiden dan parti," katanya.

Murugessan menjelaskan beliau tidak akan merayu dikembalikan semula jawatannya kerana jawatan itu hanya lantikan presiden. "Tidak perlu saya merayu. Saya dilantik oleh presiden dan kini presiden memecat saya.

"Tetapi saya masih ahli CWC. Setakat ini saya belum dipecat dari CWC," katanya.

Jawatan setiausaha agung MIC kini disandang oleh Ketua MIC Negeri Sembilan, Datuk T Rajagopalu. Berusia 56 tahun, Rajagopalu merupakan seorang peguam dan ahli CWC sejak tahun 1978.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada presiden kerana melantik saya dan saya akan mengambil arahannya.

"Saya akan berkhidmat kepada presiden dan parti secara ikhlas dan akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Sementara itu, Gerakan Anti-Samy (GAS) yang diterajui oleh bekas timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan berjaya menarik 5,000 penyokong menghadiri perhimpunan itu di Pusat Konvensyen The Mines, Seri Kembangan samalam.

Mereka melaungkan "Musnahkan Samy" dan "Keluar Dari MIC" sebagai manifestasi penolakan ahli akar umbi parti itu terhadap Samy Vellu dari terus memegang jawatan presiden parti.

Walaupun jumlah kehadiran tidak memenuhi sasaran 15,000 penyokong tetapi Mugilan menyifatkannya sebagai satu kejayaan kerana terdapat beberapa halangan seperti perubahan tempat perhimpunan pada saat-saat akhir dan mendakwa beberapa penyokong "telah dibeli".

Perhimpunan GAS di adakan bagi mendesak Samy Vellu melepaskan jawatan yang dipegang beliau sejak 31 tahun lalu sebagai Presiden MIC untuk membolehkan parti komponen BN itu melaksanakan transformasi pentadbiran dan sekali gus mengembalikan semula sokongan masyarakat India.

Anwar Cabar Najib Hapuskan Subsidi RM20 Bilion Setahun Kepada IPP

SUARA KEADILAN

KOTA BHARU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya menarik balik subsidi RM20 bilion yang diberikan kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan menyelamatkan ketirisan ekonomi sebanyak RM28 bilion setahun dan tidak menjadikan rakyat mangsa kepada kegagalan kerajaan mentadbir kewangan negara.

Anwar berkata rakyat tidak seharusnya menanggung beban kesan daripada amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang berkalu secara berleluasa di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Siapa yang memiliki IPP di negara ini? Mereka adalah tauke dan tokoh korporat yang ingin diselamatkan oleh Umno-BN kerana kroni dan keluarga mereka juga menikmati kekayaan IPP yang dibantu oleh Umno-BN.

"Rakyat yang miskin terus dizalimi dan ditindas dan Umno-BN tidak mempedulikan nasib mereka kerana kuasa yang ada pada Umno-BN hanya digunakan untuk memperkayakan beberapa kerat kroni da kaum kerabat mereka," kata Anwar pada Ceramah Perdana di Padang Perdana malam tadi.

Menyentuh isu lompat oleh beberapa bekas wakil rakyat KEADILAN, Ketua Umum berkata beliau mempunyai cukup maklumat dan bukti untuk mendedahkan sogokan dan rasuah sebanyak RM2 juta dan kontrak yang diberikan sebagai imbuhan memujuk wakil rakyat terbabit keluar parti dan menjadi anggota Bebas.

"Saya ada bukti cukup dan akan saya dedahkan dalam parlimen kelak. Kalau ditanbya di mana saya simpan bukti, di rumah tidak ada, di pejabat lagi tidak ada, dalam beg pun tidak ada, saya sudah lupa mana saya letak," kata beliau berjenaka kepada hampir 20,000 penyokong.

Beliau juga berkata KEADILAN akan lebih berhati-hati memilih calonnya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen mengambil pengalaman pahit lompat parti oleh wakil rakyat parti.

"Kita akan pastikan mereka melalui tarbiyah yang cukup untuk pastikan mereka adalah calon yang sebenarnya bersama perjuangan parti. Kalau tak boleh ikut tarbiyah kita akan kelurakan mereka sebagai calon. Kita mahu mereka berikrar taat setia kepada parti dan tidak sekali-kali terfikit untuk lompat dan khianati perjuangan parti," tegas Anwar lagi.

Anwar: KEADILAN Parti Masa Depan, Demokratik Yang Hebat


SUARA KEADILAN

KOTA BHARU - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat perubahan pimpinan dalam beberapa jawatankuasa dengan tujuan memantap serta mengukuhkan perjalanan parti.

Kata beliau penyusunan tersebut akan dibuat dalam kadar segera sebagai respons kepada isu yang dibangkitkan oleh perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN yang berakhir petang tadi.

"Penyusunan semula ini akan dibuat dalam kadar segera yang akan mengadunkan tenaga lama dengan yang baru. saya lihat penyertaan Angkatan Muda dan Wanita lebih terserlah pada Kongres kali ini dan penyertaan kedua komponen ini akan diterapkan dalam barisan pimpinan pusat," kata Anwar semasa ucapan pengulungan beliau petang tadi.

Beliau berkata permerhatiannya terhadap Kongres sejak 2004 telah memperlihatkan kematangan dalam mutu perbahasan dan peningkatan pemikiran perwakilan dalam membahaskan usul dan isu yang dibangkitkan semasa Kongres.Tanggungjawab Pemimpin

"Saya mahu semua barisan pimpinan yang duduk di atas pentas ini supaya turun padang ke setiap cabang dan bertemu dengan ahli-ahli".

Selangor

"Semua cadangan dan kritikan terhadap Menteri Besar dan pentadbiran kita dengar dengan sikap terbuka. Bandingkan Selangor di bawah Umno-Barisan Nasional dan bezakan dengan banyak perubahan yang dilakukan dalam tempoh dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Di bawah BN, negeri rosak kerana Menteri Besar rampas hasil mahsul negeri, rasuah dan rakus mengambil hak rakyat. Apabila kita ambil alih sumpah dan janji kita kepada rakyat ialah pentadbiran yang bersih daripada rasuah dan penyelewengan. Ini yang berjaya dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya menaruh kepercayaan kepada kepimpinan samada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan".

Unisel

"Saya beri tempoh dua minggu kepada Rektor supaya hormati suara pelajar. Berikan sedikit ruang dan perbezaan pendapat kepada pelajar untuk menegur universiti. Kalau dia tidak menukar sikap sata akan pastikan di keluar dari Unisel".

Projek

"Antara isu yang dibangkitkan ialah kelembapan dalam kelulusan projek untuk manfaat rakyat di Selangor. Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor supaya dipercepatkan kelulusan projek tetapi dengan syarat ia mesti mengikut peraturan".

GLC

"Calon yang dikemukakan untuk menyertai atau menerajui anak syarikat kerajaan negeri mestilah layak, profesional dan punyai 'track record' dan hanya mengambil elaunnya sahaja dan tidak rasuah. Calon itu juga mesti ikrar ketaatan kepada parti dan kerajaan negeri dan mesti dibenarkan dipantau dan dihukum jika sedikit menyeleweng".

KEADILAN

"Umno-BN boleh cakap apa saja, nak runtuh, nak reban, nak karam, 'wahtever' tetapi satu yang mesti saya nyatakan di sini KEADILAN telah berjaya mentransformasikan budaya politik negara ini. Mana pernah kita terfikir pemimpin Cina memetik hadis dan Al-Quran dan menerima pelbagai budaya dengan cara terhormat".

"We are a great party with a great future. We are a democratic party. Oleh kerana itu Umno-BN lanyak Anwar dan media mereka serang kita tidak henti-henti. Kita adalah sebuah parti bersikap terbuka. Bandingkan dengan Umno dan BN pemimpin samada Menteri Besar, Ahli Parlimen, ADUN dan pimpinan parti boleh dikritik hebat dan kita menerima segala kritikan dengan sikap terbuka dan dada yang lapang.

"Bagi pemimpin yang berkiblatkan wang roinggit dan kebendaan biarlah mereka lacurkan diri kepada Umno-BN".

Subsidi

"Dari dahuku kita sudah nyatakan bahaya apabila melihat keadaan defisit yang semakin membengkak. Yang biasa ialah defisit 1, 2 tahun tetapi apabila masuk lima tahun mula ada 'orange effect' dan tujuh tahun 'red effect' dan kita punyai 12 tahun berturut-turut maka ia kekal sebagai red effect'. Ekonomi negara rosak di bawah Umno-BN sebab pemimpinya rakus dan rasuah.

"Kita cadangakn tiga perkara asas untuk perbaiki ekonomi negara - tarik subsidi orang kaya, banteras rasuah dan jangan boros, selepas itu barulah kita minta rakyat semua supaya berkorban. Ini tidak pemimpin Umno-BN mahu rakyat berkorban sekarang sebab mereka mahu terus 'enjoy'".

Khianat

"Kepada Tian Chua dan Gobalakrishnan saya beri jaminan parti akan tetap mempertahankan anda daripada konspirasi Umno-BN. Kita akan pertahankan hak anda. kita beri amaran kepada Najib, biarlah mereka buang, guling sebagai ahli parlimen atau buat pilihan raya baru, kita akan tetap lawan tindakan zalim mereka".

3000 orang hadiri GAS: Samy didesak undur dalam seminggu

Wong Shu Qi



"Samy Turun!" Kira-kira 3,000 orang menghadiri majlis pelancaran Gerakan Anti Samy (GAS) semalam, mendesak agar Presiden MIC yang memegang jawatan untuk 31 tahun ini berundur dalam tempoh seminggu.

Penggerak GAS, V.Mugilan berkata, biarpun wujud sabotaj untuk mengurangkan bilangan orang yang hadir, namun "yang penting itu semangat, bukan bilangan orang". Beliau mendakwa bahawa aktiviti pada hari Ahad ini berjaya, malah telah menjangkau matlamat gerakan ini.

Majlis Perlancaran GAS dijadualkan bermula pada jam 2 petang, di Putra World Trade Centre (PWTC) semalam, tetapi dibatalkan sewaannya kepada GAS tiga hari yang lalu. GAS akhirnya mengadakan majlis ini di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

Penganjur menangguhkan permulaan majlis lantaran kelewatan mereka yang hadir, sehingga jam 3 petang. Kira-kira 3,000 orang hadir pada hari semalam, termasuk ahli MIC yang tidak berpuas hati dengan Samy Vellu yang masih enggan melepaskan tampuk pimpinan kepada pewarisnya, dan mereka yang prihatin terhadap keadaan Maju Institute of Education Development (MIED).

Antara yang hadir termasuklah V. Govindaraju (gambar kanan), bekas ahli parlimen Pelabuhan Klang-MIC yang pernah menjawat Naib Presiden MIC. V. Govindaraju juga "penasihat" di sebalik GAS.

Penceramah menuduh Samy berbohong

Sebagai penceramah pertama, V. Govindaraju meminta maaf kepada semua orang, apabila mengakui bahawa dirinya yang menbawa Samy Vellu untuk masuk ke MIC. V. Govindaraju menuduh Samy berbohong dalam hal "tarikh hari jadi"-nya.

Selain V. Govindaraju, K.P. Samy yang turut dipecat Samy Vellu, mengumumkan data pungutan yuran parti untuk membuktikan bahawa Samy Vellu berbohong kepada orang awam kerana mendakwa MIC mempunyai enam juta orang ahli.

Menurut maklumat dalam parti, MIC telah memungut jumlah yuran keahlian sebanyak RM615,550 pada tahun 2009. Jika dibahagikan RM1.50 setiap orang, maka akan didapati bahawa ahli yang membayar yuran hanyalah kira-kira 410,000 orang. Malah, dalam belanjawan parti tahun 2010, daripada yuran yang dianggarkan, jumlah penambahan ahli baru, kesemuanya tidak melebihi 500,000 orang.

Namun demikian, K.P. Samy (gambar kiri) enggan mendedahkan sumber pemberi maklumat ini, cuma memaklumkan bahawa dirinya memperolehi maklumat ini dua minggu yang lalu dari pusat.

Ketika berucap, K.P.Samy menuding jari kepada Samy Vellu sebagai punca yang memecah-belahkan komuniti India, yang kini menyertai PPP, Gerakan malah PKR dari Pakatan Rakyat. Beliau menyeru agar Samy Velly berundur untuk menyelamatkan MIC dan menyatu-padukan orang India di Malaysia.

Pukul gambar Samy dengan kasut

Biarpun lokasi ditukar, tetapi kehadiran tetap melebihi 2,500 orang. Malah, seorang warga emas berumur 70-an yang berjalan dengan tongkat, gagal menahan kemarahan yang meruap, lalu menyarung tongkatnya dengan kasut, dan memukul ke arah gambar Samy Vellu pada poster besar. Tindakan ini menggemparkan orang ramai.

V.Mugilan menjelaskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan perbuatan sedemikian, malah meminta maaf kepada Samy Vellu dalam sidang media yang diadakan kemudiannya. Namun, beliau menambah, penguasaan Syarikat Maika Holding Berhad oleh Samy Vellu mencetus kemarahan warga emas tersebut, yang memikirkan masa depan generasi yang akan datang.

Seorang ahli MIC, Rohn Rajen berkata, beliau menolak jadual perletakan jawatan yang ditentukan oleh Samy Vellu sendiri. Beliau menuntut agar Samy Vellu berundur dengan segera, "Saya tidak tahu siapakah orang yang sesuai untuk menjadi pemimpin, tetapi apa yang pasti, orang itu bukan Samy Vellu!"

Kata-katanya disahut dengan laungan agar Samy Vellu berundur.

Mugilan bersumpah

Anak Samy Vellu, S.Vell Paari yang pernah menuduh bahawa UMNO adalah dalang di sebalik GAS, telah memohon maaf lantaran kenyataan tersebut. Bagaimanapun, Mugilan (gambar kiri) tetap bersumpah dengan Tirukural (kitab Hindu) bahawa gerakan ini tidak didalangi mana-mana kuasa atau individu yang lain.

Pada masa yang sama, beliau berkata, terdapat orang yang sanggup membelanjakan RM 5 juta untuk menggangu kelancaran aktiviti ini, dengan cara-cara termasuk mengugut dan menakut-nakutkan orang yang berniat hadir. Malah, aktiviti ini dikatakan akan dikacau oleh samseng, dan tiada polis hadir untuk mengawal ketenteraman, bertujuan untuk menambah keresahan orang yang ingin datang.

Malah, RM 5000 dibayar kepada pemandu bas yang bakal membawa penumpang dari Johor, Pulau Pinang, Kedah dan sebagainya, bahkan ada yang dibayar terus kepada mereka yang berniat hadir, menurut Mugilan.

Mugilan menjangkakan kehadiran semalam mencecah 15,000 orang, tetapi dewan ini hanya dapat menampung 5,000 kerusi, dan hanya separuh daripadanya diisi, mengikut pengamatan wartawan. Beliau menjangkakan kehadiran melebihi 20,000 orang seandainya tiada sabotaj.

Had tempoh 7 hari

Mugilan adalah Timbalan Ketua Pemuda MIC yang dipecat oleh Samy Vellu, berikutan gesaannya agar Samy berundur pada 19 Mei 2010. Sebelum ini, Mugilan ialah calon cadangan yang terhangat untuk MIC-BN dalam PRK Hulu Selangor, namun akhirnya terpaksa memberi laluan kepada P.Kamalanathan.

Isu ini dipercayai punca perbalahan antara Mugilan dengan Samy Vellu. Mugilan mengehadkan tempoh 7 hari agar Samy berundur secara sendiri, dan beliau akan mengumumkan formula GAS untuk menggulingkan Samy Vellu sekiranya Samy enggan berbuat demikian. "Samy adalah beban BN dan kerajaan, kalau beliau tidak berundur, BN pula yang akan diheret."

Di samping itu, Setiausaha Agung MIC S. Murugesan yang menyokong GAS telah dipecat pada petang, semalam.

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang, daripada teks asal.

Kongres Nasional Tahunan PKR: Transformasi budaya politik baru

Lim Hong Siang



"Kita telah lakukan transformasi budaya politik di negara kita," demikian kesimpulannya daripada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, ketika merungkai perbahasan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-6, yang diadakan dari 27 hingga 30 Mei 2010, di Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bahru.

PKR sebuah parti berbilang kaum, menampilkan pembahas daripada kaum Melayu, Cina dan India dalam kongres tahunannya yang lalu. Apa yang istimewa untuk tahun ini, seorang pemuda dari kaum asal, Ramli Logan tampil untuk berucap, menyelar konsep "1Malaysia" yang diutarakan oleh Perdana Menteri Najib Razak sebagai "Pembalakan didahulukan, Projek diutamakan; Orang miskin diabaikan, Orang Asal dipinggirkan."

Ramli Logan (gambar kiri) menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan, malah semua orang termasuk pimpinan parti berdiri untuk memberi penghargaan kepadanya selepas beliau menghabiskan ucapan. Chua Jui Meng, bekas Naib Presiden MCA yang menyertai PKR mengakui bahawa keadaan ini tidak pernah berlaku sepanjang 35 tahun beliau berada dalam MCA-Barisan Nasional, dan beliau hampir sebak melihat suasana ini.

"...tidak pernah berlaku di mana-mana parti politik, ini kali pertama di sebuah parti politik yang bernama Parti Keadilan Rakyat, " kata Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebelum menyambung, "Kita angkat seorang anak muda, letak dalam satu persada politik mainstream (arus perdana) untuk membincangkan masa depan negara!"

Chua Jui Meng, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR melanjutkan dengan cadangan agar wakil FELDA, tentera, polis diundang untuk tampil berucap dalam kongres seterusnya.

Penampilan yang memperlihatkan kemajmukan

Pembahas yang dibariskan kali ini merentasi sempadan negeri, warna kulit, gender, umur dan sebagainya. Secara keseluruhannya, penguasaan bahasa pembahas adalah baik, dengan penyampaian yang menarik. Bukan itu sahaja, penampilan pembahas memperlihatkan kemajmukan, malah kesediaan untuk menghayati budaya dan agama antara satu sama lain.

Misalnya, pembahas dari Pulau Pinang, Jason Ong tampil dengan songkok dan pakaian Melayunya, malah tidak kurang pembahas bukan Melayu-Islam yang sempat melafazkan ayat al-Quran dalam ucapan masing-masing. Kalau pantun menjadi imbuhan kepada ucapan pada dahulunya, kini wakil dari sayap Wanita, Chua Yee Ling pula mempersembahkan dikir barat sebelum mengakhiri ucapan.

Bagi perwakilan dan pimpinan Melayu-Islam, ucapan yang bermula dengan tanya khabar dalam pelbagai bahasa telah menjadi sesuatu yang lumrah. Apa yang "menghiburkan" kali ini, pembahas dari Perlis, Ko Chua Liang menyelitkan kata-kata Siam dalam ucapannya.

Wakil dari Srikandi kali ini semestinya memberi persepsi yang positif, dengan kelantangan mereka mengetengahkan pandangan. Misalnya, Farah Afzan Faridi mengingatkan bahawa parti perlu mengambil kira golongan muda, yang mana ikon Anwar Ibrahim tidak semestinya memberi makna kepada mereka, kerana terlalu muda ketika tercetusnya pergerakan Reformasi pada tahun 1998.

Farah Afzan Faridi ketika mengakhiri ucapannya berkata, "Orang muda tak mahu berada dalam sejarah, orang muda mahu cipta sejarah!"

Budaya mengkritik

Lebih daripada itu, kritikan yang dilontarkan oleh perwakilan terhadap pimpinan diterima dengan terbuka sepanjang kongres ini. Bermula dengan Kongres AMK, yang mana perwakilan secara terus memberi amaran kepada pimpinan untuk "bekerja" seandainya mahu kekal di atas pentas. Amaran ini disambut dengan sorakan dari bawah pentas.

Jelas, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menjadi tumpuan dalam kongres ini apabila beberapa orang pembahas meluahkan ketidakpuasan yang menyasar kepadanya. Bagaimanapun, Khalid tetap menerima kritikan secara terbuka, malah tidak membalas dengan emosi.

Apa yang lebih menarik, ketika beliau tampil memberikan perjelasan, pengerusi membunyikan loceng sebagai isyarat masa tamat. Perwakilan di bawah pentas pula yang membela agar Khalid diberi lebih masa untuk memberi penjelasan. Selepas beliau habis berucap, perwakilan malah pimpinan berdiri untuk memberi tepukan sebagai penghormatan.

Budaya kritikan ini bukan sahaja bersifat sehala, malah Naib Presiden PKR Lee Boon Chye juga menyuap perwakilan dengan "ubat pahit". "Budaya tunggu durian runtuh" dan "face presentation" (tunjuk muka) di sesetengah pimpinan akar umbi, iaitu program tidak berjalan selagi Anwar tidak turun, dan hanya "tunjuk muka" semasa kehadiran Anwar, dikritik oleh Lee Boon Chye.

Beliau menambah, "jangan buat aktiviti shiok sendiri antara kroni sahaja", sebaliknya mencadangkan kerja-kerja seperti pendaftaran pengundi kepada perwakilan. Kritikan-kritikan ini direstui, apabila sesetengah perwakilan membalas dengan tepukan untuk menyatakan persetujuan.

Kurang senang digelar YB

Selain itu, "parti reform" ini cuba menampilkan pendekatan baru dalam perhubungan antara pemimpin dengan akar umbi. Bermula dengan Ong Chin Wen, ADUN Bukit Tengah yang menyatakan ketidakselesaannya ketika digelar "Yang Berhormat" oleh pengerusi dalam Kongres AMK, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah turut meluahkan pandangan yang sama, semasa sesi penggulungan, hari ini.

Sivarasa Rasiah menganggap gelaran ini tidak adil untuk pemimpin yang selama ini berjuang, tetapi tewas dalam pilihan raya, kerana kemenangan wakil rakyat diberikan oleh rakyat. Malah, Sivarasa Rasiah menyatakan bahawa dirinya tidak bersetuju dengan pengaturan majlis, yang mengasingkan antara pimpinan dengan perwakilan ketika menjamu selera.

Jangan diperangkap UMNO

Hakisan sokongan Melayu terhadap PKR khususnya jelas menjadi tekanan kepada PKR. Pada 28 Mei, AMK mencadangkan agar Kongres Melayu diadakan untuk membincangkan permasalahan Melayu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Zaid Ibrahim hari ini memberi peringatannya, "Saya alu-alukan (Kongres Melayu). Tapi pada masa yang sama, kita jangan terperangkap dengan persoalan-persoalan yang berkisar pada race (kaum). Kita parti yang berbilang kaum."

"Masalah kita bukan soal Melayu, masalah ekonomi kita masalah orang kaya dengan orang biasa. Kalau kita nak buat kongres, kita perlu bincang permasalahan orang asli, orang Iban, orang-orang miskin di Sabah dan Sarawak," katanya.

Zaid Ibrahim menafikan kenyataan bahawa PKR tidak disokong Melayu, "Yang kita belum dapat, undi Melayu, undi pos, FELDA, RISDA...", sambung beliau, "Jangan percaya kepada propaganda UMNO-BN bahawa PKR hanya disokong pengundi bandar dan bukan Melayu."

"Kumpulan satu lagi yang tidak menyokong PKR adalah kumpulan seperti Mahathir," tambahnya. Zaid Ibrahim menyarankan PKR memperjuangkan "orang Malaysia", malah memetik sejarah pertaruhan antara Hang Jebat dengan Hang Tuah untuk menyatakan Melayu yang harus disanjung adalah "Melayu yang memperjuangkan keadilan".

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Kongres Perbaharui Tekad Perjuangan PKR

TV SELANGOR

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat selesai petang tadi dengan perwakilan memperbaharui tekad untuk meneruskan perjuangan bagi membawa keadilan kepada segenap lapisan rakyat.

Lebih dua ribu perwakilan turut menguatkan iltizam untuk membebaskan Malaysia dari pemerintahan rakus dan rasuah Umno-Barisan Nasional dengan menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim meniupkan semangat baru di kalangan akar umbi ahli dengan mendedahkan kenapa PKR menjadi sasaran utama Umno dalam setiap asakan yang dilakukan oleh parti itu.

Anwar berkata Umno-BN tentunya tidak akan mempedulikan PKR jika parti itu tidak berpotensi untuk menggugat kelangsungan Umno malah seluruh Barisan Nasional sendiri.

"Parti ini punya potensi yang besar. Kalau parti ini parti-parti serpihan, dia tak payah ganyang kita mati-matian. Ya kita parti yang terbuka, yang demokratik. Orang Malaysia tak biasa dengan kongres parti dimana pemimpin besar dipertanggungjawabkan, dikritik dan disoal. Ini budaya kita," kata Anwar.

Anwar berkata walau apa-pun tohmahan dan fitnah yang cuba ditaburkan oleh Umno-BN, hakikat ialah PKR berjaya membawa transformasi budaya fikiran yang menolak politik perkauman sempit yang di dokong oleh pemerintah selama ini.

"Pernah kita dengar orang Cina sebut Al-Quran dan Hadis. Maknanya kita menerima dengan berlapang dada dengan cara hormat," kata Anwar.

Justeri Datuk Seri Anwar mengajak ahli PKR menguatkan tekad bagi meneruskan usaha membela rakyat berlandaskan prinsip-prinsip parti yang menolak rasuah dan mengutamakan pembelaan untuk semua kaum.

3,000 RAYU BINA MASJID DI TAMAN MESRA

RAYU… Haji Andi merayu JHEAINS menaik taraf Surau Saidina Ali Abi Talib sebagai masjid.

Oleh: MASTOPO SUMARJO


TERBINANYA sebuah surau di Taman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra Kilometer 7.8 Jalan Utara, Sandakan yang siap sepenuhnya pada November tahun lalu merupakan satu rahmat kepada 3,000 penduduk Islam di kawasan perumahan itu kerana memudahkan mereka menunaikan ibadat dan menjadi institusi ilmu.

Pembinaan surau tersebut sememangnya dinanti-nantikan selama ini oleh penduduk taman berkenaan, sekurang-kurangnya memudahkan mereka sembahyang berjemaah, tadarrus al-Quran, sembahyang tarawih dan ceramah agama; sekaligus menggantikan peranan ‘kolong’ dan jalanraya selama ini.

Projek pembinaan surau berkenaan yang telah menelan belanja hampir RM200 ribu itu sudahpun dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Sandakan yang juga merangkap Timbalan Ketua USIA Sabah, Tan Sri Hj Ampong KK Puyun pada Disember lepas dan dinamakan Surau Saidina Ali Abi Talib.

Timbalan Pengerusi Surau Saidina Ali Abi Talib, Haji Andi Zakaria Palawong memberi tahu, surau berkenaan boleh menampung seramai 500 jemaah dalam satu masa dan kini surau tersebut sudahpun digunakan sepenuhnya untuk solat lima waktu.

Tetapi sayang sekali, kata Haji Andi surau berkenaan tidak boleh digunakan untuk sembahyang Jumaat dan keadaan ini amat menyedihkan umat Islam di Taman Mesra.

Menurut Haji Andi, pihak Jawatankuasa surau ini sudah menyerahkan sepucuk surat rasmi kepada MUIS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan meminta surau ini dinaik taraf sebagai masjid demi membolehkan umat Islam mengerjakan solat jumaat; tetapi permohonan mereka tidak mendapat respon dan layanan sewajarnya.

“Setiap hari jumaat kami gelisah kerana terpaksa ke Masjid Daerah atau Masjid IPD (Ibu Pejabat Polis) dan ada yang pergi Ke Masjid Pengiran Galpam, Masjid Sri Taman dan sebagainya kerana surau ini belum ditauliahkan dan terlalu kecil untuk menampung jemaah yang ramai,” ujar Haji Andi kesal kerana sudah hampir 47 tahun merdeka tetapi terpaksa menumpang sembahyang di masjid lain.

Tegas Haji Andi, apalah gunanya masjid didirikan dengan kos beratus ribu ringgit itu tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Islam di taman ini sekalipun jawatankuasa surau berkenaan sudahpun menemui seorang yang layak dilantik sebagai Imam Qariah dan namanyapun sudah diajukan kepada pihak yang berkenaan tetapi tidak diambil sebarang tindakan sehingga kini.

“Sampai bilalah masyarakat Islam di taman ini terus menumpang sembahyang di tempat orang sedangkan taman ini sudah mempunyai suraunya sendiri yang serba serbi indah,” kata Haji Andi lagi.

Kata Haji Andi lagi, kalaulah mereka tahu beginilah jadinya, kerajaan tidaklah perlu membina surau di taman ini kerana membazir wang pembayar cukai jika sekadar menjadi hiasan dan lambang agama sahaja.

“Demi kebaikan masyarakat Islam di taman ini, saya mewakili 3,000 umat Islam di sini merayu kepada JHEAINS (kerajaan negeri) agar meluluskan permohonan kami dengan secepat mungkin” rayu Haji Andi menahan sebak kerana sedih dengan nasib umat Islam yang dihina sebegitu rupa di sebuah negara yang agama rasminya Islam.

Khairy Gagal Ketepikan Saman Fitnah RM100juta DSAI

KELAB GREENBOC

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini, gagal dalam permohonannya untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan ketua pembangkang itu.

Penghakiman ingkar itu dikenakan ke atas Khairy pada 4 Disember 2008, selepas beliau gagal memasukkan kehadiran dalam kes itu selepas writ saman diserahkan kepadanya.

Khairy memfailkan permohonannya pada 20 Februari 2009 lalu untuk mengenepikan perintah itu.

Mengumumkan penghakimannya di kamarnya, penolong pendaftar Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, Nazri Yahya juga mengarahkan Khairy untuk membayar kos.

Anwar, 63, menfailkan saman terhadap Khairy pada 7 Mac 2008 kerana dakwaan Khairy pada ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah mengucapkan dan telah menyebabkan penerbitan di laman sesawang termasuk Malaysiakini.com. satu rakaman klip video bersama sebuah artikel bertajuk "Anwar and kin no threat".

Anwar mendakwa rakaman klip video itu dalam Malaysiakini mengandungi kata-kata fitnah yang diucapkan oleh Khairy di satu ceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada atau sekitar 20 Feb 2008.

Beliau berkata kata-kata fitnah itu antara lain bermaksud beliau terlibat dengan aktiviti berlawanan dengan Islam, tidak mempunyai akhlak mulia dan tidak sesuai memegang jawatan politik atau mana-mana jawatan.

Beliau memohon ganti rugi pampasan RM100 juta, teruk, teladan, kos dan relif-relif lain oleh mahkamah. -mk

ADUN PAS Mampu Berikan Khidmat Terbaik Walau Tanpa Peruntukan


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/whassan1.jpgSura, DUNGUN – Wakil-wakil rakyat Umno/BN patut malu kerana walaupun tanpa menerima ‘satu sen’ peruntukan untuk wakil rakyat, wakil-wakil rakyat PAS mampu memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana sumbangan dan derma dari orang ramai dapat menampung perbelanjaan beliau melaksanakan tanggungjawab.

Beliau yang dihubungi Buletinonline berkata, selain sumbangan dan derma, beliau mengeluarkan wang dari poketnya sendiri, hasil dari elaun wakil rakyat untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan kepada warga DUN Sura.

Katanya, sebagai wakil rakyat yang dipilih secara sah melalui pilihan raya, kerajaan negeri sepatutnya menunaikan tanggungjawab memberikan hak peruntukan tersebut.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun berkata, PAS cawangan-cawangan mewujudkan beberapa tabung khas bagi membantu rakyat yang berhadapan kesusahan dan kemelut kewangan.

“Melalui tabung inilah, kita membuat kutipan derma daripada orang ramai sebelum menyalurkan kepada individu berkenaan.

“Setakat ini tabung yang ada seperti khairat kematian, pendidikan dan kesihatan di peringkat Pas Cawangan dan Kawasan banyak membantu, biarpun kutipannya tidak seberapa, namun ia banyak mengurangkan beban yang dihadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berkenaan sumbangan yang duberikan kepada seorang pelajar yang berhadapan masalah kewangan untuk menyambung pengajiannya ke universiti.

Pelajar tersebut Nurfdianie Rozak, 17, terpaksa menjual kuih untuk mengumpul wang bagi membiayai yuran pendaftaran sebuah IPTA tempatan.

”AlhamduliLlah, kita dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan sedikit sumbangan bagi menampung perbelanjaan adik Nurfdianie,”katanya.

Katanya, walaupun tidak banyak sebagaimana yang diberikan oleh pihak lain, namun, ia adalah sumbangan ikhlas dari orang ramai yang InsyAllah memberikan keberkatan.

Hampir Seribu Tenaga Pengajar Program PDK Akan Diberi Latihan Semula


BERNAMA

MELAKA: Kesemua hampir 1,000 tenaga pengajar dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara akan diberi latihan semula untuk diajar teknik baru serta bantuan mengajar menggunakan peralatan terkini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pada masa kini terdapat lebih 400 buah PDK di seluruh negara dan latihan semula itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Kita akan latih mereka dengan metadologi dan teknik terbaru termasuk terapi muzik dan alat-alat bantuan yang canggih untuk meningkatkan tahap pengajaran kepada golongan orang kurang upaya (OKU)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Tangga Batu di Pantai Puteri di sini hari ini.

Beliau berkata latihan kepada guru-guru PDK akan dilakukan di Kuala Lumpur dan kementerian telah menawarkan program pertama kepada 10 orang guru di PDK Parlimen Tangga Batu.

Katanya latihan semula kepada tenaga pengajar PDK juga akan memberi penekanan kepada langkah-langkah awal untuk memberi bantuan kepada OKU.

Program PDK yang bermula sejak 1984 dan antara objektifnya untuk mengalakkan pengunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima dalam program pemulihan OKU.

Pemecatan Murugesan Ibarat Karamnya Kapal Samy Vellu - Mugilan

SERI KEMBANGAN: Pemecatan Setiausaha Agung MIC, S Murugesan hari ini disifatkan sebagai 'realiti' di bawah kepimpinan Datuk Seri S Samy Vellu apabila ia mengugat kepentingannya sebagai presiden.

”Itulah MIC di bawah pimpinan Samy Vellu,” kata bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan kepada pemberita selepas perhimpunan melancarkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di sini hari ini.

Beliau menyifatkan Murugesan sebagai seorang pemimpin yang budiman, berani, berwibawa dan tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh presidennya.

Justeru, kata Mugilan, tindakan Murugesan menyatakan pendiriannya berkaitan tindak-tanduk dan keputusan Samy Vellu dalam kes pemecatan beberapa pemimpin parti itu minggu lalu telah menyebabkan dirinya dipecat sebagai setiausaha agung.

“MIC merupakan sebuah parti yang cantik dan bagus, tetapi kerana beliau (Samy Vellu) semuanya terjejas.

“Ini ibarat sebuah kapal apabila kapten mengemudinya dan melanggar bongkah ais, maka ia akan karam. Begitulah juga kapal Samy Vellu, nasib yang dialami MIC kini,” katanya.

Beliau mengulas tindakan terbaru Samy Vellu hari ini yang memecat Murugesan sebagai setiausaha agung parti kerana mengeluarkan kenyataan bahawa pemecatan empat orang pemimpin kanan MIC baru-baru ini sebagai tidak wajar.

Ketua MIC Negeri Sembilan, Datuk T Rajagopal telah dilantik menjadi setiausaha agung yang baru.

MIC Akan Bangun Sebagai Parti Lebih Kuat, Tapi Sebelum Itu...

SERI KEMBANGAN: MIC bakal dibangunkan semula dengan formula baru sekiranya Datuk Seri S Samy Vellu mengundurkan diri sebagai presiden parti itu.

Bekas Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan berkata, formula ini adalah satu perjuangan dan ia bukan untuk sekali ini semata-mata tetapi satu perjuangan yang berterusan.

“Generasi lama perlu dihormati, (namun) generasi baru perlu dipercayai,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di sini, hari ini.

Bagi Mugilan, beliau akan melakukan apa saja untuk meneruskan perjuangannya kerana ia bukan perjuangan untuk diri sendiri, sebaliknya demi rakyat Malaysia yang berbangsa India dan juga demi Malaysia.

Serentak dengan itu, beliau memberi tempoh berdamai selama seminggu kepada Samy Vellu dan akan melihat maklum balas daripada pihak-pihak lain serta pihak Samy Vellu sendiri termasuklah ahli-ahli MIC.

“Tempoh seminggu memberi peluang kepada beliau untuk memikirkan masak-masak dalam membuat keputusan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mugilan menganggap perhimpunan GAS hari ini berjaya apabila Samy Vellu semalam mengatakan kesanggupannya untuk berundur sebagai presiden parti sekiranya diberikan satu tanggungjawab lain di luar MIC.

Justeru, beliau menyeru kepada pucuk pimpinan agar memberi apa saja jawatan yang dapat memuaskan hati Samy Vellu asalkan beliau bersedia melepaskan jawatan presiden MIC.

“Walaupun Samy Vellu belum berundur sebagai presiden MIC, namun perhimpunan hari ini dan apa yang berlaku sejak 10 hari lalu sudah cukup memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan.

“Secara terhormat, ingin saya katakan, cukup-cukuplah Samy Vellu. Apa lagi yang dia hendak? Orang sudah tolak, sudah benci dan tidak mahu beliau lagi memegang jawatan presiden MIC,” soalnya.

Ketika ditanya apakah pengunduran Samy Vellu itu bakal menarik semula mereka yang dahulunya menyokong MIC termasuk mereka yang telah menyertai parti lain, Mugilan enggan mengulas lanjut.

Namun sebaliknya, beliau percaya parti-parti kecil yang sebelum ini keluar daripada MIC akan berkumpul semula bagi menjadikan MIC sebagai sebuah parti yang lebih kuat setelah Samy berundur.

“Selepas itu, kita mungkin akan mengambil inisiatif untuk membawa penyokong-penyokong pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya kepimpinan baru MIC nanti berjaya menstrukturkan semula parti,” katanya.

Menurut Mugilan, beliau percaya pucuk pimpinan akan membuat keputusan sama ada mereka mahukan Samy Vellu atau mahukan rakyat.

“Apa yang penting, matlamat saya (menerusi perhimpunan GAS) sudah pun tercapai dan sama-sama kita nantikan keputusannya selepas seminggu ini,” katanya.

GAS beri Samy seminggu untuk letak jawatan

MALAYSIA KINI



5.38pm: Mugilan mendakwa lagi bahawa masyarakat India tidak lagi menyokong Samy Vellu dan telah beralih kepada pembangkang.

Katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan, memandangkan dia kini menjadi liabiliti kepada MIC.

"Siapakah yang lebih besar? Pemimpin atau rakyat?” tanya beliau, disambut laungan gemuruh hadirian “Rakyat!”

Becakap kepada media kemudiannya, Mugilan berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.

Mugilan juga berkata, beliau berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.

5.00pm: Mugilan mengumumkan perhimpunan GAS sebagai berjaya ekoran kehadiran yang ramai dan menyifatkanya sebagai satu petanda desakan supaya Samy meletak jawatan.

Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.

4.57pm: Mugilan mendedahkan bahawa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin GAS 'diculik' atau hilang, dakwa Mugilan lagi.

Samy, dakwa Mugilan, akan menumpukan kepada usaha memenangi pemilihan jawatan presiden dan kemudian menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan mereka yang dia tidak suka sebelum pemilihan parti berikutan supaya dapat terus menguasai parti.

4.46pm: V Mugilan memberitahu media bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan insiden seorang penyokong memukul poster Samy dengan kasut yang berlaku sebelum ini (3.48pm), dan berharap insiden itu tidak akan diperbesar-besarkan kerana ia bukan budaya masyarakat India. K

atanya, lelaki tersebut bertindak demikian kerana merasakan dirinya ditipu berhubung skandal Maika.

Mugilan juga berkata tindakannya mendesak Samy meletak jawatan adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan diminta berbuat demikian oleh Umno atau pihak-pihak lain.

4.35pm: Ahli jawatankuasa pusat yang dipecat, G Kumar mengetuai 3,500 hadirin melaungkan sebanyak tiga kali mendesak Samy meletak jawatan.

Dalam ucapannya, Kumar berkata banyak pihak dalam masyarakat India yang mahu Samy meletak jawatan, tetapi beliau enggan tuntuk kepada kehendak mereka.

“V Mugilan bertekad untuk membawa perubahan dalam parti, dan dipecat oleh Samy."

4.47pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 3,500 ketika KP Samy, berucap, mendesak kerajaan BN supaya berhenti "melindungi" Samy Vellu atau berdepan dengan risiko hilangan sokongan masyarakat India.

3.48pm: Seorang penyokong GAS memukul poster Samy dengan kasut yang diikat pada hujung kayu penyapu, disambut dengan sorakan hadirin.

Beliau begitu emosional sekali dan terpaksa ditenang dan diminta duduk.

3.45pm: Bekas pemimpin veteran bahagian Petaling Jaya, V Subramaniam, yang lebih dikenali sebagai Baratmaniam, yang berucap kepada hadirin, mengecam Samy berhubung RM9 juta saham Telekom yang sepatutnya diperuntukkan kepada masyarakat India.

Beliau juga turut membangkitkan skandal yang

membabitkansyarikat pendidikan MIC, Maju Institute for Education Development (MIED), dan mendakwa mempunyai satu dokumen yang ditandatatangani mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjamin bahawa MIED adalah badan untuk masyarakat India dan bukan untuk mana-mana individu.

Berikutan itu, beliau menggesa masyarakat India supaya bersatu untuk memperbaiki keadaan.

3.33pm: Jumlah hadiri kini meningkatkan kepada kira-kira 4,000.

3.18pm: Govindarajoo kemudianya bercakap kepada pihak media selepas menyampaikan ucapanya itu.

Katanya, dalam ucapan tersebut, beliau memohon maaf kepada masyarakat India keana membawa Samy Vellu menyertai MIC.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana Samy Vellu mengkhianati masyarakat dan negara.

"(Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno."

Menurutnya, beliau merupakan orang yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, dan kini mahu beliau meletak jawatan.

Govindrajaoo juga menyalahkan Samy Vellu kerana bersikap angkuh dan enggan meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu.

"Kegagalan terbesarnya ialah kalah di (parlimen) Sungai Siput," tambahnya.

3.07pm: Pemimpin veteran MIC, V Govindarajoo menyampaikan ucapan pembukaan di perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu.

3.00pm: Jumlah hadirin kini meningkat kepada kira-kira 3,500 orang. Ia bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti MIC.

2:50pm: Antara pemimpin yang hadir termasuk bekas timbalan ketua Pemuda MIC Mugilan V dan bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar, serta pemimpin veteran V Govindaraju.

Govindaraju (kiri, tengah) dikatakan pernah menjadi sekutu kuat Samy Vellu dan membantu Samy Vellu menang kali pertama bertanding jawatan presiden.

Sekitar 1,500 orang sudah mula berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pamerah Antarabangsa Mines untuk menyertai perhimpunan gerakan anti-presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sebelum itu, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC bekerja KP Samy tiba pada jam 2.17 petang dan meminta mereka yang hadir untuk mengambil tempat.

Mugilan: Perhimpunan GAS berjaya

Hazlan Zakaria



Bekas timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan berkata perhimpunan Gerakan Anti Samy (GAS) di Pusat Konvensyen Mines di Serdang hari ini adalah berjaya walaupun mendakwa ada "taktik samseng" digunakan untuk menggagalkannya.

Hanya 3,500 hadir menyertai perhimpunan itu walaupun Mugilan menjangka 15,000 akan hadir.

Mugilan mendakwa ia kerana wang digunakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan hari ini.

“RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada datang menghadiri perhimpunan tersebut," dakwa Mugilan.

Beliau mendakwa bas-bas dari Pulau Pinang dan Pahang telah dihalang dan RM5,000 dibayar bagi setiap bas supaya tidak menyertai penghimpunan hari ini.

Namun begitu, Mugilan berkata GAS telah berjaya menyampaikan mesejnya kepada rakyat dengan terang dan jelas.

“Selama seminggu, kami dilaporkan media dan di Internet. Semua rakyat telah melihat dan mendengar mengenainya. Program ini telah berjaya memberi tekanan kepada (presiden MIC) Datuk Seri S Samy Vellu untuk meletak jawatan," katanya sambil menambah BBC turut menyiarkan program tersebut.

Tumbang BN secara berstrategi

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Amat penting bagi PAS dan Pakatan Rakyat menggunakan medan pilihan raya umum ke-13 akan datang untuk menumbangkan Umno BN secara berstrategi.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, ini kerana kejahatan yang dilakukan oleh parti pemerintah itu sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Pilihan raya ke-13 penting bagi kita. Kemungkaran, keburukan dan penyelewengan yang dilakukan Umno/BN sudah sampai ke tahap maksimum.

"Kita kena fikir bagaimana kita mahu ambil kesempatan itu untuk kita rampas pemerintahan daripada BN. Dan ini memerlukan kita kembali kepada apa yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w. bahawa kita sedang berperang dalam konteks fikrah, strategi, dan pendekatan dengan ummah," katanya dalam ucapan perasmian Ijtimak PAS Wilayah Persekutuan di Dewan Seminar Kohilal, dekat sini, hari ini. (Gambar)

Beliau juga melahirkan keyakinan angin perubahan rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu akan kekal sehingga pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan akan berlangsung pada masa terdekat ini.

Katanya, segala perancangan jahat dan umpan yang digunakan Umno/Barisan Nasional (BN) untuk membeli hati rakyat menemui kegagalan.

"Daripada perkhabaran yang kita terima, pada 2011 ini mungkin sekali lagi akan berlaku pertarungan bagi kita seperti mana pada tahun 2008 dan kalau itulah keadaannya kita lihat hari ini angin perubahan di kalangan rakyat itu masih kekal.

"Kita lihat segala yang dirancang dan dilakukan oleh Umno/BN banyak yang makan tuan. Strategi mereka banyak yang tidak menjadi. Segala yang mereka lontarkan kepada rakyat untuk membeli hati rakyat tidak menjadi," katanya.

Ahli Parlimen Bachok itu turut berkata, kegagalan Umno/BN menawan hati penyokong PAS adalah kerana dasar dan prinsip PAS yang berbeza dengan organisasi lain dengan meletakkan Islam sebagai asas utama.

"Ini semua bagi kita menunjukkan sebahagian daripada istiqamah kita dan doa kita kepada Allah SWT dan disebabkan dasar dan perjuangan kita yang berbeza dengan organisasi lain.

"Cara PAS mendidik kita dalam politik tidak sama dengan orang lain. Takrif politik yang kita didik juga tidak sama. Oleh itu kita boleh sebut tentang politik di mana sahaja. Di atas pentas politik, di program parti, dalam program terbuka termasuk dalam masjid," katanya.

Justeru ujarnya, pendokong PAS khususnya di Wilayah Persekutuan sendiri, perlu bijak mendekati para pengundi dengan cara yang pelbagai mengikut latar belakang pengundi.

"Orang yang perlu kita dekati terdiri daripada pelbagai latar belakang, kefahaman dan sensitiviti. Jadi tugas kita untuk menggunakan cara yang berbeza mengikut latar belakng mereka.

"Di Wilayah sendiri contohnya, pendekatan yang perlu digunakan tidak sama. Pendekatan yang digunakan di kawasan yang telah menang tidak boleh sama dengan kawasan yang tidak menang.

Semua ini memerlukan kesungguhan dan komitmen setiap tenaga yang terlibat dalam pilihan raya," katanya.

Sementara itu, bercakap pada sidang media selepas merasmikan program berkenaan, beliau memberitahu PAS sedang berbincang secara serius mengenai persiapan teknikal bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Isu utama yang saya sentuh tadi adalah mengenai pilihan raya umum ke-13 sebab kita menjangkakan pilihan raya ini sudah hampir. Jadi persiapan ke arah itu sekarang ini sedang dibincangkan secara teknikal," katanya.

Turut bersama beliau ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nor Mohamad.

Ijtimak yang dihadiri pesuruhjaya serta wakil-wakil kawasan di seluruh Wilayah Persekutuan itu diadakan sebagai persiapan di peringkat negeri sebelum ke Muktamar PAS Pusat pada 9 hingga 13 Jun ini.

Bendahari Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS membentangkan kertas kerja bertajuk 'Mendepani Cabaran PRU ke-13 dan Pengurusan Dana'.

Satu lagi kes positif H1N1 di Perak

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Satu daripada dua kes penyakit serupa influenza (ILI) yang dilaporkan di Perak sehingga pagi ini disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) menjadikan jumlah terkumpul 14,804 kes sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kes ILI yang masih dirawat di hospital seluruh negara berjumlah 589 dengan 49 kes atau 8.3 peratus disahkan positif H1N1.

"Sementara itu, enam kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima daripadanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mohd. Ismail berkata, tiada kematian baru dilaporkan akibat H1N1, mengekalkan jumlahnya dengan 87 kes.

"Penyebaran H1N1 masih aktif dan orang awam perlu sentiasa berwaspada serta mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan H1N1 serta langkah-langkah pencegahan boleh melayari laman web www.moh.gov. my atau h1n1.moh.gov.my.

Selain itu, mereka juga boleh menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200 atau 03-88810300.

Gula Malaysia melambak di Pattani

UTUSAN ONLINE

PATTANI (Thailand) – Meskipun beberapa negeri di Malaysia dilaporkan mengalami masalah kekurangan bekalan gula, bahan itu begitu mudah diperoleh di wilayah Pattani di sini.

Penduduk tempatan mendakwa, bekalan gula keluaran sebuah kilang di Malaysia itu boleh dibeli di merata-rata tempat termasuk di kedai runcit di kawasan perkampungan.

Seorang pekedai runcit, Maehya Waesame, 73, dari Kampung Chabang Tiga di sini berkata, dia sudah lama menjual gula keluaran sebuah kilang di Malaysia itu.

Katanya, bekalan bahan berkenaan diperoleh daripada orang tertentu yang bertindak sebagai perantara apabila bekalan gula berkurangan di kedainya.

‘‘Kami amat mudah mendapat bekalan gula dari Malaysia. Ada orang yang akan menghantar apabila bekalan gula tidak ada lagi di kedai.

‘‘Bagaimanapun, harga gula itu terpaksa dijual lebih tinggi untuk mendapatkan sedikit keuntungan iaitu sekitar RM2.50 sekilogram berbanding harga belian RM2.20 ,” katanya.

Menurut Maehya, selain kedai-kedai runcit, gula juga dapat dibeli dengan mudah di pasar malam berhampiran rumahnya pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Seorang penduduk di Kampung Masjid Raja Pattani, Wan Harun Wan Abdullah, 45, pula berkata, dia sendiri tidak mengetahui bagaimana bekalan gula dari Malaysia begitu mudah diperoleh di sekitar kampungnya.

Mayat Bayi ditemui dalam kotak

UTUSAN ONLINE

JOHOR BAHRU - Kes pembuangan bayi bagaikan tiada noktahnya apabila satu lagi mayat bayi perempuan ditinggalkan di dalam sebuah kotak di perhentian bas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Kulai, di sini hari ini.

Mayat bayi itu ditemui orang awam yang melalui Jalan Air Hitam di sini, selepas melihat seorang lelaki menaiki sebuah kereta berhenti dan meletakkan kotak tersebut pada pukul 4.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, lelaki itu yang dilihat dalam keadaan mencurigakan kemudian secara tergesa-gesa meninggalkan kawasan tersebut.

"Orang awam yang curiga dengan kelakuan lelaki itu kemudian mendekati kotak berkenaan dan melihat terdapat mayat bayi perempuan dalam keadaan berselimut di dalamnya.

"Bayi perempuan yang dipercayai berketurunan Melayu itu kemudian dibawa ke Hospital Kulai tetapi disahkan telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zulkefly berkata, sehingga kini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan berhubung penemuan mayat bayi tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.

Katanya lagi, sehingga kini polis telah mendapatkan keterangan daripada saksi berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Balai Polis Kulaijaya di talian 07 2212999 atau 07 6637222 bagi membantu siasatan," katanya

Ahad, 30 Mei 2010

MIC Kedah sokong kenyataan Setiausaha Agung


Malaysian_Indian_Congress_logo Oleh B Nantha Kumar


PETALING JAYA:Ketua Pemuda MIC Kedah L Thiagarajan hari ini menyatakan sokongan penuh beliau kepada Setiausaha Agung S Murugesan yang mempertikaikan tindakan Presiden Datuk Seri S Samy Vellu memecatkan empat pemimpin parti itu dua minggu lalu.

"Kuasa yang ada pada presiden untuk memecat ahli harus diguna sebagai langkah terakhir dan bukan langkah pertama. Jika perkara ini berlanjutan, segala-galanya akan lenyap kerana semua ahli kena pecat," jelas beliau kepada Free Malaysia Today, hari ini.

Gerakan Pemuda MIC Kebangsaan di bawah pimpinan T Mohan telah mengambil berbagai langkah untuk memikat pemuda-pemuda dari masyarakat India untuk menyertai parti.

Tetapi tindakan presiden memecat empat pemimpin, menjadi bertambah sukar untuk gerakan pemuda MIC untuk mencari ahli baru, terutama di Kedah.

"Satu ketika Samy Vellu merupakan aset parti tetapi kini menjadi liabiliti. Beliau patut faham keadaan sekarang ini dan harus berbuat sesuatu. Saya sungguh kesal di mana beliau adalah seorang pemimpin yang dihormati pada masa lampau dan kini dikecam hebat," katanya.

Thiagarajan juga berkata beliau bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan disipilin ke atas dan pendiriannya tetap sama.

Beliau berkata, "bagi saya parti lebih penting daripada presiden parti."

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa pusat yang dipecat, G Kumar Ammaan berkata bahawa beliau berbangga dengan kenyataan berani setiausaha agung itu.

"Inilah demokrasi yang sebenar. Inilah yang kita terima daripada pemimpin parti," ujar beliau.

Zaid saman SPR hujung Jun


KOTA BARU — Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan tindakan undang-undang ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang beliau dakwa tidak mengendalikan pilihan raya dengan adil akhir dan bebas akhir bulan depan.

“Sebelum hujung bulan (Jun) ini saya juga akan mengemukakan satu lagi tindakan undang-undang terhadap SPR kerana tindakan mereka menyokong Barisan Nasional (BN),” kata beliau ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain itu beliau juga akan memfailkan kes terhadap SPR atas alasan cuai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai badan pengendali pilihan raya.

Pada 24 Mei lalu, Zaid (gambar), anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor bulan lalu tidak sah dengan mendakwa wujudnya amalan rasuah membabitkan BN.

Pilihan raya kecil itu diadakan pada 25 April lalu.

Pada pilihan raya kecil itu, Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC menewaskan Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bagi merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

Kamalanathan menerima 24,997 undi manakala Zaid memperoleh 23,272 undi.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, Pakatan Rakyat mampu menawan Putrajaya jika pilihan raya umum diadakan hari ini.

“Seleaps saya hitung dan buat kiraan, berdasarkan senario di Sibu, senario di Hulu Selangor dipanjangkan, dengan sokongan orang Cina kira-kira 70 peratus dan India 40 peratus dan Melayu dengan 40 peratius, dan jika dapat ditingkatkan kepada 50 peratus, kalau pilihan raya umum diadakan diadakan hari ini, Putrajaya adalah milik kita.

“Tetapi, jangan syok sendiri... ada kemungkinan (kita boleh menang)... kita kena terjemahkan sentimen itu kepada undi, dalam bentuk sokongan

“Sentimen sahaja tidak cukup tetapi kita kena terjemahkan kepada undi,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

AMK Bidas SPR Melengahkan Pendaftaran Pengundi Baru

TV SELANGOR

Untuk sekian kali, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengulangi kecaman mereka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat melengah-lengahkan proses pendaftaran pengundi baru.

Tindakan SPR ini sukar diterima berikutan pilihan raya umum ke-13 digembar-gembur banyak pihak, bakal berlangsung seawal tahun depan.

Ini menimbulkan kesangsian kerana SPR seolah-olah ia disengajakan berikutan pengundi baru terdiri dari golongan muda yang cenderung menyokong Parti Keadilan Rakyat.

SPR baru-baru ini mengakui seramai 4.5 juta pengundi baru yang memenuhi syarat, tidak mendaftar sebagai pemilih.

Bercakap pada sidang media Kongres PKR ke-6, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar menyifatkan SPR mengambil sikap sambil lewa dalam proses pendaftaran pengundi baru.

"Kita mengambil keputusan untuk melaporkan dan memaklumkan tentang kepincangan yang berlaku dalam SPR,tindakan-tindakan SPR yang lewat kebelekangan ini menunjukan mereka dengan sengaja seolah-olah melengah-lengahkan pendaftaran

pengundi baru," kata Shamsul.

Shamsul mendesak SPR segera menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi mereka, malah turut melontar cadangan tetapi dipandang sepi oleh suruhanjaya itu.

Katanya, AMK pada kongres ini turut meluluskan usul meminta pengerusi SPR meletak jawatan jika tidak berupaya menunaikan tanggungjawab mereka.

Menyokong cadangan pendaftaran automatik pengundi baru apabila berusia 21 tahun, Iskandar kesal kerana masalah ini menjejaskan usaha AMK untuk mendaftar pengundi baru.

"Antaranya masalah ialah borang daftar pengundi muda ini sudah habis dan borang untuk mengundi tidak cukup, masalah penolong pendaftar sehingga kini sukar untuk meluluskan,walhal setiap parti dibenarkan untuk melantik 2 orang penolong pendaftar yang untuk mewakili parti," tegas Shamsul.

Dalam pada itu, Adun Rawang Gan Pei Nie mengesyaki kelengahan SPR bukan disebabkan masalah teknikal.

"Sebenarnya ini adalah masalah teknikal yang kecil dan kita yakin kita boleh atasi tetapi Nampak sekarang SPR sengaja melambat-lambatkan semua proses ini dan menyusahkan siapa yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi wakil rakyat yang mereka mahukan.tetapi kita mahu SPR jawab dalam masa seminggu mengapa semua ini berlaku," kata Gan.

Khalid Terima Teguran, Mahu Yang Terbaik Untuk Selangor

TV SELANGOR

Kerajaan Selangor, sebuah kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat akan melantik Exco baru bagi meningkatkan tahap penerangan dan komunikasi ke peringkat akar umbi di negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim turut membuat pengumuman untuk membatal program Dewan Undangan Negeri angkat dan diganti dengan seorang pegawai pembangunan DUN dari kalangan pemimpin muda

Kerajaan Selangor menjadi tumpuan hampir semua perwakilan yang menyentuh soal pentadbiran negeri paling maju ini dengan melontar pelbagai kritikan membina dan cadangan bagi memantapkan lagi pentadbiran.

Selain perwakilan, Angkatan Muda Keadilan turut menuntut lebih ramai pemimpin muda diserap dalam pentadbiran berikutan sisa-sisa pentadbiran menjejaskan system penyampaian kepada rakyat.

"Saya sangat terharu tentang kenyataan Angkatan Muda sebab saya percaya...rakan-rakan..kita mesti sediakan tapak untuk angkatan muda ambil alih dari kita sebab mahu PKR ini mempunyai tapak kukuh..tarus dapat kembangkan kepimpinan kerana perlu untuk negara Malaysia," kata Khalid.

Prihatin atas perbahasan perwakilan dan tuntutan AMK, Tan Sri Khalid membuat pengumuman demikian pada sesi penggulungan di kongres PKR ke 6 di Kota Bahru Kelantan.

"Seorang ahli exco ditugas untuk jaga penerangan..setuju..berbincang tentang ahli exco tersebut..untuk PR ikut tatatertib..saya nak cadangkan dari Parti Keadilan Itu sahaja," kata Khalid.

Sekalipun dikritik, Tan Sri Khalid tidak melatah sebaliknya tenang memberi pertimbangan atas setiap pandangan dan teguran.

Bagi beliau, tiada pemimpin yang sempurna di dunia ini.

"Saidina Abu Bakar As-Siddiq, ketika dia telah dipilih dia mengingat 'aku bukan orang terbaik antara kamu..marilah kita sama-sama..tegurlah aku jika aku menyeleweng..sama-samalah membimbing aku'" pesan Khalid.

Malaysia Tidak Memerlukan Jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua - Saifuddin

BERNAMA

TEMERLOH: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata sistem pemerintahan sedia ada telah membuktikan keberkesanannya dengan cemerlang tanpa memerlukan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Katanya Malaysia yang mempunyai kira-kira 27 juta penduduk tidak memerlukan jawatan itu kerana sistem pemerintahan demokrasi berparlimen diterima rakyat pelbagai kaum tanpa masalah.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Majlis Kesukarelawan 'Moh Desa Perwira' Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Kampung Bangau Parit dekat sini, hari ini.

"Anwar memiliki kerangka pemikiran lama dan bersifat perkauman kerana sanggup mewujudkan satu jawatan khas kepada penyokong Cina dan perkara itu boleh mendorong kaum lain menuntut jawatan yang serupa bagi kaumnya," katanya.

Justeru, beliau berkata rakyat perlu mempertahankan sistem pemerintahan sedia ada tanpa terpengaruh dengan gimik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba menarik perhatian dan sokongan rakyat terhadap parti pembangkang.

Katanya Anwar sengaja mencipta gimik politik murahan apabila menjanjikan jawatan itu untuk DAP jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana terdesak mahu mendapatkan undi simpati kaum Cina daripada penyokong DAP walaupun ia sukar untuk ditunaikan.

"Rakyat yang semakin bijak dalam menilai senario politik tidak seharusnya tertipu dengan mainan halus Anwar yang sanggup menggadai prinsip dan melakukan apa sahaja termasuk menabur pelbagai janji kepada rakyat," katanya.

Program Melayu Bangkit Akan Diadakan 14 Jun Ini

BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang sebelum ini ditunda atas aspek keselamatan, akan diadakan pada 14 Jun ini.

Pengerusi Gertak, Razali Idris berkata pengisian program itu tidak berubah daripada rancangan asal, iaitu membincangkan isu yang melibatkan kaum Melayu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama pada majlis itu yang akan berlangsung di Stadium Negeri dan dijangka dihadiri lebih 20,000 peserta termasuk dari luar Terengganu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Melalui program ini, beliau berharap hubungan sesama orang Melayu yang mula renggang berikutan perselisihan dalam politik akan kembali bersatu untuk kestabilan negara.

Katanya mungkin juga ada yang salah faham dengan singkatan Gertak yang digunakan, yang sebenarnya diambil daripada dialek Terengganu yang bermaksud jambatan, bertujuan menghubungkan orang Melayu walaupun berbeza fahaman politiknya.

Razali berkata pihaknya akan memohon permit daripada pihak berkuasa esok.

Katanya penyertaan terbuka kepada kaum Melayu namun Gertak tidak mempunyai sebarang masalah jika bukan Melayu ingin turut serta dalam program tersebut, dengan menghantar surat terlebih dahulu kepada penganjur.

Khalid Ibrahim jadi tumpuan perwakilan

MALAYSIA KINI



Tan Sri Khalid Ibrahim terus 'dicubit' oleh perwakilan kongres PKR berhubung pelantikan pemimpin parti itu ke jawatan penting dalam kerajaan Selangor.

Hinggakan, pengerusi tetap kongres itu, Ishamuddin Ismail sendiri cuba menenangkan Khalid yang berada di atas pentas dengan mengatakan, "cubit-cubit sayang saja tu, Tan Sri."

Kritikan hari ini disuarakan lagi wakil Selangor, Sarimah Lisut, yang mempersoalkan mengapa sebilangan pemimpin parti itu tidak disertai dalam jentera parti.

"Saya cadang kerajaan negeri Pakatan supaya mengutamakan penjawat penting di kalangan parti yang layak.

"Ramai di kalangan kita yang layak, bukan sekadar mempunyai segulung ijazah tapi dengan pengalaman yang ada.

"Ahli yang layak ini, yang setia kepada parti inilah yang akan bawa agenda parti dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Norhayati juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu tabung bagi menyediakan sumber kewangan bagi pakatan itu untuk menghadapi pilihan raya.

"(Perlu) kesepaduan bersama dalam Pakatan Rakyat bagi mewujudkan tabung yang boleh digunakan untuk memenangi negeri-negeri.

"Kalau bukan kita (tubuhkan), adakah BN akan bantu kita?," katanya yang membahaskan usul Pakatan Rakyat.

Dalam nada berlainan pula, seorang lagi wakil wanita Gan Pei Nei berkata pentadbir yang tidak boleh bekerjasama perlu ditukar.

Pentadbir yang dimaksudkannya itu termasuklah pegawai daerah serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung yang tidak membantu kerajaan Selangor.

Beliau yang juga ADUN Rawang itu juga memberikan pesanan kepada Khalid - menteri besar itu perlu mendengar saranan yang disuarakan mereka.

Bagaimanapun, katanya beliau yakin PKR masih mampu menerajui negeri itu sebagai "kerajaan masa depan."

MB S'gor teliti wujud pegawai pembangunan DUN

Salhan K Ahmad



Dalam berdepan kritikan ke atasnya, Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kini sedang meneliti beberapa pelantikan dalam kerajaan tempatan dan juga pewujudan jawatan pegawai pembangunan DUN.

Berucap ketika menggulung perbahasan di kongres PKR hari ini, Khalid dengan sebak berkata, pelantikan itu perlu mendapat persetujuan bersama oleh anggota parti.

"Ini perkara sangat sensitif, saya minta kerjasama semua (untuk) tunjukkan kematangan kita bagaimana kita memilih pemimpin kita di masa depan," katanya.

Katanya lagi, beliau juga telah menyiapkan cadangan untuk mengadakan indeks integriti bagi kerajaan bawah Pakatan Rakyat.

"Hari Rabu (2 Jun) saya akan luluskan dalam mesyuarat exco sebagai satu hala tuju, bagaimana (untuk capai) pentadbiran bersih," katanya.

Pengumumannya dalam ucapan penggulungan itu timbul berikutan tuntutan yang dikemukakan perwakilan berhubung penjawatan dalam struktur kerajaan negeri itu yang tidak memihak kepada anggota parti.

Khalid juga berkata, beliau terharu dengan saranan yang dikemukakan khususnya daripada perwakilan muda dalam kongres parti itu.

"Saya kena sediakan tapak untuk angkatan muda ambil alih sebab kita mahu PKR punyai tapak yang kukuh dan dengan itu terus dapat kembangkan kepimpinan," katanya lagi.

Samy pecat Murugessan

NALAYSIA KINI



Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu telah memecat S Murugessan sebagai setiausaha agung part itu.

Jawatan tersebut kini diisi oleh pengerusi MIC Negeri Sembilan,
Datuk T Rajugopalu.

Jumaat lalu, Murugessan (foto) telah menyatakan tidak puas hati dengan tindakan pemecatan empat pemimpin parti itu oleh Samy Vellu.

Sebaliknya, kata beliau, mereka harus diberi peluang untuk mempertahankan diri di jawatankuasa disiplin parti.

Beliau merujuk kepada pemecatan dua ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy dan G Kumar Amaan, bersama dengan timbalan ketua Pemuda, V Mugilan dan pemimpin veteran dari bahagian Petalign Jaya, V Subramaniam.

Keempat mereka dipecat oleh Samy Vellu tanpa didengar oleh jawatankuasa disiplin.

Sementara, dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini, Murugessan berkata ia adalah budi bicara prsiden untuk melantik setiausaha agung parti.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden kerana memberi saya peluang untuk bertanding di Subang dan berkhidmat sebagai setiausaha agung parti," katanya.

Sehubungan itu, Murugessan berkata beliau tetap dengan pendiriannya dan bersedia berdepan dengan akibatnya.

"Saya mengucap tahniah kepada Datuk T Rajugopalu di atas pelantikannya sebagai setiausaha agung MIC yang baru," katanya.

Perhimpunan Gerakan Anti-Samy (GAS)

MALAYSIA KINI



5.38pm: Mugilan mendakwa lagi bahawa masyarakat India tidak lagi menyokong Samy Vellu dan telah beralih kepada pembangkang.

Katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan, memandangkan dia kini menjadi liabiliti kepada MIC.

"Siapakah yang lebih besar? Pemimpin atau rakyat?” tanya beliau, disambut laungan gemuruh hadirian “Rakyat!”

Becakap kepada media kemudiannya, Mugilan berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.

Mugilan juga berkata, beliau berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.

5.00pm: Mugilan mengumumkan perhimpunan GAS sebagai berjaya ekoran kehadiran yang ramai dan menyifatkanya sebagai satu petanda desakan supaya Samy meletak jawatan.

Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.

4.57pm: Mugilan mendedahkan bahawa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin GAS 'diculik' atau hilang, dakwa Mugilan lagi.

Samy, dakwa Mugilan, akan menumpukan kepada usaha memenangi pemilihan jawatan presiden dan kemudian menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan mereka yang dia tidak suka sebelum pemilihan parti berikutan supaya dapat terus menguasai parti.

4.46pm: V Mugilan memberitahu media bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan insiden seorang penyokong memukul poster Samy dengan kasut yang berlaku sebelum ini (3.48pm), dan berharap insiden itu tidak akan diperbesar-besarkan kerana ia bukan budaya masyarakat India.

Katanya, lelaki tersebut bertindak demikian kerana merasakan dirinya ditipu berhubung skandal Maika.

Mugilan juga berkata tindakannya mendesak Samy meletak jawatan adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan diminta berbuat demikian oleh Umno atau pihak-pihak lain.

4.35pm: Ahli jawatankuasa pusat yang dipecat, G Kumar mengetaui 4,500 hadirin melaungkan sebanyak tiga kali mendesak Samy meletak jawatan.

Dalam ucapannya, Kumar berkata banyak pihak dalam masyarakat India yang mahu Samy meletak jawatan, tetapi beliau enggan tuntuk kepada kehendak mereka.

“V Mugilan bertekad untuk membawa perubahan dalam parti, dan dipecat oleh Samy."

4.47pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 4,500 ketika KP Samy, berucap, mendesak kerajaan BN supaya berhenti "melindungi" Samy Vellu atau berdepan dengan risiko hilangan sokongan masyarakat India.

3.48pm: Seorang penyokong GAS memukul poster Samy dengan kasut yang diikat pada hujung kayu penyapu, disambut dengan sorakan hadirin.

Beliau begitu emosional sekali dan terpaksa ditenang dan diminta duduk.

3.45pm: Bekas pemimpin veteran bahagian Petaling Jaya, V Subramaniam, yang lebih dikenali sebagai Baratmaniam, yang berucap kepada hadirin, mengecam Samy berhubung RM9 juta saham Telekom yang sepatutnya diperuntukkan kepada masyarakat India.

Beliau juga turut membangkitkan skandal yang membabitkan syarikat pendidikan MIC, Maju Institute for Education Development (MIED), dan mendakwa mempunyai satu dokumen yang ditandatatangani mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjamin bahawa MIED adalah badan untuk masyarakat India dan bukan untuk mana-mana individu.

Berikutan itu, beliau menggesa masyarakat India supaya bersatu untuk memperbaiki keadaan.

3.33pm: Jumlah hadiri kini meningkatkan kepada kira-kira 4,000.

3.18pm: Govindarajoo kemudianya bercakap kepada pihak media selepas menyampaikan ucapanya itu.

Katanya, dalam ucapan tersebut, beliau memohon maaf kepada masyarakat India keana membawa Samy Vellu menyertai MIC.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana Samy Vellu mengkhianati masyarakat dan negara.

"(Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno."

Menurutnya, beliau merupakan orang yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, dan kini mahu beliau meletak jawatan.

Govindrajaoo juga menyalahkan Samy Vellu kerana bersikap angkuh dan enggan meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu.

"Kegagalan terbesarnya ialah kalah di (parlimen) Sungai Siput," tambahnya.

3.07pm: Pemimpin veteran MIC, V Govindarajoo menyampaikan ucapan pembukaan di perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu.

3.00pm: Jumlah hadirin kini meningkat kepada kira-kira 3,500 orang. Ia bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti MIC.

2:50pm: Antara pemimpin yang hadir termasuk bekas timbalan ketua Pemuda MIC Mugilan V dan bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar, serta pemimpin veteran V Govindaraju.

Govindaraju (kiri, tengah) dikatakan pernah menjadi sekutu kuat Samy Vellu dan membantu Samy Vellu menang kali pertama bertanding jawatan presiden.

Sekitar 1,500 orang sudah mula berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pamerah Antarabangsa Mines untuk menyertai perhimpunan gerakan anti-presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sebelum itu, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC bekerja KP Samy tiba pada jam 2.17 petang dan meminta mereka yang hadir untuk mengambil tempat.