Khamis, 22 Mac 2018

Pelaksanaan GST kekal

Wartawan MalaysiaGazette
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Kementerian Kewangan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL,
 

PUTRAJAYA – Cukai Barangan dan Perkhidmatan adalah sistem percukaian yang cekap dan berkesan untuk Malaysia, lantaran itu Kerajaan Barisan Nasional akan terus melaksanakan cukai tersebut.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta mana-mana pihak yang menyatakan cukai ini tidak efisien supaya tampil memberi penjelasan kepadanya.

Menurutnya, GST dilaksanakan di lebih 170 negara di dunia telah membantu menghapuskan ekonomi gelap iaitu aktiviti transaksi perniagaan yang tidak dikenakan cukai.

“Sebab itulah beberapa negara yang telah bertukar kerajaan baru pun tidak pernah hendak kembali kepada GST,” katanya ketika ditemui di Hari Terbuka Kementerian Kewangan di sini.

Johari memeberitahu, sejak GST dilaksanakan pada 1 April 2015, jumlah syarikat yang masuk dalam sistem itu semakin bertambah. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: