Khamis, 22 Mac 2018

Kenapa PKR Takut Dengan Doa PAS ?

 
 



Doa yang dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Selangor ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani selepas solat hajat sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan Selangor di Shah Alam pada 18 Mac lalu tidak pernah menyebut ‘Pakatan Ahzab’ sebagai Pakatan Harapan, namun kenapa PKR dan Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar kepanasan, soal aktivis parti Islam, Huzir Sulaiman.

“Kenapa Xavier PKR terasa yang Pakatan Ahzab dimaksudkan PAS itu adalah dia dan PH? Kita tak sebut pun PH. Panas semacam je pasal apa ?,”soalnya dalam Facebook.

Huzir merujuk kepada kenyataan Adun PKR Sri Andalas Xavier Jayakumar hari ini yang menggesa PAS keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor berikutan dengan doa ustaz Ahmad Dusuki tersebut.

“Kami bingung kerana bagaimana mereka boleh meraikan kejayaan bersama sejak 2008 dan dalam masa yang sama mendoakan kehancuran.

“Jika mereka di dalam PAS Selangor terus berdoa dan merasakan begitu terhadap kami dalam Pakatan Harapan, mungkin tindakan bermaruah untuk mereka ialah meletakkan jawatan dengan segera sebagai tanda protes terakhir terhadap kerajaan negeri,” kata Xavier.

Bidas Huzir, Xavier tidak perlu mendesak Exco PAS Selangor letak jawatan kerana cara yang lebih mudah adalah menasihati Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memecat ketiga-tiga exco berkenaan.

“Xavier PKR tak perlu suruh Exco PAS Selangor letak jawatan, dia boleh suruh Azmin PKR pecat je. Sikit pun kita tak takut,”katanya.

Huzir juga turut mengalu-alukan ugutan Xavier yang berkata ustaz Ahmad Dusuki boleh dipecat daripada terus memegang jawatan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Xavier PKR pun boleh suruh Azmin PKR pecat Ustaz Ahmad Dusuki sebagai Ahli Majlis MPSA. Silakan. Dia berani ke? Atau pandai cakap je?,”soalnya.



Tiada ulasan: