Isnin, 5 Mac 2018

Pandikar: Dewan Rakyat bukan tempat ahli Parlimen lepas geram



pandikar
Gambar Facebook


KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen tidak melepaskan geram melalui sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat sebaliknya mencadangkan wakil ahli Parlimen berbuat demikian ketika berkempen pada pilihan raya umum akan datang.

“Untuk yang kali terakhir ini, biarlah geram itu dilepaskan sewaktu kempen ketika pilihan raya umum nanti, jangan di Dewan Rakyat,” katanya kepada wartawan di luar Dewan Rakyat hari ini.

Sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini dan akan berlangsung selama 20 hari, adalah yang terakhir menjelang pilihan raya umum ke-14.

Pandikar menasihatkan ahli Parlimen tidak berlakon di dalam Dewan Rakyat, sebaliknya perlu mengawal emosi mereka.

“Ahli yang berhormat apabila di dalam lain, di luar lain. Mereka semua berlakon, saya juga kena ikut rentak mereka, jika tidak sumbang nanti.”

Tiada ulasan: