KLANG: Seorang wanita diseret dan ditetak menggunakan parang panjang
oleh suaminya sebelum dibawa lari dalam kejadian di hadapan sebuah
kilang elektronik di Taman Klang Jaya di sini hari ini.
Kejadian yang dipercayai akibat cemburu itu berlaku kira-kira pukul 9
pagi dan mangsa, P. Komathi, 42, hingga kini masih belum ditemukan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli
berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat anak perempuan mangsa
berusia 13 tahun, ayahnya N. Somoo, 37, bersama rakannya yang dikenali
sebagai Mogan telah pergi ke tempat kerja mangsa.
“Ayah pengadu telah mengheret ibu pengadu dan memaksanya masuk ke dalam
kereta Proton Satria berwarna biru dengan nombor pendaftaran BFV 8384
sambil menetaknya menggunakan parang sebelum membawanya lari.
“Sehingga kini pengadu tidak tahu ke mana ayah pengadu membawa lari
ibunya kerana suspek tidak dapat dihubungi dan polis sedang berusaha
untuk mengesan mangsa serta suspek,” katanya di sini hari ini.
Insiden tersebut turut tular di laman sosial selepas dimuat naik di Facebook dengan berdurasi 2 minit 34 saat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan